Friday, January 30, 2009

Tag yang sedikit gile

0 comments
Dapat this award from
Syud

(1)
1. Copy badge “2008 Cute’s 3logger Award” di atas untuk diletakkan di blog anda.

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
Nama die Syud. Dia penulis buku. Diam diam ubi dah ada 2 buku!

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta / hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.
-Saya suka bercakap dan berfikir.
-Saya tak ingat apa yang saya baca, tapi ingat apa yang saya dengar.
-So takyah la susah baca buku hehe
-Saya suka makeup.
-Saya ada Ami.
-Saya rasa saya suka bersukan tapi dah lama gak tak bersukan.
-Kuat makan.
-Masak.. boleh tahan la.
-Selalu kena buli oleh anak buah walhal suka membuli Ami.
-Saya rindu la mak saya =(

4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
Ala takde la 10..
-Fadly
-Zura
-Aesha
-Suhaili
-Fatihah
okeh darab 2.

(2)
RULES: The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results (Gambar dekat first page jer tau..jgn ngelat2 amik page 2,3,4….), and post it as your answer. After that tag 6 people.”

1) i'm a

2) i want to go to
Hmm tak tau la tak kisah mane2
3) Favourite place

4) Fav. colour

5) Fav. food

6) fav drink

7) my school


8) fav story

9) born in

10) my hobby

11) live in

12) i wish for


tag 6 orang
-Fadly
-Zura
-Aesha
-Suhaili
-Fatihah

Monday, January 26, 2009

Anak-anak comel

1 comments
Heroin : Yaya & Afifah
Orang Jahat : Zafira & Athira
video

Anak-anak buah saye..

2 comments
Enjoy sgt balik kampung kali ni, anak-anak buah yang paling kecil dah makin pandai bercakap.. kelakar betul la bila berborak dgn diorang ni.. mase kecik dulu aku kelakar camtu tak? huhu

Tapi yang dah besar, dah sekolah.. making gangster
cit, aku pun diorang main2 kan!
Mentang-mentang saya mak cik yang comel *wink*wink* Siap korang aku tak nak bagi pakai lip gloss lagi!

Ingat kan sikit rupanya dah 8 orang anak buah aku, Shahir (the eldest) takde masa ni


Power Puff girlsss

Dua orang yang kat tengah tu la ketua gangster. Tengok gigi pun tau..

The most favourite
(sebaik anak buah aku yg lain tak pandai blogging lg, kalau diorang bace ni kecik ati pulak)

Laie sorang kawan baik disunting orang..

3 comments
Tahun ni osah ramai eh kawan2 den bertunang la.. kawen la..
Yolah umur pun dah duo puluh limo, laie duo tahun tak kawen kang orang panggil anak daro tuo pulak.. takpolah janji daro laie ;p
Kali ni Chilin pulak.. kawan time sekolah menongah dulu. Ghaso cam baru laie cikgu BM lukih gamba jam kat tangan eh (tula sibok bona nengok jam baru aesha) sekarang dio pulak dah jadi cikgu
Ramai jugak kawan datang, seronok botol la te kau eh.. Izati pun ado, dulu maso dio jadi ketuo kelas ko penolong gek eh.. selalu la boleh kaw tim. Time pentadbiran Alia dulu uishh tak dapek nak berkompromi langsung.
Dira pun ado.. dulu samo2 jalan kaki poie sekolah, buek jadual waktu samo2. Dah bapo taun berlalu.
Ha inila orang2 eh yang datang maso Chilin tunang..



Ini pulak orang yang jadi mak andam (maso kua dr umah Chilin terdongar acik2 kek luar umah cakap 'ni bukan mak andam ni cik andam' Tak kisah la cik, janji anak acik kawen sok panggil sey, I'm available)


Over lak cik andam ni aihh..dio plak tersongeh pandang kamera, yang nak bertunang tu pulak pandang dio.. Osah la aihh..
Nak tengok banyak laie gamba Chilin, klik kek sini ha..

Pendek kato gembiro amek la ati cik andam dapek jumpo sumo kawan sekolah aritu!

Wednesday, January 21, 2009

Rindu, tapi...

2 comments
Rasa macam nak jumpa
Nak bercerita bersama..
Nak ketawa sama-sama..
Nak spend time together

Tapi..

Tak nak kecil hati lagi
Tak nak terasa
Tak nak melalui lagi satu fasa dimana I feel; I can't take it anymore
Tak nak ada rasa marah dan jadikan bahan bualan dibelakang
Tak nak rasa kawan tapi sebetulnya pengertian kawan kita berbeza
Tak nak ketawa sekejap, menangis lama
Tak nak terima lagi dipanggil kawan hakikatnya... taraf sama saja macam yang lain - dipanggil kawan tapi dengan tidak perlu buat apa-apa
Tak nak jadi emergency call sebab aku ialah on-call friend!

*Puisi yang bukan puisi dan tidak ada kene mengena dengan yang hidup atau yang mati
. Let me use 'no idea' as an excuse

Saturday, January 17, 2009

My Best Friend's Wedding

7 comments
>Masa sekolah kami hari-hari tulis surat (walaupun dok meja sebelah aje).
>Kalau tak sempat tulis surat, koyakkan buku nota and lipat pastu tulis 'To: Sari'
>Pergi toilet nak berdua je. Bila tak sama kelas, siap janji nak gi toilet kul bape sebab nak gi sama-sama jugak.
>Kelas lain; tapi beratur nak sama jugak. Pagi2 jerit dari kelas ajak pergi beratur.
>Kalau nak saving, beli twiggies je kat koperasi. Ada duit lebih makan nasi ayam kat kantin.
>Nak save lagi bawak bekal pastu makan ramai-ramai. Tapi selalunya bekal 1 je yg makan nye ada la dekat 8 orang.
>Jalan kat sekolah kadang-kadang pegang tangan sampai ada yang cakap lesbian. Muahaha apekejadah la orang itu.
>She saved me daripada kene marah kat ayah. Huhuhu aku memang la nakal sangat dulu.
>Setiap kali birthday mesti dapat hadiah. The tought that counts.

Bestnya masa sekolah dulu, ada banyak masa nak spend sama-sama.
Bila dah besar, masing-masing dah ada life masing-masing. Tak rapat lagi macam dulu. Jumpa pun jarang. Kadang-kadang rasa macam masih best friend kah? Haha
Tapi hari ni (170109), terasa sangat value friendship tu.
Tak perlu jumpa selalu, tapi kalau kawan sampai bila-bila pun kawan.
And I'm so touched bila photographers sibuk ambil gambar tak henti-henti and I suddenly heard she called my name and introduce me 'Ini best friend saya' and ambil gambar sama-sama. Pernah rasa macam she maybe have new friends now. Sekarang baru sedar, malu nye. But I'm not shame to admit it.
Banyak sangat salah faham sebelum ni (sigh)
Untuk jangka masa 9 tahun kami berkawan rapat as in selalu spend masa sama-sama, share hard and sweet moments itu lebih berharga dan perlu diingat dari jangka masa 4 tahun yang kami tak berapa rapat and aku rasa macam losing her.
Dan yang lagi best dapat jumpa kawan-kawan baik masa sekolah menengah, dah 13 tahun kawan. Walaupun tak selalu jumpa, you were always there for me bila masa susah.
Mana nak cari kawan yang macam kamu semua.



To Sari Yanti: Sending you my blessings and Happy Married Life!



I SAY A LITTLE PRAYER

The moment I wake up
Before I put on my makeup
I say a little prayer for you
While combing my hair, now
And wondering what dress to wear, now
I say a little prayer for you

Forever, forever, you'll stay in my heart
And I will love you
Forever, forever, we never will part
Oh, how I'll love you
Together, together, that's how it must be
To live without you
Would only be heartbreak for me

I run for the bus, dear
While riding I think of us, dear
I say a little prayer for you
At work, I just take time
And all through my coffee break-time


Friday, January 9, 2009

Best-seller Local Malay Novel

0 comments
Yeeeeehaaaaaaa!

See what I have here friend. This is sooooooo great!

It's Syud's novel (ni kawan saya ni, mak tumpang glamour nyah!) in the top 20 list AND at number 8 lagi.

Keep up the good work Syud! Congratulation =)

Details here

Wednesday, January 7, 2009

Tagged by Syud

2 comments
Tajuknya 16 perkara rawak.

Syarat dan peraturan:

1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh, ataupun hala tuju hidup anda.


2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.


3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda diperingkat awal.


4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.
*no 3 tu tak faham. Nak tanda camane? Syud pangkah kat dahi ko pakai kapur sebab ko tag aku kan.

1.Saya ada seorang (1) je kekasih hati *wink*wink*

2.Saya dah bekerja selama 2 tahun lebih. I’m blessed with my achievement.

3.And dah 3 kali tukar kerja, semua pun untuk menjadi lebih baik =)

4.Statistik 2008, 4 kali kereta saya dilanggar atau saya melanggar
1) Atos langgar bumper belakang
2) Saya terlanggar tong sampah besi
3) Bas Metro langgar pintu depan – sebelah driver
4) Avanza langgar pintu belakang masa dia tengah reverse
So saya berniat untuk pakai kereta tu je sehingga ke akhir hayatnya.

5.Saya ada 5 buah buku yang belum / setengah habis dibaca. Tapi at least dah baca kan
1) Chicken Soup – Ami bagi hadiah
2) Shopaholic – Syud bagi hadiah
3) Tentang Dhiya – beli buku Syud
4) Man are from Mars Women are from Venus – Pinjam je dari Ami tapi habis baca tau
5) Kebun Mimpi – Syud bagi

Owh rupanya saya dikelilingi orang yang suka membaca

6.Saya ada 6 orang adik-beradik; empat lelaki dan dua orang puteri di tengah-tengah.

7.Ibu saya meninggal dunia pada bulan 7, 1996. Alhamdulillah dikurniakan pulak ibu tiri yang sangat baik. Terima kasih, Mama!

8.Patah tumbuh hilang berganti. Saya ada 8 orang anak buah yang comel dan suka tarik rambut saya dan suka main makeup saya dan suka ajak saya main ‘Mak minah pergi pasar nak beli baju warna apa?’ dan semua pun nak jawab pink!

9.Kalau kira aggregate, SPM saya score 9 aggregate ni semua disebabkan Fizik yang tak kredit!

10.Saya ada 10 orang kawan yang sangat best masa di sek menengah dulu – The Menace. Tapi sekarang isk.. isk.. tinggal berapa kerat je.

11.Kejadian 11 September sama sekali tidak ada kena mengena dengan saya.

12.Insya allah akan melangsungkan perkahwinan bulan 12, 2009. Doakan ye!

13.Birthday Ami 13 Mac ni nak buat surprise ape lagi ek *wink*wink*

14.Ada 14 perkara yang penting dalam hidup saya (atau mungkin lebih):
1) Family. Nak balas jasa mama dan ayah.
2) Ami. You’re perfect. I should not ask for more.
3) Friendship. Saya memang pentingkan friendship, kalau kawan marah about something saya mungkin boleh jadi marah 2 kali lebih dari dia.
4) Money, money, money (nyanyi macam lagu Apprentice).
5) Makanan. Lepas cakap pasal duit, then makan.. Patut la duit cepat habis.
6) Career. Sekarang tengah sangat semangat maybe dah ada family nanti saya tukar kerja kerajaan ke.. hik hik.
7) Studies. Chai yok! Habiskan sem ni.
8) Handphone. Penting ni! Kalau tensyen boleh borak2 dengan Afifah – dengar suara yang comel tu hati pun girang.
9) Kereta. Bawa ku terbang…
10) Cuti. A.. memang best kalau ada cuti di hari bekerja.
11) Makeup. Ey memang suka la.. Kalau takde susah jugak tu.
12) Tidur. Saya sedang membesar dan memerlukan tidur yang cukup.
13) Jalan-jalan. Owh pergi jalan-jalan ni memang penting dari dahulu kala.
14) Bersenam. Ini no 14 sebab tau penting tapi dah lama dah tak buat. Tahun ni!

15.Akan memulakan rutin hidup baru on 15th Jan.

16.No 16 ni khas untuk orang yang tag saya:
1) Baru saya perasan nama awak ade banyak bila cerita pasal saya dan buku. Owh nak suruh saya rajin baca buku ye.. Baiklah, saya cuba! Buku Kebun Mimpi tu pas dapat saya terus baca tau Syud.. tapi sampai sekarang tak habis-habis lagi erk..
2) Sebagai kawan saya tak kisah pun pasal awak cepat hilang sabar ke cepat marah ke – everyone has the darkest side of his\her attitude. Tapi yang pentingkan you are sincere in what you are doing so I appreciate. You’re sincere being a friend tu dah cukup dah =)
3) Saya bangga la ada kawan author! Hik hik
4) Pendapat saya, penulisan awak memang bagus sedap dibaca.
5) I love talking / discussing with you. Kita mungkin mempunyai wavelength yang sama.
6) Wishing u all the best and happy-happy selalu!
*6 sudah takkan 16 *wink*wink*

Phew! Akhirnya habis jugak..

Ramai orang semakin gila

0 comments
Pelik.

Apa dalam fikiran diorang.

Camane boleh jadi macam tu.

Semacam semakin ramai husband yang ada affair. Agaknya benda tu dah jadi benda yang normal kot. Yelah aku kan dah lama dok bulan, la ni baru balik bumi so tak tau. Harus ke macam tu?
Tapi bukan nak salahkan lelaki, perempuan pun salah jugak. Iye, perempuan yang melayan suami orang tu. Agak-agak tak terfikir ke macam mana rasa kalau suami die pulak nanti buat macam tu.

Yang aku perasan diorang ni selalu guna excuse 'kawan je'. Yelah zaman sekarang ni kalau setakat nampak lelaki perempuan duduk minum ke berborak ke tak semestinya kekasih kan. So boleh la bagi alasan 'urusan kerja' pulak. Tapi kat blog ke email ke sms ke siap ber'love-love'. Oh ya ada lagi satu istilah 'teman tapi mesra'.

Ada jugak yang selalu bagi alasan 'alah keluar minum je'. Betul, tak pe. Tapi tak fikir ke masa yang kamu guna untuk minum dengan 'kawan' tu kan lebih baik spend untuk isteri dan anak-anak. Tau tak masa tu kalau-kalau anak kita tengah tunggu kamu di rumah. Atau isteri kita harap untuk ada dengan kamu pada masa tu. Memang la kamu tak tau, sebab yang kamu tau ialah diri kamu sahaja.

Bagi lagi alasan konon nya ada masalah rumah tangga, owh masalah tak datang bergolek kalau bukan kamu sendiri yang tawar hati masa kan masalah tak timbul.

Memang aku ni bukan expert. Fikir logik je. Masa nak kahwin tu bukan ada janji 'You're the one' ke 'Anything for you'. Ish risau. Semudah tu ek manusia boleh berubah.

'Perempuan Gelap'
Mesti korang kata 'ala korang tak faham'. Obviously kami semua tak faham ni. Bila orang cakap pekara yang betul, mereka ini akan kata 'boleh la cakap belum jadi kat ko'. Eceh macam ditimpa malapetaka plak kan. Malapetaka yang dicipta sendiri!
Aku tengah fikir dalam keadaan apakah seseorang yang tindakannya itu samada secara sedar, separa atau tidak menyebabkan keruntuhan kebahagiaan orang lain itu ialah betul dan boleh diterima. Keadaan apa?
Apa jenis perhubungan yang wujud kalau misalnya aktiviti hubungan itu ialah (contoh je) keluar sampai pagi, berkongsi masalah hidup termasuk masalah rumah tangga, panggil dengan panggilan special, ucap i love you. Kawan ek? So apa definisi nya?
Pelik kan. Tula korang pun lama sangat dok kat bulan. Yang terlibat tu pun orang yang ada institusi keluarga, mestilah kalau tak mana datang kau kan.. Tapi tak terfikir ke yang dia buat tu berlaku pulak kat emak dia ke, adie beradik ke.
Owh aku tau, die tak terfikir sebab kan dia dah kata 'kawan' je. Boleh ek macam tu?

Aku marah ke? Kesal.
Cakap macam orang dah kahwin jek? Belum, cakap guna otak.
Napa nak masuk campur hal orang lain? Tak masuk campur la, nak meningkatkan kesedaran awam je.

Painful nya kalau jadi kat diri sendiri. Orang yang berjanji nak sehidup semati tu ada orang lain - tak kira la apa definisi pun diorang bagi. Baru nampak pak we keluar minum dengan perempuan lain je dah rasa nak nangis kan. Ini kan suami. Kalau kerja tak pe la, isteri sekarang pun dah makin rationally open. Tapi boleh je rasa kan potential client ke atau potiental mak we.

Kenapa la perempuan pun tak boleh nak fikir apa perempuan lain rasa. Ini paling pelik sekali ni. Dia pun sama-sama bagi alasan kawan la etc etc. Nasib korang baik la apa yang ada dalam hati tak tulis kat dahi. Bukan isu kawan atau tak kawan tapi cara tu. Walaupun kata jumpa bukan buat apa2, tapi ingatla kamu mencuri masa lelaki itu dari keluarga dia.
Bayangkan la kalau ayah kita tak ada dengan keluarga sebab tengah berbual-bual dengan perempuan lain. Ala borak aje kan??

Kenapa ek kamu-kamu itu suka bagi alasan sedangkan hakikatnya lagi terang dan nyata.

Monday, January 5, 2009

Makeup Tips: Purple lagi

10 comments
`Saye suke color purple`

Kalau tengok gamba je tau cmne nak buat kan, kalau xtau.. agak-agak je pun takpe hehe





Asyik make over muka sendiri je kan, over mak kan nyah kan
Sape nak kene make over angkat tangan!!!!!

Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates