Sunday, October 25, 2009

Sepasang merpati sejoli bermain bowling

5 comments
Berita sukan.

Sepasang pasangan hangat bercinta telah didapati bermain bowling buat kali pertama tanpa desakan oleh rakan, kenalan mahupun teman sepejabat.
Mereka telah membuat keputusan untuk bermain bowling apabila tiada aktiviti berfaedah yang lain yang layak mengisi masa lapang-menunggu-pak imam angkat telefon nak bagi alamat rumah untuk dapatkan pengesahan borang permohonan kahwin pihak lelaki.

Perlawanan dimulakan dengan acara memakai kasut yang disponsor oleh Ampang Superbowl, Kajang.

Balingan (is it 'balingan' ke kita panggil untuk bowling ni?) pertama dimulakan oleh pihak perempuan yang 'gaya 100', Shalin Zulkefle pun kalah. 'Strike ke tak belakang kira' ujar beliau.

Diikuti balingan dari pihak lelaki dimana semasa baru mengangkat bola itu sahaja dah bergaya sakan ala-ala tak menyempat-nyempat nak baling.

Pusingan pertama langsung tidak sengit apatah lagi memberangsangkan apabila kedua-dua pasukan gagal meraih keseluruhan mata di atas par (tibe-tibe golf kenape?)

Ketinggalan 4 mata di belakang pihak lelaki di pusingan pertama tidak melumpuhkan semangat pihak perempuan. Pusingan kedua diteruskan dengan balingan pertama si pihak perempuan menjatuhkan 7 pin sahaja manakala tiada pin langsung jatuh pada balingan kedua.
Ketika disoal wartawan mengenai kemerosotan prestasi beliau di pusingan kedua beliau ikhlas menjawab 'ade mak kisah?'

Perlawanan diteruskan lagi dengan pusingan ketiga dimana pihak perempuan mendahului sehingga frame ke-6. Namun tidak lama mendahului pusingan akhirnya pihak lelaki kembali mengatasi markah dan mendahului perlawanan bagi pusingan ketiga.
Ketika diminta mengulas tentang keseluruhan game, beliau mengulas dengan panjang lebar 'Sebenarnya saja tak bajet menang, objektif pada perlawanan dalam negeri ini saya nak jatuhkan 100 pin je, siap ada 2 pin lagi jatuh so saya bersyukur dan jemputlah datang kenduri kesyukuran rumah saya nanti' Beliau juga mengulas tentang kejuaraan pihak lelaki tanpa diminta 'Lagipun saya tau dia (pihak lelaki) ada main kotor, rahsia kejayaan beliau yang saya tiada ialah.. memakai stockin koyak semasa bermain. Tak caya sila lihat gambar di bawah'

Friday, October 16, 2009

Keeping up with the Baharians Eps 2

2 comments
Birthday Bang Lang @ Concorde Hotel, Shah Alam

Since Bang Lang ialah organizer untuk birthday Bang Ngah hari tu, malahan dia ialah organizer bagi kebanyakkan aktiviti family kami, maka secara automatisnya Bang Lang jugalah yang kene fikir tempat makan bersempena birthday beliau. Siap belanje sekali, terima kasih ye!

Bersempena graduation, mama n ayah pun overnight kat Shah Alam maka aktiviti menyambut birthday Bang Lang ni diadakan di sekitar Shah Alam jek. Takde suprise-suprise sebab tak tau dah camane nak suprise.

Upon arrival at Shah Alam
Mentang-mentang le, org tu tulis 'please take one' kat epal tu setiap kali lalu, kami ambil =)

Bukan itu sahaja, siap anak-anak buah aku ubah decoration kat lobby hotel.

View from our room

Malam tu dinner at Chicken Rice Shop ditanggung halal oleh Bang Lang

Kemudiannya, macam bese melayan anak-anak buah aku berlari tak hengat dunia. Sebaik ade menatang kereta mainan ni senang sikit nak monitor diorang

Sorang nak dukung belakang, habis semua nak ikut. Sebaik tenaga kerja cukup okeh!
Dah penat makan n bermain, terus balik bilik untuk agenda seterusnya.. Jeng!jeng!jeng!

Memang tak dapat la nak surprise mane tapi at least kami buli si abg botak pada malam birthday beliau. Berdiri atas kerusi ala-ala kat Bubba Gump dan sila tiup candles kek anda dari jauh!

Before balik ke rumah masing-masing; rilek je anak2 buah aku ni melayan live band kat lobby. Takde sape ajar babe, terus ambik port dekat dengan entrance.




Graduation Day

7 comments
Akhirnya.. berakhirlah perjalanan saya sebagai seorang student.. (melainkan saya menuruti perintah ayah untuk further studies lagi huhu)

Double happiness; dapat grad dengan Ita yang sama-sama mendaftar dulu. Congratulation, Ita!!

Perjalanan kami Khamis lalu bermula seawal selepas Subuh. Ape-ape hal amek gamba dulu k

Sampai je UiTM, terus parking di tempat yang tak sepatutnya parking - ade mak kisah, janji dekat ;)

Ambil gambar lagi.. huhu
Before

After

Demi menjaga kesihatan umat sejagat (anyway kami bukan graduated in Medic okeh, kami ialah pelajar IT)

Tahniah kepada YBHG Tun Musa Hitam di atas penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Kerajaan dan Politik

Bersama rakan seperjuangan

Bersama keluarga tercinta

Bersama Ami the catalyst

I finally made it! Alhamdulillah..

And we finally made it!


Keeping up with the Baharians Eps 1

0 comments
Birthday Bang Ngah @ Bubba Gump, The Curve

Penat buat video birthday Bang Ngah haritu, but it takes ages to upload. So sila lah enjoy gambar statik seperti yang berikut sahaja:
Mamat specy tu punye birthday la, oh dia tak tau ape yang akan berlaku padanya sebentar lagi hehe. Hang ingat makan-makan ja ka..?

Abang kacak yang botak itu adalah Tok Dalang segala angkara.

Birthday boy's Queen n Princess-es. More to come *wink*

Sebaik Bang Lang ambil bilik kat Bubba Gump ni, anak-anak buah aku dah buat macam rumah sendiri dah.. Berlari, memekik bagai..

Siap terlentang ngko..

THE HAPPY TEAM!!

Siapa kata abang sulung garang dan tak sporting? Mungkin anda betul. But wait until you see this. Click Play to see. Enjoy!!
-
-
-
-
-
-
-
-

Errk..hilang sabar!!! Taun depan je lah aku cuba upload video lagi. Lame G!

Thursday, October 1, 2009

Raya vs Birthday video

0 comments
I wish to upload this video at the previous entry. But y'all know la it takes four flights to and fro to Sabah waiting it's finished uploading. Request to enhance this function has been raised earlier and they said it's not like overnight cure. Sigh.

video

Kebetulan besok (2/10), it's my eldest brother birthday. Oh ya he's in the video who did the counting so why not I dedicate this birthday song to him hehe though the fact is I can sing better!

Happy 35th Birthday.. err should I put 'x' to replace 3 or 5? =)

Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates