Wednesday, January 7, 2009

Tagged by Syud


Tajuknya 16 perkara rawak.

Syarat dan peraturan:

1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh, ataupun hala tuju hidup anda.


2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.


3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda diperingkat awal.


4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.
*no 3 tu tak faham. Nak tanda camane? Syud pangkah kat dahi ko pakai kapur sebab ko tag aku kan.

1.Saya ada seorang (1) je kekasih hati *wink*wink*

2.Saya dah bekerja selama 2 tahun lebih. I’m blessed with my achievement.

3.And dah 3 kali tukar kerja, semua pun untuk menjadi lebih baik =)

4.Statistik 2008, 4 kali kereta saya dilanggar atau saya melanggar
1) Atos langgar bumper belakang
2) Saya terlanggar tong sampah besi
3) Bas Metro langgar pintu depan – sebelah driver
4) Avanza langgar pintu belakang masa dia tengah reverse
So saya berniat untuk pakai kereta tu je sehingga ke akhir hayatnya.

5.Saya ada 5 buah buku yang belum / setengah habis dibaca. Tapi at least dah baca kan
1) Chicken Soup – Ami bagi hadiah
2) Shopaholic – Syud bagi hadiah
3) Tentang Dhiya – beli buku Syud
4) Man are from Mars Women are from Venus – Pinjam je dari Ami tapi habis baca tau
5) Kebun Mimpi – Syud bagi

Owh rupanya saya dikelilingi orang yang suka membaca

6.Saya ada 6 orang adik-beradik; empat lelaki dan dua orang puteri di tengah-tengah.

7.Ibu saya meninggal dunia pada bulan 7, 1996. Alhamdulillah dikurniakan pulak ibu tiri yang sangat baik. Terima kasih, Mama!

8.Patah tumbuh hilang berganti. Saya ada 8 orang anak buah yang comel dan suka tarik rambut saya dan suka main makeup saya dan suka ajak saya main ‘Mak minah pergi pasar nak beli baju warna apa?’ dan semua pun nak jawab pink!

9.Kalau kira aggregate, SPM saya score 9 aggregate ni semua disebabkan Fizik yang tak kredit!

10.Saya ada 10 orang kawan yang sangat best masa di sek menengah dulu – The Menace. Tapi sekarang isk.. isk.. tinggal berapa kerat je.

11.Kejadian 11 September sama sekali tidak ada kena mengena dengan saya.

12.Insya allah akan melangsungkan perkahwinan bulan 12, 2009. Doakan ye!

13.Birthday Ami 13 Mac ni nak buat surprise ape lagi ek *wink*wink*

14.Ada 14 perkara yang penting dalam hidup saya (atau mungkin lebih):
1) Family. Nak balas jasa mama dan ayah.
2) Ami. You’re perfect. I should not ask for more.
3) Friendship. Saya memang pentingkan friendship, kalau kawan marah about something saya mungkin boleh jadi marah 2 kali lebih dari dia.
4) Money, money, money (nyanyi macam lagu Apprentice).
5) Makanan. Lepas cakap pasal duit, then makan.. Patut la duit cepat habis.
6) Career. Sekarang tengah sangat semangat maybe dah ada family nanti saya tukar kerja kerajaan ke.. hik hik.
7) Studies. Chai yok! Habiskan sem ni.
8) Handphone. Penting ni! Kalau tensyen boleh borak2 dengan Afifah – dengar suara yang comel tu hati pun girang.
9) Kereta. Bawa ku terbang…
10) Cuti. A.. memang best kalau ada cuti di hari bekerja.
11) Makeup. Ey memang suka la.. Kalau takde susah jugak tu.
12) Tidur. Saya sedang membesar dan memerlukan tidur yang cukup.
13) Jalan-jalan. Owh pergi jalan-jalan ni memang penting dari dahulu kala.
14) Bersenam. Ini no 14 sebab tau penting tapi dah lama dah tak buat. Tahun ni!

15.Akan memulakan rutin hidup baru on 15th Jan.

16.No 16 ni khas untuk orang yang tag saya:
1) Baru saya perasan nama awak ade banyak bila cerita pasal saya dan buku. Owh nak suruh saya rajin baca buku ye.. Baiklah, saya cuba! Buku Kebun Mimpi tu pas dapat saya terus baca tau Syud.. tapi sampai sekarang tak habis-habis lagi erk..
2) Sebagai kawan saya tak kisah pun pasal awak cepat hilang sabar ke cepat marah ke – everyone has the darkest side of his\her attitude. Tapi yang pentingkan you are sincere in what you are doing so I appreciate. You’re sincere being a friend tu dah cukup dah =)
3) Saya bangga la ada kawan author! Hik hik
4) Pendapat saya, penulisan awak memang bagus sedap dibaca.
5) I love talking / discussing with you. Kita mungkin mempunyai wavelength yang sama.
6) Wishing u all the best and happy-happy selalu!
*6 sudah takkan 16 *wink*wink*

Phew! Akhirnya habis jugak..

2 comments on "Tagged by Syud"

zeti on January 8, 2009 at 6:23 PM said...

rajinnye dia buat tag ni.. cntik je nmobor2 tu bila disusun, siap ada kronologi lg ;) ehehe.. yang, zt x buat thesis.. buat IS je.. x mmpu la zt nk buat.. jmpa esk k ;)

Anonymous said...

penyusunan idea yang kemas dan penyampaian yang sangat-sangat menarik;) baikk punyaa!

Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates