Friday, January 22, 2010

Balimoon Day 1


Live from Bali



Akhirnya kami ke Bali juga untuk honeymoon. Pada mulanya nak cancel je trip ni since si isteri baru sahaja mula bekerja di tempat baru and in case ada difficulty untuk cuti, maka kami pun ke Langkawi sebagai menggantikan plan percutian ke Bali. Sekali si isteri dapat cuti daaaa.. Yihaaaa!

Terbang bersama AirAsia. We bought the ticket September last year, during promotion and it costs us RM316 in total. AirAsia, sila buat lagi.


Kami sampai di airport Denpasar kira-kira pukul 8.30 malam. Malam pertama kami stay di Simpang Inn, Legian Street di Kuta. Since ini ialah honeymoon budget maka kami walk-in and tanya mana2 hotel yang room rate nya within budget. Basically kat Legian street ni memang banyak hotel ekonomi, boleh pilih yang ada air-cond (IDR 250,000-300,000) atau bilik yang fan sahaja (IDR 150,000-200,000). Kat sini tak panas pun especially malam, memang sejuk so bilik fan pun ok. Pantai yang hampir dengan Legian street ialah Pantai Kuta so jalan kaki pun boleh, about 5-10 minutes walk.
Kami di Simpang Inn satu malam sahaja kerana ada hotel yang lebih murah tapi condition similar, Hotel Maha Bharata, bilik air-cond ada TV (IDR 200,000) bersamaan RM54, kalau bilik fan even cheaper (IDR150,000). Agak-agak dah terlebih bajet nanti kami pindah la bilik fan.. hehe. Tapi surrounding di Simpang Inn lebih cantik dari Maha Bharata, ada swimming pool and green scenery. Bilik fan di Maha Bharata better that the one that we stayed in Simpang Inn.

At Simpang Inn


Basically hari pertama, kami jalan2 di area Kuta sahaja. Get to know the place better. One of our experience, ada yang jenis bagi kad gores then konon2 u menang something from the hotel. So adelah sorang cowok ni approached us and bagi 2 kad. Bila bukak kad, Ami menang 2 t-shirts and I menang grand prize, antara hadiah yg boleh dimenangi a)video cam b)accommodation free for a week c)USD500. So kene pergi hotel untuk redeem. Walaupun dah agak ni trick aje sbb die bawak ke hotel free and balik free, apelagi jalan2 la.. So seperti dijangka mestila grand prize yang dimenangi ialah B, confirm2 tak dapat duit tu kan. Tapi dapat jalan2 free.. hmmm


Tengah hari nye kami berjalan ke pantai Kuta. Layan Bakso… 3 mangkuk okeh kitaorang telan. Dah kenyang mesti ngantuk kan, balik hotel.. tido then petang keluar lagi ke pantai. Sekali lagi layan Bakso. Baikkkkk punya… So melepak la di pantai tengok sunset. Kat pantai ramaila local people akan approach buat temporary tattoo, tocang rambut, manicure n pedicure. Tapi yang paling best ialah melayan the botol Sosro.




Yang kelakarnya since tengah hari gi pantai, petang pergi lagi.. the same people approach kitaorang. Which we declined to accept their offers then diorang kata ‘Eh yang ini lagi’ Haha sapa suruh ko datang banyak kali.
Dan setiap kali kata orang Malaysia, diorang akan respond ‘Manohara’ daaa.. bukan dah lama ke since kitaorang pergi Jakarta dulu pun sibukkan Manohara ataupun ‘Upin Ipin’ ha.. yang ini barulah kebanggan Malaysia.

Malamnya pula, lepas melantak nasi padang sambung jalan-jalan di Legian street. Penat sehari berjalan, kami pun pergi foot refleksology. One hour for IDR50,000 = RM15

Di tugu peringatan mangsa kejadian ledakan bom Bali 2002


'Till then.

1 comments on "Balimoon Day 1"

mahira oya on January 24, 2010 at 4:56 PM said...

sampai gaks..
online sntiasa ek kt sane..
bagus bangat dong..

Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates