Sunday, May 31, 2009

I’m begging for no more beggars!

5 comments
Saya suka lunch di Wisma Central (WC). Makanan tengah hari yang menepati citarasa perut dan poket – berbanding di KLCC!
Tapi, ramainya peminta sedekah. Yang bawa anak kecik, yang buta pakai jam.. ada yang bertukar-tukar pasangan – semalam A dengan B, harini datang dengan C pulak! Padahal haritu C dengan B. Kalau bagi pun sebab kesian kat budak kecik – so maksudnya saya pernah bagi la ok, ingat tu! Memang orang yang sama ajelah datang mintak sedekah kat WC tu, semalam dah bagi harini mintak lagi..
Nak dijadikan cerita, mula-mula makan kat WC pernah la belikan makanan untuk pasangan ibu dan anak kecilnya. Terus belikan makanan takde nak bagi duit, kata nak makan kan?! So memang patut la aku yang pilih makanan tu kan, masa nak taruk kuah masak lemak, si ibu berkata ‘Jangan taruk, anak saya tak boleh makan’ Eh, demand? Ok takpe. Pastu siap tunjuk nak timun and sambal belacan. Apakah?? Nak senang cerita saya yang baik hati pun berkata ‘Saya bayar so saya pilih. Terima kasih dan jangan datang lagi!’
Dan pada Jumaat lepas, setelah beberapa bulan selepas kejadian. Ketemu semula dengan pasangan ibu dan anak ni. Aku dah geleng2 kepala. Lama plak dia tercongok kat situ. Geleng kepala maksudnya sama juga dengan ‘saya pun takde duit ni, ni pun pinjam duit member’ Ada paham? Memang tak faham and still begging. Dan aku pun berkata, ‘saya dah pernah bagi dah haritu’.
Kalau la kau rasa ayat aku beberapa baris di atas agak kasar, meh ni tengok ayat peminta sedekah ni kat aku setelah aku berkata aku dah bagi.
1. Dia pandang anak dia and tanya ada ke aku pernah bagi. Ini je dah cukup annoying, boleh tak percaya pula aku cakap.
2. Aku pun tak perasan mimic muka anak dia and ibunya berkata ‘Anak saya kata takde’. Sentap babe! Tapi aku gelak je la.
3. Dia pun terus berjalan beberapa langkah dan berkata ‘Jangan tipu, Allah marah’
Wah… takutnya kalau dia yang kene sambar petir nanti! Cet, dasar kacang lupakan kulit.

Saturday, May 9, 2009

Entry Terpaksa

0 comments
Dipaksa by Aesha *wink*wink
Mak terus buat nyah! Tengok mak kawan yang setia..Siap font color pink bersempena ko peminat Emma Spice Girl.. Erkk dia suka pink kan??

Bulan ini (May) weekend pun saya kerja! Tak caya, dtg opis saya sekarang.. I mean now.. now.. masa saya tengah buat entry ni bukan masa awak tengah baca tau. Ha.. tensi kan??

Gambar Hiasan: Saya yang dimaksudkan di atas adalah berbangsa Melayu. Lagipun jarang la saya tido kat meja kerja mcmtu.. Letak je kepala atas meja ape susah?!

TAPI.. Saya dah habis belajar... Yeay!Yeay!Yeay! So, saya akan menjalani kehidupan saya during weekend seperti manusia normal yang lain tanpa perlu ke kuliah lagi.

Gambar Hiasan: Saya belum grad lagi pun saje-je lompat2. Result pun belum dapat lagi..


Ok, kelas dah habis.. maksudnya saya ada banyak masa la boleh update blog. Malam-malam dah tak payah buat assignment lagi. Weekend pun banyak masa jugak. So apesal tak huppdateee??!
Sebenarnya malam lepas balik kerja mahupun weekend di waktu senggang saya sudah pun ada aktiviti berfaedah untuk dilakukan...

Gambar Hiasan: Ini sudah tentulah bukan gambar saya so tak payahla nak sebarkan di internet bila saya jadi Ketua Puteri Umno di Kuala Pilah nanti. Lagipun katil saya warna biru bukan putih.

Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates