Saturday, November 6, 2010

Keeping up with the Baharians Eps 7

0 comments
Outing with Amir's cousin

Last Friday, dalam kemeriahan rakyat Malaysia berbangsa India meraikan Deepavali, kami sekeluarga pergi ke KLCC, bapaknye kene setelkan kerja kat office. So sementara tunggu Ami siapkan keje, emak dan Amir melepak kat Burger King. Before I know it, anak-anak buah saya from Pak Ngah n Co dah berlari2 ke arah kami. Nice meeting u girlsss!

Pak Ngah n Co - tahniah kerana anda telah contribute cucu paling ramai untuk Tok Janggut ;p


Mak Ngah n Amir - thanks Mak Ngah banyak tlg advise mommy saya before and after bersalin =)


All the single ladies, baby! Kamu semua ni lah yang memeriahkan lagi rumah Tok Janggut bila balik kampung eh..


Hi Zara! Masa Cik Nor kawen, awak baru je lepas hari.. sebaik sempat ek. Sekarang sudah besar, dia sangat geram tengok baby nak dicapai-capainya.. Padahal dia tak sedar yang dia tu pun baby n orang geram tengok dia!


The first batch of cucu Tok Janggut


Hmm kami lepak sekejap je, Amir pun tak biasa lagi keluar lama-lama, nnt dia restless and cranky. Tak sabarnye nak tggu Amir besar lagi.. Mommy kamu ni memang suka melepak dengan family n friend!!

Amir and Mommy moment - this is consider as my first time 'photoshooting' with Amir, before this asyik ambik gamba die n bapak die jek.. bukan main banyak ye gamba dgn bapak kamu.






owh when can the fat turns to muscle?sigh,

... tang mana yang kamu ikut muka mommy ni Amir? huhu

Sunday, October 31, 2010

Hectic weekend for Amir

6 comments
Mak die? Oh mak die memang sangat suke berjalan2 ke sana ke mari di hujung minggu.. Setakat 4-5 pit-stops, I will still as energized as an energizer bunny. Amir, tolonglah yang ini..kamu ikutlah mommy pls pls..

Last weekend, kami sekeluarga pulang ke Kuala Pilah. Jiran sebelah rumah tu, anak dia kawen. Ayah setiap kali pun pesan suruh balik, masa wedding saya.. kami ada la guna kan kawasan rumah jiran tu. Ye, ayah saya balik.

Before bertolak ke kampung, kami ke Shah Alam dulu.. ambil Yusuf. Tok Janggut n wan nak sangat tengok Yusuf balik kg walaupun Banglang dah takde. This I promise you, selagi kuat kederat ni, saya cuba lah bawak Yusuf balik kalau saya balik.



Sindrom susah-nak-tido di siang hari, sedikit menyukarkan perjalanan. Bila tak tido tu, asyik nak bergayut aje kan, dia pun penat kene pegang je. Duduk kat car seat pun kejap2 je die nak. Alahai Amir..


Apesal takleh tido ni.. gua dah lalok gile nih..

Bila kat kampung kami (Amir dan Amani) digomol oleh kakak-kakak senior.





Pagi Ahad, kami dah bertolak balik ke KL. Ada wedding yang harus di attend, sementelah pengantin perempuannya, Puan Zaila dengan baik hati menjadi emcee masa wedding I. Thanks, nyah! Harus la dibalas budi yang baik.

Tapi...

Tak dapat pun nak mingle around kat wedding tu seperti dulu-dulu, En Amir nampaknya sangat penat dan asyik merengek. Sempat ambil gambar kat luar dewan je.. Tapi still seronok jumpa kawan2, tak dapat lame.. sekejap jadi lah. Mesti mau jumpa jugak!




Aunty Zente yang cuba menenangkan Amir, nampaknya dia yang rasa tak tenang


Tak sempat jumpa pengantin, kami pun pulang. Let's call a------- Wait. Hari masih muda.. Next stop ialah birthday party Adam - husband's nephew. Pheww memang penat ni, Amir tok sah cerita lah kan.. Apetah lagi kene singgah Jusco pulak lagi nak cari hadiah Adam. Akibat kepada mak bapak die, sambil-sambil nyanyi lagu birthday untuk adam kene jugaklah nyanyi lagu du-du-du untuk Amir tidur. Dan huhu untuk diri sendiri... Huhu.

Adam's 5th Birthday Celebration

Adam ni..orang sibuk celebrate birthday dia, dia sibuk berlari ;p


Meet Amir's cousin, 2 months older than him






Happy family!!



Amir at 48 days of life

Monday, October 25, 2010

I went shopping...

5 comments
... and I bought nothing!


Kelmarin saya mengemas almari baju, walaupun saya sedar mesti ada baju yang dah tak muat tapi sebenarnya MOST OF baju saya tak muat! Especially kemeja.

Lagi berapa minggu je nak kerja, baju kerja satu pun tak muat.. seluaq tak payah cakap la. Dengan semangatnya buat list shopping.. dan dengan lebih bersemangat pergi ke shopping complex.

Hilang semangat bila semua saiz tak kena, S confirm-confirm tak muat.. L is too big, M pulak muat kat bahagian bahu, sendat kat bahagian perut. Seluar pun begitu, muat di bahagian pinggang, panjang berjela di bahagian kaki.. Oh!


Losyen mustajab.... pls la.. cepatlah bertindak.

Semangat shopping hilang bila menyedari badan saya semakin semangat!


Saya nak order Kurus satu!!!!!!!!!!!!!!!

Dalam kenangan...

Saturday, October 23, 2010

40 hari bersama Amir

5 comments
Yeay! Amir dah berusia 40 hari..

Week 1 - Week 2
Betul2 sampai hari ke-3 kami merasa begitu excited menerima kehadiran si kecil. Bila tau Amir ada jaundice sampai admitted, my husband and I were all the time worried. Especially bila saya yang masih weak ni juga perlu berada di hospital, keadaan masa tu memang stressful. Ami pun tak dapat nak spend time with both me and baby masa tu, he himself pun in tensed. Masa ni, ramai lah kawan2 and saudara nak visit Amir, ada yang memang langsung tak dapat jumpa sebab Amir dah nak kena masuk wad, mana yang sempat jumpa pulak, disambut wajah sugul kami semata. Bila orang datang pun, instead of show our excitement, we just talked about Amir's condition at that time.
Kalau bukan stay kat hospital, kalau kat rumah pun.. setiap hari rutin kami pergi klinik check darah Amir.


Ni masa baru lepas discharge from first admission. Masih kuning2 lagi anak mommy..



Masa kat rumah, buat phototreatment sendiri. Anything that we can do to reduce jaundice.. minum susu kambing, jemur, mandi air herba sensei.. u name it.



Masa mula-mula, Amir kalau dimandikan.. menangis sakan hehe.. Test suara ke dik? Sampai nurse kat wad pun tegur ;p

The first two weeks cerita jaundice je ada.. huhu Due to jaundice Amir pun jadi sleepy, memang susah nak buka mata. So tak banyak la aktiviti kami dapat saksikan.

Bila masuk HUKM, Amir's condition became much better. Barulah rasa lega hati ni.. barulah mak pak nya nak senyum and gelak2 tengok keletah Amir.

Sebab rasa gembira, kami pun ambil potret family yang pertama..



Week 3 - Week 4
Bermulah cabaran menjaga Amir seorang diri bila baba pergi kerja... Kalau sebelah pagi tu, masih bertenaga nak terkedek-kedek buat kerja. Nak dekat pukul 7 je.. rasa penat sangat badan (atau mengada2 sebab laki dah nak balik kan..)
Starting from this week, siang Amir tak deep sleep macam sebelum ni. Kadang2 asyik terjaga. Bila dah terjaga dia susah pulak nak tido. Selalunya pukul 7pm, dia akan terjaga lama.. pukul 9-10 malam dia akan tidur balik. Tapi Amir memang on time, setiap 2 jam mesti bangun nak 'isi minyak'.
Emak Amir pulak, pukul 9 tu je dah flat.. bateri habis. Kadang2 tak sempat Amir tidur, emak dia dah berdengkur. Terima kasih bapak kerana menjaga Amir.

Amir dah pun berjalan masa 2 mggu ni.. Amir kata dia boring duduk rumah je, and malas nak tunggu 40 hari ;p

Genap sebulan, saya ajak keluarga balik kampung saya. Kuala Pilah here we come!



Test drive car seat



Sebab kamu dah sebulan, mommy bagi hadiah iaitu pakai kasut..

Lepas gi checkup Amir, kami melencong ke Jusco. Alasan? Nak beli baby cot untuk Amir bagi mengelakkan kepala Amir disiku oleh baba. Penting tu! -bapak dia kate, emaknya pun perbah nak siku Amir.. ish ish



Dan.. pergi breakfast kat Oldtown Kopitiam. Alasan? Mommy needs fresh air.


3 kali je Amir 'fly' masa pantang.. ok la tu ;p

Eh, 4 sebenarnya.. Amir pergi majlis cukur jambul kawan dia. Berdosa tau kalau orang ajak pergi kenduri kita tak pergi sekiranya kita berkemampuan untuk pergi.


Bila dok umah, bapak Amir di office.. kerja saya ialah mms gambar Amir - tak percaya ke saya boleh jaga anak kamu?



Amir dah boleh senyum!!!! Heee.. not yet, ni kalau masa tido je dia senyum.. maybe mimpi awek ni kot



Started listening to baby mozart and hisap pacifier.. nanti mommy dah keje, kamu nak 'bergayut' susah... practice makes perfect, sonny.

Hey, sekarang Amir dah tak 'menyanyi kuat' masa mandi la... dia 'nyanyi' sikit2 je..
Amir, mommy malas mandi bukan takut mandi tau..

Tapi muka Amir masih ketat masa mandi..



Here Amir, there Amir.. Amir everywhere!

*Amir, gambar kamu membuka mata hanya 2?? Sila improve ye nak.. muka kasi friendly sikit, serius sangat.. mak kamu kan periang orangnye. Owh mungkinkah ikut bapaknye? ;p

Thursday, October 21, 2010

Confinement ISHSJ

10 comments
Masa pregnant dulu, memang semangat jugak nak berpantang ni.. Teringat tengok cerita drama org ikat rambut tinggi-tinggi, pakai param/pilis - yg tepek2 kat kepala tu -- bila lagi nak buat semua ni kalau bukan lepas bersalin kan..

Perancangan awalnya nak balik kampung saya, Kuala Pilah. Walaupun ayah je yang ada, mama kerja di tempat lain, weekend je ade kat rumah (mak kandung saya dah meninggal lama), kami dah arrange mak cik tukang urut, lauk untuk berpantang etc.

Malam sebelum discharge lepas deliver, dikejutkan dengan berita kematian Bang Lang. Mula2 family tak nak bagitau saya, tak elok kata mereka sebab saya dalam pantang. Orang dalam pantang tak elok menangis. Maka, pantang pertama yang telah saya 'langgar' ialah menangis. Mestilah sedihkan, abang saya... tak sakit tak ape, meninggal sebab tiba-tiba sesak nafas. Baru je jumpa arwah malam sebelumnya, arwah visit saya n amir kat hospital. Esoknya, saya n suami terus ke shah alam.. nak jumpa arwah buat kali terakhir. Baby kami tinggalkan dulu ni nursery hospital. Dengan sakitnya lagi, gagahkan jugak sebab walau macamana pun saye tetap nak pergi tengok wajah Bang Lang.

Dah selesai majlis pengebumian, saya terus ambil baby and balik ke Pilah. Maka bermulalah episod nak-berpantang saya..

Hari pertama kat kampung, nurse dah datang rumah. Nurse kata baby kuning. Keesokanya masa repeat check darah, makin tinggi.. and baby kena admit. Saya pun indirectly admitted jugaklah sebab nak jaga baby. Bila kat hospital, memang takde makna nak pantang lah.. makan je ape yg hospital provide. Plus masa tu, dah tak fikir diri sendiri.. doa baby cepat recover je lah. Orang kata masa pantang jangan banyak bergerak, berjalan.. Tak dapek la nak nolong eh do.. Sape lagi nak tolong ambil baby dari tempat treatment nak susukan, toilet pun bukan depan bilik.. katil hospital tinggi, tak boleh nak adjust.. Bila dengar baby nangis, terlompat jugaklah dari katil.. Sekali, baby orang lain daaa..

3 hari 2 malam di hospital pilah, 2 hari dapat dok kat rumah and dilayan seperti orang berpantang. Tapi hati - memang tak kisah dah pasal pantang sebab amir masih nampak kekuningan. Ingat nak start berurut lepas Amir dah discharge due to jaundice. Mak cik urut pulak tak available, kene tunggu 2-3 hari lagi.

Tak sempat nak tunggu mak cik urut datang, kuning Amir naik lagi.. Zaasss kami ke HUKM pulak, di sana lebih selesa untuk mak ayah tunggu. Duduk lagi 2 hari di hospital and makan lah lauk ape yang ade. Masa ni, terus je aku sarung seluar.. susah nak jalan pakai kain batik tu. Pakai je seluar terus je rasa macam superwoman, takdela jalan seperti siput lagi..

Lepas keluar dari HUKM, plan changed.. nak balik ke Kuala Pilah jauh, takut ade ape2 hal lagi kami dah fobia dengan hospital pilah. So we decided balik rumah sendiri je di Kajang, berpantang sendiri...

Inilah cerita berpantang sebenar...

Sebenarnya saya tak berpantang mana pun.. huhu

Bila semua pun nak kena uruskan sendiri, bengkung... stockin.. bila teringat lah saya pakai. Makan pulak.. kalau saya sempat masak as in baby tak meragam seawal pagi, masaklah lauk pindang ke.. kalau tak abang McD tolong hantarkan makanan. Kadang terlupa nak beli stok ikan, makanlah ape yang ada kat rumah..

*Pengalaman buruk memakai bengkung masa sibuk2 buat kerja, saya hampir tersungkur.. dah la masa tu saya pegang baby. Huhu. Memang kene campak la bengkung tu hehehe

Saya cuma elakkan makanan yg mana medical fact nya boleh mengundang bahana kepada stitches or tak bagus untuk ibu yang menyusukan anak. Kerana itu yang paling mudah untuk saya ikut..

Agaknya bila awal2 tu takde pantang2 maka saya pun sedikit malas nak berpantang betul2.

Weekend ni baru cukup 40 hari, tapi saya memang dah ada keluar.. ada keperluan baby yang kena beli. Tapi kalau bukan sebab badan dah rasa sihat saya pun tak berani nak keluar. Sedangkan dekat rumah pun bukan dok diam kan. And saya balik Pilah... uwaaa I missed my family so much. Best jugak balik, Kakteh tolong jaga Amir.. mama masakkan lauk, dapatlah saya rest sikit 2 hari tu..

Pokok pangkalnya diri sendiri, kalau sorang2 pun still boleh ikut pantang ni. Saya cuma dah tawar hati.. Ada orang kata, kalau betul2 pantang.. lepas 40 hari tu baru betul2 boleh buat kerja like mandikan baby and other stuff. In my case, tak dapatlah macam tu. Kadang2 rasa seronok jugak kalau ada mak, nenek yang jaga masa pantang... Mungkin kurang stress jugak, sebab ade orang lain tengok2 kan anak, tak la setiap masa kita kena handle.

Dan pada hari ke-37 ni, husband admitted due to dengue. Hmmm.. Stress. Selalunya lepas Ami balik kerja boleh la saya rest kejap, Ami tolong handle baby. Malam2 pun, Ami bangun and tolong mana yang patut. Dah 2 hari Ami kat wad, malam ni malam ke-2 without Ami. And I tak dapat pun nak pergi visit Ami. Takde sapa nak jaga baby. Tapi takpelah, family Ami is around.. diorang la yang tengokkan Ami.

Mommy.. mommy kat rumah je tolong jagakan Amir untuk Ami.

Orang kata jangan stress.. jangan sedih2.. jangan nangis masa dalam pantang.

Tell me macam mana nak campak rasa sedih ni jauh2 bila abang kandung saya pergi..

Macam mana nak buang rasa risau ni jauh2 bila suami sendiri tak sihat and ada kat hospital. I can't even visit him.. for how long? I have no idea. It's dengue. And ada tak orang kisah pasal saya rasa saya nak jumpa suami saya sangat2 sekarang. Ami selalu je ade near to me bila I masuk hospital. And I can't do that for him in return.

Macam mana nak hilangkan rasa stress ni bila badan kita dah penat, baby meragam kita xtau kenapa.. And takde sapa surround me yang boleh bagi extra hands. All alone. Ami, I really wish u were here...

Oleh itu, inilah cerita berpantang saya.. Saya berpantang Ikut Suka Hati Saya Je...

Sunday, October 17, 2010

Majlis cukur jambul Barr Al Aliy

8 comments
This was Amir's first outing to an event - dengan erti kata lain, latihan pertama buat mak pak Amir prepare barang2 untuk bawak Amir keluar. Ya, kami masih lagi terkial-kial and sampai lambat. Tapi tak kisahla, niatnya nak menjenguk majlis cukur jambul putera sulung my bestie je.. It was held at Tajine Restaurant, KL.

Nama pun dah sampai lambat, and membawa baby.. tak sempatlah nak snap-snap gambar majlis. Plus, Amir tak tido-tido tapi asyik nak 'bergayut' je dengan mak dia.

Keluar je kereta, Amir merengek2 lagi, last-last pergi surau sambung BF. Kebetulan masa tu pun Barr nak menyusu jugak, maka mak-mak budak ni melepak kat surau and borak2.

Habis je aktiviti 'itu', kami terus decide nak balik sebab Amir still tak tidur lagi, sebelum dia cranky lebih baik kita pergi. Maknanya kita ke Tajine restaurant ni semata-mata nak BF la ye Amir? hihi

Yang bagusnya tentang Amir tidak tido-tido lagi masa itu, dapatlah ambil gamba dengan matanya celik..

Bestnya Barr dah 100 hari.. tak sabar nak tengok Amir pulak bila dah besar sikit, bolehla kita pergi memancing!


Pelamin berandoi






Kilos more to loose, mommy! Work ur a** off!!

Hmm bila lah losyen mustajab nak betul2 mustajab nih.. ?

Tuesday, October 12, 2010

The 30th day

4 comments
Kelmarin, 12/10/10.. Amir genap 30 hari :)

Ini kamu beberapa jam selepas lahir..


This is you at 30 days of life..





Mommy loves u!






Semalam, 13/10/10.. Genap 30 hari Bang Lang pulang ke rahmatullah




Yusof dah pandai solat, tak payah disuruh. Yusof selalu bagi papa 'makan' - sedekah Al-Fatihah pada papa.

Yusof kata 'Papa makan kenyang-kenyang ye pa..'



Zul dah pandai bercakap.. dah tak pelat lagi.


Kasih has turned 4 months. Look at her dazzling smile. Papa surely loves u, Kasih..

Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates