Dah 6 hari masuk tahun 2012, baru terhegeh-hegeh nak update upload ;p
Now, I'm back by popular demand! ;p (walhal husband sorang je demand entry baru bila lama tak update)
Annual trip buat family kecil kami tahun ini adalah di sekitar Johor Bahru. Juga disertai oleh Mama Ami dan Mak De, his aunt.
Kami bermalam di Sebana Golf and Marina Resort, Kota Tinggi. 20km away from Desaru. Tempatnya agak sunyi, tak ramai orang. According to cousin, this place used to be a high-end stay for some rich and well-known people. Most probably now dah tak well-maintained lagi.
Tapi keadaan rumahnya sangat-sangat lah selesa, it's 1 and half storey apartment. Fully furnished, siap ada washer machine. Anyway, camane boleh 'tertinggal' dekat sini.. This is one of Maybank's apartment for staff. And the only place that available that husband managed to secure hujung-hujung tahun tu...
Day 1
Seawal 7 pagi dah keluar rumah, pergi ambil Mama di Kajang and meneruskan perjalanan ke JB untuk ambil Makde. Anak mommy yang baik lagi murah hati iaitu Amir Hidayat Syah, tak meragam dalam kereta. Alhamdulillah. Tapi dari KL sampai ke RnR Pagoh langsung tak tidur. Bila dapat je keluar kereta, terus Amir berjalan ke sana ke mari, stretching kaki kot...
Fuh, nasib baik lepas dah penat berjalan satu RnR, Amir terus terbungkang ;p
Pit-stop pertama, rumah Mak De di Taman Gembira. Lunch terus di sana. Amir pun dapat main dengan Qaseh, cucu Mak De. Surprisingly, Amir bukan main suka dengan Qaseh. Ke hulu ke hilir ikut Qaseh. Maybe because Qaseh is friendly enough and rajin layan Amir.
Dah selesai solat Zuhur, kami terus bertolak ke Kota Tinggi melalui highway baru ke Desaru dari JB. Ada satu jambatan yang menarik....
Around 3-4 pm, we safely arrived at Sebana...
Siap ada babycot. Sayangnya dah lama kami tak tidurkan Amir dalam babycot. Sebab mommy malas nak bangun and duduk untuk bf Amir. Sekarang main tarik2 je Amir malam2 ;p
Kepenatan.
Malamnya pula kami dinner di Sungai Rengit. Tak banyak pilihan, tapi not so bad, badan pun dah penat makan saja lah apa yang ada.
Memang confirm penat. Tengok sajalah muncung Amir.
Mommy pun sama, dah sememeh je muka.
Day 2
Harini kami akan bersiar-siar di JB. Yang paling penting, nak ke Johor Premium Outlets. Wuuhuu. Mak tak tidur okeh nak pergi JPO. Konon nak shopping sakan.
Dalam pukul 1 jugak sampai di JPO. Mula-mula, kita makan dulu kasi recharge tenaga!
Duta Maybank.
2 orang Mommy's boy! Hehe
Lepas makan, terus rasa teruja nak shopping ni. Kami mulakan dengan tingkat atas dulu. Naik escalator je terus nampak Playground. Potong Stim! Kena lah singgah sekejap.
"Cepatlah Amir.. cepatlah habis main huhu"
So apa yang di shopping sakan dekat JPO sampai tak lena tidur malam selagi tak sampai?
NONE.
Ramai kawan2 tanya, best tak JPO? Apa ada? Murah tak? etc
Ni kesimpulan saya:
Basically JPO ni memang best, barang2 branded dijual dengan harga yang jauh lebih murah. Antara brand yang ada DKNY, Esprit, Nike, Padini, Roxy, Salvatore Ferragamo, Timberland, Adidas, Guess, Cotton On, Burberry, Coach, G200, Charles and Keith dan banyak lagi. Haritu tak masuk pun Coach, sebab kena queue kat luar. Maybe sebab diorang tak nak bagi ramai sangat masuk at one time. Same goes to Burberry, kene queue kat luar. Tak lah panjang macam Q during warehouse sale. Sebenarnya plan nak cari baju and kasut.
Sayangnya takde yang berkenan. Pilihan baju sangatlah limited. Kalau ada yang suka, mungkin size pulak takde. Atau kalau ada pun, just T-shirt biasa. Samalah macam shoes, kat Charles and Keith semuanya high heels, takde pun wedges. Langsung takde. Design high heels pulak, biasa je. lebih baik beli dekat KL masa christmas sale haritu. Siap round kat kedai2 tu sampai 2-3 kali. Memang takde apa yang boleh dibeli.
Baju-baju for toddler pulak, pun takde yang sesuai untuk dibeli. Guess and Gap, baju untuk baby banyak lah, newborn to 9 months. Dekat Poney pulak, baju Girl je yang ada. Haish, memang stress. Kasut Clarks untuk toddler pun murah, RM90. Ada 1 size sahaja iaitu 4. Alahai, tensed tau!
Tapi, lucky enough for Ami. He bought Levis jeans and kasut basketball Nike. For half price from original. See, bukan lah takde barang sangat. Tapi kemungkinan untuk tidak ada yang berkenan tu tinggi sebab pilihan tak banyak. Contohnya di Levis, adalah 2-3 design untuk t-shirt perempuan tapi langsung takde jeans for women.
Anyway, mungkin keadaan macamtu disebabkan JPO ni baru bukak early december. Akhir tahun pulak tu, so harap-harap this year dia update lah barang-barangnya okay!
Memang stress tau, aku yang paling semangat nak pergi, aku yang paling takde apa nak beli. Even mother in law pun beli cardigan Esprit ;p Original price RM200 lebih, dapat RM99.
Hah! Stress!
Okay next, kitaorang singgah rumah Mak De sebelum ke rumah Pak Cik Man for dinner. Amir jumpa Qaseh lagi. Yeay!! Ada orang layan Amir :)
Terus kami bawak Kak Ina and Qaseh join trip kami sekali.
Malam ke-2 di JB, kami dinner di rumah Cik Man. Memang cadangan yang bagus ajak si Qaseh, dapat mommy makan dengan tenang. Lebih-lebih lagi di rumah Cik Man ada playroom, memang Amir lupa dunia.
This is Zayyad, dua pupu Amir. Today is his birthday. Happy Birthday, Zayyad!
Dari JB, pulang semula ke Sebana. Jalan masuk Sebana memang sunyi dan gelap, malam tu dapat kami tengok satu family wild boars, live! Excited semua orang hehehe
Day 3
Harini plan nya nak picnic di Desaru sebelum pulang ke KL.
Early birds!
On our way to Desaru, dalam kawasan Sebana lagi, ada sekumpulan monyet tengah main-main tepi jalan. Terus stop tepi jalan nak tengok monyet dari dalam kereta. Semuanya excited sekali lagi tengok binatang ;p Tak payah susah-susah include activity ke Zoo dalam trip ni. Amir pun bukan main lagi excited sehinggalah....
Salah seekor monyet melompat ke atas side mirror, betul-betul depan muka dia. Terus terkejut dan melekat dengan mommy ;p
Pantai Desaru
Alololo sayang mama ni.. ;p
Selesai beriadah di pantai, kami pulang ke Sebana untuk siap-siap pulang ke KL. Back to reality! Ugh.
Singgah lunch di Restoran Anisofea, Tmn Mount Austin
Last but not least, singgah di Ayer Hitam.
THE END.
p/s: Amir dah menangis suruh mommy bagi perhatian sepenuhnya kepadanya.
2 comments on "Year End Trip - Desaru > JB > JPO"
uik..mau gi JPO..mau gi JPO..
Hehehe..my hubby mau gi JPO ni semata2 mau cari jeans levis.. rasa2 macam berbaloi x? :)
hehe could feel your frustration at JPO. I pun samalah.. setiap kali pegi any factory outlets, (most of the times) mesti keciwa. end up terpaksa beli ntah hape2 just for the sake of 'nak jugak beli something'..
Post a Comment