Lain orang, mungkin ambil masa lain-lain. Mana yang ada extra cash, boleh la pergi slimming centre. Macam Sazzy, if u follow her kat twitter.. she ada update yang dia pergi gym and what not. Look at her now.. memang dah kurus sangat. Ada yang tak perlu buat apa-apa sangat pun boleh kurangkan berat badan. Ada yang bersungguh-sungguh kurangkan berat badan tapi still tak kurang-kurang. Memang stress. Diakui. Masa 2-3 bulan lepas bersalin, I pun stress tengok badan tak kurus-kurus lagi walaupun memanglah berat badan dah berkurang. Still tak muat baju2 lama, nak kena beli baju/seluar lain pulak. Sangat stress. Takut suami tak suka. Rasa rendah diri. Macam-macam lagi lah.
Di hari-hari terakhir pantang, confirm takkan kurus lagi. Muka pun masih kembang, lengan.. perut.. peha apetah lagi kan. Masa ni stress tengok kawan dah kurus ;p
Masa 3-4 bulan lepas bersalin, pun masih besar lagi.. huhu
Siap pinjam t-shirt Ami, my old t-shirts are too small while shirts during pregnancy are too big. Cuba cakap macam mane tak stress?
Tapi, masa 5 bulan lepas bersalin baru lah rasa hampir kepada saiz before pregnant. Seluar jeans pun dah muat. Jeans yang beli lepas bersalin pulak dah longgar.
To be honest, tummy masih lagi menjadi masalah. Kalau terlupa tarik nafas masa ambil gambar, habislah!
Bulan puasa yang lepas, Alhamdulillah dapat puasa penuh. Dan bulan puasa kali ni, sedikit berbeza berbanding yang lepas sebab dengan adanya Amir. Masa tu pulak crankiness Amir tengah peak, makan sepinggan je masa buka. Dah takde makan ulang-ulang macam dulu-dulu. Kebanyakkan hari memang bangun sahur, tapi ada hari yang sangat-sangat penat terlepas lah sahur. Macam tulah selama sebulan, purata makanan sehari adalah 2 pinggan.
End of Ramadhan, seluar jeans yang 5 tahun lepas longgar. Serius longgar gile. T-shirt XS dulu pun dah muat. Mungkin petanda dah kurus semula atau extra-kurus semula.
Ini bukan cerita tak bersyukur atau apa2, kebanyakkan masa kita mengharapkan yang ideal. Tulah, bukan senang nak jadi perempuan ni, banyak nak kena jaga. Kalau suami buncit, kita tak kisah pun.. ;p Kalau kita pulak yang besar sikit, dah rasa low self-esteem. Nak jaga anak lagi, nak jaga rambut.. badan.. makan-minum from a beauty pageant to a maid. Susah tu. Tapi, Insya allah suami kita terima kita seadanya :)
So, menjawab soalan di atas: Hampir setahun kot baru kurus (especially tummy) itu pun dengan bantuan diet masa bulan Ramadhan.
Tapi menjadi seorang wanita selepas bersalin ni, kuruskan badan bukan satu-satunya masalah - badan kurus, tummy flab, then sagging breast, cellulite and strech mark so on and so forth.
Ada apa-apa tips nak share to get rid of apa jua masalah related to ibu selepas bersalin?