Saturday, August 8, 2009

Macam mana ek..


Tiba-tiba rasa risau. Tarikh dah makin dekat. Apekah? Click here.

Persiapan? Ok, alhamdulillah. Berjalan lancar. Melainkan ada beberapa pekara yang mungkin perlu mendapatkan persetujuan beberapa pihak lagi. Dan ini lah yang menyedarkan saya tentang satu perkara. Bersediakah saya untuk menjadi ahli keluarga baru kepada mereka?

Rasa sedih. Bukan sebab tak nak jadi ahli keluarga baru tapi mungkin tak nanti dah tak banyak masa untuk ahli keluarga sendiri. Bila Bang Ngah atau Bang Lang call ajak makan and I have to answer 'Ala.. tak dapat, aku kat rumah mother in law' Memang la nanti mungkin macam tu kan. Atau mama call tanya 'Kak Nor balik tak minggu ni?' and I have something else with his family that weekend. And ada masa tak dapat raya pertama dengan my own family. I know many people, it's now.. nothing. Diorang kata ala biasalah tu. I hope this is a well-known dilemma for anyone who's going to get married.

Risau. Aku ni dah la memang degil - bak kata Bang Ngah, ayah, Kak Teh, Bang Lang, Uda -owh adakah semua orang dalam keluarga saya telah tersenenarai? Mungkin sebab saya independent, so kurang untuk refer things to others. Cuma kadang-kadang ada la tersilap langkah - tula tak dengar cakap orang. Tapi it could be different, bila dah kahwin nanti. Mungkin perlu lebih banyak mendengar. His family kind of yang selalunya akan share opinion, decide things together while me.. Redah ajeee.

Risau bukan sebab antara kami ada yang tak baik. Tapi we are two different family with different background. Cara, preference berbeza. Unless la aku ini jenis ikut je. Hmm semua orang pun camtu kan. Raya tahun ni mungkin raya terakhir yang boleh raya sepenuhnya with my family - ikut mama n ayah jalan raya. Camane ek agak-agak rasanya bangun pagi raya di kampung lain? Bang Ngah atau Bang Lang kene call Hafiz pulak kalau nak suruh keluarkan kereta dari parking lot sebab kereta korang nak masuk. Maybe masa tu saya ada di kampung mertua. Huhu

I know that I'm going to miss my time with them..


Apalah jiwang pagi2.. ;p

3 comments on "Macam mana ek.."

AzUraAa on August 8, 2009 at 4:41 PM said...

babe.. ko buat aku rasa terharu la.. aku pun sama macam ko.. aku pun risau nak adapt dengan budaya keluarga dia.. aduii.. raya? sob~~ syahdunya kalo xdapat balik pilah time raya pertama.... uwaaaaaaa!!!!

`BaHa` on August 9, 2009 at 7:23 AM said...

huhu serious la sedih.. macam nak gi asrama muahaha

xiedax on August 10, 2009 at 7:06 AM said...

hibo lak ati maco aeh ha babe!..hehehe...saba lah yo...itu memang adat org da nikah..tp aku masih lambat mahu meredahnyer..hukhuk..

Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates