Showing posts with label Delivery. Show all posts
Showing posts with label Delivery. Show all posts

Thursday, August 13, 2015

Another Hidayat Syah - Adik Amir & Umar

0 comments
It such a waste I didn't write much about my pregnancy this time. In future tak dapat nak baca. So, kalini bertekad untuk tidak procrastinate dan terus tulis. Jyeah! Lebih kurang 6 jam selepas another Hidayat Syah dilahirkan..


Macam biasa, every pregnancy, bila cecah 31w aja akan bermula la contraction. Bezanya kalini sekali aje mommy pergy emergency in case memang in labor. Disebabkan sekali itu bukanlah in labor, lain kali bila contraction attack I just duduk diam-diam kat rumah. Tapi bila 35w dah takde contractions yg kuat - which berharap jugak ada so that dilation boleh bermula. Cuma selepas 35w, rasa extra fatigue.. Sakit dekat lower abdomen, difficult to sleep - sepatutnya common and is expected masa 3rd trimester but I found out it was so difficult to deal with. Until yesterday (12/8), memandangkan harini (13/8) ada checkup dengan Prof, so nak mintak cuti seminggu. Tak boleh tahan.

13/8 Thursday, 28 Syawal.

My pregnancy turned 36w. Umar was born at 36 while amir lahir masa 37w. From the beginning i suspected memang akan deliver awal. Tapi memandangkan takde pun contraction lately, i was looking forward 37w onwards. Rasa nak nangis memikirkan lagi 2 mggu nak jalan macam penguin. 

Ceritanya, terjaga pukul 4 sebab perut mengeras - selalunya sebab bladder penuh. Sangat mengantuk sebab tadi tidur pun lewat, susah nak lelap mata sebab memikirkan bila nak bersalin hehe tapi tiba-tiba rasa ada air keluar which I thought i peed. So quickly masuk toilet. I thought semacam je banyaknya. Mula rasa cemas dan bulu roma naik. Keluar dari bilik air rasa ada nak keluar lagi. About 5 minutes after that baru lah rasa sure that was air ketuban. So kejutkan Ami yang baru 2 jam tidur. Since air keluar sikit-sikit I did not panick much. Jadi sempat kemas barang and amir n umar pun sibuk bangun jugak. But it was good i can see and talk to them sebelum ke hospital :)


Lepas tinggalkan Amir and Umar kat rumah ibu dia. We went straight to Emergency, by 7 sampai. By the time dah habis buat CTG, contraction makin kuat. Lama jugak nak tunggu doc sampai check dilation. At that time, dah dilate 5-6cm so akan dibawa naik ke labor room. Sangat cemas. He he he tak sangka pula ini harinya.

Memandangkan patient katil sebelah di Emergency tu dah dilated 9cm and kena tolak naik katil terus, saya yang baru 5-6 duduk kat wheelchair ni ditinggalkan sementara waktu ;p lama jugak tunggu, sempat la merasa contraction yang sangat kuat, setiap 5 minit masa duduk kat wheelchair. Waaa nak nangis (sebab takut)


Mungkin around 8 baru sampai labor room. Masa ni contraction dah buat rasa nak meneran. But in my mind, baru 6 mana boleh teran. Kurang sikit cemas. 

Kemudian nurse check jalan, 7cm. Tidak syak lagi kenapa contraction sakit rasa nak teran. Lepas lebih kurang 5 min masuk labor room, Prof datang. Dia kata 'teran teran' maybe berlawak. Lawak cemas namanya. Nurse pun masih lagi pasang drip. Tapi rupanya memang iye dah boleh teran especially mmg rasa nak teran. Alhamdulillah, proses meneran kalini jauh lebih baik dari 2 yang lepas dan jauh lebih singkat. 8.37am adik Amir Umar selamat dilahirkan. Contraction kalini memang lebih sakit and only this time ada rasa nak meneran, so I guess that helps a lot untuk senang teran.

Lebih bersyukur sebab semua dipermudahkan, dari air ketuban pecahnya, sehinggalah ke labor room. Everything s in control. And now (3.23pm) dah boleh rileks2 :)


Again no cut or tear this time,harapnya dipermudahkan lagi untuk berpantang. 


So here u go, our hero (again! X2)




Monday, February 18, 2013

2nd Delivery Story : Adik Amir Hidayat Syah

8 comments
Thursday, 14th Feb 2013

Cuba untuk sampai di office awal supaya boleh selesaikan kerja yang perlu diselesaikan sebelum mula bercuti minggu hadapannya. Since masih ada 6 hari brought forward leave yang akan expire by end of April, kalau tak ambil awal burn sebab maternity leave, so I planned to take leave prior to my maternity leave.

Dalam pukul 9.30am, terasa macam period cramp and quite painful especially bila jalan. Hampir pukul 11 masih lagi rasa sakit so I texted Ami, kalau boleh datang lunch time boleh pergi check di emergency. Jam 12.30 Ami sampai, sakit terus hilang. Daripada pergi ke hospital, dan bila tiada contraction detected, terpaksa pulak mengadap muka nurse yang poyo kata 'Normal la tu' (if any) lebih baik tak perlu pergi. I decided to go back early and rest. Bukan itu sahaja, I changed my mind, ambil cuti seawal keesokkan hari (Jumaat) instead of next week.

After had my lunch, balik rumah and cuba untuk tidur, contraction kept coming. Langsung tak dapat tidur sampai ke Asar. I think good decision bercuti seawal mungkin.


Friday, 15th Feb 2013

"Oh yeah I'm officially on leave! Clearing brought forward leaves prior to my maternity leave. A long-awaited 'holiday' after years of struggling with life commitments, study and work. Now I just wanna spend time with my family."

Itulah status gembira saya di FB pada hari itu. Walaupun bercuti, I didn't plan untuk duduk berehat sahaja. On that day, my pregnancy turned 36 weeks, kalau ikutkan masa Amir, 37 weeks I dah deliver. So I plan untuk siapkan kerja office from home, kemas rumah nanti orang nak datang visit newborn baby (eceh!), spend time dengan Amir lepas ni nanti dia kena share mommy dengan baby, kerja PhD dan bermacam-macam lagi.

Bangun pagi sempat sapu rumah dan kemas sikit-sikit aja. Pukul 9 lebih, contraction datang lagi. Perut betul2 mengeras dan setiap 3-4 minit. Tapi sakit masih bearable. Pukul 10 masih ada contraction, again I texted Ami... Kesian jugak, semalam dia dah rushing datang and balik office for meeting. I siap cakap, hope this contraction won't reduced or in other words I hope this is a true labor contractions! Haha dah tak sabar kan.

Tapi still bangun dan siap-siapkan barang untuk ke hospital sementara tunggu Ami sampai. Sekali sekala buat exercise ketuk ketampi - Prof Hashim kata bagus untuk kasi baby turun and bukaan jalan. Yelah, malas nak pergi hospital and detect contraction TAPI... takde dilation maka anda boleh balik dulu -> confident sangat dah boleh deliver nih!

Hampir pukul 1, Ami sampai rumah kami terus shoot ke hospital so that I tidak berubah fikiran. Rasa macam malas pergi pun ada sebab masih boleh tahan contraction tu, tapi contraction memang kerap dan sudah berjam-jam.

1.30pm sampai di emergency, after 15-20 mins baru start buat CTG monitoring. Dalam hati, jangan lah contraction ni hilang pulak masa dah pasang CTG, bukannya tak pernah jadi macam tu. Masa tengah monitor contraction from the CTG machine, I yang sibuk terdongak-dongak nak baca reading dari machine. Memang setiap kali perut mengeras, reading naik dan ada spike di kertas graf. Fuh, sebaik ada contraction ;p Selesai 20 minit buat CTG, nurse datang untuk ambil result. Bila ditanya nurse ada contraction tak, she said 'Ada, tapi sikit je ni' Tak sedap hati dengar. Mungkin kena balik la ni.

After awhile doctor datang untuk buat further checkup, since ada contraction most likely doctor akan buat VE. Masa doctor tengah siap-siap untuk check I mentioned pasal first pregnancy I deliver at 37 week, and pada masa tu I dah rasa sakit pada va-jay-jay. Doctor kata maybe awak dah in labor kot. Wah, ada harapan. Bila doctor buat VE, he found out I dah dilated 3cm.

Erkkk.. I didn't really expect this. Dan dia kata, I dah kena masuk labor room. Uh oh, serius cuak. Haha tadi nak sangat. Terus hilang rasa contraction. Ami was away masa I buat CTG so i texted him cakap dah bukak 3cm. Dia kata 'Wow', mungkin dia happy I dah nak deliver hahaha Tapi sekarang saya sangat cuak. Sementara nak tunggu nurse ambil wheelchair dan bawak ke labor room, rasa macam -- agak-agak kalau saya kata nak balik dulu, doctor bagi tak? Serius, anxious. Terfikir ni bila lah bersalin kalau sekarang dah masuk labor room, malam nanti ke.. pagi esok ke.. Heuheuheu

Sampai di labor room 3.30pm, I minta untuk pergi solat dulu. Nurse serba salah, mungkin dia risau kalau ada apa-apa berlaku nanti. Tapi masatu tak rasa sakit lagi, cuma menggigil takut nak bersalin ;p

Selesai solat, hampir jam 4 dah nak ready tukar baju dan lain-lain.. Contraction makin terasa. Nurse pun memulakan kerja beliau seperti yang telah diarahkan oleh Prof Hashim. Dalam pukul 4.15, Prof muncul di hadapan mata. Okay, ini lebih menyeramkan. Prof kata, 5.30 awak beranak la ni. Ayooo serius? Haha. Prof check jalan lagi sekali, masatu dah dilated 4-5cm. Prof pecahkan air ketuban nak cepatkan contraction and dilation. Cuak cuak cuak. Dulu air ketuban pecah sendiri. Tapi tak rasa apa-apa pun melainkan rasa sesuatu dimasukkan kat bawah tu.

Dalam 5.15 Prof check semula, baru 6-7cm. Nurse offer gas, memang kita sapu lah kan! Hehehe Reading contraction dah mencapai 120-130 masa tu. Alhamdulillah dapat bertahan. Bila takde contraction, boleh borak-borak dengan Ami dan nurse. Hampir ke pukul 6, nurse suruh practice teran. Nurse tu sangat-sangat lah helpful. Dia kata 'Pandai puan teran'. Tu baru practice kot.. Tengah-tengah practice, Prof muncul lagi. Alamak. Terus dia pakai sarung tangan dan check lagi sekali.  Dah 8-9 cm. Prof suruh teran. Ada yang jadi, ada yang tak jadi. Haish, tak tau la nak cakap.

Daripada practice, terus jadi betul-betul kena teran... Pengalaman meneran kali ni jauh berbeza dengan masa Amir, 15 minit cubaan meneran, Amir selamat dilahirkan. Ada few issues kalini, 1) contraction yang maximum itu pendek sangat, jadi tengah-tengah meneran then hilang gesa, 2) position kepala baby yang mungkin tidak berada tepat di laluan. Prof kata macam turtle, bila teran dia keluar sikit lepas tu tertarik ke dalam. So, pengalaman meneran kali ni berlangsung hampir 1 jam 10 minit. Walaupun bukanlah setiap saat meneran, tapi dah hujung-hujung tu I was so tired and no energy. I almost cried because I felt like I can't do it. Prof bagi masa sampai pukul 8, kalau tak dapat jugak bersalin normal maybe kena emergency caesar (atau dia cuba blackmail saya ;p  ) Nurse pun dah bertukar-tukar tangan untuk assist. Apetah lagi Ami, dah macam-macam kata-kata motivasi keluar. Sampaikan masa takde contraction I cakap dengan Ami, 'Okay cuba Ami duduk sini' Hehehe

To cut a long story short, akhirnya berjaya jugak melahirkan adik Amir secara normal. Bila keluar aje, dia dah menangis. Senang hati mommy. Ada nurse kata 'Kecik je baby awak' Eh eh dia ni.. kecik tak bermakna boleh menggelungsur aje keluarnya kan. But yes, adik Amir memang very tiny, berat 2.4 kg, tapi bersesuaian lah dengan usia dia dalam kandungan kan. Dan mungkin jugak ada hikmah saiznya kecil, Alhamdulillah tidak digunting dan tidak ada tear.

Tapi lepas aja adik Amir keluar, I memang flat habis. Nurse tanya boy ke girl, I pun tak sure dia dengar tak suara I jawab soalan. Lepas tu dia suruh check 2 tag yang dia tulis for mommy and baby. I angguk-angguk aja.

Selesai semua urusan, Prof kata akan jumpa saya esok. Hampir pukul 8.30 barulah nurse dari private wing datang untuk jemput naik ke bilik. Berjanggut mak cik tunggu tau.

Syukur, akhirnya selesai semua urusan. Tadi masa kat labor room bukan main penat, sampai je bilik especially bila ada family dan kawan datang melawat, I jadi bertenaga pulak.. And I didn't sleep that night samada terlalu excited atau tak boleh tidur sebab Amir takde. Amir tidur dengan babysitter, first time tak tidur dengan Amir  :(


Saturday, 16th Feb 2013

Around pukul 9 Prof datang. Dia kata kalau xde apa-apa boleh discharge haritu. Yeay, memang tak sabar nak balik dan setel down di rumah sendiri. Prof ada discussed pasal incident susah nak keluarkan baby semalam. Salah satu sebab, mungkin, tangan baby ada kat muka atau tepi bahu. Prof pun kurang pasti kenapa susah nak keluar, dia pun risau untuk tarik takut ada body part yang affected nanti atau mommy sendiri yang tercedera. Kalau ikutkan, pass way lebih besar dari kepala baby. Prof kata itu pun dia dah brutal, extend lagi 'pass way' supaya baby senang keluar. Realllyyyyy?? Kataku di dalam hati. Kalau gue tau semalam sure dah pengsan ;p So Prof pesan suruh buat Kegel exercise.

Fuh, itu dia pengalaman bersalin kali ni. Ada orang kata contraction tu amat sakit, so meneran tu dah macam takde apa-apa, macam berak keras je. For me pulak, alhamdulillah contraction tu boleh ditahan sakitnya, tapi nak teran keluar tu..... Okay, mungkin saya tak pernah ada masalah berak keras. I don't know hehe pengalaman masing-masing.





So now kami berempat sedang menyesuaikan diri terutamanya Amir dan adik Amir. Memang nampak dia sayang tapi at the same time dia jeles. Masa kat hospital dia happy je jumpa baby, then bila sampai rumah - mungkin dia tak expect baby ikut dan tinggal di rumah yang sama - dia macam hiba aja. Salah sikit je menangis kehibaan. Sian dia. Mommy loves you too, u know. Bila baby nen kat mommy, nanti dia kata 'Amir dulu la..' Atau kalau I cakap baik-baik boleh tak nak nen kan baby kejap, sebab dia tengah duduk berhimpit dengan mommy, nanti dia jauhkan sikit badan dia and say 'Pergi nen kan baby, now!' Hah, gitu.....

Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates