Monday, February 18, 2013

2nd Delivery Story : Adik Amir Hidayat Syah

8 comments
Thursday, 14th Feb 2013

Cuba untuk sampai di office awal supaya boleh selesaikan kerja yang perlu diselesaikan sebelum mula bercuti minggu hadapannya. Since masih ada 6 hari brought forward leave yang akan expire by end of April, kalau tak ambil awal burn sebab maternity leave, so I planned to take leave prior to my maternity leave.

Dalam pukul 9.30am, terasa macam period cramp and quite painful especially bila jalan. Hampir pukul 11 masih lagi rasa sakit so I texted Ami, kalau boleh datang lunch time boleh pergi check di emergency. Jam 12.30 Ami sampai, sakit terus hilang. Daripada pergi ke hospital, dan bila tiada contraction detected, terpaksa pulak mengadap muka nurse yang poyo kata 'Normal la tu' (if any) lebih baik tak perlu pergi. I decided to go back early and rest. Bukan itu sahaja, I changed my mind, ambil cuti seawal keesokkan hari (Jumaat) instead of next week.

After had my lunch, balik rumah and cuba untuk tidur, contraction kept coming. Langsung tak dapat tidur sampai ke Asar. I think good decision bercuti seawal mungkin.


Friday, 15th Feb 2013

"Oh yeah I'm officially on leave! Clearing brought forward leaves prior to my maternity leave. A long-awaited 'holiday' after years of struggling with life commitments, study and work. Now I just wanna spend time with my family."

Itulah status gembira saya di FB pada hari itu. Walaupun bercuti, I didn't plan untuk duduk berehat sahaja. On that day, my pregnancy turned 36 weeks, kalau ikutkan masa Amir, 37 weeks I dah deliver. So I plan untuk siapkan kerja office from home, kemas rumah nanti orang nak datang visit newborn baby (eceh!), spend time dengan Amir lepas ni nanti dia kena share mommy dengan baby, kerja PhD dan bermacam-macam lagi.

Bangun pagi sempat sapu rumah dan kemas sikit-sikit aja. Pukul 9 lebih, contraction datang lagi. Perut betul2 mengeras dan setiap 3-4 minit. Tapi sakit masih bearable. Pukul 10 masih ada contraction, again I texted Ami... Kesian jugak, semalam dia dah rushing datang and balik office for meeting. I siap cakap, hope this contraction won't reduced or in other words I hope this is a true labor contractions! Haha dah tak sabar kan.

Tapi still bangun dan siap-siapkan barang untuk ke hospital sementara tunggu Ami sampai. Sekali sekala buat exercise ketuk ketampi - Prof Hashim kata bagus untuk kasi baby turun and bukaan jalan. Yelah, malas nak pergi hospital and detect contraction TAPI... takde dilation maka anda boleh balik dulu -> confident sangat dah boleh deliver nih!

Hampir pukul 1, Ami sampai rumah kami terus shoot ke hospital so that I tidak berubah fikiran. Rasa macam malas pergi pun ada sebab masih boleh tahan contraction tu, tapi contraction memang kerap dan sudah berjam-jam.

1.30pm sampai di emergency, after 15-20 mins baru start buat CTG monitoring. Dalam hati, jangan lah contraction ni hilang pulak masa dah pasang CTG, bukannya tak pernah jadi macam tu. Masa tengah monitor contraction from the CTG machine, I yang sibuk terdongak-dongak nak baca reading dari machine. Memang setiap kali perut mengeras, reading naik dan ada spike di kertas graf. Fuh, sebaik ada contraction ;p Selesai 20 minit buat CTG, nurse datang untuk ambil result. Bila ditanya nurse ada contraction tak, she said 'Ada, tapi sikit je ni' Tak sedap hati dengar. Mungkin kena balik la ni.

After awhile doctor datang untuk buat further checkup, since ada contraction most likely doctor akan buat VE. Masa doctor tengah siap-siap untuk check I mentioned pasal first pregnancy I deliver at 37 week, and pada masa tu I dah rasa sakit pada va-jay-jay. Doctor kata maybe awak dah in labor kot. Wah, ada harapan. Bila doctor buat VE, he found out I dah dilated 3cm.

Erkkk.. I didn't really expect this. Dan dia kata, I dah kena masuk labor room. Uh oh, serius cuak. Haha tadi nak sangat. Terus hilang rasa contraction. Ami was away masa I buat CTG so i texted him cakap dah bukak 3cm. Dia kata 'Wow', mungkin dia happy I dah nak deliver hahaha Tapi sekarang saya sangat cuak. Sementara nak tunggu nurse ambil wheelchair dan bawak ke labor room, rasa macam -- agak-agak kalau saya kata nak balik dulu, doctor bagi tak? Serius, anxious. Terfikir ni bila lah bersalin kalau sekarang dah masuk labor room, malam nanti ke.. pagi esok ke.. Heuheuheu

Sampai di labor room 3.30pm, I minta untuk pergi solat dulu. Nurse serba salah, mungkin dia risau kalau ada apa-apa berlaku nanti. Tapi masatu tak rasa sakit lagi, cuma menggigil takut nak bersalin ;p

Selesai solat, hampir jam 4 dah nak ready tukar baju dan lain-lain.. Contraction makin terasa. Nurse pun memulakan kerja beliau seperti yang telah diarahkan oleh Prof Hashim. Dalam pukul 4.15, Prof muncul di hadapan mata. Okay, ini lebih menyeramkan. Prof kata, 5.30 awak beranak la ni. Ayooo serius? Haha. Prof check jalan lagi sekali, masatu dah dilated 4-5cm. Prof pecahkan air ketuban nak cepatkan contraction and dilation. Cuak cuak cuak. Dulu air ketuban pecah sendiri. Tapi tak rasa apa-apa pun melainkan rasa sesuatu dimasukkan kat bawah tu.

Dalam 5.15 Prof check semula, baru 6-7cm. Nurse offer gas, memang kita sapu lah kan! Hehehe Reading contraction dah mencapai 120-130 masa tu. Alhamdulillah dapat bertahan. Bila takde contraction, boleh borak-borak dengan Ami dan nurse. Hampir ke pukul 6, nurse suruh practice teran. Nurse tu sangat-sangat lah helpful. Dia kata 'Pandai puan teran'. Tu baru practice kot.. Tengah-tengah practice, Prof muncul lagi. Alamak. Terus dia pakai sarung tangan dan check lagi sekali.  Dah 8-9 cm. Prof suruh teran. Ada yang jadi, ada yang tak jadi. Haish, tak tau la nak cakap.

Daripada practice, terus jadi betul-betul kena teran... Pengalaman meneran kali ni jauh berbeza dengan masa Amir, 15 minit cubaan meneran, Amir selamat dilahirkan. Ada few issues kalini, 1) contraction yang maximum itu pendek sangat, jadi tengah-tengah meneran then hilang gesa, 2) position kepala baby yang mungkin tidak berada tepat di laluan. Prof kata macam turtle, bila teran dia keluar sikit lepas tu tertarik ke dalam. So, pengalaman meneran kali ni berlangsung hampir 1 jam 10 minit. Walaupun bukanlah setiap saat meneran, tapi dah hujung-hujung tu I was so tired and no energy. I almost cried because I felt like I can't do it. Prof bagi masa sampai pukul 8, kalau tak dapat jugak bersalin normal maybe kena emergency caesar (atau dia cuba blackmail saya ;p  ) Nurse pun dah bertukar-tukar tangan untuk assist. Apetah lagi Ami, dah macam-macam kata-kata motivasi keluar. Sampaikan masa takde contraction I cakap dengan Ami, 'Okay cuba Ami duduk sini' Hehehe

To cut a long story short, akhirnya berjaya jugak melahirkan adik Amir secara normal. Bila keluar aje, dia dah menangis. Senang hati mommy. Ada nurse kata 'Kecik je baby awak' Eh eh dia ni.. kecik tak bermakna boleh menggelungsur aje keluarnya kan. But yes, adik Amir memang very tiny, berat 2.4 kg, tapi bersesuaian lah dengan usia dia dalam kandungan kan. Dan mungkin jugak ada hikmah saiznya kecil, Alhamdulillah tidak digunting dan tidak ada tear.

Tapi lepas aja adik Amir keluar, I memang flat habis. Nurse tanya boy ke girl, I pun tak sure dia dengar tak suara I jawab soalan. Lepas tu dia suruh check 2 tag yang dia tulis for mommy and baby. I angguk-angguk aja.

Selesai semua urusan, Prof kata akan jumpa saya esok. Hampir pukul 8.30 barulah nurse dari private wing datang untuk jemput naik ke bilik. Berjanggut mak cik tunggu tau.

Syukur, akhirnya selesai semua urusan. Tadi masa kat labor room bukan main penat, sampai je bilik especially bila ada family dan kawan datang melawat, I jadi bertenaga pulak.. And I didn't sleep that night samada terlalu excited atau tak boleh tidur sebab Amir takde. Amir tidur dengan babysitter, first time tak tidur dengan Amir  :(


Saturday, 16th Feb 2013

Around pukul 9 Prof datang. Dia kata kalau xde apa-apa boleh discharge haritu. Yeay, memang tak sabar nak balik dan setel down di rumah sendiri. Prof ada discussed pasal incident susah nak keluarkan baby semalam. Salah satu sebab, mungkin, tangan baby ada kat muka atau tepi bahu. Prof pun kurang pasti kenapa susah nak keluar, dia pun risau untuk tarik takut ada body part yang affected nanti atau mommy sendiri yang tercedera. Kalau ikutkan, pass way lebih besar dari kepala baby. Prof kata itu pun dia dah brutal, extend lagi 'pass way' supaya baby senang keluar. Realllyyyyy?? Kataku di dalam hati. Kalau gue tau semalam sure dah pengsan ;p So Prof pesan suruh buat Kegel exercise.

Fuh, itu dia pengalaman bersalin kali ni. Ada orang kata contraction tu amat sakit, so meneran tu dah macam takde apa-apa, macam berak keras je. For me pulak, alhamdulillah contraction tu boleh ditahan sakitnya, tapi nak teran keluar tu..... Okay, mungkin saya tak pernah ada masalah berak keras. I don't know hehe pengalaman masing-masing.





So now kami berempat sedang menyesuaikan diri terutamanya Amir dan adik Amir. Memang nampak dia sayang tapi at the same time dia jeles. Masa kat hospital dia happy je jumpa baby, then bila sampai rumah - mungkin dia tak expect baby ikut dan tinggal di rumah yang sama - dia macam hiba aja. Salah sikit je menangis kehibaan. Sian dia. Mommy loves you too, u know. Bila baby nen kat mommy, nanti dia kata 'Amir dulu la..' Atau kalau I cakap baik-baik boleh tak nak nen kan baby kejap, sebab dia tengah duduk berhimpit dengan mommy, nanti dia jauhkan sikit badan dia and say 'Pergi nen kan baby, now!' Hah, gitu.....

Sunday, February 17, 2013

Assalamualaikum, World!

5 comments

At 36 weeks, or to be exact ... 35 weeks 6 days..


Amir Hidayat Syah's little brother was born on 15th February 2013, Friday at 6.50pm.



 photo Baby_zps956913c8.jpg

Day 0



 photo 11180_4497013588878_414637824_n_zps50da9b40.jpg

Brotherhood.



 photo IMG-20130218-00183_zpsc0025f24.jpg

Day 3


Tuesday, February 5, 2013

2nd Pregnancy: Antenatal Checkup (34w) & Typical signs of labor

2 comments

Antenatal Checkup


Checkup kalini agak ditunggu-tunggu. I am now in the safe zon if I really need to deliver. Half of me rasa macam best jugak kalau dah deliver but of course 34-35w is still consider too early and might deliver a premature baby. Yang membuatkan rasa lebih tak sabar, rasa macam baby dah engage and ke bawah sangat. Whenever he moves, terasa la something twisting at va-jay-jay. Walaupun ouch, tapi baguslah kalau dah engage kan. Bila baby hiccup pulak, terasa sampai ke rectum a series of little rhythmic movements. Bila jalan, lagilah terasa Ms V di pressing. I roughly thinks baby dah engage, so tak sabar nak tahu sekiranya hipotesis saya adalah benar.


Checkup semalam, baby baru 34w2d. His weight dah 2.3kg. Again, Prof kata 'boy', in shaa allah. Dan Prof kata baby dah engage! Weeehuuuu.. Masa scan, boleh nampak kepala baby betul2 dekat dengan cervix. *Sekarang terbayang rasa ngilu bila baby bergerak atau semasa berdiri and berjalan kepala baby dok press* Tapi, muka baby still facing up so Prof kata lagi 2 minggu ni.. Again, it's just his prediction. Tapi mulut Prof ni masin jugak masa Amir dulu ;p He added, kalau dia nak face down.. malam ni pun boleh. Ciet hehe


Talking about baby engagement, rest assured that if your baby's head engages early, it doesn't follow that you will give birth early. How far the baby reaches down into the pelvis is measured in stations.




 photo babyengage_zpsa2393372.jpg

 photo babyengage2_zpsee307b28.gif 

Note : So 5/5 or 4/5 means that your baby hasn't dropped down yet, while 3/5 or 2/5 or less means that your baby is engaged. 




My next appointment is on 37w of pregnancy, 2 minggu lagi.. Tak sabar (asyik tak sabar, cuba bersabar sikit) nak tau If I'm ready to deliver. Amir was born on 37w. 



Typical Signs of Labor

On television, babies are often born with a rush of emotion and swift action. The mother doubles over from the pain of a single contraction, and the baby appears before the commercial break.


In reality?


- Siap admitted hospital 2 kali, lagi 4 minggu baru dia keluar

- Even very near to due, ada contraction so pergilah ke hospital dengan harapan dah boleh bawak baby balik rumah after 2 days.. Rupanya 2 hari tu keje ulang alik hospital sebab ada contraction tapi takde dilation, jadi kene halau balik rumah
- Dah overdue, akhirnya kena induce barulah baby nak keluar

Dan macam-macam lagi pengalaman ibu-ibu masa dah nak dekat nak bersalin.. Kadang-kadang ingat dah dekat, rupanya lambat lagi. Yang ingat lambat lagi, cepat pulak baby make appearance.



Anyway, there are typical signs of labor as our guidance. Though it might not so accurate, but at least we know how and when to act.


1. Effacement: Ripening of the cervix


Your cervix is softening and thinning. Tapi untuk tahu samada dah ripen atau belum hanyalah dengan melakukan vaginal exams. When I was 36 weeks pregnant Amir, kebetulan ada checkup before pulang ke kampung berhari raya. Prof Hashim kata sempat lagi nak raya, pada masatu cervix dah ripen. The following week, 37w, raya ke-3 --> Amir pun dilahirkan.


2. Dilation: Opening of the cervix


Inilah yang orang selalu kata berapa cm dah buka? The measurement is from 0-10 cm. 10cm means baby dah ready nak keluar. At first, these cervical changes can be very slow. In fact, some women are dilated 2 to 3 cm for days or even weeks before labor actually begins. Ada certain orang, kejap aje nak dilate up to 10cm. Masa dah dilate 3-4cm pun takde rasa sakit. Ada orang nak dilate from 3-4cm tu je dah seksa.


My experience, air ketuban pecah dulu tanpa ada contraction. Walhal, common perception is kalau air ketuban dah pecah means dah dekat labor. Bila pergi hospital, rupanya baru 2 cm bukak. Sampai keesokan hari takde contraction mahupun dilation. Dah induce for 4-5 hours, dilation hanyalah 2.5cm. Sampailah Prof Hashim buat putaran hikmat bagi membatu my cervix to dilate then barulah dapat deliver.



3. Bloody show: Loss of mucous plug


When your cervix begins to thin and open, a thick plug of mucus blocks the cervical opening to prevent bacteria from entering the uterus may fall out - stringy mucus or a thick discharge. It's typically brown and sometimes tinged with blood.


I've been experiencing a thick discharge since last week but not brown color yet. Masa Amir dulu, fresh blood coming out on the night selepas air ketuban pecah but still no contraction and dilation. Tapi masa tu takde pulak experience thick discharge macam sekarang.


4. Rupture of membranes: Your water breaks


Inilah dia modal orang buat filem kalau ada watak orang mengandung... Elok-elok tengah shopping, tengah dinner kat restaurant ke.. tiba-tiba air ketuban pecah. Tiba-tiba okeh. Manjang nak dramatic aje kan...

Dr Halina pun berharap waterbag break masa jalan-jalan shopping kan keh keh keh. Tapi yang 'tiba-tiba' tu I percaya lah.. Sebab my case pun, tengah baring-baring tengok Mr Bean air ketuban pecah. Which patutnya, mama dok sibuk ajak jalan raya rumah saudara.. but I reluctant sebab sangat tak larat dah masa tu (Itu yg I wonder orang dalam movie tu boleh lagi keluar berjalan kan.. walaupun dah dekat?) Hehe


Kalau lah I pergi jalan raya masa tu.. pecah air ketuban kat rumah sedara ----> Ini baru dramatic!


5. Contractions: When labor pains begin


Aha, inilah dia sebenarnya sign yang sebenar dan lebih accurate. Tapi ada jugak yang kita panggil Braxton Hicks (BH) which is not the real contraction, warming up aje... But in only the contractions disappear barulah kita tahu oh, BH aje tadi ye.. So how to differentiate?


Eventually, Braxton Hicks contractions will be replaced by the real thing. To tell the difference, consider these questions:
  • Are the contractions regular? Time your contractions from the beginning of one to the beginning of the next. Look for a regular pattern of contractions that get progressively stronger and closer together. False labor contractions will remain irregular.
  • How long do they last? True contractions last more than 30 seconds at first and get progressively longer — up to 90 seconds. The contractions of false labor vary in length.
  • Can you stop the contractions? True contractions continue regardless of your activity level or position. In fact, they often grow stronger with increased activity, such as walking. With false labor, you might be able to stop the contractions by changing your activity or position, lying down or taking a walk.

Jadi, itulah dia signs of labor. Neither you nor your gynae can really tell when labor begins. No one knows for sure what triggers labor, and every woman's experience is unique. So masa menunggu hari ni, ini lah dia pekara yang paling men'tensyen'kan... iye ke ni.. nak pergi hospital ke tak ni? Kalau delay takut bersalin dalam kereta macam Ustazah Abby. So macamana? Tensyen kan. Bagi yang bekerja, berkira-kira nak ambil cuti. Betul ke dah boleh cuti, takut end up cuti dah 2 minggu tapi tak bersalin lagi. Ape pulak kata bos? Heh, bos. Jadinya tak dapat buat keputusan dengan tepat.

Macam saya sekarang.. tengah berfikir bila la nak start cuti, jalan macam penguin bukanlah tanda tepat yang akan bersalin seminggu dua lagi. So when should I really start taking leave?


But one thing for sure, pengalaman menunggu dan melahirkan nanti - tidak kira jalan cerita yang mana akan terpilih untuk jadi jalan cerita kita kali ini - it's going to be something really special to us.



Sunday, February 3, 2013

Amir and Ball

3 comments
Umum telah pun mengetahui minat si kecil Amir yang mendalam terhadap ball. Mungkin disebabkan Amir ialah boy, so takde toy yang lebih sesuai masa baby dulu selain ball. Maka 'ball' juga adalah merupakan antara perkataan terawal yang Amir boleh sebut yang menewaskan perkataan 'mommy'.

Selain dah pandai 'makan' ball, Amir juga boleh shoot bola dalam net (basketball) since dia 7-8 bulan. Tapi, haruslah duduk betul-betul depan tiang gol ;p

Lesson 1: Ball bukan untuk dimakan

Amir and mommy are rawking at Sogo's children play station. Now we know where to chill out if baba works extra hours. photo 208354_1653925393450_7309404_n.jpg


Lesson 2: Itu kepala friend, bukan ball.


 photo 624642e6-4044-415a-ae8b-cc8635da3483_zps608a39f2.jpg


Lesson 3: Basketball. Aim to shoot.


Basketballer-to-be! He imitates me aiming, to shoot the ball into basket ;p photo 267723_1827272647023_5555910_n.jpg


Lesson 4: Basketball. Jarak dari tiang gol adalah 0.5cm

Practice makes perfect photo 284014_1855503672781_1409934_n.jpg

At this age, Amir dah faham concept shoot ball into the net.

Zamil Syah Jr - National basketball-er ;p photo 269971_1855502912762_8278525_n.jpg


Maka bermulalah episod Amir dan kawan akrabnya, si Ball. Di mana ada Amir, di situ lah ada Ball.



Bukan senang nak dapat babysitter, degree level ni.. F.O.C je.. photo 197820_1884839406156_4429614_n.jpg

"I think Ball is much more fun than you, Pak Cu. No offense."


The Sahur Intruder. photo 282457_1896936228569_3058872_n.jpg

"A car? No thanks, I'm happy with my Ball."


Going to football training photo 198758_1897393239994_4709893_n.jpg

Don't ball and drive!


Now basketball pulak. When can I go jog Amir? photo 409447_2583645715877_233898969_n.jpg

"Yes, I would accept the offer to play for your team with condition.. use my Ball."



... and ball again. This time the biggest one. photo 559524_2853289696808_1011607805_n.jpg

"Look, I found a giant ball!"


Having fun! http://instagr.am/p/Ilq6cuQPMu/ photo 554185_2857525402698_1396510256_32133587_663136472_n.jpg

He managed to shoot the ball from quiet a distance into the net.


Dah sudah tak nak balik pulak.. photo 375771_2857545763207_1435231162_n.jpg

"Please don't leave me!" terlalu sedih untuk meninggalkan permainan Basketball ini.


Bila Amir mula pandai berdiri tapi masih belum berjalan, Amir dah mula pandai kick ball. Tapi, terpaksalah mommy dan baba terbongkok-bongkok pegang Amir sambil berlari anak kejar ball untuk Amir kick.

 photo amirball2_zpsad71ae98.jpg

Bila Amir dah pandai jalan sendiri, baba mula ajar module lain pula. Throw ball in the air and kick! He understood tapi belum ada capability to do so, jadinya..... terjerit-jerit dan kadang-kadang menangis sebab tak dapat buat. Dah satu hal kena pujuk.... But it didn't took long for Amir to do that on his own ;)

Jalan-jalan with mommy. photo 575168_3072356733347_1547792372_n.jpg

Throw! Then, mommy jugak kena pergi ambil...


Di port biasa.. photo 543267_3099776298819_1771208499_n.jpg

Sayalah lelaki bertuah di dunia, dikelilingi balls.


Bila umur Amir menjangkau setahun lebih, Amir lebih agresif bermain ball.


Abang ni muka macho,bola pink photo 540615_3333968193470_494360368_n.jpg

Tidak kira walaupun ball itu color nya pink...


In action photo 550453_3849241994993_1263502359_n.jpg 

Thanks, Ibu tolong belikan jersey untuk Amir. Baru feeeell...



Messi in the making.. photo 254478_3849246475105_181811664_n.jpg

Oh, camera.. Strike a pose.


Bila ditanya siapakah yang bertanggungjawab dalam menerapkan minat beliau terhadap ball. Beliau menjawab "Sudah tentu baba saya"


Kuah tumpah ke nasi. http://instagr.am/p/JqapbnwPIo/ photo 532971_3013074891338_1396510256_32200570_2045727579_n.jpg

"Saya kerap dipaksa menendang bola bersaiz besar sejak kecil. Walaupun itu kekejaman terhadap kanak-kanak, saya redha"


Rise and grind! His obsession. http://instagr.am/p/JqaZWNwPIg/ photo 383434_3013068891188_1396510256_32200562_1644354652_n.jpg

Inilah yang dikatakan kuah tumpah ke nasi.


Menjangkau umur 2 tahun, dah boleh sepak bola laju-laju.

 photo amirball_zps3f0a21ad.jpg 


Bermula dengan kick ball tidak tentu hala, kadang-kadang kena muka orang dan sebagainya.. Kemudian Amir dah pandai aim arah untuk dia tendang bola. Next, Amir dah tahu throw ball in the air and kick. Kalau kena kat kipas, beliau rasa lebih gembira. Baba ajar pula passing bola. Bila orang passing dekat dia, dia kena tahan pakai tangan dulu baru kick. Walaupun foul, who cares?? And many more he has learnt from baba gradually and last night, without me realizing it, I'm amused with how he can kick, stop the ball with his foot and kick back / passing the ball. He can kick quiet hard and when baba kick even harder kena kat kaki dia, he just laughed. Ayoo. I realized dah lama tak pay attention masa Amir main bola, it become common after awhile, I thought. But he keeps progressing. That's why harini spend masa sikit and write about him and ball for future reference. Tidak pula membandingkan Amir dengan kanak-kanak sebaya dia, tapi apa yang Amir boleh buat ni dah cukup menghiburkan. And I don't mind if he's into football when he grows up. Cuma janganlah jadi footballer yang lari balik Malaysia walhal tak sampai setahun main dekat club luar negara Ouch. Atau footballer yang banyak sangat gosip ngalahkan pelakon filem *Ouch kuasa dua*

Jadilah footballer yang earn puluh ribu USD seminggu, mommy rasa nak drive Bentley lah masa mommy dah tua nanti ;p


Enjoy video Amir main football.. dalam rumah sebaik takde barang yang pecah. Selain boleh kick ball, Amir juga boleh jadi tiang gol yang bergerak bila bola datang.


Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates