Wednesday, July 13, 2011

Testing

1 comments
Test from mobile.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, July 11, 2011

A letter of love II

6 comments
*Surat buat Amir*

A letter of love I : 60 hari bersama Amir dan flashback




PER: 2 months away from a year

10 months ago, 12 haribulan.. Mommy di sini...


Labor room, UKMSC.

Mommy kena induce sebab takde rasa sakit since my waterbag ruptured the day before. Sempat mommy baca Surah Maryam, nak permudahkan urusan melahirkan Amir. Mommy sangat takut. Sangat-sangat takut. Mula-mula takut sakit. Sedangkan cabut gigi pun mommy takut inikan nak melahirkan satu nyawa yang saiznya beratus kali ganda lebih besar dari gigi geraham. Tapi bila tiba masa nak melahirkan Amir, terus hilang rasa takut sakit.. Tapi mommy rasa sangat-sangat takut kalau ada kelalaian mommy menyebabkan pekara tak diingini berlaku kepada Amir. Allah sahajalah tahu betapa mommy risau masa tu. Apetah lagi baba, sampai terlupa nak record waktu kelahiran, punyalah dah plan baik  ;)

3.27 petang, Amir dah selamat dilahirkan. Maka bermulalah perjuangan baru mommy dan baba...

Seperti yang telah diketahui ramai, Amir ialah seorang bayi yang kecil saiznya.. tetapi besar dan nyaring suaranya.

Look at your face...


 Yang ini, baru nak start 'engine'..


Yang ini Amir tenganga meraung sakan. Bayangkan ajelah bunyi yang terhasil daripada eksperesi muka tersebut.


Dan bayangkan betapa cemasnya mommy dan baba bila Amir menangis sampai tak keluar suara. Terketar2 tangan nak pakaikan Amir pampers :) Tapi, Alhamdulillah.. selepas 3-4 bulan Amir dah tak kerap menangis walaupun kadar kenyaringan adalah sama. Masa umur ni lah, we caught u smiling... Weeeehuuuu...



Senang hati mommy and baba. Since then, macam-macam gelagat Amir menghiburkan hati kami.

Masa umur Amir 4 bulan, Amir dah boleh meniarap.


Tapi yang peliknya, dah masuk 10 bulan pun Amir tak merangkak lagi ;p Asyik jadi komando tolong 'mop' lantai rumah kita hehe



Si botak! Bila senyum matanya sepet..


Kalau Amir nak tahu, remark yang selalu orang cakap bila jumpa Amir ialah..


Masam.


Suka berkerut.

Itulah Amir mommy. Empat orang sepupu Amir yang lahir sama tahun, semuanya girl, tak seorang pun semasam dan se-berkerut Amir ;p Masa kecil, Amir langsung tak mau orang pegang. Balik-balik berkepit dengan mommy. Tok Janggut, Wan, Mama Tok and Baba Tok tak dapat nak pegang Amir lama-lama. Eyy.. apedaaa.. Kalau tengah main dengan baba, sekilas bayang mommy Amir nampak.. terus-terus je menangis. Dan-dan aje anak bujang mommy ni.

Hari ni, 12 July.. Amir dah genap 10 bulan. Rasa sekejap je. Dulu Amir terbaring je, nak kene dukung.. menangis. Sekarang Amir bukan main eksyen dengan mommy sebab Amir dah boleh memanjat and bergerak sendiri. Sedih pulak tengok Amir dah tak perlukan mommy sangat. Huhu. Nanti Amir dah pergi sekolah, mommy nangis dekat rumah Uwaaaa...



 HAPPY 10th MONTHS OLD, AMIR.





 Oh ye, Amir memang banyak sangat improvements.. Amir dah suka senyum and ketawa, dah pandai main, tak takut dengan orang, dah tak menangis kalau mommy takde, pandai minum susu dari botol, pandai throw bola laju-laju kena dekat hidung baba, tepuk2 muka baba suruh bangun.. Tapi.........


Tapi.....


MANA RAMBUT AMIR??
Uh-oh!

Sunday, July 10, 2011

Amir had fun at swimming pool!

4 comments
Last Saturday, memandangkan plan untuk ke Butterfly Park terpaksa cancel. We decided untuk pergi any places nearby. Lagipun tak boleh nak menuju ke KL pun. So kami anak beranak chill di area Cheras sahaja.

Early morning dah pergi Jusco ;p Nak cari swimming suit Amir, sebab sebelah petang kami plan nak bawak Amir pergi swimming pool at my work place.



Nervous jugak nak bawak Amir pergi swimming pool, he's never been to any before. Plus, Amir ni takut air sejuk. Kalau mandi tu, suka buat menggigil sambil pegang baju si tukang mandi kuat-kuat. Drama!

So sebab tu jugak, beli pelampung yang masukkan kaki sahaja, so he can sit.. tak perlu half body masuk dalam air.

As expected, mula-mula masuk. Muka nervous.


Asyik pegang kedua-dua belah side of pelampung.

Lama-lama.....

He's more than enjoying himself! Weee...








Akibat terlalu enjoy....

Knocked-Out!

Friday, July 8, 2011

Hukum Penyusuan Ibu

3 comments
Source: Pa & Ma (page 123) keluaran Disember 2010



Soalan:
Adakah memberi susu ibu kepada bayi hukumnya wajib dan adakah berdosa jika ibu memberi susu formula kepada anaknya?


Jawapan:
Hukum memberi susu ibu tidak wajib, ia hanya satu keutamaan. Ibu bapa yang yang memberikan susu ibu kepada bayi mereka bererti telah memanfaatkan anugerah yang Allah cipta dan kurniakan kepada ibu. Pemanfaat ini secara tidak langsung merupakan satu kesyukuran dan Allah akan menggandakan kurniaan-Nya kepada para hamba yang bersyukur. Susu ibu juga adalah yang terbaik dari sudut perubatan kepada bayi berbanding mana- mana susu formula.
Namun diulangi bahawa hukumnya tidak wajib, maka tidaklah berdosa jika memberikan selain susu ibu kepada bayi.


p/s: So tak patutlah ibu-ibu yang bagi susu formula pada anak dipandang serong bukan?



Dan ini kelebihan untuk ibu-ibu yang masih memberi susu badan kepada anaknya;


"Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya."



"Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya."



"Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa."





Besar pengorbanan ibu-ibu. Namun bagi sesetengah orang ini samada susu badan sepenuhnya atau tidak bukanlah satu pilihan. Ada yang tidak begitu bertuah seperti anda. Say No to judgemental.

Thursday, July 7, 2011

The Simple-est Contest Ever!! THE BALD BABY CONTEST.

108 comments
CLOSED - 3/08/2011



THE BALD BABY CONTEST

6 JUL - 6 AUG 2011


Objektif: Bagi menghargai bayi-bayi botak atau kurang rambut sedunia oleh Amir.


First time Amir nak buat contest :) So sebab first time, kita bermula dengan yang paling simple;

1) Post satu gambar anak / anak buah / anak kawan anda semasa 'botak'/selepas cukur rambut/atau memang takde rambut macam Amir DAN letak caption yang menarik / funny / attractive tidak lebih dari 10 perkataan. The simpler the better. State nama baby juga as identification.

2) Tinggalkan comment di entry ini (The Simple-est Contest Ever!! THE BALD BABY CONTEST) as a record of your paticipant.

Contoh:
From no-hair to no-hair-at-all!

Amir Hidayat Syah


Syarat:
1) Gambar yang dipertandingkan haruslah gambar baby (0-12 months). Tidak Mengapa kalau bukan gambar current, gambar masa baby pun boleh :)
2) Satu penyertaan sahaja bagi setiap peserta.
3) Tarikh tutup : 6 AUG 2011 sebelum 4.00PM
4) The best picture and caption will be chosen as the Winner! Only ONE winner.
5) Keputusan Amir (pengadil) adalah muktamad tau.

Simple je kan? :)


Hadiah:

Mothercare Sleepsuits - 3 packs

*Design and Size (age) may differ from the picture based on the winner. Say baby girl wins, organizer will choose appropriate design for her :) Amir has a great taste so don't worry.



Mari ajak kawan-kawan yang lain join!!


Love,
Amir

Sunday, July 3, 2011

The Weekend

0 comments
Saturday

We went back to Philadelphia!! Atau orang Negeri Sembilan panggil Kuala Pilah ;p Attended wedding kawan sekolah menengah dulu. She and her husband been together since form 2! Dasat. We salute u.


Mak dara sibuk posing di pelamin and aisle. Hey, where's the pengantin??





Here comes the bride...

  Still mak dara tak berganjak? Hmm...



Anyway, many congratulations to Liyana and Golok (not sure his real name ;p )


Jangan harap Amir nak senyum, pandang kamera pun tidak.


Sunday

First time Amir attend birthday. It's Damia's first birthday.


Kakak friendly main dengan Amir

So excited!



The father.


And the mother.

Amir and birthday girl - Damia




End weekend.




Come Monday.....



Thursday, June 30, 2011

Amir oh! Amir

3 comments

Today babysitter (ibu) Amir is on leave. So patutnya Amir and mommy lepak dekat rumah. Unfortunately hari ni jugak lah TNB ada maintenance di area Cheras so my house harini takde elektrik since 8am.

Nak dijadikan cerita, Amir dah 3 hari cirit-birit sampai melecet kat bawah tu. Duduk rumah pakai napkin aje. Tapi masih lasak bermain sampai nak tercabut.. Gayat la kata kan first time pakai.

After lunch, tengok Amir dah okay sikit terus bawak jalan-jalan Sogo ;p Tak larat dok rumah, takde TV.. Panas.. Boring! Dah habis semua lagu kat BabyTV mak nyanyi :D


So here we are now, Starz Garden Sogo!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates