Sunday, August 12, 2018

Nura Suraya

0 comments
Post terdahulu adalah pada 4 september 2015.

Ingat nak genapkan 3 tahun baru post semula.. ;p

Esok (13/8) birthday Iman yang ke-3. Bila baca semula entry pasal bersalinkan dia, seronok rasa. Sebaik rajin post masa tu. Iman pun dah ada adik yang lagi sebulan akan menginjak ke usia 1 tahun. Satu entry pasal dia pun takdak ;p

Sebelum mommy lebih lupa, baik cepat2 tulis pasal hari lahir Nura Suraya. Yup, anak mommy yang no 4, yg akhirnya girl.. namanya Nura Suraya.

Amir dulu lahir masa 37w, Umar 36w and Iman pun 36w. Mommy suspect Nura pun akan keluar 36w. Rupanya delay 2 minggu. Masa checkup 37w, mommy dah start MC. Apatah lagi memang selalu contraction, plus was suffering from hemorrhoids too. First time kena masa pregnant. Masa Nura ni 2 kali ke emergency due to bleeding and contraction.  Tapi masa belum tiba.

Sampailah hari ke 37w 6d.. mcm biasa bila malam memang extra sakit.. tapi dah jadi perkara biasa. Jam 2 pagi, bila ke tandas dah start bleeding. Tapi sebab masih boleh tahan sakit, plan untuk tunggu sehingga pagi aje. Pukul 2-3 pagi nak hantar abang2 Nura ke rumah babysitter ni kesian jugak kat babysitter. Dapat jugak lelap sekejap2 nak tunggu Subuh.

Menjelang Subuh, memang ada regular contraction but then again bearable jadi sempatlah bersiap-siap nak hantar abang2. Alhamdulillah dipermudahkan semua, sampai di emergency jam lebih kurang 7.30 pagi. Contraction masih boleh tahan. Suspend jugak kalau kena balik semula.

Lepas CTG, tak pasti memang detect contraction atau tak.. malas nak tanya nurse.. Doc di emergency (which doc yg sama masa dtg ke emergency 2-3 mggu lepas) buat VE dan mengesahkan saya in labor. Alamak! Biasa gitu, sebelum confirm in labor kemain tak sabar.. bila dah confirm cuak tak memasal ;p So, doc called and inform Prof yang baru je parking kereta (time Iman pun sama haha, timing baik punya) and Prof advise hantar ke labor room. Doc di emergency pecahkan air ketuban.

Dalam pukul 8 lebih sampai di labor room. Unlike masa Iman, sampai je di labor room, dah tak menahan nak teran. Drip pun tak sempat pasang. Kalini lebih tenang cuma kemudian nurse realized heartbeat baby tak cantik, drop. Prof suruh tambah lagi pitocin nak cepatkan dilation. Tapi kalau x silap lepas tu Prof. pun ada tolong cepatkan bukaan (dah dekat setahun tak ingat details, mungkin jugak confuse dengan yang lain2 ;p ) Susah jugak nak teran kalini. Lama macam masa Umar. Maybe gesa macam masa Iman tu tak ada. Tak rasa sangat ada yang nak keluar. Tapi heartbeat still dropping. Prof kata ada kemungkinan emergency c-zer. 

Akhirnya Prof guna vacuum untuk keluarkan baby. Keluar aje baby, Prof and nurse serentak kata.. “Patutlah...” okeh apa cite? Rupanya tali pusat si kecik ni pendek, bila ada contraction maybe menyebabkan baby stress so heartbeat pun tak cantik. 8.56am pagi Nura selamat dilahirkan :) lebih kurang 1/2 jam dalam labor room.. Walaupun cukup bulan 38w, tetap kecil.. 2.4kg. Bang Mar and Bang Man pun berat yang sama tapi diorang lahir masa 36w.

Masa mula mengandungkan Nura memang rasa lain berbanding yang lepas. Masa mengandungkan Amir ada juga morning sickness, maybe first timer. Masa Umar and Iman hampir takde sickness. Masa Nura ni bukan sahaja sickness, laziness pun boleh tahan. Dan lama jugak sampai 5 bulan kot, pening and terbaring aje keje. Bila asyik loya dan takda selera, bab makan memilih jugaklah. Nasi dah tak lalu, makan western kebanyakkan masa. Memang costly sikit mengandung girl ni, shopping pun banyak 😅 Yang bagusnya banyak makan buah dan salad.

Masa kandungan 4 bulan, Prof kata mungkin XX (girl). Happynya! Tapi Prof pesan tak 💯 pasti. Masa abang2 dulu sebelum 4 bulan dah 💯 XY (boy). Tapi kalini mommy tak nampak la apa yang girlnya masa tengok kat screen ultrasound. Masa Bang Man (no. 3) mommy yang cakap “boy kan Prof?”.. Prof kata awak pun dah pandai tengok dulu 🤣

Bila fikir pengalaman bersalinkan keempat-empat anak ni, Alhamdulillah dipermudahkan semuanya, takada traumatic experience. Yang paling lama dalam labor room masa Bang Mir (10am - 3.27pm), jalan lambat buka walaupun air ketuban dah pecah semalam dan dah induced. Jadi, bila 7cm Prof suruh teran sebab tak nak melepasi 24 jam selepas air ketuban pecah. First time tak pandai teran, Prof assist dengan vacuum. Bang Mar pulak ke-2 lama.. dari 2.30pm sehingga 6 lebih petang. Bang Mar susah nak keluar sebab tangan sangkut di muka, vacuum juga. Bang Man pegang rekod paling pantas keluar hahaha maybe around 15min je dan tak perlu vacuum. Wuhu! Yang ke-4, heartbeat drop jadi kena keluarkan baby cepat, vacuum juga. Bila Nurse datang check kat rumah.. “Oh, vacuum semua ya?” (Mungkin macam tulah bunyinya) Mommy sengeh je la. 

Orang-orang kita ni kadang-kadang sinis pasal ambil epidural, kenapa c-zer, atau apa-apa yang berkaitan dengan ‘tidak beranak secara normal tanpa apa2 medical intervention’. Circumstances setiap individu tu kan berbeza-beza.

Dan, no tear for the last three deliveries. Ada yang beranggapan sebab baby kecil etc. Mungkin itu salah satu faktor. My gynae deserves some credit, masa anak ke-2, saya kasi tau Prof tak nak gunting. Masa dalam labor room banyak kali saya ingatkan tak nak gunting. Sampai Nurse sindir, awak ni contraction tahan.. gunting tu tak sakit. Gulp. Teringat masa Amir, memang masa gunting tak rasa tapi bila luka, nak recover tu masyaAllah. Dah la Amir jaundice, masuk hospital and kerap ke klinik check.. rasa swollen and ambil masa sebulan nak recover.

Back to cerita tak nak gunting, Prof pun pesan kalau tak gunting, koyak sendiri lagi susah. Uwaaa saya tak nak Prof! 😅 So Prof bagi instruction masa pushing supaya tak laju sangat baby keluar. Alhamdulillah, no tear dan sehari dua je rasa swollen, kemudian okay. Walaupun masa Iman, terlaju jugaklah teran.. habis kepala dah keluar, bahu belum.. Prof kata selow.. selow.. adoi, sesak nafas mak kalau nak tahan tahan.. 😂 Pengalaman. 

Selain tu memang ada lah amalan masa pregnant untuk memudahkan delivery, specically tak nak episiotomy. Punyalah determine. Squat, perineal massage (dulu ada jual gel di Mothercare) dan virgin coconut oil. Ikhtiar.

Wow berjaya tulis satu entry. Maka, jadilah tu. Kita cuba lain masa.. harap bukan 3 tahun akan datang.

Nah, Nura masa 5-7 hari.. gambar lepas delivery dah transfer  ke drive lain. 






Lagi sebulan je Nura nak setahun..








Tuesday, August 25, 2015

Jaundice dan anak2 ku, berpisah tiada..

0 comments
Jaundice; common condition untuk newborn baby. Apa yang tidak common apabila SB reading tinggi 300 and above, dan ibu dalam pantang terpaksa ulang alik klinik atau sambung menetap di hospital untuk jaga baby jaundice. For weeks! Dan ketiga-tiga anak pun jaundice high risk! Heuheu

Cerita jaundice Amir 

Dan Umar
http://herlifetreasure.blogspot.com/2013/03/2nd-son-jaundice-lagi.html?m=1

Jadi bila pregnant kan Iman ni, cuba consume virgin coconut oil dan susu kambing - katanya boleh mengelakkan jaundice. Tapi nampaknya masih terpaksa berdepan dengan baby jaundice. Hari ke-6, check kuning Iman di klinik kesihatan, the SB reading was 18.7 (317.9). Kategori high risk.

He was admitted to KPJ then for 3 days. Hari pertama turun ke 12, hari ke-2 turun lagi 9.6. Tapi doc suruh stay sementara supaya reading boleh turun lagi. Last SB reading was 7 before Iman can be discharged. 

We have to come for follow up after 3 days. I had a mixed feeling sebab after 2 days Iman discharged, nampak macam kuning2 lagi at his tounge, eyes, face and body. Ayo, my last experience with Amir and Umar - both pun prolonged jaundice.
So SB reading masa follow up was high again, doc advised suruh admit. Again. Uwaaa..

Ingatkan mungkin 1 malam aje kot, tapi SB reading after one night of phototherapy still borderline, 9.6. Kenalah stay lagi. Aduhai, nasib badan. Poor baby Iman.

First admission

Mommy and Abang Umar were so happy Iman boleh balik.

Baby Iman after first phototherapy treatment.

Not long after, kena admit balik.. Abang2 rindu nak jumpa Iman but kids are not allowed to enter nursery. So here they are at the waiting lounge





From KPJ Kajang with love.

Friday, August 21, 2015

Pregnancy and Birthing Tips

1 comments
Based on my personal experience and studies ...

1. Pregnancy Supplement
i. Acid Folic for first trimester
ii. Ganilia


It was my first time trying this brand. Apparently UKMSC has started prescribing their patients to take this supplement from 2nd trimester onwards. My previous pregnancies, Prof prescribed Obimin plus. This supplement contains minerals, vitamins and essential fatty acid (DHA). Since it also contains calcium, I never had experienced leg cramps / simpul biawak. Itu adalah heaven. Ha ha sangat torturing bila syok tido tiba-tiba kaki kena kejutan elektrik dan perlu kejut husband 10 kali sebelum dia tersedar dan beri bantuan kecemasan.
Selain itu, biasanya akan mengalami gusi berdarah especially masa berus gigi. Masa pregnant Umar it was even worse, pada waktu normal pun gusi tiba-tiba berdarah. Tak pasal-pasal jadi Raja Bersiong. So, saya bagi 5 bintang kpd supplement ni.

iii. Virgin Coconut Oil
 You may want to check out the benefits of taking this oil. A long list. But what attract me the most is to avoid episiotomy and jaundice hihihi These two are scary heuheuheu

I took 3 bottles starting from month 6. 1-2 tablespoon daily.

iv. Fresh goat milk
Luckily office mate's father-in-law is one of the suppliers. So I took 2-3 times a week throughout pregnancy.

2. Easy delivery and avoiding episiotomy 

I emphasize a lot on avoiding episiotomy Ngeeee.. Pengalaman berpantang sendiri dan ada stiches masa Amir dulu, it took a month to heal. And really painful. Nak pee pee and poo poo pun can be a nightmare. Heh!
So dari masa mengandungkan Umar, study kalau ada apa-apa yang boleh membantu untuk avoid cut masa delivery. Salah satu cara, virgin coconut oil tadi. And ada beberapa methods lain jugak.

i. Kegel exercise to strengthen the muscle, easy to push.
ii. Perineum massage may increase the area's ability to stretch, leading to less need for an episiotomy and fewer natural tears. But I have time limitation to massage ;p so I cuma sapu gel from mothercare ni to that area.


Katanya start pakai 4-6 weeks leading to labor. Kebiasaannya at 36w. I normally start early knowing the possibility deliver early.

iii. Squats 

Katanya kena buat 300 kali for easy delivery, pengsan! Biasanya during shower time (the best time to do it!) I performed this exercise. Kalau buat depan budak-budak ni habis kena gelak.

Buat squat masa perut besar, badan gedempol adalah tidak sexy hihi

Jangan lupa eh buat 300 kali! He he

And, bila dah dekat labor say 36w. Boleh buat deep squats. Oh I love this! Tak perlu berpenat lelah turun naik, and this is very relaxing. 


Masa Amir: Air ketuban pecah tapi takde contraction and jalan buka cuma 2cm until the next day. Doctor got to help me to widen the opening to allow labor. Ot was almost 24h after the waterbag has broken.

Masa Amir memang takde buat exercise sebab sedikit skeptic yeke membantu I thought it was all natural process. Tapi bila dah experience jalan tak bukak2 selepas air ketuban pecah and induce, kena cut n jahit lagi, baru ada kesedaran unt berbuat sesuatu ;p

Jadi masa pregnant Umar, start buat squats and apply perineal gel.

Masa Umar: Start dengan contraction, it was mild when the cervix opening was 3-4cm. 2 hours after that i gave birth to Umar. And no cut or natural tear.

Masa Iman: Air ketuban pecah without contraction at 4.15am. Mild contraction started 45 minutes later. Intense contraction started around 7-ish, I was 5-6cm dilated. Reached labor room at 8am, 7cm dilated. Gave birth to Iman at 8.38am without cut or nature tear. Thanks Allah.


3. Avoiding stretch marks 

Okay this is not cool. Most of us hate it.

Masa Amir: I use Palmer's cocoa butter then BioOil. Cocoa butter was fine tapi I didn't like BioOil at all. Too oily, tapi perut still gatal and I didn't see it reducing the stretch marks. 

Masa Umar: I stick to Cocoa Butter. No stretch marks until 35-36w. Maybe memang bila perut meregang habis rupanya ada stretch marks kat lower abdomen. Tapi perut masih gatal2 not too bad macam masa Amir.

Masa Iman (recent pregnancy): I started applying aloe vera gel since before I was pregnant. It helps to reduce previous stretch marks and terus pakai masa pregnant to my surprise kalini no new stretch marks! Love it! It's cheaper than other lotion/oil to reduce strech marks.

I tried many brands - Nature Republic, Always21 and the most recent I bought from watson - work the same to me.



And of top of everything is doa :)


My Baby Iman at 10 days..


Thursday, August 13, 2015

Another Hidayat Syah - Adik Amir & Umar

0 comments
It such a waste I didn't write much about my pregnancy this time. In future tak dapat nak baca. So, kalini bertekad untuk tidak procrastinate dan terus tulis. Jyeah! Lebih kurang 6 jam selepas another Hidayat Syah dilahirkan..


Macam biasa, every pregnancy, bila cecah 31w aja akan bermula la contraction. Bezanya kalini sekali aje mommy pergy emergency in case memang in labor. Disebabkan sekali itu bukanlah in labor, lain kali bila contraction attack I just duduk diam-diam kat rumah. Tapi bila 35w dah takde contractions yg kuat - which berharap jugak ada so that dilation boleh bermula. Cuma selepas 35w, rasa extra fatigue.. Sakit dekat lower abdomen, difficult to sleep - sepatutnya common and is expected masa 3rd trimester but I found out it was so difficult to deal with. Until yesterday (12/8), memandangkan harini (13/8) ada checkup dengan Prof, so nak mintak cuti seminggu. Tak boleh tahan.

13/8 Thursday, 28 Syawal.

My pregnancy turned 36w. Umar was born at 36 while amir lahir masa 37w. From the beginning i suspected memang akan deliver awal. Tapi memandangkan takde pun contraction lately, i was looking forward 37w onwards. Rasa nak nangis memikirkan lagi 2 mggu nak jalan macam penguin. 

Ceritanya, terjaga pukul 4 sebab perut mengeras - selalunya sebab bladder penuh. Sangat mengantuk sebab tadi tidur pun lewat, susah nak lelap mata sebab memikirkan bila nak bersalin hehe tapi tiba-tiba rasa ada air keluar which I thought i peed. So quickly masuk toilet. I thought semacam je banyaknya. Mula rasa cemas dan bulu roma naik. Keluar dari bilik air rasa ada nak keluar lagi. About 5 minutes after that baru lah rasa sure that was air ketuban. So kejutkan Ami yang baru 2 jam tidur. Since air keluar sikit-sikit I did not panick much. Jadi sempat kemas barang and amir n umar pun sibuk bangun jugak. But it was good i can see and talk to them sebelum ke hospital :)


Lepas tinggalkan Amir and Umar kat rumah ibu dia. We went straight to Emergency, by 7 sampai. By the time dah habis buat CTG, contraction makin kuat. Lama jugak nak tunggu doc sampai check dilation. At that time, dah dilate 5-6cm so akan dibawa naik ke labor room. Sangat cemas. He he he tak sangka pula ini harinya.

Memandangkan patient katil sebelah di Emergency tu dah dilated 9cm and kena tolak naik katil terus, saya yang baru 5-6 duduk kat wheelchair ni ditinggalkan sementara waktu ;p lama jugak tunggu, sempat la merasa contraction yang sangat kuat, setiap 5 minit masa duduk kat wheelchair. Waaa nak nangis (sebab takut)


Mungkin around 8 baru sampai labor room. Masa ni contraction dah buat rasa nak meneran. But in my mind, baru 6 mana boleh teran. Kurang sikit cemas. 

Kemudian nurse check jalan, 7cm. Tidak syak lagi kenapa contraction sakit rasa nak teran. Lepas lebih kurang 5 min masuk labor room, Prof datang. Dia kata 'teran teran' maybe berlawak. Lawak cemas namanya. Nurse pun masih lagi pasang drip. Tapi rupanya memang iye dah boleh teran especially mmg rasa nak teran. Alhamdulillah, proses meneran kalini jauh lebih baik dari 2 yang lepas dan jauh lebih singkat. 8.37am adik Amir Umar selamat dilahirkan. Contraction kalini memang lebih sakit and only this time ada rasa nak meneran, so I guess that helps a lot untuk senang teran.

Lebih bersyukur sebab semua dipermudahkan, dari air ketuban pecahnya, sehinggalah ke labor room. Everything s in control. And now (3.23pm) dah boleh rileks2 :)


Again no cut or tear this time,harapnya dipermudahkan lagi untuk berpantang. 


So here u go, our hero (again! X2)




Friday, March 27, 2015

REVIEW: 9th Maternity & Children Expo, 27-29 March 2015 at Mid Valley Exhibition Centre

1 comments
Awal pagi tadi dah terpacak di Midvalley nak shopping barang-barang baby and abang baby.


Pagi bagi saya, pagi lagi mereka ini sampai dan menunggu depan entrance ....


Sampai kat sana dalam pukul 9.45 (since kata start pukul 10) tapi entah pukul berapa la diorang ni sampai. Syabas!


Exhibition details


Nak lagi details boleh pergi ke website atau facebook event ni atau facebook page maternity and children expo.


List of exhibitor

Maybe kedai-kedai online ada yang tidak ada dalam list ni. So sebenarnya lebih banyak la exhibitor yang participate event ni.


Kebanyakkan maybe almost all products memang murah dan ada diskaun berbanding harga biasa. So worth to go! Especially kalau nak beli diapers, kebanyakkan brand ada and having  promotion. Take note, sila expect Q  yang panjang kalau nak beli Petpet, Drypers, Mamypoko. Tadi saya beli Diapex, tak perlu Q.

Kalini tak banyak pun shopping barang. Sedikit barang newborn seperti baju. Brand yang ada tadi Pureen and Tollyjoy, sepasang baju RM12-RM13. Time ni lah menyesal tak beli baju masa Pureen warehouse sale, RM6 je sepasang. Grrrrrrrrr!


Selain tu, beli barut. Tak ingat nama kedai tapi salah satu tu sebaris dengan booth Spectra. Kedai ni dia jual RM5 sehelai kalau beli 5 helai. Dan perlulah beli dalam kiraan 5, 10, 15 .... kalau 7 helai, yang lagi 2 kira harga normal. Ceit.

Dan lagi satu kedai jual RM7 sehelai, beli 5 free 2. Still sehelai RM5. Ini dari kedai Mydreams Concept.



Ada jenis tali atau strap. I prefer tali sebab kebiasaannya baby saya keluar awal, saiz kecil so kalau tali mudah nak adjust size.


Alright, itu sahaja report untuk kali ini. Pesanan penaja adalah, silalah bawak trolley, luggage atau ada jugak yang ambil trolley dari Aeon hehehe.. Tapi fikir2 kan lah nak bawak trolley Aeon tu sebab kat dalam nanti laluan tak berapa nak beso, dapat pulak lalu kat tepi booth diapers yang mana orang beratur panjang mungkin akan menyebabkan kesesakan lalu lintas.





HAVE FUN SHOPPING!!!!




Wednesday, March 25, 2015

9th Maternity & Children Expo | No.1 Baby Expo in Malaysia Is BACK!!

0 comments
Baru tau pasal ni semalam. Masa pregnant kan Umar langsung tak sibuk nak pergi expo, kebanyakkan barang dah ada. But this time, mommy is sooo excited to go!

Baju baby dah banyak tak boleh re-use and macam-macam alasan lagi.


Takde aral, kita jumpa di sana pagi2 esok okay!



Tuesday, March 24, 2015

Antenatal Checkup at 15w

0 comments
Yesterday we went for a regular antenatal checkup. This time, macam excited sikit.. To confirm what we have seen during the last checkup. Amir and Umar pun ikut, basically I want them to meet their Atok gynae.

From Kuala Pilah we shoot to HUKM. Yang paling best, it was my birthday yesterday  and special treatment for me was became their driver.

Ketiga-tiga mereka tidur. Ceit.

So, alhamdulillah baby looks normal and healthy. He's measured at 15w4d. (It's a he???) Oh, yes. Insha allah

Ha ha ha ha ha ha ha


And this is the supplement Prof suggested for me to take.


This supplement is all in one; DHA, multivitamins and mineral. For details click here. According to Prof, this supplement has just been introduced couple of years ago. Before this Prof selalunya prescribe Obimin plus or di hospital lain mungkin prescribe Neurogain.


A little bit history on my current pregnancy;

My LMP was on 4th Dec.

  • At my 7 weeks, I went for an ultrasound and the baby is measured at 5w. 2 weeks off. Juga ada brown spots masa early pregnancy made me so nervous. Click here for more.
  • Repeat ultrasound after 3 weeks to see if the baby is or not growing. Alhamdulillah, everything was normal. Baby is then measured at 8w, walaupun tak tally dengan pregnancy age tapi tally dengan first measurement.
  • 2 mggu lepas tu start checkup di UKMSC, sepatutnya mggu ke-12 pregnancy, baby is measured at 10w, tally dengan measurement sebelumnya. Alhamdulillah sekali lagi.
  • 4 minggu lepas pada tu (which is checkup on 23rd March), baby is measured 15w3d. Pregnancy week is 15w4d. Only 1 day different --> mommy adalah happy! So keep growing.. Amir dah sibuk tanya whether the baby is big enough to be delivered. Heuheuheu






Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates