Friday, January 27, 2012

Life is hectic for the moment

2 comments
Pejam celik, pejam celik.. hampir sebulan tak update blog.

Pejam celik, pejam celik.. Amir dah menjangkau ke 17 bulan, 1 tahun 5 bulan.

Pejam celik, pejam celik.. dah nak habis semester break, masuk bulan Februari bermulah hari-hari gila saya, kelas malam!

Pejam celik, pejam celik.. lagi 2 bulan, usia masuk ke kategori lewat 20-an. Ugh.


Dari tadi asyik pejam celik, pejam celik.. apa pun tak cita lagi.



The phrase "Working mother" is redundant


Sepanjang bulan January ni, memang sibuk. Sibuk dengan kelas mengajar, habis kelas cepat2 duduk kat meja dan buat kerja. Bila dah siap kerja (atau partially siap ;p ), cepat2 berkemas balik rumah, uruskan Amir dan hal-hal rumah. Mujur kelas PhD start somewhere in February, adalah sedikit ruang untuk bernafas. Now I wonder macam mana lah emak kepada ramai anak. Hah, bila cerita pasal diri sendiri memang takde idea.. ;p Jom tukar topik..


The Weekender

Setiap minggu dalam bulan ni, without fail mesti ada aktiviti..


Father in law's Birthday, Baba Tok

We went to Kaklong's place to celebrate Baba's birthday. BBQ!


Take note pada budak baju pelangi....


See, masih lagi clingy. 


Amir and Cousins

Minggu seterusnya...


Curve, Swimming Time!, Cousin's Wedding at Klang


Amir ni eksyen je nak naik kereta bagai....


Bila dah naik ....


Maaaaaa......!


Yang dia sebenarnya nak sibukkan ialah...


Remote control.




Petangnya pula kami bercemporo kek ghumah Pak Ngah..





Sampai dah biru bibir, kecut jari kaki dan tangan pun tak nak naik.


Malamnya pulak, dinner di Satay Hj Samuri, Taman Melati



Bonding time with kakak-kakak.


Besoknya, kami ke Klang to attend my cousin's wedding

Bagaikan pinang dibelah dua.



Amir dan Amani, pun nak jadi pengantin...



Tapi, mommy dah kata umur 35 baru boleh kahwin tau?!


Lovely family.

Dari Klang, kami ramai-ramai ke Shah Alam pulak melawat Atuk dan Opah



Too early to call a day, Kakngah ajak balik Kajang pulak petang tu.. Nah, bonding time with Ami's family..




Selesailah satu weekend di bulan January ini. Mari lihat apa ada minggu seterusnya...



Last week, ada wedding jugak.. Time school holiday ni, wedding je manjang


Dah selesai wedding, gathering bersama kawan-kawan Uni dan lecturer yang kebetulan datang KL.


It was funny, two of us are lecturers. Bila cerita pasal student, mesti Cik Noor (lecturer kami) dalam hati cakap 'Macam tu lah korang dulu'



Then kitaorang balik Kuala Pilah. Memang anak kesayangan ibu bapa ni, balik kampung je keje.. apa jenis kenduri pun balik ;p 

Kenduri kahwin cousin belah dia (lelaki) pulak..



Teruja ke dengar Pak Su menyanyi?



No, thanks.

Kalau minggu lepas, bercemporo kat swimming pool, bila balik kampung no swimming pool, kita mandi dalam kolam! Jyeah!




Macam ni lah mommy dulu masa kecik, in fact kolam yang dijadikan swimming pool tu jauh lebih kecil lagi.

Amir dok pegang dinding kolam sebab... Emak dia ada kat situ, kalau nak suruh dia jalan ke tengah, jawabnya mommy kene masuk sekali.

Petangnya pula, kami pergi menjenguk kombar (kembar). Ini memang dah jadi rutin bila balik kampung.



Tapi abang je ada menyambut kami, si adik sedang lena.

Selesai beramah mesra dengan kombar, kami bertolak pulang ke KL. Sebab ada acara lain pulak (phew)

BBQ di rumah Abg Amril (biras)


Amir sedang enjoy makan satay daging.


Amir dan Aysha


Bayang-bayang Amir?



Hyper setelah makan 3 cucuk satay.


The host. Kakngah and Aysha.


Fuh, mengalahkan program YB. Itu sahaja lah laporan mingguan saya pada kali ini. Laporan seterusnya entah bila ada masa nanti saya update.


















Thursday, January 5, 2012

Year End Trip - Desaru > JB > JPO

3 comments
Semangat tahun baru!


Dah 6 hari masuk tahun 2012, baru terhegeh-hegeh nak update upload ;p

Now, I'm back by popular demand! ;p (walhal husband sorang je demand entry baru bila lama tak update)

Annual trip buat family kecil kami tahun ini adalah di sekitar Johor Bahru. Juga disertai oleh Mama Ami dan Mak De, his aunt.


Kami bermalam di Sebana Golf and Marina Resort, Kota Tinggi. 20km away from Desaru. Tempatnya agak sunyi, tak ramai orang. According to cousin, this place used to be a high-end stay for some rich and well-known people. Most probably now dah tak well-maintained lagi.

Tapi keadaan rumahnya sangat-sangat lah selesa, it's 1 and half storey apartment. Fully furnished, siap ada washer machine. Anyway, camane boleh 'tertinggal' dekat sini.. This is one of Maybank's apartment for staff. And the only place that available that husband managed to secure hujung-hujung tahun tu...

Day 1
Seawal 7 pagi dah keluar rumah, pergi ambil Mama di Kajang and meneruskan perjalanan ke JB untuk ambil Makde. Anak mommy yang baik lagi murah hati iaitu Amir Hidayat Syah, tak meragam dalam kereta. Alhamdulillah. Tapi dari KL sampai ke RnR Pagoh langsung tak tidur. Bila dapat je keluar kereta, terus Amir berjalan ke sana ke mari, stretching kaki kot...





Fuh, nasib baik lepas dah penat berjalan satu RnR, Amir terus terbungkang ;p



Pit-stop pertama, rumah Mak De di Taman Gembira. Lunch terus di sana. Amir pun dapat main dengan Qaseh, cucu Mak De. Surprisingly, Amir bukan main suka dengan Qaseh. Ke hulu ke hilir ikut Qaseh. Maybe because Qaseh is friendly enough and rajin layan Amir.




Dah selesai solat Zuhur, kami terus bertolak ke Kota Tinggi melalui highway baru ke Desaru dari JB. Ada satu jambatan yang menarik....


Around 3-4 pm, we safely arrived at Sebana...



Siap ada babycot. Sayangnya dah lama kami tak tidurkan Amir dalam babycot. Sebab mommy malas nak bangun and duduk untuk bf Amir. Sekarang main tarik2 je Amir malam2 ;p



Kepenatan.

Malamnya pula kami dinner di Sungai Rengit. Tak banyak pilihan, tapi not so bad, badan pun dah penat makan saja lah apa yang ada.


Memang confirm penat. Tengok sajalah muncung Amir.

Mommy pun sama, dah sememeh je muka.

Day 2

Harini kami akan bersiar-siar di JB. Yang paling penting, nak ke Johor Premium Outlets. Wuuhuu. Mak tak tidur okeh nak pergi JPO. Konon nak shopping sakan.

Dalam pukul 1 jugak sampai di JPO. Mula-mula, kita makan dulu kasi recharge tenaga!


Duta Maybank.



2 orang Mommy's boy! Hehe


Lepas makan, terus rasa teruja nak shopping ni. Kami mulakan dengan tingkat atas dulu. Naik escalator je terus nampak Playground. Potong Stim! Kena lah singgah sekejap.

"Cepatlah Amir.. cepatlah habis main huhu"



So apa yang di shopping sakan dekat JPO sampai tak lena tidur malam selagi tak sampai?


NONE.


Ramai kawan2 tanya, best tak JPO? Apa ada? Murah tak? etc


Ni kesimpulan saya:
Basically JPO ni memang best, barang2 branded dijual dengan harga yang jauh lebih murah. Antara brand yang ada DKNY, Esprit, Nike, Padini, Roxy, Salvatore Ferragamo, Timberland, Adidas, Guess, Cotton On, Burberry, Coach, G200, Charles and Keith dan banyak lagi. Haritu tak masuk pun Coach, sebab kena queue kat luar. Maybe sebab diorang tak nak bagi ramai sangat masuk at one time. Same goes to Burberry, kene  queue  kat luar. Tak lah panjang macam Q during warehouse sale. Sebenarnya plan nak cari baju and kasut.

Sayangnya takde yang berkenan. Pilihan baju sangatlah limited. Kalau ada yang suka, mungkin size pulak takde. Atau kalau ada pun, just T-shirt biasa. Samalah macam shoes, kat Charles and Keith semuanya high heels, takde pun wedges. Langsung takde. Design high heels pulak, biasa je. lebih baik beli dekat KL masa christmas sale haritu. Siap round kat kedai2 tu sampai 2-3 kali. Memang takde apa yang boleh dibeli.

Baju-baju for toddler pulak, pun takde yang sesuai untuk dibeli. Guess and Gap, baju untuk baby banyak lah, newborn to 9 months. Dekat Poney pulak, baju Girl je yang ada. Haish, memang stress. Kasut Clarks untuk toddler pun murah, RM90. Ada 1 size sahaja iaitu 4. Alahai, tensed tau!

Tapi, lucky enough for Ami. He bought Levis jeans and kasut basketball Nike. For half price from original. See, bukan lah takde barang sangat. Tapi kemungkinan untuk tidak ada yang berkenan tu tinggi sebab pilihan tak banyak. Contohnya di Levis, adalah 2-3 design untuk t-shirt perempuan tapi langsung takde jeans for women.

Anyway, mungkin keadaan macamtu disebabkan JPO ni baru bukak early december. Akhir tahun pulak tu, so harap-harap this year dia update lah barang-barangnya okay!

Memang stress tau, aku yang paling semangat nak pergi, aku yang paling takde apa nak beli. Even mother in law pun beli cardigan Esprit  ;p Original price RM200 lebih, dapat RM99.

Hah! Stress!


Okay next, kitaorang singgah rumah Mak De sebelum ke rumah Pak Cik Man for dinner. Amir jumpa Qaseh lagi. Yeay!! Ada orang layan Amir  :)




Terus kami bawak Kak Ina and Qaseh join trip kami sekali.

Malam ke-2 di JB, kami dinner di rumah Cik Man. Memang cadangan yang bagus ajak si Qaseh, dapat mommy makan dengan tenang. Lebih-lebih lagi di rumah Cik Man ada playroom, memang Amir lupa dunia.





This is Zayyad, dua pupu Amir. Today is his birthday. Happy Birthday, Zayyad!

Dari JB, pulang semula ke Sebana. Jalan masuk Sebana memang sunyi dan gelap, malam tu dapat kami tengok satu family wild boars, live! Excited semua orang hehehe


Day 3

Harini plan nya nak picnic di Desaru sebelum pulang ke KL.


Early birds!

On our way to Desaru, dalam kawasan Sebana lagi, ada sekumpulan monyet tengah main-main tepi jalan. Terus stop tepi jalan nak tengok monyet dari dalam kereta. Semuanya excited sekali lagi tengok binatang ;p Tak payah susah-susah include activity ke Zoo dalam trip ni. Amir pun bukan main lagi excited sehinggalah....

Salah seekor monyet melompat ke atas side mirror, betul-betul depan muka dia. Terus terkejut dan melekat dengan mommy ;p





Pantai Desaru






Alololo sayang mama ni.. ;p



Selesai beriadah di pantai, kami pulang ke Sebana untuk siap-siap pulang ke KL. Back to reality! Ugh.




Singgah lunch di Restoran Anisofea, Tmn Mount Austin




Last but not least, singgah di Ayer Hitam.




THE END.

p/s: Amir dah menangis suruh mommy bagi perhatian sepenuhnya kepadanya.

Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates