Pejam celik, pejam celik.. Amir dah menjangkau ke 17 bulan, 1 tahun 5 bulan.
Pejam celik, pejam celik.. dah nak habis semester break, masuk bulan Februari bermulah hari-hari gila saya, kelas malam!
Pejam celik, pejam celik.. lagi 2 bulan, usia masuk ke kategori lewat 20-an. Ugh.
Dari tadi asyik pejam celik, pejam celik.. apa pun tak cita lagi.
The phrase "Working mother" is redundant
Sepanjang bulan January ni, memang sibuk. Sibuk dengan kelas mengajar, habis kelas cepat2 duduk kat meja dan buat kerja. Bila dah siap kerja (atau partially siap ;p ), cepat2 berkemas balik rumah, uruskan Amir dan hal-hal rumah. Mujur kelas PhD start somewhere in February, adalah sedikit ruang untuk bernafas. Now I wonder macam mana lah emak kepada ramai anak. Hah, bila cerita pasal diri sendiri memang takde idea.. ;p Jom tukar topik..
The Weekender
Setiap minggu dalam bulan ni, without fail mesti ada aktiviti..
Father in law's Birthday, Baba Tok
We went to Kaklong's place to celebrate Baba's birthday. BBQ!
Take note pada budak baju pelangi....
See, masih lagi clingy.
Amir and Cousins
Minggu seterusnya...
Curve, Swimming Time!, Cousin's Wedding at Klang
Amir ni eksyen je nak naik kereta bagai....
Bila dah naik ....
Maaaaaa......!
Yang dia sebenarnya nak sibukkan ialah...
Remote control.
Petangnya pula kami bercemporo kek ghumah Pak Ngah..
Sampai dah biru bibir, kecut jari kaki dan tangan pun tak nak naik.
Malamnya pulak, dinner di Satay Hj Samuri, Taman Melati
Bonding time with kakak-kakak.
Besoknya, kami ke Klang to attend my cousin's wedding
Bagaikan pinang dibelah dua.
Amir dan Amani, pun nak jadi pengantin...
Tapi, mommy dah kata umur 35 baru boleh kahwin tau?!
Lovely family.
Dari Klang, kami ramai-ramai ke Shah Alam pulak melawat Atuk dan Opah
Too early to call a day, Kakngah ajak balik Kajang pulak petang tu.. Nah, bonding time with Ami's family..
Selesailah satu weekend di bulan January ini. Mari lihat apa ada minggu seterusnya...
Last week, ada wedding jugak.. Time school holiday ni, wedding je manjang
Dah selesai wedding, gathering bersama kawan-kawan Uni dan lecturer yang kebetulan datang KL.
It was funny, two of us are lecturers. Bila cerita pasal student, mesti Cik Noor (lecturer kami) dalam hati cakap 'Macam tu lah korang dulu'
Then kitaorang balik Kuala Pilah. Memang anak kesayangan ibu bapa ni, balik kampung je keje.. apa jenis kenduri pun balik ;p
Kenduri kahwin cousin belah dia (lelaki) pulak..
Teruja ke dengar Pak Su menyanyi?
No, thanks.
Kalau minggu lepas, bercemporo kat swimming pool, bila balik kampung no swimming pool, kita mandi dalam kolam! Jyeah!
Macam ni lah mommy dulu masa kecik, in fact kolam yang dijadikan swimming pool tu jauh lebih kecil lagi.
Amir dok pegang dinding kolam sebab... Emak dia ada kat situ, kalau nak suruh dia jalan ke tengah, jawabnya mommy kene masuk sekali.
Petangnya pula, kami pergi menjenguk kombar (kembar). Ini memang dah jadi rutin bila balik kampung.
Tapi abang je ada menyambut kami, si adik sedang lena.
Selesai beramah mesra dengan kombar, kami bertolak pulang ke KL. Sebab ada acara lain pulak (phew)
BBQ di rumah Abg Amril (biras)
Amir sedang enjoy makan satay daging.
Amir dan Aysha
Bayang-bayang Amir?
Hyper setelah makan 3 cucuk satay.
The host. Kakngah and Aysha.
Fuh, mengalahkan program YB. Itu sahaja lah laporan mingguan saya pada kali ini. Laporan seterusnya entah bila ada masa nanti saya update.
1 comments on "Life is hectic for the moment"
Haha masa I buat entry ni pun penat, bila la nak habiis cerita
Post a Comment