kan haritu mak dah janji nak ajar makeup kan..ha sekarang mak nak tunaikan ok.nnt ko jgn nak bgtau reporter mak mungkir janji pulak..
Ok, harini mak nak share la cmne nak makeup nak keluar jalan2, contoh nak gi KLCC teman kawan beli bag Nine West :p
ok nyah kalo setakat nak keluar gi KLCC tu, kita guna color2 yang natural gitu. Kalau over sgt nanti ade pulak yang tak tegur kan;
'Eh nyah, ko bertunang kat KLCC ke? Mak xtau pun nyah..sampai hati ko tak ajak. Mak banned ko nyah'
tak pun org cakap...
'Ey nyah, fashion show tu kan masa christmas nanti, stage pun tak siap lagi nyah, nape ko makeup awal sgt nyah..cair nanti'
Ha..fahamkan..
Ok sekarang mak nak tanya, apakah pekara asas kita perlu buat sebelum makeup? Ha jawab..jawab..
Foundation? Ey tak kose nyah salah jawapan ko tu!
Mula2 mesti la baca bismillah, ampunkan la dosa nyah ni ya allah.
Ok pastu baru la pakai foundation =)
1.Apply foundation.
Sukahati la nak tebal ke tak, kalo dah cover unwanted marks kat muka tu dah ok dah. Ni mak guna Demarcos shade 4.5, wane ni natural kalo apply banyak pun muka xla jadi macam tepung gomak tp lagi flawless. Kat area mata pun apply jugak sebab lagi senang nak makeup mata nanti,baru nampak color eyeshadow tu.
2.Apply concealer
Kalau ade problem bawah mata gelap, letak concealer.
3.Apply loose powder
Kalau nak pakai compact powder pun boleh.
4.Draw eyebrow
Mak pakai pencil Mustika Ratu (brown) nampak lagi natural. Kalo memang kening hitam tu boleh la pakai color hitam.Boleh pakai pencil atau kalo ade eyeshadow dark brown/hitam apply kat eyebrow guna berus.
5.Apply eyeshadow
Berikut merupakan color2 yang mak akan gunakan ok:
a)Mula2 taruk color yang very-the-lightest kat bahagian antara atas mata dan eyebrow. Baru nampak kening tinggi sikit.Jangan takut taruk banyak nyah, apply sampai color kat mata tu sama mcm kat dlm bekas eyeshadow tu, baru cantik.
b)Ok sekarang nak apply eyeshadow kat kelopak mata. Nak senang kan nyah guna berus. Sebab berus ni lembut, so dia kan ikut bentuk mata kita. Dengan menggunakan berus, buat bentuk mcm dalam gamba bawah ni, kita nak dapatkan bentuk dulu kan..ikut je bentuk mata masing2, buat macam huruf U terbalik gitu lukis dari hujung mata ke hujung lagi satu.
Mata yang sama ok, jangan dr hujung mata kanan ke mata kiri pulak.
c)Pastu ada kosong kan tgh2 tu, sapu je eyeshadow kat situ. pakai jari pun takpe. apply banyak sikit kat eyelid mata tu
d)pastu amek color yang light sket dari color tadi untuk apply kat garisan color yang kita buat di (b). kalo biar je garisan tu cmtu nampak cam keluang man kan, so kita nak bg ade tone color gitu apply je color yang light kat garisan eyeshadow (b).
e)Kalo nak define mata lagi, sapu eyeshadow color dark brown sama macam (b) dekat hujung mata.
f)Sekarang dah boleh pakai eyeliner, mak cadangkan pakai color dark brown ni bukan ape nyah, senang bila nak pakai eyeliner. kalo garisan eyeliner bergerigi pun takpe, tak nampak sangat sebab mata dah wane gelap in fact pakai eyeliner sket2 pun dah ok sebab dark brown ni dah buatkan mata nampak besar. Apply jugak kat bawah mata.
g)pastu pakai la mascara, pakai tebal sket baru cantik.
So ni final look mata:
h)then pakai lipstick, kalo mak..mak suka pakai wane yang soft2 je sebab kat mata dah beratkan. tp ikut ko la nyah
i)kalo nak pakai blusher pun pakaila.time ni mak malas, dah la dah lambat. sure kawan mak dah berdiri kat depan kedai bag tu
alamak betul la..
Ok syud, mak dah siap!! On the way.. on the way..
Ok nyah nanti mak bagi tips lain ok. korang pun boleh request nak makeup tips camane ok! daa..