Sunday, May 30, 2010

Cita-cita

5 comments


Cita-cita paling awal yang saya boleh ingat ialah masa darjah 2..

Cita-cita default: Cikgu; dah kerja itu yang kita tengok saban hari apabila ke sekolah. Masa tu selain murid-murid, 'cikgu' tu kita tau ialah satu pekerjaan. Takkan nak jadi mak cik kantin, lagipun bukan senang nak dapat kontrak kantin kat sekolah, nak kene pegi jumpe bomoh biar org lain tak dapat... (JGN TIRU AKSI INI DI RUMAH! Jangan cakap aku tak bagitau eh..)

Setiap tahun pun cikgu nak tanye apa cita-cita.. susah woo nak pilih.. dah la masa tu kita tak tau ada pekerjaan seperti Network Administrator, Pegawai Pemasaran, Unit Trust Consultant, Personal Assistant, Photographer, Makeup Artist. Balik-balik.. polis, bomba, cikgu, askar.. Dah la limited, bila dah pilih.. sama pulak dengan kawan sebelah, kene tukar lagi.. perah otak lagi. Yang lagi tensyen bila cikgu cakap 'Sila nyatakan tiga(3) cita-cita kamu' Ahhhh.. tak bace ke kat atas tu pilihan pun ada 4 pekerjaan je..

Maka apabila meningkat dewasa iaitu darjah 3, pengetahuan lebih luas.. Masa darjah 2 tadi, saya dah mention pasal polis kan... Haa.. masa darjah 3 cita-cita saya ialah Polis Trafik. Kira more specific la ni.. Sebab? Terpengaruh dengan cerita Roda-roda Kotaraya kat TV1 ulangan 5 petang setiap hari Selasa. Best gile diorang bawak motor besar, aku rasa pernah terbaca kat majalah Ujang - dalam salah satu perbualan watak kartun tu - Cagiva Mito RM20 ribu... Memang dari kecil dah sedar diri mana nak cari duit banyak tu bila dah kerja nanti, teruslah terfikir jadi polis trafik la... motor besar disediakan.

Naik darjah 5 pulak, kawan-kawan perempuan semua pilih cita-cita yang lebih feminin... Malu la nak mengaku nak jadi polis trafik bawak motor besar kan.. Teruslah pilih nak jadi Pramugari - budget TINGGI la bila dah besar. Masa tu dah berangan nanti nak pakai lipstik, kasut tinggi and bawak handbag panjang macam stewardess tu.. Sementelah itulah cita-cita buat tahun 1995.

Darjah 6 lain pulak cerita, lebih matang mungkin. Saya bercita-cita menjadi Architect. Masa tu terbaca artikel pasal Menara TM or bangunan rebung tu kat paper. Rasa macam best je design bangunan ni. And konon2 la suka melukis masa tu.. So cita-cita ni lama jugak bertahan, sampai form 3.

Masa form 3 dah plan nak amek jurusan Lukisan Kejuruteraan, ala yang bawak pembaris putih macam pedang tu. Gila smart simpan 'pedang' tu dalam beg.. -itukah motif???
Sekali form 4 dapat masuk MRSM, takde subjek tu. Al-kisah bermulalah percintaan saya dengan subjek Biologi. Cuma saya takut darah n bedah2 ni maka tak payah lah susah-susah nak jadi doktor, saya mau jadi Saintis or any post kat dalam lab, buat ujikaji... Ish memang inilah ultimate cita-cita saya ni.. Confirm nak kerja kat lab, pakai lab coat putih tu.. Budget nak keluar paper Mingguan bahagian Sains tu kan.. Tak pun keluar Buletin Utama - penemuan penawar penyakit AIDS ke.. Subjek Bio score pulak tu masa SPM. Ish memang inilah hala tuju saya ni. My destiny......

Sehinggalah dapat surat tawaran sambung degree. Kejuruteraan Perisian. ????????? Fainted.

Dipendekkan cerita, dan bermulalah empayar karier saya dalam jurusan IT. 4 years in industry, switched line to academic jadi Lecturer. Ha kan dah kata masa kecik... jadi Cikgu.

Hakikatnya, berapa banyak pun cita-cita since kita kecik.. especially perempuan ni, bila dah bekerja beberapa tahun and we realised macam rasa nak dok kat umah jugak.. As in, jaga anak... taking care of family.. tunggu husband balik.. Ah, heaven! (provided duit masuk gak dalam account every month)
Masa kecik tak terfikir pun huhu.. susah-susah fikir nak jadi polis hutan bagai, padahal bila dah besar rasa nak jadi Surirumah jek.

Adik-adik, lain kali kalau cikgu tanye nak jadi ape.. cuba selambe je tulis Surirumah. Confirm cikgu adik tu tak marah, sebab kalau dia perempuan dia pun mempunyai cita-cita yang sama.

Kenapa kakak beremosi post entry sebegini.... Monday blues has just began!

Thursday, May 27, 2010

Kembali ke sekolah

0 comments
Setelah hampir 10 tahun meninggalkan alam persekolahan.. kebetulan baru-baru ni ada occasion yang membolehkan kami menjenguk sekolah 'tercinta'. Banyak betul perbezaan, jalan nak pegi sekolah pun aku tak cam.. or I'm getting older?

A few weeks back, temankan Ami ke Alumni KUSESS. Bersempena Majlis Kecemerlangan KUSESS so abang2 and kakak2 pioneer pun datang memberi motivasi kepada adik-adik junior.
Hmmm pernah ke aku join acara seumpama ini dulu? Macam tidak..

Acara kemuncak, bersukan bersama junior di padang sekolah tempat suami berdating dengan 'chenta hati' masa sekolah dulu... TETTTTTT! Jawapan anda salah

Mengimbau kembali zaman kegemilangan Ami mengharumkan nama sekolah dalam basketball. Eceh.. Sila tengok gaya abang senior tu main, ye abang senior berbaju putih berseluar hitam itulah..



Selain berbakti kepada sekolah, pelajar ini jugalah penyumbang masalah disiplin di sekolah. Kalau betul, sila sengeh..

Yes, memang betul!

Dah penat bermain, dinner kat dewan makan sekolah pulak. Ini memang membangkitkan kerinduan terhadap sekolah saya ni.. Mana nak dapat nasi kawah berlaukkan daging-yang-agak-liat-tapi...-layannnn... kalau bukan di dewan makan asrama.


Last week Mama ajak balik Muar tengok Tok Mak. Excited sebab saya pula boleh melawat sekolah kat Bakri. Huish tak sangka ada jugak peluang nak pergi.
Makin lawo sekolah ni tak macam dolu-dolu

Maktab Rendah Sains MARA, Muar


Ni la tempat berteduh dan membesar selama di Muar, asrama Tun Fatimah. Anak perantauan lah katakan.

Kelas masa form four, bukankan di bawah pepohon menghijau itu saya melayan perasaan rindu terhadap keluarga ??? Pastu terjumpa anak ular, terus lari masuk kelas

Yeah, di sini lah saya bermain permainan disukai dan digilai diri sendiri - Netball!

Padang sekolah yang menyaksikan gugurnya keringat seorang olahragawati balapan atau secara ringkasnya tempat berlatih olahraga, bukan olahragawati pun ;p


Hmmm rasa muda kembali..

Monday, May 24, 2010

Mari bantu suami berjimat

5 comments
For those yang sedang survey private hospital mana nak deliver nanti, and tengah pening2 kepala sebab nama pun private dah tentu mahal. And my concern is if caesar - can cost us more than 10K! walaupun kita tak nak c-sec tapi manalah tau sementelah membaca pengalaman mereka yang tak pernah terfikir pun nak kena caesar, sekali kene cut open jugak - bisa gugur bulu roma melihat angka yang perlu dibayar. Sedangkan si isteri hampir gugur bulu roma mendengar apekah lah yang gugur pada suami sekiranya perlu membayar jumlah yang sedemikian - mungkin gugur air mata lelaki ;p

Well I heard about UKM Specialist Centre last two weeks. Maybe dah ramai yang tau tapi mungkin juga ada yang belum tau - seperti saya 2 minggu lepas. UKM Specialist Centre ni private, located at 7th floor kat hosp. UKM tu. And based on my survey, rate nak deliver kat sini paling murah berbanding hosp. private yang lain. You can browse their website at http://www.ukmsc.com.my/.

Room rates pun jauh beza dari rate hosp. private lain


The following is just mouth-to-mouth info, so hendaklah check semula sebelum quote info kat sini k
Deliver Normal - RM2-3K
*My kenalan punya experience, she said deliver normal and ada complication, Doc performed forcep and vacuum - costs her RM4K

Deliver Caesar - RM4-6K
*Oklah dari kat Pantai, reaching 10K.. isk

Epidural - RM450
*Compare to Pantai, RM800 per shot

And I heard Doc kat sini pun bagus and expert, ramai yang ada title Prof. My sis in law dari Prince Court she swithced to Prof Zainul kat HUKM ni. Since hari tu Prof Zainul able to detect her fertility problem where docs from PCMC and other hospitals failed to do so. And now she's expecting her second baby =)

Click here to see gynae list in UKM Specialist Centre. Ramai jugak yang suggest Prof Zainul and Prof Hashim. Their consultation days 2 days a week je, susah sikit nak dapat first appointment sebab selalu penuh, good thing is.. maksudnya they always ready for labour case la kot. Sometimes I wonder Doc with so many slots of consultation hours, bila la gamaknya dia handle labour case.

Selamat Bersalin! ;)

Monday, May 17, 2010

Epidural. Opt-in or Opt-out?

1 comments
Banyak perception orang pasal epidural ni. Antaranya..

Golongan yang menolak mentah2 penggunaan epidural, baru lah thrill rasa the real labour pain, macam zaman2 dulu. Point itu valid.

Ada yang memang dah plan nak epidural dari awal kehamilan, ada kaedah untuk mempermudahkan melahirkan anak kenapa tidak digunakan. Hmm betul jugak tu..

Ada yang plan nak epidural, sekali.. labour pain sekejap je, terus baby keluar. You should feel grateful for being so lucky.

Dan ada yang berkeras tak nak epidural but eventually terpaksa ambil jugak bagi mengurangkan kesakitan. Especially yang mengalami contraction yang sangat lama.

One point to be taken, sakit bersalin bagi individual itu adalah sangat berbeza antara satu individu dengan yang lain. Juga bergantung pada daya ketahanan terhadap rasa sakit. Mungkin alasan untuk samada ambil atau tidak epidural juga berbeza. I read this in one forum, ada seseorang ni diperlekeh sebab ambil epidural.. Apekah? Jahat sungguh orang yang memperlekehkan itu.

Adakah saya akan atau tidak ambil epidural?
Susah nak cakap, at this stage.. memang susah nak decide. Satunya, masih tak dapat nak gambarkan camane la sakit bersalin tu kan. And berapa lama la nak tunggu fully dilated that can lead to a longer contraction period.
I have spoken to a) orang yang kata 'jangan ambil epidural' b) orang yang kata take epidural especially this is first child.

Fakta :
Purata, tempoh labour bagi kelahiran sulung ialah 12 jam manakala kelahiran multi ialah 8 jam.
Ref: http://home.hamidarshat.com/IBZpenawar_sakit_bersalin.htm

Memang macam2 soalan terfikir pasal epidural ni so I did my own research (research la sangat) and would like to share the following points.

Ref:
http://hkulim.moh.gov.my/modules/news/article.php?storyid=18
http://www.al-islamhospital.com.my/temp/content/view/67/143/

Kebaikan Epidural

1. Mengurangkan kesakitan semasa bersalin.

2. Teknik pembiusan untuk pembedahan seperti cesarean, pembedahan ortopedik (misalnya gantian sendi lutut/pinggul), pembedahan urologi (misalnya prostat, pundi kencing, batu karang di saluran kencing dan lain-lain), pembedahan ginekologi (sakit puan) seperti histerektomi dan pembedahan vaskular.

3. Teknik gabungan dengan pembiusan penuh sebagai penahan kesakitan semasa pembedahan dan selepas pembedahan seperti pembedahan usus.

4. Mengurangkan kesakitan akut seperti patah rusuk dan kesakitan kronik seperti kanser/paliatif.

5. Epidural mengurangkan kesakitan dan menyebabkan salur darah mengembang, melancarkan peredaran darah kepada bayi dan secara tidak langsung mengurangkan risiko bayi lemas. Kajian terbaru menunjukkan suntikan epidural tidak mengganggu kelancaran proses bersalin dan tidak meningkatkan risiko memerlukan pembedahan caesarean.

Berapa lama untuk take effect?

Proses pembiusan ini mengambil masa yang singkat dan kesannya dapat dirasai dalam tempoh beberapa minit sahaja (10 hingga 20 minit), bergantung kepada jenis ubat bius yang digunakan dan dos ubat tersebut

Kesan penggunaan epidural

Biasanya kesan-kesan sampingan ini mudah diatasi dan tidak berbahaya seperti terketar-ketar, mengantuk, sakit belakang, sakit kepala, loya (dapat dikurangkan dengan ubat penahan muntah) dan tekanan darah menurun (boleh dielakkan dengan pemberian cecair melalui infusi sebelum prosedur dimulakan dan diteruskan ketika penggunaan epidural)

Kesan sampingan yang biasa dialami adalah tidak selesa akibat kekebasan pada bahagian bawah badan. Biasanya kebanyakan wanita dapat menerimanya sebagai ketidakselesaan sementara. Selain itu, ia boleh menyebabkan tekanan darah rendah (hipotensi) dan tidak dapat membuang air kecil dengan sendiri (mungkin memerlukan tiub kencing).

Epidural menyebabkan sakit belakang?

Salah tanggapan epidural dengan sakit pinggang atau belakang

Kajian terbaru yang dijalankan oleh hospital-hospital luar negara menunjukkan risiko mendapat sakit belakang selepas epidural sama seperti risiko bagi wanita yang bersalin tanpa epidural. Oleh itu, masalah sakit belakang ini berpunca ketika mengandung lagi, dan tidak berkait dengan kesan berpanjangan dari teknik epidural. Walaupun sakit belakang dirasai selepas epidural, ia adalah sementara saja dan akan pulih seperti biasa.

Bagaimana suntikan epidural diberi?

Ibu mengandung akan diminta duduk atau mengiring mengikut keselesaan masing-masing selepas penerangan mengenai epidural diberikan.

Kemudian satu tiub halus (diameter berukuran 0.45 milimeter) dimasukkan ke bahagian belakang (lumbar) ibu dengan suntikan jarum di kawasan epidural (luar kawasan saraf tunjang dan cecair meninges).

Sebelum itu, suntikan ubat bius setempat diberi di kawasan kulit tempat suntikan jarum. Kemudian jarum epidural dialihkan dan meninggalkan tiub halus di kawasan epidural.

Melalui tiub halus ini, kadar pengaliran ubat bius — biasanya bupivacaine atau ropivacaine — memberi kesan kebas pada saraf yang meliputi kawasan rahim dan servik.

Kebanyakan orang dapat merasai suntikan pertama, tetapi hanya segelintir berasa gelisah. Ramai wanita langsung tidak merasai tiub yang dipasang di belakang badan.

Tiub ini dikeluarkan selepas bayi dilahirkan atau selepas jahitan episiotomi. Jika ibu terpaksa menjalani pembedahan caesarean, pembiusan epidural ini diteruskan sehingga selepas pembedahan.

Other points

Bagaimanapun, epidural tidak menjamin 100 peratus dapat mengurangkan kesakitan kerana kadangkala faktor posisi ketika pemberian epidural dan abnormaliti pada struktur tulang belakang yang bengkok (kifosis dan skoliosis) menyebabkan kesukaran mendapat posisi jarum epidural di kawasan lumbar tulang belakang.

Friday, May 14, 2010

7th Anniversary

3 comments
You've given so much joy
In everything you do so well
You're more than just my husband
you are also my special pal

2005


2006


2007


2008 Engagement


2009 Akad Nikah






Reception


Thursday, May 13, 2010

140 days left

3 comments
My pregnancy is at 20 weeks today, it’s 5 months! And we already know the gender. Insya-allah. And 140 days left! Kejap je tu.. Excited memang la, takut apetah lagi. Last 2 nite I experienced muscle cramp kot kat perut, it was painful made half of my belly felt like a rock. Terfikir jugak mesti sakit nak bersalin lebih lagi, mungkin x10. Ami kate mungkin jugak x2 je.. (ayat standard suami nak sedapkan hati) =)

So semalam ke klinik kerajaan for my 2nd checkup. I found out banyak jugak difference between private and public clinic ni. FREE itu sudah tentula kebaikan memihak kepada klinik kerajaan. Somehow diorang lebih details dari segi test during the checkup – contohnya common checkup di private; urine test, consultation, scan – medication pun ramai prefer beli kat farmasi which is cheaper. Di klinik kerajaan, diorang check darah jugak every time pergi checkup – check hemoglobin. Maybe la kat klinik private pun u boleh request untuk check blood regularly but then is like requesting more cash from your husband’s wallet too. And nurse pun agak particular, for example.. my weight naik exceeded pulak rate yang sepatutnya, kene la ceramah sikit and will be observed. Plus diorang ajar self check breast exam.

Antenatal check-up at klinik kerajaan:

One-time test / injection
Blood group & Rhesus – done at first visit
Kancing gigi – 2 times, start when ur pregnancy is at 5 months
Dental check-up – at least ONCE during pregnancy
Self check breast exam

Regular check-up
Urine test – check sugar etc
Blood test – check kandungan hemoglobin dalam darah
Blood pressure
Weight
Check baby’s heart beat– on regular basis using Doppler by nurses. I yet to experience they use scan machine, I heard ada.. done by the doctor.

Remember I talked about buku merah, there are 2 copies.. satu is for your own keep, bagus jugak boleh la baca and understand report diorang.

Kebetulan bila check sugar level dalam urine semalam, tinggi la pulak sugar – 2+, maka saya perlu menjalani ujian air gula just to make sure takde diabetes. Haish kalau dekat private berapa la kena kan test-test ni semua.

Berkenaan masa menunggu pulak, well I would say lebih kurang.. Every time i pergi check-up dengan Dr IDris, memang ramai orang.. kadang-kadang tunggu lama masuk nye sekejap je. Kat klinik kerajaan, it takes 2 hours jugak sebab you kene gi kaunter ni, then kaunter lain, gi makmal.. tp distance dekat la. Walaubagaimanapun Dr Idris memang fatherly and lagi comfort untuk tanya dia then the nurses hehe cuma awak mahal sedikit ;p

But of course yang do the check-up and consult us dekat klinik kerajaan bukan lah O&G, but it helps in term of saving money for the lil one.

Tapi, still nak deliver kat private! (suami take note ye!) Saya tolong awak save masa check-up ni aje tau… *wink*wink*

Wednesday, May 5, 2010

The Husband

4 comments
Kalau kebanyakkan orang bercerita pasal suami yang sweet.. like suka buat suprise, bagi bunga, cook at home - and if that's the definition.. I would say, my husband is not sweet. Oh ini bukan mengumpat, he definitely read my entry a while later hehe

Romantic pun tak la sangat, kalau merajuk tu.. jangan kecik hati la kalau dia tak pujuk, bukan sengaja dia nak sakitkan hati.. memang dia tak perasan!

Mengimbau semula detik2 cemas dia cuba menawan hati si isteri 7 tahun lepas.. Oh, he himself refuse to listen to the story. Tidak seperti Romeo memikat Juliet. But it's still clear in my mind up to now =)

But I didn't know.. despite his less-sweet and romantic attitude, I was so suprised he was so touched when he got to know that I'm pregnant. Ingatkan I yang akan mengalami pekara itu, instead I was smiling ear to ear while him... and his silent moment. I can tell...

He's not type of person who will talk heart to heart. I feel sorry sometimes I don't really get what he is thinking about something. He'll share the surface. That's it. He calm all the time. Although during difficult time, touching moment (as I defined), happy time.

We were so eager to know the baby's gender since month 4 and hoping nampak sex baby during checkup today. And we did! Mestilah happy kan bila nampak.. Happy sambil senyum and puas hati sebab dah tau. Tapi Ami tak senyum. He was on silent mode and looking somewhere else when I looked at him. Mengetap bibir.

I know Ami nak ajar his first child main football or basketball or running or swimming or anything yang Ami suka buat. Ami nak anak yang pertama jadi ketua especially when both of us are no longer there to take care of the family. Ami nak ada anak yang carry 'Syah' pada nama.

Hakikatnya, perempuan atau lelaki tu bukan persoalan . Janji, anak Ami sihat. Kalau tak ikut muka bapak, comel macam mak pun apa salahnya kan.. ;p Kalau tak lasak, mulut banyak celoteh pun menghiburkan. Kalau bukan beli baju color biru, baju color pink lagi banyak design tau!

But he obviously happy, obvious.. obvious..obviously happy! He's going to get a baby boy! InsyaAllah.




p/s: Thanks for the Y chromosome, husband!

Saturday, May 1, 2010

Keeping up with the Baharians Eps 4

1 comments

Cucu Tok Janggut ke-10


Amy, wife my younger brother has safely delivered a baby girl at 6.50pm on 30th April 2010. Congratulations! Dan ini ialah cucu Tok Janggut ke-10, suke la tu..


Tak sangka la adik aku ni dah jadi bapak orang. Dari kecil, we were so close and beza umur pun setahun jek (merampas kasih sayang ibubapa daripada saya, tak sampai setahun jadi youngest child)
Kami masa kecil2, kadang-kadang kami lah kawan paling baik dalam dunia.. kalau time bergaduh.. bertumbuk la.. sepak terajang la, kalah Serbia dengan Bosnia. And of course banyak kenangan buat jahat sama-sama, hik hik kalau salah seorang nak ponteng tuition ke.. we'll backup each other. Baik punya cover line. Baju n seluar masa kecik pun banyak yang sama pattern huhu

Suatu Masa Dulu

Kecik je mamat ni.. Memang jadi mangsa siku aku je dulu ni - kalau dia degil la, suka menyakat adik bongsu, huh tau jeles!

Tapi sekarang

Besar gile... bini ko bagi makan ape? Ni nak siku pun takut, ko tengok la lengan dia.

Tahniah adikku! Semoga anak anda tidak senakal kita sewaktu kecil dahulu =)

Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates