Sunday, March 22, 2009

25 Tahun


4 tahun
Aku dah ada adik masa tu. Mungkin sebab ada adik, aku rasa aku dah besar. Dan ada seorang sepupu yang muda setahun, Murni. Masa tu Murni tak pandai jalan lagi. Aku suka main dekat tangga, main nyanyi-nyanyi - konon-konon atas stage huhu. Mungkin aku nyanyi sedap sangat, Murni merangkak ke arah tangga maybe nak jadi audience. Dengan yakinnya, aku pun dukung la dia sebab tempat audience kat bawah kan, tangga tu stage so tu tempat aku. Dah sah-sah la aku besar 2-3 inci je dari dia, dukung tak berapa saat terus terjatuh kat tangga. Melalak la dia. Cik Anne (mama Murni) yang tengah menyapu kat atas terus menjerit 'Anak akuuuu...!!!' Adrenalin dirembeskan - terus aku berlari sekuat hati sampai ke 3-4 buah rumah selang dari rumah aku. Sampai rumah Tok Kahar - diorang anak beranak tengah lepak-lepak dekat pangkin - nak lari kan serba salah pulak, so aku stop la and main dengan anak cucu dia. Tak berani nak balik rumah. Petang sikit, mak datang cari - pastu aku tak ingat apa berlaku huhu mungkin kah kena dera? ;p
5 tahun
Haritu hari Ahad, mak pergi Pekan Ahad (pasar minggu). Mak tak dapat nak bawak so mak tanya kalau nak pesan apa-apa. Aku pesan pop corn. Sebagai kanak-kanak harusla aku bermain pelbagai jenis permainan - samada berbahaya atau tidak. Sayangnya aku kecil sangat nak tau permainan tu selamat untuk dimain ke tak, jadi aku pun bermain panjat-panjat penghadang kat tangga rumah kampung. Akibatnya, terjatuh.. gaya rama-rama menjunam. Nah, ambik ko kepala terhantuk kat batu tempat letak pasu bunga. Dan akibat kepada abang-abang dan kakak yang tak nak menjaga adik yang masih kecil - kena marah dengan Pak Su + Emak. Akibat lagi untuk aku, tak dapat makan popcorn isk isk. Mulut cramp kot masa tu, takleh nak mengunyah.
6 tahun
Tahun ke-2 sekolah tadika. Pagi-pagi cikgu sekolah jemput kat rumah, ada lagi 3-4 orang yang tadika sama-sama masatu. Masatu ada sorang budak kampung, aku panggil dia Anje. Sebaya. Dia kawan masa kecil, sangat baik. Aku yang jahat hehe suka cubit dia sebab nak dok tepi tingkap masa dalam kereta cikgu. Padahal dia la kena dok tepi sebab rumah dia dulu. Hmm.. ape daa.
Sorry, friend!
12 tahun
Tahun penuh cabaran!
Aku ingat lagi macam mana mak mula-mula sakit. Masatu bulan puasa, pukul 2 pagi mak kejutkan minta teman pergi rumah jiran nak mintak ubat batuk sikit, mak macam sesak nafas and asyik batuk-batuk. Pukul 4 pagi sakit mak tak kurang. Mak minta telefonkan ayah, minta ayah balik. Masatu ayah kerja di Genting. Pukul 7 pagi ayah sampai. Bawak mak pergi hospital, mak ingat dia akan kena tahan wad, dr cuma detect darah tinggi and cakap takde apa-apa. Berbulan mak sakit, until dr cakap mak sakit buah pinggang. Mak asyik keluar masuk hospital. Sehingga July,1996. Tuhan lagi sayang mak. It was 3 bulan sebelum UPSR dan beberapa bulan lagi sebelum Kakteh sit for STPM. Yang lagi sedih, 2 minggu lagi family kami nak buat kenduri - Kakteh bertunang, aku nak khatam Quran, uda berkhatan. Yup, majlis diteruskan tanpa mak. Tapi mak dah siap kemas rumah, dah keluarkan pinggan. Rupa-rupanya untuk kenduri tahlil mak dulu. Al-fatihah.
13 tahun
Ayah bertemu jodoh baru. Masatu punya la tak setuju. Tapi takde daya nak halang pun. Banyak berselisih faham dengan ayah dalam 4-5 tahun selepas mak meninggal. Tapi sekarang terbukti, apa yang ayah pilih tu memang terbaik untuk dia. Kalau tak, sapa la nak jaga sakit pening ayah. Anak-anak dah tak tinggal sebumbung. Mama, sangat baik. Tak treat anak-anak macam anak tiri. Kenduri kahwin uda, kenduri tunang aku - dia la yang sibuk itu ini. And Hafiz, masa mak meninggal he was just 7. Mama dah macam mak kandung. Adik beradik lain pun maybe tak dapat bagi kasih sayang pada dia like Mama did.
16 tahun
Terpaksa meninggalkan tempat yang paling best - macam ada lagi satu family kat sini - Tunku Kurshiah School. Kawan-kawan yang jadi tempat mengadu. Yang share susah-senang. Yang sanggup kongsi nasi sepinggan. Bestnya masa ni. And it was really hard to step out from this place, really..
19 tahun
Berhijrah ke tempat orang. Masa ni la betul-betul kene berdikari. Kalau dulu tak cukup duit je, minta ayah masukkan lagi. Masa ni malu nak minta lebih-lebih. Sambil belajar, buat kerja part-time - cikgu tuisyen la, kerja kat kedai Levi's la. And masa ni perlu force diri untuk increase maturity. Dah takde sapa nak suruh belajar, bangun pagi. I have to obey my own rule. Supaya tak regret di kemudian hari. And...... hehe i found my soul mate at this age. Heh, yeke? Masatu boleh la orang ejek-ejek. I remember I said something like to this to my friends, kalau aku nak ada BF baik aku cari yang boleh jadi suami terus. Hah, poyo! yelah 19 years old girl cakap camtu, yakin kau dik! haha but we are about to see. Amin!
22 tahun
I got a job! Right after the final semester ends. Hmm memang berbeza la dari dunia dalam kampus dengan the real world. Ni baru betul transformasi akan berlaku. But it such a sweet journey when you know what is real out there - though the fact is -- it s bitter!
25 tahun
Hmm apa yang akan berlaku ek? Maybe tahun depan baru sambung tulis k *wink*wink*

6 comments on "25 Tahun"

|b|a|b|a|h|-|m|u|m|m|y| on March 22, 2009 at 4:56 PM said...

happy birthday!!!

♥ EeiNz ♥ on March 22, 2009 at 6:00 PM said...

epi besday dayah !!!!

darkangel on March 25, 2009 at 2:08 AM said...

saya kagum ng anda kerana boleh mengarang dengan mengguna bahasa melayu yang cukup bagus..kalu sy mesti tak pandai...cakap pon asik salah ja...heheh..saya terharu sgt baca apa yang anda tulis expecially part masa umur 12 tahun tue..teringat dulu kan mase arwah mak sy ada,awakkan anak angkat die..heheh..
okla..HAPPY BELATED BUFDAY TAU..
SAYANG AWK TILL THE END!!!love u..

`BaHa` on March 25, 2009 at 7:59 PM said...

saya pun kagum awak dah pandai bg comment ;) apakah yang mendorong anda berbuat demikian?
Anyway yan, really appreciate u came that nite! thank u!

- just me - on April 1, 2009 at 7:18 PM said...

amboi.. cite masa umo 4 5 tahun pun ingat lagik.. dasat2... :D

Bang Ngah said...

I'm proud to have a sister like you.. Courageous, independent but always stubborn.. May all happiness with you forever.. Eh.. abang kau masuk duit masa kau blaja dulu tak cerita ke.. hehehe..

Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates