Sunday, September 26, 2010

Amir Hidayat Syah

8 comments
Dua minggu lepas, hari ahad.. pada waktu yang sama entry ini ditulis, 4:07pm.. saya masih lagi di dalam labor room.. melihat Amir menangis sekuat hati ketika nurse membersihkan tubuhnya.

Alasan saya tak dapat update blog at the soonest? Macam-macam cerita lepas Amir lahir. Plus Amir ada prolonged jaundice, dah hari ke-14 kuning masih ada dan agak tinggi. Dah 2 kali warded since his 3rd day. Almost everyday kene check darah. To be honest, dalam masa 14 hari ni.. kami masih belum dapat setel down and enjoy kehadiran Amir. Asyik susah hati bila tengok muka Amir masih ada kuning-kuning. More on this topic in the next entry.

Aidilfitri 1431H
Ini raya pertama sebagai suami isteri dengan Ami. Excited! Kalau tahun-tahun lepas, sibuk la ber'video call', MMS.. nak update pasal raya di kampung masing2.. Finally, dapat jugak kami sambut raya bersama. Excited..excited jugak. Nervous pun ada, tepat pada hari raya pertama, my pregnancy is considered full-tem - 37 weeks. Walaupun due date another 3 weeks, 1/10.. kene la ready since dah 2 kali threatened by preterm labor.

Hari raya pertama, memang berjalan sakan. Sehari suntuk tanpa henti. Akibatnya, malam tu.. segala-galanya lenguh, cramp, sakit - u name it. Kalau selalunya susah nak tido, malam itu SUSAH GILE nak tido. Baring tak sedap.. berjalan ape tah lagi. How I wish dah bersalin masa tu..

Hari raya kedua, family masih sibuk nak beraya. We all surrender! Saya sendiri memang dah takde mood and tak larat nak ke mana-mana. Kat rumah pun baring je.. Anak buah pun dah sibuk tanya 'Cik Nor kata bersalin lepas raya, inikan dah lepas raya.. kenapa tak bersalin lagi' Cet, raya kan 30 hari... ini baru raya ke-2.



Waterbag broke
Sementelah kami dok kat rumah je hari raya ke-2 ni, maka aktiviti adalah menonton TV dan makan. I remember masa tu tengah tengok movie Mr Bean's Holiday kat TV3, I tried to sleep.. tp memang dah tak selesa baring.. Sekali sekala cuba tutup mata, tak boleh jugak lelap..curi-curi tengok movie, tunggu part yang kelakar.. But I did not enjoy both!
Masa scene Mr Bean menyanyi sambil mendukung watak budak lelaki tu, I thought of nak ketawa gile-gile (saya rasa scene itu sangat kelakar) Tapi masa scene tu, perut mengeras and rasa cramp plus baby tengah buat acrobatic. Sakit. Maka hanya suami yang ketawa berdekah-dekah. Dan tiba-tiba 'POP'!

'I rasa ada air keluar'

Suami melompat bangun dan angkat kain. He said 'Air banyak keluar, ok jom pergi hospital'

Serius eh? Betul ke? Ni baru 37 minggu. Tak rase sakit lagi? Kalau tiba-tiba rasa sakit nanti takutnye. Berdebar.

Ami dah sibuk pack barang while me dalam toilet bersihkan badan. Air makin banyak keluar. Masa tu fikir, kalau air ketuban dah pecah mesti kene bersalin jugak kan? Tapi masih belum rasa sakit.

We thought of going HUKM right away. So I called my brother, tanya traffic condition. My family advised pergi hospital Kuala Pilah dulu check mana la tau memang dah dekat, traffic hari raya ke-2.. hmmm dah sah-sah kat jalan banyak kereta.

Bermalam di Hospital Kuala Pilah
Sampai di emergency, macam biasa (sebab dah 2 kali pergi emergency sbb macam nak bersalin), doc buat CTG and check vagina; doc buat test nak confirmkan amniotic fluid membrane ruptured. Tapi diorang tak buat VE (checking cervix opening). I asked the doc nape tak buat, he said takut infection sbb air ketuban dah pecah. Hmm.. habis macamane nak tau berapa cm dah buka and make assumption bila I can deliver. To my knowledge, kalau air ketuban dah pecah, kena deliver within 24 hours. Ok, malas nak tunjuk pandai dan ikut je lah.

Lama jugak di emergency wad bersalin, staff nye sorang-dua.. raya la katakan. Yang kelakarnya, bila mama n ayah tau saya dah nak bersalin.. tapi diorang tengah beraya kat Seremban, diorang call Kakteh, Makteh suruh datang tengok. Risaunya diorang.. Padahal dah cakap tak sakit lagi pun. Bang ngah yang nak balik KL pun.. balik semula ke Kuala Pilah hihi siap call arwah Banglang, Cik Anne.. diorang semua pun heading balik to Pilah from KL. I asked Bang ngah 'Ko cakap dengan diorang aku nak bersalin ke.. dah bersalin?' Bikin cemas daa.. hehe







Hampir 2 jam di emergency, barulah dapat masuk wad. Berdebar-debar. Sakit tak ada lagi. According to doc kat emergency, kena tunggu sampai ada strong contraction baru buat VE. Ish, cemas. Kalau lambat lagi rasa sakit, selamat ke baby without protection dalam perut ni? Air memang banyak dah keluar, perut saya pun dah makin ke bawah..bahagian atas memang dah kosong.. perut macam dah mengecil maybe sebab air dah takde. For more details, saya kene tunggu doc yang akan round at 9pm.

Masa doc datang round, saya tanya my condition. Doc kata, kene tunggu sampai sakit..kalau tak sakit jugak sampai 5 ptg esok (Isnin).. baru diorang bagi antibiotic, kalau tak sakit jugak, pagi Selasa baru buat VE and they'll decide what to do from thereon. I nodded my head.

Tapi ada sedikit rasa doubt. Kalau memang tak rasa sakit or nak bersalin sampai almost 24 hours bukan ke bahaya? Diorang hanya check heartbeat baby sekali sekala, bukan monitor all the time. Malam tu saya tak tido, tak boleh nak tido and keep monitoring baby's movement. Sangat risau. Tak sakit lagi.

Lepas dah tau feedback dari doc, I texted my sister in law. She has the same thought as mine! The least they can do is to monitor baby's heartbeat. She told me to call my gynae kat HUKM. I told Ami, and Ami call Prof Hashim right away.

Prof Hashim feedback; i should deliver within 24 hours otherwise baby berkemungkinan besar akan dok NICU, and they should already start with antibiotic now the baby has no protection.

I was damn worried, man! Tell me how can I sleep that night. Half of me mengharapkan cepat la sakit and boleh deliver, another half mengharapkan boleh bertahan sampai pagi esok because we decided to go to HUKM.

Malam tu, darah dah start keluar. I told the nurses, they said.. 'Biasa la tu' Sampai satu tahap i asked them ada tak doc yang boleh discharge me malam ni jugak I'm going to HUKM! Stress siot dengan cara nurse kat situ.

Alhamdulillah, sampai pagi belum rasa sakit, baby masih bergerak, dapat je discharge we were speeding to HUKM. Saman ekor..pun saman ekor la... janji my baby selamat.

Emergency HUKM pulak..
10.30am, Ahad, 12 Sept; sampai di emergency, Prof Hashim dah tunggu. Thank god! Senangnya hati masa tu.. Tak payah tunggu turn, Prof terus suruh masuk and check dilation. 2cm opened. Prof kata akan induce and I kena deliver before 4pm since I dah pecah air ketuban 5pm yesterday.

Hmm this is it? Rasa macam caya tak caya.. contraction pun takde lagi. Haish pelik. Haritu bukan main dah rasa sakit every 5 mins, tapi takde dilation.

Selesai urusan di emergency, saya di tolak ke labor room...

Show time!
Berdebar. Benda pertama yang saya nampak bila sampai kat labor room ialah; scissor for episiotomy. Huhu ingatkan kecik je.. ;p

Nurse dah siap nak pasang water drip etc. Nasib baik Ami ada :) Kalau di Kuala Pilah, suami boleh masuk masa nak dah dekat nak teran baby. You seriously need your husband masa genting macam tu.

Mata tak habis-habis tengok jam.. pukul 12.. pukul 1.. terngiang-ngiang Prof kata kena bersalin sebelum pukul 4.

Pukul 2 ada doc datang untuk buat VE, baru 2.5cm. Haaa...??? Biar betul. Lagi 2 jam je ni, boleh ke open sampai 10cm. Contraction dah makin kuat. I heard diorang call Prof to update and Prof was otw to HUKM.

Pukul 3pm Prof sampai. Dia cakap 'Betul ke baru 2.5cm..awak kene bersalin sebelum pukul 4'
Cemas. Saya dah terfikir caesar. Takpelah, janji tak risk my baby. Prof start buat something yg I initially thougt VE. Sambil tangan kat 'dalam' tu he said kalau 7cm pun dah boleh push ni, mungkin ape yang dia buat ialah putaran hikmat melebarkan 'jalan'! Tarik nafas.. hembus. Fuh!

After a while proses itu, prof kata 'Teran'. There it goes my first try..
'Push lagi' owh ingatkan try-try je... rupanya dah kene teran! Prof pesan teran bila contraction kuat. Well, memang bukan senang nak teran peeps! Rasa macam dah habis nafas meneran and should already seen ur baby tapi all you can hear is 'Push lagi puan..lagi kuat lagi..kuat lagi'

In my case, banyak kali jugak teran. Ada sekali tu, tak rasa contraction kuat so we were waiting until I notice.. rupanya tiub drip tu dah tertanggal dari tangan. Dah kene tunggu nurse cucuk kat tangan lagi sekali. Huhu.

2nd round of meneran.. 3.27PM, Amir selamat dilahirkan. Prof terus letak atas badan. I can't describe. Perlahan-lahan usap badan baby yang masih berdarah. Ami kata 'Thank You' and i still don't know what to say. Syukur.

Tapi belum dengar Amir menangis. Nurse ambil sambil tepuk-tepuk. Amir tak menangis jugak lagi. I started to cry. Hard. Was it my fault ke sebab took so long nak teran and keluarkan Amir? Takut. Prof kata 'Hidayah anak u ok, takde ape' But still Amir tak nangis. Nurse still trying, pukul2 kaki n tangan

Finally, Amir menangis jugak. Sangat kuat dan sangat lama. Hehe.. Alhamdulillah.


Senyum selagi anda mampu tersenyum..





Selepas setengah jam..



Amir Hidayat Syah B Zamil Syah

Wednesday, September 15, 2010

Antara mimpi dan jaga..

8 comments
Rasa tak percaya. Si kecil sudah pun berada di hadapan mata. Macam mimpi...

Nyatanya saya kini seorang ibu..




Rasa tak percaya. Abang saya sudah lagi tiada. Macam mimpi...

Nyatanya dia tiada jua di dalam jaga.

Al-Fatihah buat Zuraidee Bahar yang pulang ke rahmatullah sehari selepas saya melahirkan ahli baru dalam keluarga.


Dia paling selalu saya jumpa.. lunch, dinner, buka puasa. Common SMS 'Ko kat mane? Jom lepak'
Dia selalu ajak makan, setiap kali pun suggest tempat baru. Dia akan cakap 'Nanti ko tulis dalam blog'
Dia selalu akan propose for family gathering. Dia akan tugaskan saya 'Ko bagitau semua orang, update kat facebook and call'
Dia masih muda, memang ajal tak mengenal usia.
Dia sihat ketika melawat saya di hospital malam sebelumnya, memang ajal takkan kita tahu bila datang menjemput.

Dari ungkapan doa 'moga dipanjangkan umur' saya titipkan doa agar arwah Bang Lang dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman.

Buat anak-anak arwah; Yusuf, Zul dan Kasih.. Cik Nor akan selalu jumpa, bawak jalan-jalan, celebrate birthday, bawak balik kampung Tok Janggut sama macam papa masih ada.

Buat isteri arwah; Kak Ben.. u are the strongest women I ever met. You really are! You're such a loyal and great wife that a husband can't ask for more. But if you need a shoulder to cry on, I will always be there. Fact is, all of us.. are still your family and always be.

Sunday, September 12, 2010

Ceritera pendek Hari Raya 2010

11 comments
Raya Pertama

Berjalan raya sakan sambil makan tak hengat...


Raya Kedua

Kepenatan. Baru teringat diri sendiri mengandung dan sepatutnya mengurangkan aktiviti tidak kira apa ocassion pun yang sedang berlaku. Maka berehat di rumah sambil makan masih lagi tak hengat...



Raya Ketiga





Betul-betul dia bagi mak nye beraya sehari dua je..

At 37 weeks, my water broke. Ceritera penuh drama, akan datang...

Tuesday, September 7, 2010

37 week : Full-term and Hari Raya

9 comments
I should not feel anything else other than grateful - I've got what is officially considered a full-term baby. Alhamdulillah.

Walaupun ada 3 minggu lagi before due-date, tapi tidak bermakna saya berasa sangat selesa kerana ada kemungkinan my little superstar wants to make appearance sociably early! Meskipun Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah terletak sekangkang kera sahaja dari rumah parents tapi kalau boleh saya nak deliver di UKMSC with my gynae. Prof Hashim will be around during Raya, whether or not I can make it to UKMSC from Kuala Pilah - mari menjungkit bahu.

Last checkup, baby head is engaged. But no dilation yet. Huhu sakit dah banyak kali, sikit pun tak dilate lagi - worried. Though Prof Hashim cakap sempat lagi raya, I know he's far from sure bets when it comes to pinpointing the actual start of labor.

Since 8 months, memang ada difficulty nak tidur. Bukan sebab sakit pinggang tapi frequent urination plus perut mengeras plus pelvic cramp plus menstrual-like pain. But I’ve heard that pregnancy insomnia is Mother Nature’s way to prepare you for the sleepless nights ahead. Terima sajalah.. Ah, u can't imagine macamane terkangkang dan terbongkok nya saya berjalan ke toilet nak menyelesaikan 'urusan kecil' itu. 'Urusan besar' pun not very easy though these days. Selalu rasa nak membuang tapi alahai tidak lagi selancar dulu.

I really hope to see u soon, sonny - as soon as second from now. Tapi hari raya ni awak duduk kat dalam kejap eh.. bila dah habis raya, cepat2 'open' the highway ;)



Selamat Hari Raya, everyone!

Wednesday, September 1, 2010

Shopping raya version mak buyong tak sedar diri

3 comments
Now everyone is talking about shopping raya..

Menyedari keadaan fizikal saya raya kali ini, tak banyak benda boleh beli.. List saya untuk tahun ni pendek sahaja:

- Baju raya
- Foundation
- Kasut yang cantik sikit dari sandal flat untuk wanita mengandung

Setelah mensurvey-survey barangan dalam list...

- Baju raya
Terpaksa dilupakan bila jubah pun terjongket di bahagian depan apabila dipakai. Kat belakang pulak panjang menjela ko ingat baju kawen, kain nak panjang kat belakang. Jubah pun boleh tahan mahal, lepas ni mak tak tau nak pakai bila lagi.. kaya sangatkah nak beli baju untuk dipakai sekali semata?

- Foundation
Alasan nak beli masa raya; foundation dah habis. Satu lagi barang terpaksa dilupakan, haritu dah masuk hospital bagai.. sian nak paw Ami lagi hehe. Lagipun memang tak penting! (Ayat sedapkan hati isk isk)

- Kasut yang cantik sikit dari sandal flat untuk wanita mengandung
Yeay! Ini saja yang dapat.. itupun sebab hanya kaki aje yang tak bengkak dan masih kekal saiz sebenar, bahagian yang lain bengkak belaka.

Tapi.....




Kasut ini sebenarnya tak sesuai pun pakai masa mengandung... Hihi
Hello kasi can la saya nak rasa aura raya dengan membeli sesuatu yang kononnya untuk raya!


Si suami menjeling sinis. Saya pakai masa amek gamba je ok.. *wink*wink

Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates