Saturday, July 17, 2010

Baby here.. baby there.. Babies Everywhere!

3 comments
Minggu melawat baby 2010!

Family's Babies

Nor Damia Amani




Kasih Nur Iris



Mamarazzi, go away!!

Friends's Babies - Baby Yanti and baby Isya

Barr Al-Aliy



Sharifah Hannah Damia

More 2010's babies..

Ini yang lahir awal2 tahun, my friend's precious..

Ain's baby - Kaseh Safiya


Diana's baby - Humairah


Salwa's Baby

Sibuk je mak cik2 enterframe..

and more are on their way this year...

Selain awak, little Einstein..


There are two more babies coming soon from my sisters in law!


It's Baby Year (rather than Tiger year)!


Nota kaki : Ramai competitor ko nak, masa big exam nanti, ko tak belajar betul2 ko siap! Otherwise terpaksalah mak ko off handphone time result keluar.

Thursday, July 15, 2010

I call it art: Stretch Marks

5 comments
Almost every one who is pregnant shares the same concern : stretch marks.

Walaupun bukanlah satu isu 'hidup atau mati' tapi it is important to women because it can affect their body image and self-confidence. Memang tak dinafikan perempuan ni sangatlah obsess dan stress kalau ada calar sikit kat muka apetah lagi wrinkles, pigmentation, acne ah u name it!

So bila pregnant pulak since your skin is expanding as your body is expanding, and it has something to do with your hormones where chemical reaction happens, the elastic supportive tissue just beneath the skin surface starts to break down bla.. bla.. bla.. bla.. and TADAAAAAA.... stretch marks!

Ayat sedapkan hati: stretch marks are evidence that you have been blessed with a child.

Tapi, macamane pulak kita nak been blessed with a husband kalau ada 'design batik' di bahagian badan? Lebih-lebih lagi 'di situ'.Masa mula-mula kahwin dulu abang tak perasan pun ada corak itu. Oh, abang.. inilah namanya added value (lagipun abanglah penyebabnye). NOT!

Risau. For sure. Memang is not all about great things being pregnant. Despite rasa fatigue, nausea which are temporary, stretch marks maybe permanent stick to our body. Risau nyah, body nak pakai lame.

So common advice yang kita dapat is to avoid strech marks from early pregnancy, kalau dah ada memang susah nak make them disappear. Orang kata pakai cream cocoa butter awal2 even before the belly grows.

My experience, after dah confirm pregnant during first checkup terus pergi beli cocoa butter, i bought Pureen brand. Semangat la katakan, and of course memang kalau boleh nak get rid of stretch marks ni. Oleh itu, hari-hari sapu on my belly.

Masa 4 bulan, perut masih seperti sedia kala tapi I noticed ada jalur2 merah at buttocks and thighs. Walapun baru beberapa jalur tapi risau towards the ends jalur2 itu lebih banyak lagi dari jalur gemilang.

After that, I beli Bio Oil and apply on daily basis. Now no longer use cocoa butter, Bio Oil sahaja.

Now at month 7, dekat belly masih belum (harap2 tidak ada) ada tanda2 strech marks lagi. On the other two parts, masih ada stretch marks tapi takla bertambah. Nampak sama je macam masa 4 bulan. Puas hati jugak guna Bio Oil, ini mungkin perasaan saye hihi - stretch marks nampak seperti reducing or at least tak la worsen. Bila pakai Bio Oil, kulit pun tak kering so kurang rasa gatal2, according to friend of mine.. masa dia pregnant, perut sangat la gatal dan dia selalu garu kuat2 sebab syok ;p maka ada corak cakar harimau di perut sehingga ke hari ini. Haishhh, risau.

So my advice, silalah apply cocoa butter or any oil bukan sahaja di perut tapi di bahagian2 yang berkemungkinan tggi untuk ada stretch marks like thighs, hips, buttocks, breasts and arms – there is still no fool-proof method for preventing stretch marks. However, these are the things you can do to minimise the effect of stretch marks, help the skin recover better, and help you feel more comfortable.

Suami, sila lah terima isteri mu ini seadanya.. isk isk..

*No pic will be posted, mak tak sanggup nyah tengok mendalah tu huhu..

Monday, July 12, 2010

Kalaulah anak saya loyar buruk macam ni..

3 comments
Ini anak kakak saya.


Masa baby, punya lah tak nak dekat orang. Asyik dengan ibu dia je. Ces, pantang nenek moyang anak buah aku tak nak dengan aku okeh!

Dah besar sikit baru dia rapat dengan Cik Nor die. Dan bila dia dah pandai cakap rupanya loyar buruk budak kecik ni.

Sekarang dia dah tak berapa kecik, dah 4 tahun. Justeru ke'loyar buruk'an makin terserlah. Sampaikan dekat sekolah dia suruh cikgu berhenti cakap kejap sebab dia nak bercakap dulu. Berani mati! Aku pun tak pernah buat macam tu.

Bila orang nak loyar buruk dengan dia pulak, dia faham. Dan ada yang aku terkena balik..

Last weekend balik kampung. Macam biasa, mak ayah akan suruh bawak anak Kakteh menghiburkan hati mereka.

Yang si kecil tu pasti berkepit dengan aku je. Antara perbualan kami yang menyakitkan hati:

Cik Nor : Nanti cik nor masuk hospital, Dik pah datang tengok cik nor tak?

Afifah : Mestilah... nanti dik pah bawak hadiah yang paling best sekali.......


Afifah : .. tayar basikal.


Pernah ke aku buat camni kat mak cik aku dulu?

Afifah : Nanti cik nor pergi kerja, biar dik pah jaga baby cik nor
Ewah baiknye hati budak ni. Mari kita kenakan dia....
Cik nor : Nanti camane dik pah nak bagi die nenen..?
Paused sambil menekup muka dengan tangan. Tak tau nak jawab la tu...
Afifah : Kenapalah cik nor tak beli botol susu?

Gelak tak hengat!

Kenapalah ngko comel di waktu kecil, poyo apabila besar?

My bestfriend's sonny

6 comments
Mase sekolah dulu mesti kita ada bestfriend kan? Alah, kawan yang pergi toilet sama2, beratur sama, rehat sama2... Sampaikan duduk dalam kelas sebelah menyebelah pun kami hari-hari tulis surat. Wajib! Aku la yang selalu missed tulis surat.. maka koyakkan 1 page buku nota Geografi, lipat cantik2.. dan tulis kat bahagian depan tu 'To: Yanti'
Ok what.. boleh baca mase before exam nanti..

Walaupun masih di bawah umur, mesti kita ada borak pasal boyfriend dgn bestfriend kita kan? Eleh-eleh tak nak mengaku pulak.. budget skema la tu. Lepas borak pasal boyfriend, cite pasal kawen-kawen pulak.. Eyyy, malu! Yang paling gatal lagi apabila borak pasal "Eh nanti ko nak anak lelaki ke perempuan?" ataupun "Ko nak bagi anak ko name ape?"
Baru form 2 cite pasal anak, soalan paling munasabah ialah "Ko nak bagi anak ko makan ape kalo ko ade anak sekarang?" Joking.

Seronok melalut-lalut masa kecik..

It's been 13 years now. Kami masih lagi keep in touch walaupun tak seakrab dulu. Masing2 dah ada life masing2. Masa mencemburui kami mungkin.. Atau dah tak banyak benda yang sama nak dibualkan.

Tapi tak sangka how time flies.. Pernah kami berlakon jadi pengantin masa pameran Sejarah. Walaupun masatu ada lah kawan2 sekolah kata kami ni lesbTUT! Apekah? Diorang ingat kami ni cepat melatah, terus kami kate jom kita yang jadi pengantin, kasi gempar satu sekolah Muahahahaha

Tengok pengantin lelaki yang malu2 itu. Itu saye! Memang ganas habis masa sekolah dulu


Lepas ganas, alim pule ;p Masa pergi berjalan raya sama-sama

Tetapi akhirnya kami bertemu dengan soulmate masing2.. Ini bukti kami bukan lesbTUT! ;p

Walaupun takde gamba pengantin lelaki, tapi kalau sorang je pakai baju pengantin sorang lagi tidak maksudnya kami bukan menikahi antara satu sama lain.

Dan.. Sabtu lepas kawan saya ini dah pun melahirkan anak lelaki, Barr Al Aliy. Masa she pregnant haritu, banyak kali jugak jumpa. Since we both pregnant, so macam2 la cerita. Seronok la bercerita how we suprised pregnant pun nak sama2. Kami pernah jugak cakap, kalau ada rezeki nak dapat boy anak pertama ni. Bila tau she expecting boy, sangatlah excited.. tapi saya masih tertanya-tanya my baby's gender since I just got pregnant. Double the joy when I'm expecting a baby boy too. Kebetulan je sama.. Alhamdulillah.

Extremely happy for you friend. Congratulations for the new arrival!

Ala sayang.. kamulah rupanya yang kami sering gosip-gosipkan itu? Be a good son, sonny.


Love for you both.
Kisses.

Sunday, July 11, 2010

Tek

1 comments
Or tag..

1.adakah anda rasa anda hot?
Malam tadi memang takleh tido, berpeluh-peluh.. Pembawakan budak gamaknye

2. upload wallpaper yang anda gunakan skrg?


3. cerita pasal wallpaper tersebut
Malas nak pilih gambo lain, pilih ape yg Bill Gates dah kasi je dalam OS ni haa..
Standard kat desktop sepah2 huhu

4.Bila kali terakhir anda makan pizza?
Lama G tak makan.. Mungkin 2-3 bulan lepas

5. lagu paling latest yang anda dengar?
Tak ingat. Owh so goldfish memory!

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ni...
Buat2 google pasal benda berfaedah, kalau orang lalu kat belakang..boleh la click tab yang lebih berfaedah tu *wink*

7. Selain nama sendiri, anda di panggil nama apa?
Nama bapa saya, Baha

8. tagged lagi 5 orang
1.ierda
2.ita
3.zura
4.najwa
5.yien


SOALAN BAWAH NI BERKAIT RAPAT DENGAN ORANG YANG ANDA TAG..
Ok, ape2 aje lah ko ni soalan...

9. Siapakan orang no.1 kepada anda
Kawan sejak 13 tahun lalu. Kalau musuh takkan tag pulak kan...

10. katakan sesuatu kepada orang no.5..
Selamat Pengantin Baru! Pak pong..pak pong..

11.no 3 ada hubungan dengan sape?
Dengan laki die..

12.bagaimana dengan no.4 lak?
Teammate netball.. team legend sepanjang 2003-2006. Waa mengaku legend ;p

13. berikan 5 perkara yang anda tahu tentang orang yang mengetag anda.
1- die nak kawen dah..
2 - siap ade bisness jual chocolate lagi
3 - kuih raya pun boleh order.. (eh boleh ke order this year ke nak focus buat chocolate wedding hang?)
4 - orang pertama bagi hadiah kat baby i..wahaha.. excited mak! Thanks, Aunty Zaila..
5 - source untuk saya mendapatkan gosip terbaru. Auwww..

18.adakah anda tau razman itu sengal?
Tau.. die memang camtu.

19. gay or less?
Dah membuncit perut ni confim-confim bukan keje gay.

Thursday, July 8, 2010

Welcome Third Trimester!

0 comments
"Hey sonny, you're already 7 months in mommy's tummy and 84 days more to go, you are going to be born that I just can’t stand it. I want to hold you, hear the cooing, see the perfect little fingers and toes."

By now I can really feel the movements of that little acrobat inside me.

Sometimes you kick or make a flurry of smaller movements. At times you didn’t kick, but stretched all the time. It was always fun to watch your head push up (or maybe buttock) or your feet (or maybe hand) as you stretched.

I believe you can hear too! Not just the sounds of my heart beat or the gurgling of my stomach, but maybe my voice as well. So I will talk to my belly, have my soul mate talk to my belly too. Hoping you can recognize us soon as you arrive.

Probably now you are busy working on the finishing touches before being born. Just like those last touches I do in the mirror before going out, maybe that’s what you’re doing.

But I notice that I’m little more moody. I would get upset quicker and it would take me longer to calm down. I had a short fuse… no patience. Whenever I’m not in the mood, I refuse to talk to you though when you’re moving. I still do love, but I don’t want you to hear mommy’s moody voice… or weeping. So I keep silent but placing my hand onto my belly so you can sense my hand and love.

Sigh. I’m really in an emotional condition.

Hope all the discomforts that I’m having now will be mitigated by the expectation that I will soon welcome you into home.

Tuesday, July 6, 2010

Yien's akad nikah & an exhilarating trip to Kelantan

10 comments
We were so excited sampai tak fokus pada benda lain iaitu 'kerja' even a week before the trip. Macam budak-budak nak pi mandi laut! Of course la excited sebab salah seorang kawan baik kami, Yien sudah menjumpai soul partner dan bakal menamatkan zaman bujang beliau. Tetapi..... apa yang lebih mengujakan ialah trip kali ini bakal disusuli dengan pebagai aktiviti menarik seperti makan, makan, makan dan makan bersama kawan2!
Siapa yang ada dalam rombongan Cik Kiah? All the single ladies.... (sambil menutup perut dengan handbag)

Pukul 6.30 pagi kami (kecuali mak budak berbaju purple yg sokmo lambat) dah tercongok kat airport. Masih lagi bermuka bangun tido walaupun dah mandi.


Aktiviti pertama; MAKAN (memang anda akan tidak nampak aktiviti lain dengan banyaknya selain aktiviti ini). Breakfast di kedai kopi ibu Cik Zente, pagi2 dah makan nasi lauk ayam. Dan air milo ais yang sangat kaw menyebabkan perut memulas-mulas sejurus selepas makan. Menandakan proses perkumuhan berjalan lancar.

Motor Cik Zente yang banyak berjasa kepada kami sepanjang belajar di KUSTEM. Ye, sticker kenderaan KUSTEM pun masih ada terlekat kat motor tu. Kenangan tu, sticker yang menyebabkan pertelagahan dengan pak guard bila tak cukup duit nak renew. Huh, pak guard ape tau.. kami banyak berhabis duit di Watson KT la ape lagi..


Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut baru boleh pergi.. Dan kami pun terus ke rumah pengantin yang 10 minutes away dari rumah Cik Zente.

Gorgeous Bride


yang lain2 tu pun Gorgeous jugek..




Berjumpa kawan2 lame and spend time together memang seronok. Tak sangka kami masih boleh berjumpa walaupun dah jadi mak orang, bini orang, penulis berjaya, kakitangan kerajaan yang busy gile dan lain2.



Seterusnya kami check-in hotel di area Wakaf Che Yeh. Masuk je dalam bilik semua pun beradu dulu, charge battery. Yelah, awak pun dah tak muda seperti dahulu kala...


Adalah wajib apabila bangun tido, perut terasa lapar. Agenda seterusnya makan sotong goreng celup tepung di Pantai Cahaya Bulan. Ini memang mengimbau kenangan masa belajar dulu, petang2 je ramai-ramai naik motor pergi makan sotong / ikan / fishball dll goreng celup tepung kat kedai batu tepi Pantai Tok Jembal. Layannnnn..




Ikan dugong di tepi PCB (kecuali berbaju putih itu duyung) Ini belog aku maka suka hati aku ;p Siapa suruh ko takde blog Yan!


Lepas bersantai di pantai, kami ke shopping mall di KB. Bukan nak shopping ape pun, saje nak amek feel window shopping ng kawan2 mcm berjalan di pasaraya The Store kat KT dulu. Dan seterusnya kami makan di Mak Nab Nasi Air - lagi makan faveret kat terengganu dulu, dah la murah maka makanan ini menjadi makanan budget bila dah takde duit poket



Balik hotel dan menonton World Cup. Sorry org bilik sebelah!


Berjalan-jalan di Wakaf Che Yeh


Dan makan......


Dan makan lagi sejurus selepas bangun keesokan hari.. At Kedai Kopi White House


Mak buyong tersandar kekenyangan


Membeli-belah barang sejam-dua



Dan makan tengah hari pulak.. At Kedai Nasi Ulam



And welcome back to Kuala Lumpur! Sigh. Kalau dah nak balik mesti sebab esoknya Isnin kan.. huhu


Cerite akad nikah nye tak sampai 2 perenggan, cerita makan dekat 2 page. Kan saye kate memang patut pun kami teruja seminggu awal.. mane nak dapat makan macam2 dengan harga yang murah kalau bukan di Kelantan.

Nota kaki: To preggers yang nak naik flight (AirAsia specifically) when your pregnancy more than 27 weeks, better check the procedure thoroughly. Ingatkan dah ada surat Doc, sepatutnya ok.. it was ok before boarding sekali dah naik flight, steward check macam ada isu pulak and he told me patutnya I check dengan Doc yang ada kat airport. Masa pergi ok, nak balik pulak ada isu kat atas flight. Entahla I was unclear with the actual procedure, better check to avoid inconvenience.

Me at 6 months plus - Gambar hiasan takde kene mengena dengan nota kaki

Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates