Thursday, December 24, 2009

(My) Wedding 'off' the year

3 comments
Kata kawen bulan 12 kan.. off the year la tu =)

Sometimes we never thought of standing together here today. Daripada berkenalan - bercinta - bergaduh - bercinta bagai nak rak balik - bergaduh lagi - berpisah sementara - bersambung balik - masih bergaduh - berubah - bercinta dan akhirnya kami disatukan. Hmm bayar 10 ribu pun aku tak nak melalui fasa tu lagi ;p

Beberapa hari sebelum majlis, dah bermula debaran. Tapi gua rilek je beb ;p Thanks to family yang banyak sangat tolong buat preparation, bukan tu je yang tolong sponsor itu adalah sangat membantu. Dah dekat majlis, aku dah sampai tahap malas nak berfikir, buat je apa yang sempat. But they helped me making my wedding to the perfect one (perfect- atas measurement saya sendiri okeh).

Wedding dream? Never thought of one. Tapi selesai majlis, tengok balik gambar.. I realised, yup itulah perkahwinan impian saya. Marry to the man that I love, celebrate the wedding with family, friends, relatives - I shouldn't ask for more.

SHOW TIME...

17 Disember 2009 - Ambang awal Muharam
Penghijrahan bagi kami. Dari sebagai seorang individu, kini kami hidup sebagai satu unit. Dari mengambil berat sesama sendiri, sekarang perlu lebih bertanggungjawab.
Ayah menikahkan kami pada malam 17 disember. Aku rasa ayah lagi cemas daripada Zamil, walaupun dah ada 2 kali experience nikah =) Apedaaa tak macho langsung.

Recap preparation for akad nikah:
Kakteh and Kak Ben bertanggungjawab untuk decorate hantaran, manakala yang lain tu sibuk pack door gift, bunga telur, kemas umah. Sampai Banglang pun sibuk vakum rumah, bagus anda buat on behalf of saya sebab saya pengantin tak leh buat keje =)



Bermula dengan majlis tahlil, untuk arwah mak.. How I wish she was there. Broke my tears when think of her but the fact is she's already gone 13 years ago.

Sebelum rombongan lelaki sampai, majlis diserikan dengan persembahan cak lem pong. Start je orang main cak lem pong, aku dah start menari2 dalam bilik, cemas la dey.. itu menandakan second acara akan bermula, tgh tunggu Ami sampai jek. Sebaik ade hantu-hantu bergambar dalam bilik pengantin, dok amek gamba je la keje





Dan dengan satu lafaz, saya dan Ami bergelar suami isteri





18 Disember 2009 - Reception @ Putrajaya
The next morning after nikah, terus bergerak ke hall. Nak buat preparation di dewan pulak. Dan lagi makhluk-makhluk asing ini masih sudi membantu saya di dewan..

Bukan tolong buat kerja sahaja malahan tolong sibuk bergambar pun ade..


Tulang belakang majlis persandigan:

*Ini gambar adik-beradik saya semata, of course family Ami pun banyak membantu. Especially Abg Amril yang memegang post Event Manager malam tu, dia la ke hulu ke hilir nak menjayakan majlis. Bro, thank u for that! Cumanya saya tidak ada gambar dia la..

Flower girls / boys yang men'sweet'kan lagi perarakan kami ke pelamin. Time kasih pada Bang Ngah yang sponsor 3 orang flower girls, Kakteh pun sponsor 3 orang manakala Banglang sponsor 2 orang =) Oh ya, Kaklong n Kakngah sponsor lagi 3 orang. Ramai yang tanye eh mane dapat flower girls, ramai gile.. Owh, anak buah saya dah 11 orang muahaha




Ok, menceceh dah lama.. Marilah melayan gambar =)





This day I will marry my friend, the one I laugh with, live for, dream with, love


Monday, December 21, 2009

Simplified update

8 comments






nota kaki: sila faham2 sendiri =)

Wednesday, December 9, 2009

Giler lame....

6 comments
.. tak hupdate!

Hampir 45 hari (berdasarkan kakak ipar saya yg baru dapat baby seperti dalam post terdahulu yang dah nak habis pantang)

ape cerita sekarang?

1) dia sudah hilang

patah, tumbuh.. hilang berganti


2)lagi 1 minggu


3)sebulan lagi, saya akan menjadi



hmmm..ini belum tau lagi




Monday, November 2, 2009

Keeping up with the Baharians Eps 3

0 comments
Hello World

Please welcome newborn baby on earth hehe. Lepas pre-wed photoshoot last Sunday tros ke Ampang Puteri visit bayi comel seperti di bawah:

Tahniah to my eldest brother, Bang Ngah n Kak Taty ~ anak perempuan (lagi) yang ke-4 =)

Inilah kakak-kakak baby ini. Hmm ada rupa macam kakak yang bertanggungjawab tak ;p

Sunday, October 25, 2009

Sepasang merpati sejoli bermain bowling

5 comments
Berita sukan.

Sepasang pasangan hangat bercinta telah didapati bermain bowling buat kali pertama tanpa desakan oleh rakan, kenalan mahupun teman sepejabat.
Mereka telah membuat keputusan untuk bermain bowling apabila tiada aktiviti berfaedah yang lain yang layak mengisi masa lapang-menunggu-pak imam angkat telefon nak bagi alamat rumah untuk dapatkan pengesahan borang permohonan kahwin pihak lelaki.

Perlawanan dimulakan dengan acara memakai kasut yang disponsor oleh Ampang Superbowl, Kajang.

Balingan (is it 'balingan' ke kita panggil untuk bowling ni?) pertama dimulakan oleh pihak perempuan yang 'gaya 100', Shalin Zulkefle pun kalah. 'Strike ke tak belakang kira' ujar beliau.

Diikuti balingan dari pihak lelaki dimana semasa baru mengangkat bola itu sahaja dah bergaya sakan ala-ala tak menyempat-nyempat nak baling.

Pusingan pertama langsung tidak sengit apatah lagi memberangsangkan apabila kedua-dua pasukan gagal meraih keseluruhan mata di atas par (tibe-tibe golf kenape?)

Ketinggalan 4 mata di belakang pihak lelaki di pusingan pertama tidak melumpuhkan semangat pihak perempuan. Pusingan kedua diteruskan dengan balingan pertama si pihak perempuan menjatuhkan 7 pin sahaja manakala tiada pin langsung jatuh pada balingan kedua.
Ketika disoal wartawan mengenai kemerosotan prestasi beliau di pusingan kedua beliau ikhlas menjawab 'ade mak kisah?'

Perlawanan diteruskan lagi dengan pusingan ketiga dimana pihak perempuan mendahului sehingga frame ke-6. Namun tidak lama mendahului pusingan akhirnya pihak lelaki kembali mengatasi markah dan mendahului perlawanan bagi pusingan ketiga.
Ketika diminta mengulas tentang keseluruhan game, beliau mengulas dengan panjang lebar 'Sebenarnya saja tak bajet menang, objektif pada perlawanan dalam negeri ini saya nak jatuhkan 100 pin je, siap ada 2 pin lagi jatuh so saya bersyukur dan jemputlah datang kenduri kesyukuran rumah saya nanti' Beliau juga mengulas tentang kejuaraan pihak lelaki tanpa diminta 'Lagipun saya tau dia (pihak lelaki) ada main kotor, rahsia kejayaan beliau yang saya tiada ialah.. memakai stockin koyak semasa bermain. Tak caya sila lihat gambar di bawah'

Friday, October 16, 2009

Keeping up with the Baharians Eps 2

2 comments
Birthday Bang Lang @ Concorde Hotel, Shah Alam

Since Bang Lang ialah organizer untuk birthday Bang Ngah hari tu, malahan dia ialah organizer bagi kebanyakkan aktiviti family kami, maka secara automatisnya Bang Lang jugalah yang kene fikir tempat makan bersempena birthday beliau. Siap belanje sekali, terima kasih ye!

Bersempena graduation, mama n ayah pun overnight kat Shah Alam maka aktiviti menyambut birthday Bang Lang ni diadakan di sekitar Shah Alam jek. Takde suprise-suprise sebab tak tau dah camane nak suprise.

Upon arrival at Shah Alam
Mentang-mentang le, org tu tulis 'please take one' kat epal tu setiap kali lalu, kami ambil =)

Bukan itu sahaja, siap anak-anak buah aku ubah decoration kat lobby hotel.

View from our room

Malam tu dinner at Chicken Rice Shop ditanggung halal oleh Bang Lang

Kemudiannya, macam bese melayan anak-anak buah aku berlari tak hengat dunia. Sebaik ade menatang kereta mainan ni senang sikit nak monitor diorang

Sorang nak dukung belakang, habis semua nak ikut. Sebaik tenaga kerja cukup okeh!
Dah penat makan n bermain, terus balik bilik untuk agenda seterusnya.. Jeng!jeng!jeng!

Memang tak dapat la nak surprise mane tapi at least kami buli si abg botak pada malam birthday beliau. Berdiri atas kerusi ala-ala kat Bubba Gump dan sila tiup candles kek anda dari jauh!

Before balik ke rumah masing-masing; rilek je anak2 buah aku ni melayan live band kat lobby. Takde sape ajar babe, terus ambik port dekat dengan entrance.




Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates