Thursday, December 8, 2011

Atuk dan Opah




Ini Atuk dan Opah Yusuf Zidane. Mertua kepada my late brother. Disebabkan dari sebelum kahwin, Cik Nor (me) selalu je menepek dekat rumah Atuk & Opah, datang menjenguk anak-anak buah, jadi Atuk & Opah dah jadi sangat rapat.

Atuk & Opah ni bekas cikgu, kalau memberi nasihat tu.. lembut je bunyinya. Kalau beri nasihat tu berhemat je bunyinya. But what I respect the most, the bond between both of them. According to my sis in law, kalau seorang nak keluar ke mana-mana, yang lagi sorang mesti ikut. Berdua je ke mana-mana. They way they talk to each other pun baik aje bunyinya.

I personally terhutang budi dengan mereka. Urusan pengebumian arwah Banglang, mereka sekeluarga lah bersusah payah uruskan. Seakan-akan menguruskan jenazah anak sendiri. Masa I sampai di rumah diorang pada hari pengebumian Banglang, Atuk hugged me tight. Just like, we both felt the same pain, equally the same.

Lebih terharu bila masa ahli keluarga semua dibenarkan cium jenazah, sedih sangat bila dengar apa yang Opah cakap pada Banglang 'Eddie, mak halalkan makam minum Eddie..' She kissed my brother just like her own son. Mulianya hati. Sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan, Atuk mewakili keluarga kami minta maaf kepada saudara-mara, rakan-rakan arwah. Atuk acknowledge my visits to their house all this while, and cakap dia faham kalau lepas ni Cik Nor mungkin sibuk uruskan anak dan keluarga, mungkin tak dapat datang sekerap dulu. Atuk mintak hubungan antara keluarga kami dan dia terus kuat walaupun Banglang dah tiada.

Selepas ketiadaan Banglang, Atuk & Opah la tolong tengok-tengok kan isteri dan anak-anak arwah. Mujur memang mereka tinggal serumah. Kadang-kadang Atuk bawak Yusuf pergi Seven Eleven, sebab Banglang selalu bawak Yusuf pergi SevenE. Atuk somehow macam meneruskan tanggungjawab Banglang. Bila Kak Ben keluar bekerja, Atuk dan Opah la menjaga Kasih.

Ya, Allah! Kau panjangkan lah usia kedua mereka agar dapat anak-anak buahku menumpang kasih sayang..

Memang selalu doakan agar Atuk & Opah dipanjangkan usia dan dijauhkan dari penyakit, dapat temankan Kak Ben dan anak-anak. Dan dapat Yusuf, Zul dan Kasih balas semula jasa mereka.

Last Sunday, singgah rumah diorang. Bawa buah rambutan dari Kuala Pilah. Tapi tak sempat jumpa Atuk & Opah. Kak Ben kata Atuk tak sihat, muntah-muntah sampai tak nak makan. So Opah pun jadi tak de mood sebab Atuk tak nak makan. Masa I datang tu diorang berehat dalam bilik.

Hari Isnin lepas, Atuk admitted di DEMC. Doctor suspect ada problem with his heart. Semalam Atuk dah dipindahkan ke IJN. After a thorough diagnosis, he has 3 blockages, water retention and liver infection. I feel for his family especially my sister in law. He is so close to my heart. A very nice and humble person I've ever met. Harap Atuk akan sihat macam biasa lepas undergo all the necessary treatment. Atuk cakap dekat Kak Ben before he left for IJN 'Kak Chik, abah Okay'

But I know how worried is my sister in law. I pray hard for all of them. And I'm sure ada ramai lagi akan doakan Atuk. And if you read this, tolong doakan kesihatan dan kesejahteraan Atuk ya...


Your doa is much appreciated!

1 comments on "Atuk dan Opah"

MyRule on December 8, 2011 at 5:46 PM said...

semoga atuk cpt sihat dan boleh layan cucu2nyer macam selalu..amin

Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates