Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Monday, July 8, 2013

Shelter.

12 comments
Dulu, sebulan dua sebelum diijabkabul, kebetulan ada new house development di Kajang, kami disaran untuk beli rumah tu. of course kami excited, yelah orang nak/dah kahwin ni soalan selain 'bila nak ada anak' mesti ada soalan 'dah beli rumah? Rugi menyewa ni'

So dengan sedikit kenaifan kami pun commit untuk beli rumah. Yelah, loan boleh dapat 90%, boleh keluar duit epf etc. apa lah susahnya nak beli rumah ni, tak susah.. Semudah org bertanya 'bila nak beli rumah' Jadi, booking fee dah bayar so proceed dgn loan application, submitted to many banks including MBSB. Dan yg paling cepat prosess dan approved was MBSB, developer pun semua nak cepat kami accept the offer - walhal MBSB tidak absorb legal fee dan perlukan 4 months advancement payment for loan disbursement. Kebanyakkan bank yang lain tidak macamtu. Well, mmg kenaifan kami sendiri - sudah tau paling tidak perlu ada 20-30K jugak for depo and other initial payments - tapi masih confident boleh cari duitnya. Sedangkan duit yg tidak sampai sekangkang kera itu sudah pasti habis untuk wedding. 

Semuanya berlaku dgn agak pantas, dah kahwin.. dah pregnant pun.. Tapi masih ada balance yang perlu dibayar kpd developer and legal firm dan juga MBSB. Dok bayar pd developer and legal firm dah takda apa nak bayar ke MBSB to reimburse duit kpd developer. Banyak yang kami dah sacrifice untuk menjayalan projek beli rumah ni, sampailah akhirnya loan yg dioffer oleh MBSB dah expire. Maksudnya kalau still nak beli terpaksalah apply loan lain - pada masatu my name dah blacklist sbb kereta yang hilang 2 minggu sebelum wedding, tak dpt nak bayar lump sum outstanding balance selepas insurance cover. Allahuakbar, banyak betul hal masatu. So kami decided untuk tidak teruskan pembelian, walaupun ada tentangan, terpaksa pula argue atas keputusan kami, duit dah bayar pun burnt, pada masatu itulah yang terbaik. And i have no regret until now. The most common statement 'rumah makin lama makin mahal' Yes, rumah makin lama makin mahal tapi sekarang je rumah dah memang terlalu mahal. 

Lepas pada cancel beli rumah tu, kami menyewa di middle cost apartment. Kecil, tidak mewah, orang nak datang ada masalah parking tapi cukup selesa buat kami bertiga masa tu. Kami takda rasa sedikit malu pun duduk di kawasan ni, tapi kalau orang 'tak dapat datang' sebab tak selesa atau apa2 alasan, kami tak dapat berbuat apa2. Sekurang-kurangnya kami selesa berdiri di atas kaki sendiri.


Dah hampir 3 tahun tinggal di sini, sejak Amir berumur 3-4 bulan. Sepanjang masatu masih lagi dihantui soalan bertanyakan bila nak beli rumah, kalau lah beli rumah macam beli ikan di pasar.. Why not tommorrow? Lesson learned. We knew what it takes to buy a house, really. All we need is time, so that we can be well prepared. Since then kami takde rush to buy a house, kalau org tanya pun, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Kami lebih tau dan faham keadaan kami. Kalau orang selalu kata 'we start from zero' tapi kami.. We start from negative!

Until one day, iaitu masa pantang lepas bersalinkan Umar, salah satu rumah kat sini Ground floor, blh parking depan rumah, yang penting tak perlu panjat tangga.. Owner rumah tu nak jual dan harga within budget kami. Jadi Ami cepat-cepat submit loan bank and we were excited about buying the house. Malangnya, bank evaluate harga rumah tu jauh lebih murah berbanding harga owner letak, dan kami kena tambah dalam 60K. Memang terpaksa lupakan lah. Kami percaya ada rezeki lain. Since masa tu in the mood nak cari/beli rumah, so kami survey new house development.

Then kami jumpa kondo - basically bajet kami tu mcm boleh dapat rumah bertingkat aje, since kami pun tak willing untuk beli di kawasan yang sedikit lebih jauh. Tapi kena masuk waiting list sebab semua rumah dah di booked, tak tidur malam tunggu agent call kata ada owner tak jadi beli. Almost sebulan masih takda berita until developer call kata ada project baru, kondo juga di kawasan yang sama. Bersyukur kami, nampak gaya macam dah jadi lah nak beli rumah ni. Malangnya family pula kurang setuju kami beli kondo. Sedih dan berbelah bahagi. Kita sedar kelemahan duduk dirumah multi-storey tapi pada masatu itu sahaja option yabg ada. To tell the truth, kami dah merata cari new development di kawasan Kajang juga Semenyih. Yang ada rumah yang berharga 600K ke atas (landed house). Bila ada yang tak bersetuju, kami pun rasa berat aje lah.. Satu malam tu I and Ami stay up sampai pukul 3-4 pagi cari lagi info pasal property on the internet. Esoknya dengan bawa Umar yang belum 2 bulan lagi pergi survey pasal rumah. Dari pagi sampai ke petang. Pergi Tesco, Carrefour, Metro Kajang - tempat yang selalu ada orang bukak booth jual rumah.

Dah hampir 4 petang, last sekali Ami kata nak singgah office Metro Kajang Holdings (MKH). Sebenarnya kami ada terjumpa sales rep MKH kat tempat lain hari yang sama, dia kata tak ada landed house yg ikut bajet kami tu. Just nak puaskan hati, pergi jugak office. I waited in the car with kids, dua-dua dah tidur kepenatan.

After awhile I saw Ami s walking towards our car with a brochure in his hands. Ami kata, sales person MKH kat office tu kata 'You're lucky' diorang memang baru start jual rumah yg dah siap and within our budget - built and sell concept. Walhal kami dah tau kawasan tu, our assumption mesti orang dah habis beli sebab rumah semua dah siap. Pernah ada agent datang bawak ke situ tapi harganya tinggi dari bajet kami. So tempat tu kami dah blacklist he he he Rupanya, masih ada lagi dan harga mampu milik bagi kami. Memang ada rezeki Allah spare kan untuk kami.
Eventually we able to make our family happy with our choice/decision. Of course we are happy too. Memang kalau boleh nak landed house tapi perlu lah relevant dengan kemampuan kami. Kami tidak pula ditaja atau ada biasiswa dari family mahupun mana-mana badan berkanun. 

Dah hampir 4 bulan dari hari pertama kami berangan untuk beli rumah. Now dah almost confirm, loan dah approved now tengah tunggu loan disbursement. Syukur, Allah mudahkan usaha nak mengadakan tempat berteduh anak-anak  kami. Dah few times bawak Amir tengok new house, kata mommy n baba. Tapi Amir kata 'Amir tak shuke new house, Amir nak old house' Tehehehe


In shaa allah, patutnya takde la yang bertanya bila nak beli rumah kan. Tapi ada jugak tanya bila nak tukar kereta? Sejak bila wajib tukar kereta yang masih lagi boleh berfungsi? Buat-buat tak dengar.

Tapi jangan risau kita tak kan pernah sunyi dari soalan bila..

Bila nak tambah lagi..
Bila nak habis PhD.. Hahahaha huh!
Bila tu ....
Bila ni ....

Janji kita tidak jadi sebahagian daripada mereka yang suka tanya 'bila', tolong doa adalah lebih baik.

Fear and Hope (Ami, 2013)



Thank you, Ami.

Thursday, July 12, 2012

Committing to New Commitments

15 comments
PhD

Ni tak lah berapa new commitment. Tapi selagi tak habis, akan ada aje lah commitment-commitment baru. Pejam celik, pejam celik dah hampir setahun sambung belajar. Now, tengah semester break barulah rasa kehidupan seperti orang normal. Start bulan 9, kehidupan akan jadi abnormal semula. Mujur ada 1 subject sahaja next semester. Tapi, dah kena bersedia untuk proposal defence end of next semester. Dan juga submit proposal for MOSTI grant. Ah, cakap pasal dia ni memang takkan habis.


Job Promotion: A New Position

InsyaAllah, setelah setahun di tempat kerja ni, starting from August akan hold profile baru. Here comes greater responsibility. Walaupun ada sedikit rasa ragu, study lagi.. family lagi.. current workload lagi.. But I take this as an opportunity. Selain study, career development pun penting juga. So ya, I'm planning to take up this role - walaupun lepas ni tak taulah berapa haywirenya life lepas ni.


A Special Project

Memandangkan life sudah cukup gila dengan adanya commitments di atas, bila orang bertanya 'Bila nak tambah lagi?' membuatkan kami fikir 2-3 kali. Siapa tak nak anak lagikan, tapi kita kena lah ukur baju di badan sendiri. Bukan tak nak, tapi mungkin later - itulah yang kami fikir-fikirkan. Tambahan lagi, kami berdua fulltime bekerja dan belajar! Fulltime parent too.. Especially me, bila tengok Amir dah besar.. rasa nak sangat-sangat baby. Tapi yang sedihnya, saya rasa saya tidak mampu. Bayangkan dengan sickness, sakit pingang, kaki dan seluruh badan, mengeheret diri ke tempat kerja.. kelas.. meeting supervisor.. seminar. Ah! Tak mampu rasanya.

Pernah sekali buat UPT, sebab period overdue. Hati ni berdebar-debar rasa nak menangis, berharap 'belum ada' lagi sebab memang saya takkan mampu handle. Mujur, negative.


Both my husband's supervisor dan supervisor saya kata - SUSAH SUAMI ISTERI BUAT PhD.

Ada contoh diberi - suami isteri bercerai sebab PhD. I actually appreciate mereka sangat concern dengan situasi kami, dan cuba memberi gambaran sebenar PhD journey. Tapi itu bukan kata-kata semangat yang kami perlukan. Dan kami tidak buat keputusan untuk sambung belajar sebab kami rasa ia adalah FUN macam pergi jalan-jalan di Sabah atau Langkawi.

Dan once pernah bertanya pada supervisor 'Do you have kids while doing your PhD?'

He replied 'Yes, but I don't add'

Seriously, risau jugak kalau pregnant apalah perception dia nanti towards my work.


Ayah pun pesan, kalau boleh planning dulu. Again, ayah obviously concern pasal anaknya. Tapi buat PhD bukan macam degree, in terms of, ia lebih flexible dan bukan wajib. Perhaps maksud ayah tunggu later-later la baru fikir pasal second child. Okay, noted.

Ni lagi buat saya risau, kalau pregnant ni macamanalah nak convince ayah yang I akan boleh cope with all the commitments. Sebab I pun tak mampu nak convince myself hehehe.. Tapi itu lah ayah saya, suka buat rule yang sangat susah buat saya. Macam dulu, ayah buat rule tak boleh pakai seluar jeans, nanti jadi mcm setan ;p Hahahaha  Indeed, lawak gila bila ingat.


But deep down, honestly, I want a baby. When? I don't know. Mahu atau tidak mahu baby, adalah keputusan bersama. Saya perlu respect keputusan Ami jua. Ada masa we'are certain that we still have to continue planning, ada masa hey I want a baby now! I mean now! Now! <--- ini bukan 'we' kot, it's just me!  Hehehe


All this while we don't really have to worry much about planning, since still bf, period pun tak betul lagi. If x period, buat UPT ----> mesti negative (Phew!).


So dah jadi monthly routine, setiap hujung bulan sekiranya period tak datang visit, buat UPT just nak be certain. Last weekend, perform monthly routine .... Tapi kalini macam berharap something yang contra berbanding bulan-bulan yang lepas.... Sangat berharap.


Photobucket

"Ya Allah, Owner of all sovereignty, Thou gives domination to whomsoever Thou like and snatch it away from whomsoever Thou wills, exalts anyone Thou pleases and degrades anyone Thou likes, all good is on Thou hands and surely Thou has power over all things."


I was so speechless, sujud dan bersyukur. Mungkin bukan ini pekara yang terlalu diinginkan dalam masa terdekat ni. Tapi bila ini yang dikurniakan-Nya... Tak sangka kegembiraannya seolah-olah inilah yang dihajati setelah sekian lama. Tidak kurang langsung rasa happy tu. Sedikit risau pun tidak ada, walhal selama ni risau akan apa ayah pesan dan of course my supervisor. Sangat tenang dan tidak berhenti bersyukur.


Rasa begitu rendah diri, kita pun tahu berapa ramai yang masih belum ada satu pun, dan terus berdoa dan menunggu dikurniakan -- but, we are now expecting our second child. InsyaAllah.

Kalau dulu masa mengandungkan Amir, sickness started as early as before confirm I was pregnant. Alhamdulillah, kali ni.. dah nak masuk minggu ke-5 masih sihat macam biasa. Mungkin masih awal, tapi tetap bersyukur sekurang-kurangnya boleh skip sickness 5 minggu ;p

It's my hope boleh bekerja macam biasa, ada kudrat untuk carry out tanggungjawab yang lain. Doa kan kami selamat semuanya! Yes, no doubt I really want this baby. As much as I want Amir. As much as I love Ami. Thank you, Allah!



Before you were conceived I wanted you.
Before you were born I loved you.
Before you were here an hour I would die for you.
This is the miracle of life.


Maureen Hawkins

Wednesday, April 4, 2012

Mommy's Birthday 2012

6 comments
Memandangkan masa birthday Ami, I ada buat party for him. So it's expected la kan to have 'something' for my birthday  ;p  Memang dah tau akan ada something, tapi apakah something itu it's a surprise.

Masa ambil Ami dari LRT petang Jumaat, 23 Mac, dia kata balik nanti kita packing, akan overnight kat luar. Wuhuuuuu, kataku di dalam hati. Macam best je plan Ami ni. So sementara tunggu Maghrib, berbual-bual lah kami, Ami kata theme untuk birthday I kali ini ialah 'Back to the future'. Fuh siap ada tema, haritu mak tak sempat nak bertema bagai..

I don't know how stress to be a husband, bila isteri dah tau dia nak buat surprise sibuk la tanya macam-macam - nak pakai baju apa, baju apa nak bawak, baju sejuk ke t-shirt biasa, makeup tak? Hahahaha Yelah sebab kita tak tau kan (atau buat cubaan untuk tau) kang makeup tebal2 makan kat mamak, acane? Walaupun I tak kisah makan kat mamak ;p

Ok, malam tu kami sekeluarga pun bertolak lah ke ---- saya pun tak tau ke mana lagi masa tu. Dalam kepala ni macam-macam fikir possible place Ami nak bawak sebab siap ada tema kan - Genting (sebab dekat tapi still luar dari KL), Kuantan (distance still consider Okay, takkan Terengganu.. kata back to the future - Tempat study).

Jawapan di atas adalah salah. Kami ada special dinner di Ancasa Hotel, Kuala Lumpur. Hi hi hi still dalam KL.

Photobucket


Photobucket

Photobucket

Photobucket



Lepas dinner, Ami kata kena bergerak ke destinasi lain. Jeng jeng jeng. Ingatkan dah sudah surprise nya. Maka meredah jem dalam KL lagi sekali, jem teruk sampai ke malam mungkin sebab Grand Prix. Jalan punya jalan punya jalan punya jalan.. Mengarah ke Ampang jalan lagi dan lagi dan lagi...

Tadaaaaaaa...



Photobucket


Kami sampai di De Palma Ampang. Aik, KL lagi... ;p Hehehe




Rupanya nak celebrate birthday kat sini pulak... The best part was, my best friend was there too

Photobucket


Photobucket

Photobucket


Photobucket

Maka kami ber-empat menyanyi dan meniup lilin bagai. Masa amat mencemburui, hari sudah pun tengah malam. Ke mana pula destinasi kami untuk bermalam malam ini?


Jalan punya jalan punya jalan punya jalan.. Mengarah ke mana pun aku tak perasan sebab hari dah malam, mata mengantuk pula  jalan lagi dan lagi dan lagi...


Tadaaaaaaa...


"Kita tidur sini (Ancasa) malam ni" kata husband.


Ces, ingatkan kat luar KL hehehehehe


Photobucket


Photobucket

Amir yang rasmikan katil dulu, ceit


But, I don't mind :) That was more than special. Memang kena betul dengan tema 'Back to the future'


The next day, after breakfast, kami bertiga berjalan-jalan di Petaling Street.

Like father like son.


Photobucket

Disebabkan mommy and baba dah dapat jam baru, so this time kita belikan jam Amir pulak kat PS hihihi Amir kecik lagi, so okay la tu.. ;p


Dulu, Puduraya ni memang tempat kami berlegar-legar.. tunggu naik bas untuk balik ke Terengganu. Sementara tunggu bas, merata lah kami berjalan dalam / luar puduraya, ke Kotaraya juga. Memang banyak cerita kat sini.
Kalau balik KL je, kami mesti ke Petaling Street.. nak cari jam lah, kasut lah, bag lah... Yelah masa belajar, mana nak mampu beli barang branded kan, nak shopping kat KLCC apetah lagi so dapatlah pakai jam Guess, RM10. Kesimpulannya, acara dating kami dulu berkisar di Puduraya. Ami dari Kajang, naik bas sampai Pasar Seni. I pun dari Kuala Pilah  naik bas sampai Pasar Seni juga.


Rasa macam tak percaya, 8 tahun yang lepas berdua ja kami jalan-jalan kat sini. Now dah bertiga :)

Photobucket



Beautiful.. beautiful birthday. Amir pun dah pandai nak nyanyi lagu Happy Birthday since birthday baba. Everytime nak suruh play video masa birthday baba dia. Pastu ajak mommy and baba nyanyi altogether. Tapi masa nyanyi lagu birthday yang betul2, did tercengang2 pulak. Lepas tu sibuk suruh orang nyanyi balik.

I'm blessed and I'm humbled to have a great husband, son, family and friends.


IMG_4741



Love.

Wednesday, February 15, 2012

Malaysian Women's Weekly, Feb Issue 2012

6 comments
Selepas workshop dengan The Women's Weekly last December, they arranged a photoshoot session for the winners. At first, excited jugak since dah lama tak ber-photoshoot. Tapi disebabkan aktivity on that day itself dah terlewat habis, photoshoot start lambat, towards the end dah hilang mood sebab teringat Amir kat rumah ;p

Before photoshoot, ada sesi dengan stylist from Debenhams, Hadi. Masa ni lah pilih baju apa nak pakai during photoshoot.

Photobucket



Then, makeup time!! I love the makeup -- kecuali lipstick ;p so use to nude color.

Photobucket



And finally .......

Photobucket

Monday, December 19, 2011

2nd Anniversary Treat

1 comments
Venue: Jogoya, Starhill Gallery


"Nothing Luxury" tema anniversary pada tahun ini  ;p  Start survey venue untuk celebrate anniversary dekat Groupon, Bigdeals etc. Takde yang menarik selepas terlepas voucher untuk Hotel Istana. Plan B, survey great dining deals for Platinum cardholder. Ok lah, ada jugak lah discount 15-20%. This was when I found about Jogoya, listed as one of the merchants. Maka, terus ke website dan dapat tahu ada promotion yang lagi menarik from Jogoya itself....


Jogoya School Holiday Promotion RM52++
(NP:RM78++)
Lunch or Supper ( For student only )
18th November 2011 – 30th December 2011

  • Monday to Sunday ( Not valid on Public Holiday and eve )
  • No age limitation as a student but must provide valid student pass
  • Not valid with other promotion and discounts
  • Present valid student card before make payment is required.
  • The company reserves the right to amend the terms and conditions without prior notice.
No age limitation okey! Memandangkan kami suami isteri adalah students, sesuai sangat lah ni... Tapi, masa kitaorg pergi tu memang ramai college students aje lah. But we all pun student what... ;p

Enjoy the pictures....


The ambience..





The food














The Threesome

*Take note lebam kat dahi Amir.. hasil dive dari sofa ke atas karpet.




Amir and jelly.





Last but not least.


Next, berjalan-jalan di Pavillion







Message from Ami: Thoroughly enjoyed the moment. Simple yet meaningful. Happy 2nd Anniversary, Love.




Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates