Showing posts with label Toddler. Show all posts
Showing posts with label Toddler. Show all posts

Tuesday, December 10, 2013

First time at school - Amir Hidayat Syah

2 comments

Finally, Amir dah ke school yang 'takde mommy'.

Risaukan anak yg manja ni tak dpt biasakan diri di school nanti, tak berapa friendly dan kurang sosial, mommy hantar Amir ke playgroup.

He enjoyed school and learning time so much! Tapi bila cakap nanti pergi school sendiri, dia sibuk cakap nak mommy ada.

Memandangkan next year dah nak masuk 4 tahun, mommy rasa it's time for him to go to school. So mommy pun enroll Amir ke school walaupun masih Disember, supaya Amir dapat biasakan diri. Lagipun sekarang aktiviti di school masih free and easy.

Hari pertama nak ke school, mommy and baba siap cuti macam nak hantar ke asrama. Amir sangat excited, furthermore geng dia ada, Affan.

Bila sampai school teacher ajak masuk classroom while parents tunggu luar kelas. Bila dengar suara diorang tengah enjoy kelas, kami pun senyap2 keluar dari school.

Hampir 12 tghhari kami datang semula, Amir tengah syok buat artwork dengan teacher.


Excited Amir nampak mommy and showed his puppet. Senang hati mommy tengok Amir tak nangis ....


Rupanya ....

Bila class break at 10am, Amir keluar class and tengok mommy takde, Amir pun jerit 'Mommy!' Lol

Teacher pujuk dia kata Amir good boy. Amir jawab 'Amir tak good boy' sambil menangis.

Cerita version Amir pulak "Tadi masa Amir keluar, Amir kejut (terkejut) tengok mommy takde" sambil senyum kambing. Amir tak banyak confess pasal dia nangis, which is good, mesti dia tau yang itu is unnecessary.

Aduhai, tp oklah dia masih boleh dipujuk. Cuak jugak kalau esoknya dia tak nak ke school.


Tapi esoknya Amir masih nak ke school. Especially bila dia teringat aktiviti kat school. He kept telling us pasal school.

2nd day ...


Happy!

Tapi masa nak naik tangga dia sempat cakap "Amir nak mommy ada" Alololo

Since dia dah tau yang mommy akan tinggalkan dia, jadi dia sentiasa berjaga2 dan duduk rapat dengan mommy.

Mommy tunggu kat luar kelas, dia pun sibuk ikut. Sebab I tak nak dia miss apa yang tengah belajar, mommy pun ikut Amir masuk kelas.


Bila mommy teman dia dalam classroom, dia enjoy buat coloring


Siannye. Tapi nak buat camana. So finally mommy keluar juga masa dia nangis2 and cikgu terpaksa dukung.

Amir nangis and cakap 'Amir nak mommy.. Amir nak mommy, Amir small lagi'

Cepat2 mommy turun dan masuk kereta. Tapi nak start enjin kereta berat je rasa. Haish, mcm drama. Tapi inilah akibatnya bila hati tak berapa nak kering.

Terus ke office, sort out kerja, sempatlah setelkan satu kerja yang urgent dan pukul 11 dah bergegas nak ke school amir semula. Jauh lebih awal dari waktu yang sepatutnya sbb risaukan Amir.

Masa mommy sampai, dengar suara Amir tengah main calling2. 'Hello siapa tu? Mommy ke? Mommy kat mana?'

Alahai, touching.


Tak lama lepas tu Amir keluar and surprised mommy dah ada. Yeayy!

Hug mommy and sambung main dengan friends.



Amir, amir .. Mommy loves u so much.

Tuesday, November 5, 2013

Anniversary Celebration

1 comments
It's our 4th anniversary falls on 1 Muharram 1435H. Syukur Alhamdulillah, mungkin masih singkat tapi syukur selain bermasam muka sejam dua atas sebab perkara2 kecil, we're still strong together. Semoga Allah terus kurniakan kesejahteraan dan bahagia berpanjangan. Dan sekiranya sebaliknya yang berlaku, moga Allah tabahkan hati kedua kami.

So, celebration kami kali ni di Atmosphere 360 Revolving Restaurant, KL Tower.

Dalam masa kurang dari 2 jam kami berada di sana, sorang ukk ukk.. sorang mengamuk nak berdukung/tido.. sorang nak berlari keliling restaurant. Pastu yang sibuk berlari tadi dah penat nak tidur pulak... Agak chaos. But beat us if u can kiddos!! Hehe celebration tetap diteruskan.




Jangan harap la nak snap gambar makanan, view.. nak makan pun kena curi2 masa.




Next, kami ke observation deck. Amir dah selamat lelap masa ni.



Yang sorang lagi masih lagi indecisive berkenaan waktu nap beliau.


Okay, pusing2 kat deck sekejap aje.. Taklah excited mana bila naik tinggi2, pastu nampak office building kita kan (Ami's) terus teringat esok dah kerja.





Sementara nak tunggu Amir bangun nak masuk Blue Coral Aquarium, kami lepak-lepak di lobby.


Bukan sahaja masih belum tidur makin galak pulak dia kat bawah ni.



And final activity (i'd supposed) masuk ke aquarium. Mungkin sbb dah recharged battery, Amir bukan main excited.








Bila kami sepatutnya boleh balik selepas aktiviti terakhir dlm perancangan, Amir suggest untuk naik kereta kuda.


It was fun though! Tehehehe





And it's a wrap! Weehuuu...

Monday, September 9, 2013

A Love Letter to My Little Umar

4 comments

Dulu masa Amir bukan main lagi tulis love letter lepaih 60 haghi. Lepas tu masa 10 bulan pun ada lagi... Time Umar, dekat 7 bulan baru nak tulis satu.. ;p Ini bukan bermakna mommy kurang sayang pada Umar, ini menunjukkan mommy sgt busy dengan hal korang berdua bila dekat rumah, masa kat office pulak sibuk siapkan kerja supaya bila cukup masa bekerja terus bekejar ambil hangpa berdua tau!


So, ini Umar Hidayat Syah hampir 7 bulan yg lepas..,


Dan ini umar pada usia 6 bulan setengah..


Masa mengandungkan Umar dulu, memang tak banyak masalah, cuma masa trimester, same case mcm amir dulu; early contraction, then mommy jatuh tangga masa dukung Amir and finaly a genuine contraction lead to labor at week 36. Sepanjang masa contraction nak melahirkan Umar, alhamdulilah bearable cuma masa nak teran serik sikit, mungkin foundation unt meneran tu mommy xde hehehe Walhal Umar masa tu 2.4kg je, tp mommy punya flat lepas teran Umar keluar mcm bersalinkan kembar (mcm lah ada experience bersalinkan kembar kan).

Umar is a very calm baby. Setakat nangis suara sayup2 tu, ape ada hal. Mommy and baba dah habis practice masa Amir, suara nyaring, kuat dan sewaktu dengannya. 
Kadang-kadang, mommy and baba saja biarkan Umar nangis lama sikit, enjoy the moment. ;p


Yang jelas lagi nyata, satu perbezaan ketara antara Amir dan Umar ialah ....

Suka senyum! Bermula 3 bulan Umar dah boleh senyum especially masa diagah.

Kalau masa Amir, dekat 2 tahun nak tunggu dia senyum, Umar, kawan mommy (Aunty Wati) panggil Si Sengeh, Amir, Si Sombong. Memang iye.. Tehehe







Sweet boy. Bak kata Ami, Umar ni ada calming effect, kalau tengok dia rasa tenang aja. Kalau waktu pagi dia tak banyak hal, dibawak mandi, dia mandi, diletak dlm walker masa mommy nak bersiap, dia duduk dlm walker sambil tengok TV, walaupun kadang2 dia ada bising2 panggil mommy, as long as bukan sebab nak susu masih boleh lagi dibiarkan lagi. Satu pagi, lepas mandikan dia, hantar Amir ke rumah ibu, mommy pun kemas apa2 yg patut, kemudian mandi dan bersiap, beberapa kali Umar panggil mommy tapi mommy menyahut aje, tak datang2.. Hehe sekali mommy keluar nak tengok Umar, rupanya ....


Dah terlelap! Kesian. Padanlah senyap tak panggil2 mommy ;p

Kalau dalam kereta otw ke nursery, once dia duduk di carseat and bukak CD dia..


ternganga tgk CD! Org panggil pun xlayan. 

Cuma bila Umar dah makin besar, Umar dah menunjukkan sifat-sifat clingy towards mommy. Statistik ini sedikit berbeza dari Amir, sebab Amir umur 4 bulan clinginess dia dah sangat obvious. I thought Umar s different, rupanya tidak, nak masuk 6 bulan dia dah kenal orang, especially mommy.


To be honest, masa Amir dulu mungkin dia clingy since 4 months old, it was a bit pressure for me. Nak buat kerja rumah pun susah, pantang nampak banyang dia mengiak, dengar bunyi air pun dia tau! But then I realized, bagus lah kalau anak2 sangat rapat supaya nanti diorang dah besar i'll become their bestfriend, talk and share things. Walaupun kadang2 rasa tak selesa tidur sebab now both boys suka tidur berbantalkan lengan mommy, nak beralih tidur pun susah, tapi semoga ketidak selesaan ini nnt, bila mommy dah tua, mommy pulak nak clingy, Amir and Umar layan la pulak karenah mommy ye. I like it when they are close to me, it's easier to control them. Muahahaha
So sekarang ni, I take it this way.. House chores can wait (kadang2 tak jadi jugak nak set mind cmni), so when their attention's tank is full they will let me go hihi kadang2 rasa sampai ke sudah tak full. Banyak masa yg I plan untuk buat kerja PhD di rumah, selalunya terkubur begitu saja. Boleh buat sebenarnya, it's just me yang tak sanggup sacrifice masa dengan anak-anak, especially Umar, tak banyak ragam it doesn't mean I tak perlu spend more time with him. 

See, mcmana nak tinggalkan dia tidur sorang2 walaupun dah lelap. Tapi rugilah tak tidur sekali kan! Hihihi alasan malas buat kerja.

Well, itulah dia sifat keibuan i guess. Nothing above our family; parent, husband and children. Takkan sampai hati kita attend meeting penting tapi meninggalkan anak yg tak sihat dibawah jagaan org lain, contohnya. Apa lagi asset akhirat kita ye dok..




Intan payong mommy berdua ni. Sorang menghiburkan, sorang lagi menenangkan hati. Selalu tersentuh tengok cara Amir layan Umar, at times over protective, but most of the times he such a loving brother. Umar pun sama, maybe he can't express much just yet, tapi suka betul tarik rambut Amir. Kalau Amir melompat-lompat and main depan dia, terkekek-kekek dia ketawa. Amir was the first person made Umar laugh i think hehe.



I love spending time with them, kalau boleh and if time permits, lepas kerja akan bawak Amir main di playground.


In fact haritu mommy ambil cuti and kami bertiga pergi jalan-jalan and main di game centre.


So much fun! Umar mcm biasa, as long as berdukung and berjalan-jalan dia rileks aje. Sampaikan susu pun tak ingat nak minta.

Is it really a love letter tho? Hahaha yes, because mommy nak cakap I LOVE U BOTH SO MUCH, words can't describe, u always drive me CRAZY but yet make me happy, busuk masam yang suka bergaduh dgn mommy di waktu pagi tapi buat mommy rindu mcm nak mati padahal baru tengah hari, and many more I wish I can say.

Much much love,
Mommy


Tuesday, July 2, 2013

ToysRus Member Sale Clearance & Stride Rite Warehouse Sale Clearance

1 comments


Datang sebab sale si Stride Rite, untung2  ada kasut Superman atau kasut ada lampu. Boleh jadi kasut raya. Rupa-rupanya section Stride Rite kocik yo, xbanyak pilihan tapi pilihan yang ada tu mmg murah; 39.90 - 59.90

Yang lebih attractive adalah sale ToysRus. Cuma, xbanyak toys.. Yang banyaknya baju. TAPI... Sampai 70% off! 

Cekidout gambar




Ada pulak dvd kegemaran Amir, abang Sid katanya..




Dapat jugak lah baju after discount, RM10-20. Seluar dalam RM20++



Toys yang hanya beberapa kerat



Stride Rite section



Seronok mmg seronok dpt value buy kalau sanggup dtg ke warehouse sale ni.. Tapi time nak bayor...

 Apetah lagi datang masa lunch hour.

Heuheu

Tuesday, June 18, 2013

ALIMKids Playgroup

1 comments
Beberapa lama dahulu sibuk cari playgroup untuk Amir. The first place we went to, tak berapa nak berkenan. Now bila dah jumpa, lupa pulak nak update kat blog. In fact Amir dah habis pun satu module drpd ALIMKids playgroup ni.

Kalau tgk di website ALIMKids, ada banyak branch yang run playgroup during weekend. Yang kami pergi di Saujana Impian, Kajang.

Untuk yang tak certain samada nak enroll atau tidak boleh datang trial class dulu. Like we did. Cuma RM30-35 per class.


Ready untuk buat art.

Selalunya kelas dimulakan dgn;
-doa
-baca buku cerita
-belajar ABC using phonic song
-belajar tulis alphabet - i think technique Montessori
-nyanyi2 lagu
-art class
-main parachute atau other games like music box
-lepas baca surah an-nas, recite syahadah, student akan salam teacher and dapat sticker
-jamuan ringan for students

Amir sibuk painting.

Are u really ready for school Amir? Sob sob sob

So memandangkan kami suka dgn konsep Islamic English maka kami terus enroll. Jadi, trial class tadi terus jadi free. Dlm satu module ada 8 syllabus maksudnya ada 8 learning weeks. Playgroup ni adalah untuk mommy & child, only mother is allowed to accompany the student. Sbb nanti mommy pun kena berjoget2, malulah kalau ada orang lelaki kan ;p

Dah register, dapat uniform..

Amir's art





Permainan favorite budak-budak ni...


Atau free activity iaitu berlari tidak tentu hala ;p



Masa mula-mula semua malu2, lama sikit terus haru-biru..

Ambil alphabet dari Teacher Rose nak belajar tulis

Ni pulak tengah nyanyi phonic song sambil buat gaya flamingo..

Selalunya, bila nak pergi school Amir, Umar kena tinggal di nursery. So bila dalam kereta Amir akan request nak pegang Umar lepas tu 'mommy take picture.. Banyak-banyak..'


Ni lepas Amir habis school..

Kadang-kadang ada jugak homework teacher bagi buat kat rumah..

Tak sampai 5 minit pun color lepas tu 'mommy buat la.. Amir penat la'

And for the last class in each module, selepas belajar macam biasa, akan ada ceremony menyampaikan sijil graduasi.


Dan disebabkan oleh hari itu ialah graduation Amir, Umar pun sibuk nak ikut


Dan akhir sekali majlis makan-makan.. This time buat potluck instead if diorang prepare makanan. Maka ibu-ibu dikehendaki membawa makanan.. Which means, bagi saya maksudnya ialah pergilah order kat kakak rumah bawah tu ;p



So is Amir ready for school already? Yes, bila tanya dia memang semangat nak ke school TAPI...

'Amir nak mommy ada.. Amir taknak Teacher aja'

Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates