Wednesday, February 4, 2009

Naik LRT itu membusankan!


TAPI...

kan dah dicipta feature baru dlm handfon dimana kita boleh dengar lagu kegemaran sepanjang perjalanan

TAPI...

Jangan la jadi mcm ni..
Aku baru je naik lrt, sebaik dpt duduk. Tiba-tiba terdengar sayup2 je suara org menyanyi. Penat gakla aku pandang keliling cari sape la nyanyi ni. Siap pandang hujung ke hujung nak cari empunya suara. Makin lama makin kuat la suara itu

RUPA-RUPANYA..

Mamat kat sebelah aku ni yang tengah dengar lagu dari handfon ni yang menyanyi. Yang kelakarnya dari memek (bukan Memey) muka bukan macam dia nyanyi, sebab dia pun tengah kunyah chewing gum mulut pun takdela bergerak-gerak macam nyanyi TAPI memang confirm dia la!
Mesti dia ingat dia tak nyanyi kuat sebab dia control pergerakan bibir je TAPI volume lupa nak turunkan. So sepanjang perjalanan ke Kelana Jaya la kejap2 dengar suara dia terlebih volume sampai aku tau dia nyanyi lagu ape - How To Save A Life
Dah dekat nak sampai KJ dia pun berdiri, mesti dah puas nyanyi la tu

RUPANYA..

Tidak.. sambil berdiri and pegang tiang kat tengah tu sambil pandang cermin kat gerabak yang terakhir dia menyanyi dengan lebih kuat dan bersemangat lagi! Expression muka? Memang macam bukan dia yang nyanyi.
Cerita tak habis kat situ, nak turun escalator pun dia menyanyi-nyanyi lagi. Muka? -'Babe mana ada aku nyanyi'
Takpe bang, suara takla sumbang sangat so ok la.. Aku pun blh teka lagu apa so maksudnya tune ade

Syafinaz: Awak nyanyi bagus ya.. Tapi tune kena jaga dik.. Ya.. I want to see a better performance next week
Kak Ogy: Ekspresi tu dik, tak cukup. Suara ada.. You go girl
Simon Cowell:You were having fun. I'm not sure how much fun everyone at home was having

0 comments on "Naik LRT itu membusankan!"

Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates