Monday, May 17, 2010

Epidural. Opt-in or Opt-out?


Banyak perception orang pasal epidural ni. Antaranya..

Golongan yang menolak mentah2 penggunaan epidural, baru lah thrill rasa the real labour pain, macam zaman2 dulu. Point itu valid.

Ada yang memang dah plan nak epidural dari awal kehamilan, ada kaedah untuk mempermudahkan melahirkan anak kenapa tidak digunakan. Hmm betul jugak tu..

Ada yang plan nak epidural, sekali.. labour pain sekejap je, terus baby keluar. You should feel grateful for being so lucky.

Dan ada yang berkeras tak nak epidural but eventually terpaksa ambil jugak bagi mengurangkan kesakitan. Especially yang mengalami contraction yang sangat lama.

One point to be taken, sakit bersalin bagi individual itu adalah sangat berbeza antara satu individu dengan yang lain. Juga bergantung pada daya ketahanan terhadap rasa sakit. Mungkin alasan untuk samada ambil atau tidak epidural juga berbeza. I read this in one forum, ada seseorang ni diperlekeh sebab ambil epidural.. Apekah? Jahat sungguh orang yang memperlekehkan itu.

Adakah saya akan atau tidak ambil epidural?
Susah nak cakap, at this stage.. memang susah nak decide. Satunya, masih tak dapat nak gambarkan camane la sakit bersalin tu kan. And berapa lama la nak tunggu fully dilated that can lead to a longer contraction period.
I have spoken to a) orang yang kata 'jangan ambil epidural' b) orang yang kata take epidural especially this is first child.

Fakta :
Purata, tempoh labour bagi kelahiran sulung ialah 12 jam manakala kelahiran multi ialah 8 jam.
Ref: http://home.hamidarshat.com/IBZpenawar_sakit_bersalin.htm

Memang macam2 soalan terfikir pasal epidural ni so I did my own research (research la sangat) and would like to share the following points.

Ref:
http://hkulim.moh.gov.my/modules/news/article.php?storyid=18
http://www.al-islamhospital.com.my/temp/content/view/67/143/

Kebaikan Epidural

1. Mengurangkan kesakitan semasa bersalin.

2. Teknik pembiusan untuk pembedahan seperti cesarean, pembedahan ortopedik (misalnya gantian sendi lutut/pinggul), pembedahan urologi (misalnya prostat, pundi kencing, batu karang di saluran kencing dan lain-lain), pembedahan ginekologi (sakit puan) seperti histerektomi dan pembedahan vaskular.

3. Teknik gabungan dengan pembiusan penuh sebagai penahan kesakitan semasa pembedahan dan selepas pembedahan seperti pembedahan usus.

4. Mengurangkan kesakitan akut seperti patah rusuk dan kesakitan kronik seperti kanser/paliatif.

5. Epidural mengurangkan kesakitan dan menyebabkan salur darah mengembang, melancarkan peredaran darah kepada bayi dan secara tidak langsung mengurangkan risiko bayi lemas. Kajian terbaru menunjukkan suntikan epidural tidak mengganggu kelancaran proses bersalin dan tidak meningkatkan risiko memerlukan pembedahan caesarean.

Berapa lama untuk take effect?

Proses pembiusan ini mengambil masa yang singkat dan kesannya dapat dirasai dalam tempoh beberapa minit sahaja (10 hingga 20 minit), bergantung kepada jenis ubat bius yang digunakan dan dos ubat tersebut

Kesan penggunaan epidural

Biasanya kesan-kesan sampingan ini mudah diatasi dan tidak berbahaya seperti terketar-ketar, mengantuk, sakit belakang, sakit kepala, loya (dapat dikurangkan dengan ubat penahan muntah) dan tekanan darah menurun (boleh dielakkan dengan pemberian cecair melalui infusi sebelum prosedur dimulakan dan diteruskan ketika penggunaan epidural)

Kesan sampingan yang biasa dialami adalah tidak selesa akibat kekebasan pada bahagian bawah badan. Biasanya kebanyakan wanita dapat menerimanya sebagai ketidakselesaan sementara. Selain itu, ia boleh menyebabkan tekanan darah rendah (hipotensi) dan tidak dapat membuang air kecil dengan sendiri (mungkin memerlukan tiub kencing).

Epidural menyebabkan sakit belakang?

Salah tanggapan epidural dengan sakit pinggang atau belakang

Kajian terbaru yang dijalankan oleh hospital-hospital luar negara menunjukkan risiko mendapat sakit belakang selepas epidural sama seperti risiko bagi wanita yang bersalin tanpa epidural. Oleh itu, masalah sakit belakang ini berpunca ketika mengandung lagi, dan tidak berkait dengan kesan berpanjangan dari teknik epidural. Walaupun sakit belakang dirasai selepas epidural, ia adalah sementara saja dan akan pulih seperti biasa.

Bagaimana suntikan epidural diberi?

Ibu mengandung akan diminta duduk atau mengiring mengikut keselesaan masing-masing selepas penerangan mengenai epidural diberikan.

Kemudian satu tiub halus (diameter berukuran 0.45 milimeter) dimasukkan ke bahagian belakang (lumbar) ibu dengan suntikan jarum di kawasan epidural (luar kawasan saraf tunjang dan cecair meninges).

Sebelum itu, suntikan ubat bius setempat diberi di kawasan kulit tempat suntikan jarum. Kemudian jarum epidural dialihkan dan meninggalkan tiub halus di kawasan epidural.

Melalui tiub halus ini, kadar pengaliran ubat bius — biasanya bupivacaine atau ropivacaine — memberi kesan kebas pada saraf yang meliputi kawasan rahim dan servik.

Kebanyakan orang dapat merasai suntikan pertama, tetapi hanya segelintir berasa gelisah. Ramai wanita langsung tidak merasai tiub yang dipasang di belakang badan.

Tiub ini dikeluarkan selepas bayi dilahirkan atau selepas jahitan episiotomi. Jika ibu terpaksa menjalani pembedahan caesarean, pembiusan epidural ini diteruskan sehingga selepas pembedahan.

Other points

Bagaimanapun, epidural tidak menjamin 100 peratus dapat mengurangkan kesakitan kerana kadangkala faktor posisi ketika pemberian epidural dan abnormaliti pada struktur tulang belakang yang bengkok (kifosis dan skoliosis) menyebabkan kesukaran mendapat posisi jarum epidural di kawasan lumbar tulang belakang.

1 comments on "Epidural. Opt-in or Opt-out?"

♥ EeiNz ♥ on May 17, 2010 at 11:54 PM said...

akk bersalinkan sarah dulu x amek pun epidural nih. tah la, doc pun x tanye kot nak ke x.

akk dok lam labour room pun lebih kurang 8 jam gak. sarah leh tidur lagi lam perut. best sgt agaknye dok dlm perut x mo kuar lagi time tu..

Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates