Tuesday, December 14, 2010

Aftermath


Dah setahun kes kereta saya hilang – it happened December last year, 2 weeks before my wedding…

DEC 2009
Jam menunjukkan 6 petang, saya nak bergegas balik sebab nak jumpa my late brother. Nak pass bekas muffin – door gift masa akad nikah, his wife nak tolong buatkan muffin.

Sambil berjalan kearah tempat letak kereta sambil call Bang Lang..

‘Ko ada kat mane? aku nak hantar bekas muffin ni..’
‘Kat Giant KJ’
‘Ok lagi 20 min sam… Eh, mana kereta aku?????’
‘Mana kereta ko??’

Aku pun tak tau, dah setahun ni pun tak jumpa2 lagi keta aku.

Stress GILER. Sekarang makin terasa how stressed it was. Sangat.

Standard procedure, lepas hilang kereta > buat report polis. Polis akan ambil masa sebulan untuk cari kereta, kalau tak jumpa baru dia tutup kes. Bila dah tutup kes barulah boleh submit report to insurance. Terus dapt duit? Tidak. Insurance pun akan cuba cari kereta for few months, kalau tak jumpa maka disahkan kereta dah hilang barulah insurance bayar. Habis cerita.

Macam mudah je kan.. So takpelah mereka mencuri kereta kita.?

It took me a year nak setelkan semua hal-hal polis, insurance, bank – turun naik banguan, HQ, calling back n forth orang itu orang ini --- MEMANG RASA NAK SEMBELIH JE SAPE YANG CURI KERETA.

Itupun kalau harga semasa kereta yang insurance nak bayar tu dah boleh cover loan kereta dengan bank. Kalau harga semasa kereta rendah lagi dari outstanding balance loan, jadilah macam saya.. Berhutang lagi dengan bank, bayar duit kereta tapi keretanya tak ade --- TAK JADI SEMBELIH TERUS, AKU NAK SIAT-SIAT JE KULIT TU DULU BIAR SEHARI DUA PERAH LIMAU SIKIT BAGI HILANG BAU BARU SEMBELIH.

Ces, tengok darah pun takut lagi mau sembelih.

Lepas kereta hilang buat report polis, en polis kata kena tunggu at least seminggu (ni yang dah kaw tim kalau tidak sebulan) baru dia akan tutup kes if tak jumpa. So seminggu lepas tu, en polis yang berkenaan takde kat office la.. ataupun saya sampai kat polis station pukul 5.10pm; kakak dekat kaunter habis kerja pukul 5, dia dah balik sebab dia dok Shah Alam. OK!
Tup-tup, 2 minggu jugak baru dapat surat dr polis nak submit ke insurance.

Bila dah submit ke insurance, dalam masa sebulan adjuster akan datang interview and nak tengok kawasan kejadian. Bila dah selesai kerja adjuster pula, insurance akan ambil masa 5-6 bulan untuk urusan yang mereka-sahaja-tau. Ya, si insurance itulah yang bila time renewal dialah sahabat paling baik telefon hari2 ajak renew dengan dia.

By right walaupun kereta dah hilang tapi selagi urusan claim tak selesai, HARUS bayar monthly installment dengan bank. Bukan saya sengaja tak nak bayar, tapi lepas kereta hilang adalah perlu saya beli kereta baru – kalau tak bang insurance nak tolong hantar saye pergi ofis ker??? Membayar 2 loan kereta adalah di luar kemampuan saya.
So nak mempercepatkan urusan claim insurance, zillion times dok call insurance tanya update. In 4 months urusan claim selesai, just one day after due date saya kena buat bayaran kereta kalau tidak nama blacklist. Still nama saya blacklist.

May/Jun 2010
Dah confirm je insurance nak bayar, kena pergi JPJ isi boring tukar nama hak milik. Pergi buat surat sumpah and what not. Hantar kunci kereta kat Amassurance.
Value kereta pada masa tu memang dah tak seberapa, outstanding balance lebih banyak dari amount insurance cover MAKA saya masih lagi berhutang dengan bank.

But they said, boleh mintak kurangkan bayaran bulanan. Hati berlagu riang.


July 2010
Went to meet CLO (customer liaison officer) Ambank. Sejak dari May, banyak kali call nak tanya pasal outstanding balance after insurance dah bayar, tak pernahnya dapat bercakap. Last2 pergi Ambank Yap Kwan Seng.
En CLO kata boleh buat permohonan nak structure semula bayaran to bank supaya rendah sikit la amount nak bayar bulan-bulan since saya ni teraniaya and dah ada commitment another car loan. Borang ape semua dah tandatangan, nanti ada la officer dari bahagian lain akan call untuk bagi offer letter new installment.

Aug 2010
Call CLO nak tanya update sebab takde sape pun call saya lagi. Nama masih blacklist ni. En CLO kate dia dah pass form tu so dah bukan bidang kuasa dia. Tapi dia akan call saya bagi update.

Sep 2010
-
(sibuk cuti bersalin)

Oct 2010
Call lagi CLO. Tak dapat bercakap sebab dia busy. Tinggalkan no nanti kawan En CLO suruh En CLO call Puan Hidayah balik. Ok.

Takde pun call Puan Hidayah balik. Sian Puan Hidayah…

Nov 2010
Saya call CLO, saya tak nak cakap dgn En CLO tu tapi boleh tak awak check dalam system ape update application saya sekarang?
‘Sekarang kes puan ni Puan Officer ni yang handle. Ni no telefon dia.’

So saya call Puan Officer..
‘Ini bukan saya yang handle. Sape bagitau saya yang handle? Ni En Officer yang handle, saya transferkan ke line beliau’

Bila dah terangkan keadaan kat En Officer..
‘saya tak dapat pun borang tu.’

Terus saya membebel.

‘Takpe, berapa amount puan nak bayar bulan2?’

‘Ok nanti saya hantar offer letter and boleh start buat bayaran’

Owh, that’s simple? Cis gile!

Bila ditanya bila nama boleh clear lepas buat bayaran..

‘Sampai habis bayar outstanding balance tu’

Cis gile X 4 juta!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Serius ni nak tanya, seronok ke curi barang orang? Kena pulak dekat orang-tak-kaya. Menyusahkan hidup orang lain. Bagi pulak makan hasil duit haram tu dekat mak bapak, anak-anak. Agak2 dah hitam macamane lah darah mengalir dalam badan seisi keluarga?

Sekarang baru betul2 terasa stressnya hilang kereta. Bayar duit bulan2, kereta orang lain dok lenjan. Tu pun ntah2 enjin kat orang lain, ekzos kat orang lain, pintu kat kereta mat bangla…

Dec 2010
Bayar duit keretanya-takde ...

3 comments on "Aftermath"

QueenBz on December 14, 2010 at 9:05 PM said...

sabar yang! i pulak yg naik geram!
hishh. diorg ni tak pikir ke duit diorg curik tu tak HALAL??
i yg kete kena pecah pun dah macam nak gile, inikan pulak u hilang kereta!
sabar yer! take care! tengok baby Amir, mungkin boleh ilang stress!

Nur on December 14, 2010 at 10:35 PM said...

hihi balkiz u suke over marah dari i kan.. ;p

memang rase nak sembelih lagi ni!!

yienjr on December 15, 2010 at 8:25 PM said...

baha, abang pun dah 5 bulan bayar free saja2.. skrg ni kes insurans dah setel tapi still masih lagi hutang dekat bank ada lagi dalam 6K , dan insyaallah dlm bulan 7/8 tahun depan baru setel tapi tulah bayar for nothing. memang org yg curi kereta kita ni patut kena sembelih takpun kita sula je hidup2! gerammm

Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates