Sunday, May 31, 2009

I’m begging for no more beggars!


Saya suka lunch di Wisma Central (WC). Makanan tengah hari yang menepati citarasa perut dan poket – berbanding di KLCC!
Tapi, ramainya peminta sedekah. Yang bawa anak kecik, yang buta pakai jam.. ada yang bertukar-tukar pasangan – semalam A dengan B, harini datang dengan C pulak! Padahal haritu C dengan B. Kalau bagi pun sebab kesian kat budak kecik – so maksudnya saya pernah bagi la ok, ingat tu! Memang orang yang sama ajelah datang mintak sedekah kat WC tu, semalam dah bagi harini mintak lagi..
Nak dijadikan cerita, mula-mula makan kat WC pernah la belikan makanan untuk pasangan ibu dan anak kecilnya. Terus belikan makanan takde nak bagi duit, kata nak makan kan?! So memang patut la aku yang pilih makanan tu kan, masa nak taruk kuah masak lemak, si ibu berkata ‘Jangan taruk, anak saya tak boleh makan’ Eh, demand? Ok takpe. Pastu siap tunjuk nak timun and sambal belacan. Apakah?? Nak senang cerita saya yang baik hati pun berkata ‘Saya bayar so saya pilih. Terima kasih dan jangan datang lagi!’
Dan pada Jumaat lepas, setelah beberapa bulan selepas kejadian. Ketemu semula dengan pasangan ibu dan anak ni. Aku dah geleng2 kepala. Lama plak dia tercongok kat situ. Geleng kepala maksudnya sama juga dengan ‘saya pun takde duit ni, ni pun pinjam duit member’ Ada paham? Memang tak faham and still begging. Dan aku pun berkata, ‘saya dah pernah bagi dah haritu’.
Kalau la kau rasa ayat aku beberapa baris di atas agak kasar, meh ni tengok ayat peminta sedekah ni kat aku setelah aku berkata aku dah bagi.
1. Dia pandang anak dia and tanya ada ke aku pernah bagi. Ini je dah cukup annoying, boleh tak percaya pula aku cakap.
2. Aku pun tak perasan mimic muka anak dia and ibunya berkata ‘Anak saya kata takde’. Sentap babe! Tapi aku gelak je la.
3. Dia pun terus berjalan beberapa langkah dan berkata ‘Jangan tipu, Allah marah’
Wah… takutnya kalau dia yang kene sambar petir nanti! Cet, dasar kacang lupakan kulit.

5 comments on "I’m begging for no more beggars!"

♥ EeiNz ♥ on June 1, 2009 at 6:45 AM said...

hahaha..sabar je la..

`BaHa` on June 3, 2009 at 3:05 AM said...

ni saya tengah buat muka sabar ni kak! huinshh huinshh

nanie on June 3, 2009 at 10:45 PM said...

aku pun kadang2 naik serba salah bila dalam situation camni. bila x bagi, boleh dia cakap Allah akan bagi balasan la.. padahal muka dia la hari2 dok tadah tangan kat kita..

`BaHa` on June 6, 2009 at 5:44 AM said...

Memang pun babe, yg minta sedekah tu pulak sihat walafiat, bawak anak2 minta sedekah kesian budak2 tu. At least kalau jual tisu pun ok, kira macam beli tisu. Ni tangan kosong huhu

Aizad on September 14, 2009 at 9:19 PM said...

hahahahha.. den teringat cito ni

Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates