Monday, July 27, 2009

Saye memang kurus.. So??

8 comments
Harini rasa terpanggil untuk tulis pasal 'Saya seorang yang kurus'. Kerana tadi ada la seorang kenalan yang bertanya pasal ni. And itu bukan lah kali pertama saya diajukan soalan sedemikian sejak beberapa tahun lepas. Padahal jawapannya lagi terang dan nyata.
Now, let me speak for all.
Mungkin kita biasa dengar orang yang berbadan besar lebih sensitif. So, kita jarang jumpa orang gemuk dan cakap 'Ey gemok nya kau' Samada kita nak menjaga hati atau takut kene siku kat perut laju-laju. Tapi kenapa la tak apply pada orang kurus pun, I mean semua human deserve untuk dihormati.
Saya tak la rase saya amat kurus lebih-lebih saya tak pernah cuba pun untuk menjadi kurus. Malahan kuantiti makanan yang saya ambil sama atau mungkin lebih lagi daripada orang lain. Cuba bagitau macamana nak buat persoalan ni tak membebankan fikiran kalau ada ramai sangat la risau tentang badan saya ni. Oh, mungkin mereka menyayangi saya! Terharu..
Kadang2 memang rasa nak jawab macamni 'Salah ke perut saya flat and you're not!' Belakang kalu awak kata saya ada sikit berlagak. Tapi masa bertanya tak pulak terfikir menyakitkan hati orang. Rasa-rasa nya la kan sapelah tak nak perfect figure. Tapi bersyukurlah apa yang ada. Unless la ada duit so you boleh hire professional nak jadi gemok ke kurus. Kalau la seorang dua yang bertanya, mungkin la patut kalau kita bersabar. Dan bila bertanya pulak, memang la kite tak tau kita orang ke berapa then takyah tanya langsung. Memang confuse nak respond macam mana kalau orang tanye. Adakah:
'A..ah la saya kurus..macam mana nak jadi macam awak?'
'Itulah xtau la nak buat macam mana'
Mungkin ramai manusia dalam dunia ni suka tau kalau orang tak rasa comfortable with who they are. Sebab cara macam tu la diorang nak rasa menang. Ramai orang, tak tau macamana nak buat lebih dari orang to be outstanding, instead dia merendahkan orang. Yang lebih menggelikan hati, kalau la saya jawab sesopan itu, ayat susulannya ialah 'Nanti ko dah beranak ko tau la..' WTF. Tension siot. Apesal nak kene laser sampai 2 kali, macam la tadi aku yang cakap 'yeay..yeay..aku lagi kurus dari ko'

Pernah tak rasa macam tu kawan2?

Q&A:
1. Ey nak kawen ni elok la gemuk sikit.
Kalau naikkan berat badan itu sihat buat saya, tak perlu sebab kahwin, tak kahwin pun saya buat. Don't be suprised, saya pernah mintak consultation Dr masalahnya saya memang tidak ada masalah lebih2 lagi selera saya macam naga.
2.You ni kurus la. You weight is like what, less than 40?
Aaaaa..bersopan santun nya soalan ni. Tak la berat saya 44, mmg still under BMI tapi takyah la nak underestimate lebih2.
3. Kurus kering.
Really? tapi alhamdulillah la ade jugak yang sudi. Jemputla datang majlis saya nanti.
4.Kurusnya, makan lah lebih sikit.
Oh, you dont wanna know berapa banyak saya makan.

Now, a question for you from fat and thin people: Are we ugly to you?

Friday, July 24, 2009

Oya’s Birthday Celebration at TGI Friday, Curve

1 comments

I was worried initially when most of the invitee declined the invitation. Understood, everyone has something else on. Bit worried if it won’t as happening as expected since only 3 of our friends confirmed to join. Fortunately, Zaila came with her hubby.. Lin came with her ‘son’, Naqib so meramaikan lagi.

But that’s not all, by the time TGI crew brought the birthday cake to our table, a guy – from the table behind us said ‘Oh, it’s birthday party’ camtu la lebih kurang and asked whose birthday then stood near to Oya. I was like WHUTTTT but he seems genuinely friendly. Now, we have another ‘friend’ celebrating Oya. That’s cool!

What’s more? He invited all his friends from his table to join and everyone stood around our table. Bang, macam birthday abang je kan? Hehe. Brilliant!

So we sang the birthday song together, from 6 friends and now are like Oya owned everyone on earth. If I were you, Oya – that was the best crowd ever!!

The crew asked Oya to sing a song – she has no idea and we asked her to sing Korean song la, Bunga-bunga Cinta la.. Semua tak hafal okeh! Last2, how bout Negaraku? There we go, nyanyi lagu Negaraku beramai2 di TGI! And that guy was so semangat like he is Oya BFF??! I laughed so hard I fell off my dinosaur!

Please compare Bob and Borhan. Click here (pasto scroll down sket kat new page nnt k)

So then we enjoyed our meals then that guy came to our table AGAIN?! Bengang jugak tapi ropenye bawak berita baik ‘I paid your meals, guys!’ Oh, you don’t have to do that.. How about tomorrow’s dinner? He’s a very nice, sociable, selambe, kepoh guy! Not to mention he is actually GM Sales at Shell. Well, couple of hundreds of 100K a month.. No objection! Please pay.

Thanks, Bob!

So Oya, hope you loved it. Hmm sapa la forward invitation email to Bob? =)

Wednesday, July 15, 2009

JANGAN tiru macam saya

9 comments
Saya memang suka gila main Netball sejak dahulu kala. Tak perlu teror, gila je dah cukup. Time sekolah rendah main GA (pemain yang keje nye shoot bola), konon la antara tertinggi dalam team. Dah masuk secondary school, siapa sangka yang kita takkan tinggi2 lagi isk..isk.. Tiang gol makin tinggi lagi ade la.. Dapatla jawatan ala-ala midfielder - C, WA, WD.
Sejak habis degree, dah takde peluang nak main sangat. Sampaila Kakteh call tanye nak main untuk Bukit Perah (owh, itu nama kampung saya, Yeahhhh!). So main la netball untuk kg tercinta since last year.

Tapi.. tahun ni berbeza, in fact berbeza dari tahun2 lepas - sejak 1996 saya memulakan karier sebagai netball player yang tegar - kali ini saya mencipta sejarah! Jeng..jeng..jeng..
Saya bergaduh di dalam padang.. aaaaaaa!
Bermula dengan rasa tidak puas hati dengan Ref, banyak kesilapan dia tak blow whistle pun. Sehingga la satu tahap aku terpaksa menjadi pemain yang kepoh gile, saja highlight kalau opponent buat silap. 'Cik Ref, spek hitam cik mungkinla besar sangat macam Paris Hilton sebab tu kah tidak nampak bola dah outside ke ape?' -dalam hati.
Pemain Center (C) opponent (memakai beep hijau) masuk dalam kawasan D (sila Google peraturan main netball kalau x tau) dan gol mereka masih dikira! Kejam.. Saya agak kecoh dengan menggembar-gemburkan pekara tersebut.
C hijau berasa rendah diri dan berkata dengan lantangnya 'Ref tak nampak.. ko kecoh apehal?!'
Saya yang faham hati panas orang muda seperti C hijau itu lalu berkata 'Kalau ko tau rules, respect la sikit' dan terus berlalu. Buat apa nak berkhutbah pulak kan, kasi lepas geram sikit dah la.

Rupa-rupanya C hijau merapati saya dan cakap ape ntah aku x igt. Tapi saya sempat berpesan 'Takpelah dik, ko bukan state player pun mmg la ko xtau rules kan' sambil menepuk mesra bahu beliau. Tepuk mesra daaa..ko nak emosi kenapa?? Lagipun ko berjalan rapat sampai berlaga bahu apesal?
C hijau mungkin rasa tak puas hati saya berkata sedemikian sebab saya pun bukan state player, lantas menolak bahu saya dari belakang.
Wahhh...ini sudah lebih! Kan dah kata kat atas.. tepuk mesra.. apehal tolak2?

Aku (terus cakap aku, tgh angin ni) tak buang masa pusing belakang dan tolak bahu C hijau balik. Dan berlaku la kejadian tolak menolak buat beberapa ketika sehinggalah player lain datang menenangkan. Sambil ditenangkan player lain Center hijau sempat berkata 'Nak gaduh meh la, padang besar!' sambil muka dia geram gila sampai macam nak nangis. That was when I realised mungkinkah kalau aku tidak bersabar akan berubah wajahku sebegitu. I was calmed from that moment tp sempat lagi mengusik center hijau 'Nak gaduh ke nak nangis?' Ok, tak perlu jawab.
Apedaaa..malu gak berlaku nye pekara sebegitu. Tapi sabar manusia ada batas, nak buat camane. Zidane pun pernah rasa tak sabar ape.. Owh mungkin kah player2 yang gempak perangai nye sebegitu hehe.

Tapi saya dah say sorry to all. It was out of control. Hari panas kak, hati apatah lagi.. Lagi-lagi ada 1 team ni dok sibuk condemned team kitaorang kat tepi padang. Padahal lawan die pun tak pernah, inikan cuit mereka. Ala kak, saya kerja je kat KL.. saya lahir kat atas katil kat umah kampung saya tu jugak. Manada saya nak poyo-poyo, saya pun tak pakai spek sebesar akak pakai apetah color rambut saya tak se'oren' color rambut akak. Tak baik buat saya macam tu, kalo nak di compare gaya kita ni kak..saya bagi akak menang awal2 k. Silalah menang..adik tak kisah. (hmm kalo aku jumpa ko kat Midvalley siap! Aku soh ko paking kat South aku bawak ko gi North ko carila keta ko balik) - dalam hati je.
Bila game habis, urusetia berpesan 'Center hijau next game atau next year kamu tidak boleh main lagi' Huhu sebaik tak sebut C kuning iaitu aku. Rupanya Center hijau mengeluarkan kata-kata kesat pada urusetia. Dey..apedaa orang lain ada kena mengena ke? Minah ni mmg baran sikit dari first-half. Orang terlanggar sikit pun nak cakap jerit2.. Pi main badminton la, paling kuat pun ko ketuk kepala sendiri dengan raket.

Ok, for more info please click play button below. Zaaaaasss
video
*lame gel upload video, sambil tunggu sambil taip
*saya dah janji pada diri sendiri takkan berkelakuan seperti Zidane lagi, so sila la ajak saya main permainan yang digemari ini
* saya dah habis nasi sepinggan, pun tak habis upload lagi
*xde ke tool yang boleh upload video in a second. To whom it may concern, sila cipta sekarang!
*owh tidak, masih lagi uploading..adakah ini akan berakhir dengan post yang paling panjang dalam blog ini
*Masih lagi uploading, sangat degil.
*tidak tahu kan dah hampir jam 10PM, sleeping beauty dah dipanggil tidur oleh katil
*alamak baju tak sidai lagi..ok jap
-
-
-
-
*suprisingly masih lagi uploading
-
-
-
-
*ok dah! sila baca dan tidak berprasangka buruk pada watak2 berkenaan.

I apologize to my team and the game which I respect the most.

Friday, July 3, 2009

Jakarta Trip

3 comments
Trip ke Jakarta kali ini disertai oleh pekerja-pekerja swasta berikut:
26 June 2009, Jumaat
After lunch je, mood dah sampai di airport Soekarno-Hatta (CGK). Mood je la.. badan, kaki, tangan semua ada kat office lagi. Tengah reply email, solve incident, attend meeting, jawab telefon dan mejawab dengan user. Ahh..tak tau ke orang nak pergi bercuti?!
Walaupun cuba dihalang oleh kesibukan kerja, 4.58 aku dah tercongok kat lobby tunggu Syud. Thanks to Kujat tolong hantar gi LCCT. Bagi mereka-mereka yang takde orang nak hantar gi LCCT boleh la berhubung dengan beliau. Rumah beliau sejengkal sahaja dari tempat yang dimaksudkan.
Okeh, macam biasa.. tagline Airasia ‘Now everyone can fly*’ Please take note ade *, so sila refer pada mukasurat bawah.
*Please expect delay. Aku dah bagi murah, ape ko pikir?

Takpelah, janji sampai kan Airasia kan...
Kejadian dalam flight:
1) Mak cik yang enggan meletakkan beg kat bawah sebab ade barang sensitive katanya, padahal memang tak muat beg tu nak letak kat compartment atas seat tu. Degilnya mak cik tu, yelah kot la ade barang berharga kan. Kesian jugak stewardess Indonesian tu melayan karenah, beg tu dah la berat. Last-last stewardess kata ‘Seharusnya ibu dan beg ibu keluar’ –ala-ala begitula bunyiknya
2) Minah dok sebelah aku bercerita tentang BF Indonesiannye. Huhu. Adakah muka aku ni muka yang penuh suci dan boleh dipercayai sehingga pada pertemuan pertama dia bisa menceritakan segalanya? Anyway she’s a nice person =)
Sampai CGK, budak lagi berdua dah menunggu. Thanks, guys!

Sampai hotel then mandi then jalan kat bawah, tengok kedai semua dah tutup tros naik tido. Opp chop, order food dulu sebab lapar. And the food was..superb! Sedap Gel!

27 June 2009, Sabtu
Yeah, time for shopping!! Teringat haritu aku sampai mimpi dah shopping baju for my W-day. Yang tensyennye dalam mimpi tu xtunjuk pulak baju tu camane..corak ape..colornye ape, tak puas hati betul.
Breakfast sebelum shopping

Di hadapan Tanah Abang tapi bukan blok yang jual textile huhu dah amek gamba bagai rupanya silap blok da.. Tapi sampai kat Blok yang betul (Blok A) terus malas nak amek gamba, tak menyempat nak shopping.



Nak balik ke hotel dari Tanah Abang kitaorg naik Bajaj. Tengok macam jem G (gel) je so kitaorg naik je la alang-alang dah lalu depan mata, Bajaj tu. Dasyat, Bajaj boleh membuat u-turn di mana-mana sahaja di celah-celah kereta ataupun celah-celah manusia.


Sampai hotel kul 5, makan makanan Hotel yang sedap then tidur. Penat G. Pukul 9 baru terjaga, siap-siap ke Hard Rock pulak. Akibat ditipu oleh Bajaj yang memberhentikan kami a few blocks away from HRC, akibatnya berjalan almost 1Km.


Then dari HRC makan di area nearby hotel, Chikini. Kedai tepi jalan jek sambil dihiburkan oleh penghibur muda dari Jawa Barat (erk ye ke?) Ok, layannn..


28 June 2009, Ahad
Uhuhuhu..dah nak balik dah.. Dah nak balik baru nak ambil gamba bertiga dalam hotel. Harini plan nya nak ke ITC Mangga 2.

Sebelum sampai Mangga 2, berhenti makan di Natrabu. Marvellous! Sesuai untuk naga-naga seperti mereka..



For me ITC Mangga 2 = Boring! Kedai baju macam kedai baju kat Sg Wang je. Kedai door gift ada beberapa je and scattered. Ah tensyen gak nak cari door gift xdapat. Then ke Pasar Bharo di Jakarta. Naik Bajaj lagi, yeayyy! Tapi kenapa kali ni Bajaj nye lembap gel? Bunyik je lebih, huh.

Pasar Bharo ni macam Petaling St. Kain kat sini pun x sehebat kat Tanah Abang so not recommended by Chef ok. Ingat tu. Jam pun dah menunjukkan 3 petang dengan hati yang hampa, kaki yang sakit kami terus dihantar oleh Pak Hamid ke Airport.
Sampai Airport pekena Bakso dulu – Syud belanja, rugila sape x ade

The trip was so fun! Food.. aaa teringat sampai sekarang kenapalah tak simpan sikit kat dalam mulut tepi pipi haritu?? Shopping ala-ala Siti shopping kat Euro Moda.

So ke mana kita selepas ini kawan-kawan?

Wednesday, July 1, 2009

Baru je sekejap tadi berlaku…

1 comments
Harini rasa sangat slow. Badan penat tak habis lagi (Kenapa?). Nantikan entry seterusnya. Rasa mengantuk dan cuba berbual-bual dengan rakan online. Nak cari contact yang jarang chatting with supaya banyak cerita, banyak benda nak tanya so cepat sikit pukul 5. So, double click pada nama Fifi yang berada jauh di rantauan.

Hidayah: Hi Fifi..

Hidayah:How are you?
(beberapa minit kemudian (ingatkan dah xnak layan))

Fifi: fine..tq.
(gile cold minah ni)

Hidayah:Ok, saje tegur =)
Hidayah:Bila balik sini?
(boleh kirim t-shirt HRC)

Fifi:Balik mana?
(oh..oo!)
(oh..no! Siapakah ini?)

Hidayah:Alamak, ingatkan my friend..Sorry.

Fifi:Dulu pun masa I tegur u, I silap orang
(la.. ceritanya..)

Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates