Sunday, March 14, 2010

Tak tau dah nak bagi tajuk ape. Sigh.


Kalau bebrapa bulan lepas kereta saya hilang, orang kata sabar.. dugaan nak kahwin. Kali ni, dah 3 kali berturut2 kereta baru dibeli involved in an accident dalam masa 2 minggu... mak tak tau nak cakap ape dah nyah.. Ini dugaan ape pulak.. uwaaaaa
Kalau haritu dah bagi tajuk stress kali ni aku dah takde idea apekah tajuk yang sesuai untuk perasaan yang sangat tertekan peringkat atas lagi dari stress???

Kronologi:
1) Mak Cik City yang emosi langgar pintu belakang last 2 weeks.. huhu
2)Encik Real Estate Agent plak langgar belakang masa berhenti kat simpang.. tensi!
3) Abang cikgu sekolah tak sempat brake kat traffic light merah tros langgar bumper yang dah kena langgar itu..
Ha, apekah dosa kereta saya???

Kami on the way ke Bentong jumaat malam, causin kahwin. Dah sampai Bentong dah nyah.. sikit lagi nak sampai rumah kenduri. Time kitaorang berhenti kat traffic light merah, sedang berbual mesra.. beberapa saat kemudian.. Berdentum lagi belakang kereta aku. Kali ni lagi kuat dari haritu dan sangat2 terkejut since kitaorang dah berhenti lama and tengah berbual. Yang dengan Encik Real Estate Agent tu, aku sempat la pandang mirror and dah agak sure mamat ni terlanggar, macam tak brake je.

Toyota Vios plak yang melanggar kali ni. Again kereta yang di belakang yang melanggar mengalami kerosakan yang lebih serius. Kereta abang cikgu tu siap tak boleh start after accident.

Mula-mula rasa jugak macam nak mengamok, tensyen G okeh! Boleh tak tggu lain tahun baru nak langgar lagi?? Tapi bila abang cikgu keluar dari kereta, tengok isteri and anak-anak dia ada.. rasa simpati pun ada. Bukan dia sengaja nak langgar kan. Bayangkan la kalau kita pulak berada di tempat dia. In fact perjalanan dia lebih jauh lagi, nak balik ke Kelantan, ada kenduri kahwin jugak.

Report polis pun dah buat since nak claim, abang n kakak yang langgar kereta kami pun dah say sorry maka kejadian itu berakhir dengan baik.

TAPI....


Saya masih stress.. the day after, Ami mengadu sakit belakang impact daripada accident tu. Tengkuk ami pun sakit tak boleh nak toleh kiri kanan. Bangun pagi tu, badan kami sakit-sakit.. Memang kuat kereta tu langgar, sampai bonet depan kereta tu folded la..
Dan... pekara yang sekali lagi saya risaukan =( Is the baby fine? Ahhhh... It was weekend, and I was at Bentong.. mana nak cari klinik yang boleh scan? So masa tu tahan je la, and I did felt pain and cramp. I hope it's normal pain. I strongly pray my baby doing good in there. Scary.

Dan stress jugak sebab.. orang bertanya 'Accident lagi?' Ah, like i asked for one?? Orang pun jadi doubt kot macamane kita bawak kereta walhal dah sah2 orang yang langgar belakang. Mungkin sebab orang lain bawak kereta bertahun2 not even a scrath pun ada kat kereta. Mungkin belum sampai masa nak kena kat batang hidung sendiri... Some people might think this is a joke, maybe diorang rasa tak logik kereta boleh kene langgar 3 kali berturut2 in a short period of time.

And I felt like so-so-so-so-stress since it caused me unnecessary inconvenience - nak kene buat report polis - kene tunggu 2 minggu polis nak bagi keputusan kes then baru boleh repair kereta - and nak hantar kereta pergi workshop - nak kene jumpa insurance adjuster - nak kene naik cab gi keje while kereta tengah repair - and again nak pergi scan baby lagi sekali just to make sure that everything is ok

I'm going to see my gynae today. Stay strong, my precious!

2 comments on "Tak tau dah nak bagi tajuk ape. Sigh."

mahira oya on March 14, 2010 at 10:14 PM said...

mmg stress..
insyaAllah the baby is fine..
amin..

thezaila on March 14, 2010 at 10:31 PM said...

insya allah the baby will be fine.. the mom-to-be and dad-to-be pun insya allah will be fine.. my prayers will always be u both plus the baby..

i know it is cliche if i'm saying this.. but.. bersabar lah wahai sahabatku..

Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates