Sunday, October 25, 2009

Sepasang merpati sejoli bermain bowling


Berita sukan.

Sepasang pasangan hangat bercinta telah didapati bermain bowling buat kali pertama tanpa desakan oleh rakan, kenalan mahupun teman sepejabat.
Mereka telah membuat keputusan untuk bermain bowling apabila tiada aktiviti berfaedah yang lain yang layak mengisi masa lapang-menunggu-pak imam angkat telefon nak bagi alamat rumah untuk dapatkan pengesahan borang permohonan kahwin pihak lelaki.

Perlawanan dimulakan dengan acara memakai kasut yang disponsor oleh Ampang Superbowl, Kajang.

Balingan (is it 'balingan' ke kita panggil untuk bowling ni?) pertama dimulakan oleh pihak perempuan yang 'gaya 100', Shalin Zulkefle pun kalah. 'Strike ke tak belakang kira' ujar beliau.

Diikuti balingan dari pihak lelaki dimana semasa baru mengangkat bola itu sahaja dah bergaya sakan ala-ala tak menyempat-nyempat nak baling.

Pusingan pertama langsung tidak sengit apatah lagi memberangsangkan apabila kedua-dua pasukan gagal meraih keseluruhan mata di atas par (tibe-tibe golf kenape?)

Ketinggalan 4 mata di belakang pihak lelaki di pusingan pertama tidak melumpuhkan semangat pihak perempuan. Pusingan kedua diteruskan dengan balingan pertama si pihak perempuan menjatuhkan 7 pin sahaja manakala tiada pin langsung jatuh pada balingan kedua.
Ketika disoal wartawan mengenai kemerosotan prestasi beliau di pusingan kedua beliau ikhlas menjawab 'ade mak kisah?'

Perlawanan diteruskan lagi dengan pusingan ketiga dimana pihak perempuan mendahului sehingga frame ke-6. Namun tidak lama mendahului pusingan akhirnya pihak lelaki kembali mengatasi markah dan mendahului perlawanan bagi pusingan ketiga.
Ketika diminta mengulas tentang keseluruhan game, beliau mengulas dengan panjang lebar 'Sebenarnya saja tak bajet menang, objektif pada perlawanan dalam negeri ini saya nak jatuhkan 100 pin je, siap ada 2 pin lagi jatuh so saya bersyukur dan jemputlah datang kenduri kesyukuran rumah saya nanti' Beliau juga mengulas tentang kejuaraan pihak lelaki tanpa diminta 'Lagipun saya tau dia (pihak lelaki) ada main kotor, rahsia kejayaan beliau yang saya tiada ialah.. memakai stockin koyak semasa bermain. Tak caya sila lihat gambar di bawah'

5 comments on "Sepasang merpati sejoli bermain bowling"

Annsyifa on October 25, 2009 at 7:04 AM said...

seronoknya main bowling together..
sweet...

teringin nak main bowling..but unfortunately both of us tak pandai nak main..asik masuk longkang jek..
hehe...

`BaHa` on October 25, 2009 at 9:04 AM said...

sebab asyik masuk longkang bila main dgn ofismate, kwn2 etc la kami buat keputusan berlatih berdua ni hehe =)

nanti kita main berempat la ;p sama-sama masuk longkang ;p

AzUraAa on October 25, 2009 at 11:01 PM said...

alamak.. stokin koyak pulak.. ye2 si zamil ni main sampai stokin koyak...

dayah, ko kalah sebab tak pakai stokin koyak ehh. pasni koyakkan stokin dulu ye, baru men bowling...heeheh...

- j o h a r i - on October 31, 2009 at 10:27 PM said...

aku dh ckp dh, ko ni nenek tua berkaki busuk. mane2 stoking yg ko pakai akan koyak kerana keasidan kaki ko tu..

jom lawan boling

♥ EeiNz ♥ on November 9, 2009 at 8:17 PM said...

dayah, bg akk no henpon. T____T

Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates