Wednesday, September 25, 2013

REVIEW : Mattel Warehouse Clearance

0 comments
Further details as follow ..


 photo 2013-09-24082349_zps09421f57.jpg

So it's happening now until 28th Sep (Saturday). Brand yang ada seperti Hotwheels, Barbie, Monster High, Thomas Train, Fisher price among others. Basically brand-brand yang best la. Ni first time pergi, before this saw the ad tapi malas nak pergi.

The crowd is CRAZY.


 photo 2013-09-26092507_zpsbacb358a.jpg

Dah macam amzing race masa diorang bukak pintu. Aduhai, memang tak minat clearance sale yang macam ni. Luckily I managed to be among the earliest. Dengan ada yang menjerit2 orang potong Q, thing is memang tak boleh nak control lagipun takde proper lane untuk Q, at 9am Q dah sampai ke pintu staircase, then orang nak Q kat mana kan?

Ok, baik cerita pasal merchandise. Memang berbaloi. Murah. At least 50% off. Tapi tidak ada keselesaan nak tengok2, nampak je brand yang berkenaan terus lah aje grab. Memang macam pisang goreng panas manakala crowd nya pula seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Feeling Karam Singh Walia.

Nak snap2 gambar pun tak akan sempat punya, ambil aje la dulu then pilih later. Nak ambil gambo camana, nak angkat kotak berisi mainan yang kita dah pilih tu pun boleh menyebabkan kalori terbakar.

So, apa yang berjaya di grab..

Hotwheels

 photo 2013-09-26102927_zps858e45d3.jpg
RM35

Semalam, Baba Amir kata track takyah beli la since dah ada 1.. so beli kereta kecil2 aje. Which kereta sahaja tak ada jual, jadi bila nampak Bubble-matic ni terus la mommy capai.


 photo 2013-09-26102943_zps1fe307ba.jpg
RM30

Custom motors, ada 4 vehicles.


 photo 2013-09-26093708_zpsefea8a81.jpg
RM45

Wall track.

Ni antara pilihan yang ada for Hotwheels. Maybe ada 2-3 option lagi, tapi nak capai yang ni je bukan main payah especially yang sama-sama mencapai adalah lelaki dewasa.


Movie Masters Asst

Yang ni, I ambil cuma Superman. Ada banyak lagi macam Batman tapi takpelah kan, bukan Amir suka sangat.




 photo 2013-09-26103055_zps04548cfc.jpg
RM20


Monster High

Hanya ada dua options ini sahaja.. Terletak betul-betul depan entrance memang semua lepas ambil kotak kosong then terus capai MH ni. These for my niece, Zara.


 photo 2013-09-26094056_zps3d2a9912.jpg
RM60


 photo 2013-09-26094120_zps922f3812.jpg
RM70




Angry Bird

 photo 2013-09-26102716_zps54bf0352.jpg
RM20

Amir minat betul toy yang ni. Baba belikan Amir one big set yang macamni for 200 ringgit, tadi mommy jumpa the same one cost only RM80. Baba nanges... Tehehe


Fisher Price

Ini yang mommy aim sangat. Nak beli toys for Umar, selalu untuk Amir je. And susah nak jumpa sale FP ni. Bila baca review sale Mattel ni kat blog2, ramai cakap FP akan cepat habis. Jadi adalah besar harapan mommy agar dapat grab sebiji dua, lagipun kalau nak beli harga normal adalah sangat berat hati.

FP punya section pulak kat belah hujung sekali, lepas ambil Hotwheels and toys lain nak masuk je area tu, dah crowded. Terpaksa tinggalkan kotak dah berisi mainan dengan brader yang tengah tunggu bini dia pusing2 hehehehe

First round masuk section tu, luckily jumpa satu box learning table. Jadi terpaksa update sis in law I, because dia pun nak the same thing, yang takde dah learning table nya. Then, I pergi sort out barang. Lepas sort out, I pun lagi satu round di section FP.

I saw one box of learning table, sambil jalan sambil whatsapp SIL, with a blink of an eye, kotak itu disambar orang. Hahahaha. Tapi I teruskan jugak nak round sampai habis until, I saw another box maybe orang tinggalkan and cepat-cepat ambil. Aduhai, sale yang mana aku rasa mcm bongoks sekali.

So .............


 photo 2013-09-26095839_zps54b81b68.jpg

2 learning tables for Zareef and Umar. Diorang dah macam kembo, barang semua nak sama ;)

Selain learning tables ni, adalah toy lain, banyak jugak option cuma tak menang tangan nak grab semua.


 photo 2013-09-26103133_zps367c5502.jpg
RM35. Pull-along froggie


 photo 2013-09-26103157_zpscdb8e2a9.jpg
RM35. Caterpillar pop-up.



 photo 2013-09-26102855_zps52575d2a.jpg
RM15



Other than these, ada barbie dolls. I ambil la 2 jenis, for birthday present.


 photo 2013-09-26102700_zps57be7f87.jpg


 photo 2013-09-26102823_zps2cde8b70.jpg


Memang ada macam-macam lagi, harga murah sudah tentu. Tapi takda kesempatan nak pusing2 dan pilih2. Mungkin kalau lewat sikit orang pun dah kurang, so goes the merchandise la kan.

Dan part paling menyampah kalau pergi warehouse sale, selain kena Q masa masuk, dah tentu kena Q masa bayar.


 photo 2013-09-26101933_zpsdf2da1a3.jpg

Enjoy!

Monday, September 16, 2013

Amir's 3rd Birthday Party!

2 comments
This was Amir's very first birthday party. Birthday Amir sebelum ni disambut secara kecil-kecilan dengan family dan selalunya masa birthday kami pergi bercuti, salah satu cara sambut birthday :p

Anyway, bila umur Amir dah menjangkau 3 tahun, dah banyak attend birthday party, maka beliau dah faham and he himself akan enjoy the party. I guess it's a right time nak adakan majlis hari jadi for him.

Untuk buat di rumah, ada a few constraints so we decided to choose KFC as the venue, kebetulan birthday party di KFC theme nya superhero, sesuai sangatlah dengan jiwa Amir.

Jemputan terdiri daripada family dan sekumpulan kecil kawan-kawan rapat. Ampun maaf tak dapat nak extend invitation, buat di restaurant ni ada sedikit limitation in term of number of guests. Walaupun tetamunya family, tapi family mommy kan besar, dah happening habis dah! And they all sporting sangat dress up kids dengan baju superhero. Syok betul!



Malam sebelum majlis, kami anak beranak sibuk siapkan props, birthday/guest book. Amir pun 'tolong' contribute idea.






Photo booth

We made these on our own


Goodies bag by KFC, included in the package. View all the available packages at their website.


Mommy and birthday boy. I love u to bits always and forever.



Of course I do love you too my supercute baby!



Mama Tok.


The birthday cake.



Actually we all celebrate sekali birthday Thaqif, my younger brother's son. 

Gambar cake je ada, tuannya entah kat mana hehehe


Ironman!


Apesal dua-dua jadi superhero girl?


The guests.






Among others.. Especially family members, tak sempat nak ambil gambar. Hope to see their photos dari photographer.



Unfortunately, Amir masih lago seram-seram sejuk dengan Chicky. Tapi better la dari last year, dia meraung terus. Chicky is supposed to make the kids happy tapi ada jugak anak buah I yang lain melalak tengok Chicky hahaha


Terima kasih banyak-banyak kepada yg hadir, bawa hadiah lagi tu, Moga dimurahkan rezeki dan diberkati Allah. Amin. Macam-macam toys Amir dapat, tapi hadiah mommy unt Amir ialah school bag! 2 in 1, kan tak lama lagi Amir nak masuk school kan.. Kan.. Kan..?

Boleh pulak tadi Amir cakap 'Amir tak berani pergi school lagi' Pfffft tahun bila pulak nak berani kan hihihi 


Mommy lagi la tak berani nak tinggalkan Amir kat school huhuhuhu tapi nak buat mcm mana Mir, mommy doakan Amir dilindungi-Nya samada Amir di bawah atau di luar jagaan mommy. I'm always worried about you, mana ada ibu yg tidak risau kalau anak takde depan mata but i'm sure Amir tau jaga diri dan percaya Allah maha mendengar doa mommy.

Macam satu hari dulu mommy pesan dengan Amir, kalau kat luar jangan lari atau jalan jauh dari mommy, if possible pegang tangan selalu nanti 'uncle' ambil. Tapi Amir jawab 'Takkkk.. Nanti Amir jadi Hulk, Amir punch uncle!!' Never failed to make me smile.


My Intan. You outgrew my lap but never my heart.




Thursday, September 12, 2013

Happy 3rd Birthday, Amir!!

2 comments
Amir, you turned 3 today!! Hard to believe that I've been blessed, inspired, showered with love for these three glorious years with you.


Do you remember this?

 photo 61004_1382075317368_6162928_n.jpg



This year is definitely the year you became a boy!

 photo image_zps9fc7617c.jpeg



... and you've been such a wonderful brother.

Abang adik #myintanpayong  #hidayatsyah @zamilsyah photo 931262_4948764562370_439418707_n.jpg


Ugh, heavynya.. #myintan #mypayong #hidayatsyah @zamilsyah photo 934952_4972543716834_818082053_n.jpg


You're the best friend Baba ever had (after me!) He.He.He

My man and his two boys @zamilsyah photo 431808_4948773242587_1329689477_n.jpg


You are my superhero!

 photo image2_zpsc35428ed.jpeg

 photo image1_zps56ea1a2c.jpeg

 photo image2_zps7f1738e2.jpeg

I hope what I have written in this blog will be special to you when you get older. Probably at that time, I will no longer be here. And always remember sonny, I love you baby! .. to the infinity and beyond.



Much love,
Mommy

Monday, September 9, 2013

A Love Letter to My Little Umar

4 comments

Dulu masa Amir bukan main lagi tulis love letter lepaih 60 haghi. Lepas tu masa 10 bulan pun ada lagi... Time Umar, dekat 7 bulan baru nak tulis satu.. ;p Ini bukan bermakna mommy kurang sayang pada Umar, ini menunjukkan mommy sgt busy dengan hal korang berdua bila dekat rumah, masa kat office pulak sibuk siapkan kerja supaya bila cukup masa bekerja terus bekejar ambil hangpa berdua tau!


So, ini Umar Hidayat Syah hampir 7 bulan yg lepas..,


Dan ini umar pada usia 6 bulan setengah..


Masa mengandungkan Umar dulu, memang tak banyak masalah, cuma masa trimester, same case mcm amir dulu; early contraction, then mommy jatuh tangga masa dukung Amir and finaly a genuine contraction lead to labor at week 36. Sepanjang masa contraction nak melahirkan Umar, alhamdulilah bearable cuma masa nak teran serik sikit, mungkin foundation unt meneran tu mommy xde hehehe Walhal Umar masa tu 2.4kg je, tp mommy punya flat lepas teran Umar keluar mcm bersalinkan kembar (mcm lah ada experience bersalinkan kembar kan).

Umar is a very calm baby. Setakat nangis suara sayup2 tu, ape ada hal. Mommy and baba dah habis practice masa Amir, suara nyaring, kuat dan sewaktu dengannya. 
Kadang-kadang, mommy and baba saja biarkan Umar nangis lama sikit, enjoy the moment. ;p


Yang jelas lagi nyata, satu perbezaan ketara antara Amir dan Umar ialah ....

Suka senyum! Bermula 3 bulan Umar dah boleh senyum especially masa diagah.

Kalau masa Amir, dekat 2 tahun nak tunggu dia senyum, Umar, kawan mommy (Aunty Wati) panggil Si Sengeh, Amir, Si Sombong. Memang iye.. Tehehe







Sweet boy. Bak kata Ami, Umar ni ada calming effect, kalau tengok dia rasa tenang aja. Kalau waktu pagi dia tak banyak hal, dibawak mandi, dia mandi, diletak dlm walker masa mommy nak bersiap, dia duduk dlm walker sambil tengok TV, walaupun kadang2 dia ada bising2 panggil mommy, as long as bukan sebab nak susu masih boleh lagi dibiarkan lagi. Satu pagi, lepas mandikan dia, hantar Amir ke rumah ibu, mommy pun kemas apa2 yg patut, kemudian mandi dan bersiap, beberapa kali Umar panggil mommy tapi mommy menyahut aje, tak datang2.. Hehe sekali mommy keluar nak tengok Umar, rupanya ....


Dah terlelap! Kesian. Padanlah senyap tak panggil2 mommy ;p

Kalau dalam kereta otw ke nursery, once dia duduk di carseat and bukak CD dia..


ternganga tgk CD! Org panggil pun xlayan. 

Cuma bila Umar dah makin besar, Umar dah menunjukkan sifat-sifat clingy towards mommy. Statistik ini sedikit berbeza dari Amir, sebab Amir umur 4 bulan clinginess dia dah sangat obvious. I thought Umar s different, rupanya tidak, nak masuk 6 bulan dia dah kenal orang, especially mommy.


To be honest, masa Amir dulu mungkin dia clingy since 4 months old, it was a bit pressure for me. Nak buat kerja rumah pun susah, pantang nampak banyang dia mengiak, dengar bunyi air pun dia tau! But then I realized, bagus lah kalau anak2 sangat rapat supaya nanti diorang dah besar i'll become their bestfriend, talk and share things. Walaupun kadang2 rasa tak selesa tidur sebab now both boys suka tidur berbantalkan lengan mommy, nak beralih tidur pun susah, tapi semoga ketidak selesaan ini nnt, bila mommy dah tua, mommy pulak nak clingy, Amir and Umar layan la pulak karenah mommy ye. I like it when they are close to me, it's easier to control them. Muahahaha
So sekarang ni, I take it this way.. House chores can wait (kadang2 tak jadi jugak nak set mind cmni), so when their attention's tank is full they will let me go hihi kadang2 rasa sampai ke sudah tak full. Banyak masa yg I plan untuk buat kerja PhD di rumah, selalunya terkubur begitu saja. Boleh buat sebenarnya, it's just me yang tak sanggup sacrifice masa dengan anak-anak, especially Umar, tak banyak ragam it doesn't mean I tak perlu spend more time with him. 

See, mcmana nak tinggalkan dia tidur sorang2 walaupun dah lelap. Tapi rugilah tak tidur sekali kan! Hihihi alasan malas buat kerja.

Well, itulah dia sifat keibuan i guess. Nothing above our family; parent, husband and children. Takkan sampai hati kita attend meeting penting tapi meninggalkan anak yg tak sihat dibawah jagaan org lain, contohnya. Apa lagi asset akhirat kita ye dok..




Intan payong mommy berdua ni. Sorang menghiburkan, sorang lagi menenangkan hati. Selalu tersentuh tengok cara Amir layan Umar, at times over protective, but most of the times he such a loving brother. Umar pun sama, maybe he can't express much just yet, tapi suka betul tarik rambut Amir. Kalau Amir melompat-lompat and main depan dia, terkekek-kekek dia ketawa. Amir was the first person made Umar laugh i think hehe.



I love spending time with them, kalau boleh and if time permits, lepas kerja akan bawak Amir main di playground.


In fact haritu mommy ambil cuti and kami bertiga pergi jalan-jalan and main di game centre.


So much fun! Umar mcm biasa, as long as berdukung and berjalan-jalan dia rileks aje. Sampaikan susu pun tak ingat nak minta.

Is it really a love letter tho? Hahaha yes, because mommy nak cakap I LOVE U BOTH SO MUCH, words can't describe, u always drive me CRAZY but yet make me happy, busuk masam yang suka bergaduh dgn mommy di waktu pagi tapi buat mommy rindu mcm nak mati padahal baru tengah hari, and many more I wish I can say.

Much much love,
Mommy


Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates