Wednesday, January 7, 2009

Ramai orang semakin gila


Pelik.

Apa dalam fikiran diorang.

Camane boleh jadi macam tu.

Semacam semakin ramai husband yang ada affair. Agaknya benda tu dah jadi benda yang normal kot. Yelah aku kan dah lama dok bulan, la ni baru balik bumi so tak tau. Harus ke macam tu?
Tapi bukan nak salahkan lelaki, perempuan pun salah jugak. Iye, perempuan yang melayan suami orang tu. Agak-agak tak terfikir ke macam mana rasa kalau suami die pulak nanti buat macam tu.

Yang aku perasan diorang ni selalu guna excuse 'kawan je'. Yelah zaman sekarang ni kalau setakat nampak lelaki perempuan duduk minum ke berborak ke tak semestinya kekasih kan. So boleh la bagi alasan 'urusan kerja' pulak. Tapi kat blog ke email ke sms ke siap ber'love-love'. Oh ya ada lagi satu istilah 'teman tapi mesra'.

Ada jugak yang selalu bagi alasan 'alah keluar minum je'. Betul, tak pe. Tapi tak fikir ke masa yang kamu guna untuk minum dengan 'kawan' tu kan lebih baik spend untuk isteri dan anak-anak. Tau tak masa tu kalau-kalau anak kita tengah tunggu kamu di rumah. Atau isteri kita harap untuk ada dengan kamu pada masa tu. Memang la kamu tak tau, sebab yang kamu tau ialah diri kamu sahaja.

Bagi lagi alasan konon nya ada masalah rumah tangga, owh masalah tak datang bergolek kalau bukan kamu sendiri yang tawar hati masa kan masalah tak timbul.

Memang aku ni bukan expert. Fikir logik je. Masa nak kahwin tu bukan ada janji 'You're the one' ke 'Anything for you'. Ish risau. Semudah tu ek manusia boleh berubah.

'Perempuan Gelap'
Mesti korang kata 'ala korang tak faham'. Obviously kami semua tak faham ni. Bila orang cakap pekara yang betul, mereka ini akan kata 'boleh la cakap belum jadi kat ko'. Eceh macam ditimpa malapetaka plak kan. Malapetaka yang dicipta sendiri!
Aku tengah fikir dalam keadaan apakah seseorang yang tindakannya itu samada secara sedar, separa atau tidak menyebabkan keruntuhan kebahagiaan orang lain itu ialah betul dan boleh diterima. Keadaan apa?
Apa jenis perhubungan yang wujud kalau misalnya aktiviti hubungan itu ialah (contoh je) keluar sampai pagi, berkongsi masalah hidup termasuk masalah rumah tangga, panggil dengan panggilan special, ucap i love you. Kawan ek? So apa definisi nya?
Pelik kan. Tula korang pun lama sangat dok kat bulan. Yang terlibat tu pun orang yang ada institusi keluarga, mestilah kalau tak mana datang kau kan.. Tapi tak terfikir ke yang dia buat tu berlaku pulak kat emak dia ke, adie beradik ke.
Owh aku tau, die tak terfikir sebab kan dia dah kata 'kawan' je. Boleh ek macam tu?

Aku marah ke? Kesal.
Cakap macam orang dah kahwin jek? Belum, cakap guna otak.
Napa nak masuk campur hal orang lain? Tak masuk campur la, nak meningkatkan kesedaran awam je.

Painful nya kalau jadi kat diri sendiri. Orang yang berjanji nak sehidup semati tu ada orang lain - tak kira la apa definisi pun diorang bagi. Baru nampak pak we keluar minum dengan perempuan lain je dah rasa nak nangis kan. Ini kan suami. Kalau kerja tak pe la, isteri sekarang pun dah makin rationally open. Tapi boleh je rasa kan potential client ke atau potiental mak we.

Kenapa la perempuan pun tak boleh nak fikir apa perempuan lain rasa. Ini paling pelik sekali ni. Dia pun sama-sama bagi alasan kawan la etc etc. Nasib korang baik la apa yang ada dalam hati tak tulis kat dahi. Bukan isu kawan atau tak kawan tapi cara tu. Walaupun kata jumpa bukan buat apa2, tapi ingatla kamu mencuri masa lelaki itu dari keluarga dia.
Bayangkan la kalau ayah kita tak ada dengan keluarga sebab tengah berbual-bual dengan perempuan lain. Ala borak aje kan??

Kenapa ek kamu-kamu itu suka bagi alasan sedangkan hakikatnya lagi terang dan nyata.

0 comments on "Ramai orang semakin gila"

Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates