Thursday, May 27, 2010

Kembali ke sekolah


Setelah hampir 10 tahun meninggalkan alam persekolahan.. kebetulan baru-baru ni ada occasion yang membolehkan kami menjenguk sekolah 'tercinta'. Banyak betul perbezaan, jalan nak pegi sekolah pun aku tak cam.. or I'm getting older?

A few weeks back, temankan Ami ke Alumni KUSESS. Bersempena Majlis Kecemerlangan KUSESS so abang2 and kakak2 pioneer pun datang memberi motivasi kepada adik-adik junior.
Hmmm pernah ke aku join acara seumpama ini dulu? Macam tidak..

Acara kemuncak, bersukan bersama junior di padang sekolah tempat suami berdating dengan 'chenta hati' masa sekolah dulu... TETTTTTT! Jawapan anda salah

Mengimbau kembali zaman kegemilangan Ami mengharumkan nama sekolah dalam basketball. Eceh.. Sila tengok gaya abang senior tu main, ye abang senior berbaju putih berseluar hitam itulah..



Selain berbakti kepada sekolah, pelajar ini jugalah penyumbang masalah disiplin di sekolah. Kalau betul, sila sengeh..

Yes, memang betul!

Dah penat bermain, dinner kat dewan makan sekolah pulak. Ini memang membangkitkan kerinduan terhadap sekolah saya ni.. Mana nak dapat nasi kawah berlaukkan daging-yang-agak-liat-tapi...-layannnn... kalau bukan di dewan makan asrama.


Last week Mama ajak balik Muar tengok Tok Mak. Excited sebab saya pula boleh melawat sekolah kat Bakri. Huish tak sangka ada jugak peluang nak pergi.
Makin lawo sekolah ni tak macam dolu-dolu

Maktab Rendah Sains MARA, Muar


Ni la tempat berteduh dan membesar selama di Muar, asrama Tun Fatimah. Anak perantauan lah katakan.

Kelas masa form four, bukankan di bawah pepohon menghijau itu saya melayan perasaan rindu terhadap keluarga ??? Pastu terjumpa anak ular, terus lari masuk kelas

Yeah, di sini lah saya bermain permainan disukai dan digilai diri sendiri - Netball!

Padang sekolah yang menyaksikan gugurnya keringat seorang olahragawati balapan atau secara ringkasnya tempat berlatih olahraga, bukan olahragawati pun ;p


Hmmm rasa muda kembali..

0 comments on "Kembali ke sekolah"

Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates