Tuesday, July 31, 2012

Ah, another good news!

2 comments
Tapi bukan good news saya...


Saja tumpang gembira untuk Dr Halina & Dr Sheikh Muszaphar, they are expecting their second child!


Their Bella just turned One on 21st July. Murah rezeki. Dr Halina's pregnancy is one month ahead from mine, she's now 3 months pregnant. I saw Dr Sheikh's status last night, pagi ni terus cekidout blog Dr Halina. More stories click here.


Mungkin kebetulan, banyak pulak berita orang2 yang dikenali dan rapat pregnant dalam masa yang sama. First, my sis in law.. next, me.. lagi, salah sorang teammate main netball di Uni, then, one of my besties. Oh ya, Fasha Sandha lagi... ;p


Harap kami semua diberikan kesihatan dan kandungan kami dilindungi-Nya.


Thursday, July 26, 2012

27-29 July 2012: Parenthood Expo 2012 by Today Publishing

0 comments
Parenthood Expo 2012 is happening now at Exhibition Hall, MidValley Megamall.


Tepat jam 10, mommy Amir dah terpacak di MidValley ;p Kalau nak pergi expo ni, mmg good idea kalau pergi pagi Jumaat (1st day). Orang tak ramai, senang nak cari parking.. nak pusing 2-3 kali dalam hall tu pun boleh.

Basically booth apa yang ada sama jugak lah macam expo2 sebelum ni, untung-untung boleh lah jumpa barang yang worth untuk dibeli.


Tak shopping banyak pun, saja survey2.. Tapi mesti ada hasil tangkapan punya.. ;p


Seluar BabyGear untuk Amir - RM15. Brand ni selalu ada di Mom's care.


Photobucket




Cloth Diaper from Cutiemam shop with 2 inserts - RM20  (NP: RM30)


Photobucket

Ada banyak yang ada corak, somehow I like yang plain jugak.. Tak fancy sangat ;)



Barut for baby - RM6 per piece and I bought 5 pieces for RM25


Photobucket

Dulu masa Amir, bersungguh-sungguh cari kain yang coraknya comel-comel, jumpa lah dekat Nagoya tapi design was very limited. Lepas tu sibuk cari tailor, ade kedai malas nak layan jahit barut. Ada satu kedai dia boleh jahitkan, upah jahit aje RM5 sekeping.

Nah, beli je yang ni senang. Macam-macam design ada. Baru la ni saya jumpa ada jual dah siap. Kalau nak beli online, ada satu blog menjual barut, bendung etc --> http://mybabycomel.blogspot.com/


Kemudian tolong shopping baju newborn untuk my adik ipar, she's going to deliver in September. Hah, sambil-sambil ambil feel shopping baju newborn.

Masa Amir dulu, baju newborn dia pun saya shopping di expo tapi brand Fiffy, around RM5 per piece. Tapi tadi tengok, baju - RM6, seluar - RM8. Mahal sikit dari dulu tapi still okay. Tapi kebanyakkan design dia plain color sahajalah. Kain pun nipis aje.


Then terjumpa pulak brand Purren, sepasang baju RM15 (lebih kurang). Tapi corak dia comel-comel lagi... Nah grab some for my brother, untung-untung dia simpan elok-elok, boleh paw balik baju ni...


Photobucket


Yang plain macam ni, RM10 sahaja sepasang.

Photobucket


Selain yang ini banyak lagi lah yang ada. Antara yang menarik tadi, ada 2 kedai yang jual Medela breastpump dengan harga yang murah jugak lah... discounted 200-300, depends which type. Tapi, belum plan nak beli lagi. Maybe next time.



Okay, sesiap yang plan nak pergi ENJOY!

Tuesday, July 17, 2012

Review PPUKM & UKMSC

5 comments
In general, PPUKM ialah hospital universiti. Bayaran untuk rawatan tidak semurah hospital government tapi jauh lebih murah berbanding private. Melainkan kakitangan kerajaan, rasanya ada privilege untuk dapat rawatan percuma. My experience warded di PPUKM masa kes threatened by preterm labor,  kami perlu bayar untuk kos rawatan, around RM150++ untuk 3-4 hari penginapan.


UKMSC ialah private wing kepada PPUKM. Services yang ada kurang berbanding PPUKM sendiri. Tapi yang pasti O&G memang ada. Bezanya dengan O&G di PPUKM, kita boleh pilih jenis bilik yang kita mahu, pilih gynae juga. Sama macam hospital private yang lain. Tapi facility macam labor room, adalah sama macam PPUKM. UKMSC terletak di tingkat 7, basically kat floor ni ada doctor's rooms for consultation and bilik - VIP suite, executive deluxe, deluxe, single and many more. So bila nak bersalin tu still kena turun di tingkat 2 (if i'm not mistaken) where labor room is located.

Other than that, kita share nurse jugak. Nurse yang tolong bagi sorakan masa kita nak deliver tu.. Mereka semua dari PPUKM wing. Ada jugak kes yang I dengar, walaupun dari private wing, tapi masa nak bersalin tu ada juga kes kena laser dengan nurse yang dari PPUKM wing. Mujur tak pernah kena. Bila dah selesai bersalin, barulah nurse dari private wing akan turun and ambil kita, and from thereon akan dijaga oleh nurse tersebut.

Speaking about doctor, if you register as private wing patient so memang boleh pilih specialist yang kita prefer, for O&G ada Prof Hashim, Prof Hatta, Prof Zainul among others. Melalui pembacaan blog dan talked to relatives and friends yang pernah deliver di UKMSC;

Prof Zainul - pakar in fertility. His speciality berkenaan kes kesuburan ni. My eldest sis in law, ada masalah untuk dapatkan second child. She went to many private hospitals one of them, Prince Court tapi masi tak tahu apa masalah. Until she went to UKMSC, jumpa Prof Zainul, 6 months after treatment she got pregnant. So bila dah pregnant, she continues checkup dengan Prof Zainul.

Prof Hashim - my gynae. Bila baca review dari patient dia yang lain dari blog, dia memang sempoi. Suka buat lawak. Very friendly. His speciality in subfertility.

Prof Hatta - My friend pernah deliver dengan Prof Hatta. He's a nice person. In fact, pernah jugak checkup dengan Prof Hatta once. Ok, friendly enough.

Gynae yang lain saya kurang pasti.


Kesemua specialists ni adalah ketua kepada houseman, medical officers and medic students yang ada di PPUKM. Sekiranya, you all masuk PPUKM sekali pun, tapi ada complication atau special case, ketua-ketua ini jugaklah yang akan consult and advise berkaitan your condition.


Like my case, 2 kali admitted pasal threatened preterm labor, Prof Hashim sendiri suggest stay di PPUKM sahaja. Antara alasan, saya perlu stay di High dependency Unit dan nurse yang akan monitor ada di PPUKM, lebih experience. Prof still datang 2 kali sehari untuk oversee, in fact kalau doctor lain pun check, apa-apa keputusan pun made by Prof Hashim. Bayaran? Sama macam duduk di PPUKM bukan di UKMSC. <--- Antara kelebihan kenapa saya memilih UKMSC untuk second pregnancy ni.

Cuma bila masuk PPUKM, kena bersabarlah dengan medic students yang datang bertanya macam-macam. And setiap pagi segerombolan student medic bersama Prof mereka akan round satu ward untuk student-student tu 'present' our case to their Professor. Ni yang boring, kadang-kadang rasa nak gi toilet kena la tahan sekejap.. Atau kena lah control macho masa semua tengah berkumpul di katil kita. Kesian tengok stduent-student tu kena marah hehehe Sementara nak tunggu sampai di katil patient yang diorang kena handle, kejap-kejap pergi kat katil patient tu untuk tanya macam-macam, ada aje soalan yang tertinggal ye dik.. ;p


Inilah review I pasal both UKMSC dan PPUKM. I opt for UKMSC walaupun labor room sama je dgn PPUKM, sebab nak (1)keselesaan selepas bersalin, especially I need my husband to help out. (2) kalau orang nak datang melawat pun senang [Tapi masa bersalinkan Amir, was 3rd hari raya, diorang tutup main entrance sebab tak ramai orang kot, my brother and his family kena round satu bangunan cari jalan macamana nak naikkan ke tingkat 7, once dia sampai bilik dia kata -'Ko jangan bersalin kat sini lagi' - Hahahaha sian berpeluh-peluh sambil memakai baju melayu ;p ]
(3) Sebab nak ada dedicated doctor untuk attend kita, rather than student medic atau houseman, kemungkinan untuk dapat bad experience macam di hospital Kuala Pilah itu tinggi.


More on UKMSC yang I pernah post dulu, click here.

Monday, July 16, 2012

Early pregnancy practices

7 comments
Can't believe I'm writing a post related to pregnancy again..


One of the posts during my first pregnancy, I did mentioned about starting the right supplement for prenatal even before you conceive. Tapi nampak gayanya kali ni pun x berapa nak sempat start taking supplement the least 2 months before ;p So bila dah tau pregnant, cepat-cepat pergi beli supplement.


Masa Amir dulu, I consumed supplement from GNC; Women's Prenatal Formula and DHA. Kalini kita experiment product lain pulak Kordel's Bio-Liquid Women Multi with Fish Oil. As the pharmacist suggested, this is formulated for pregnancy women. It contains segala macam vitamin yang diperlukan; folic acid, kalsium, DHA among others.

For milk, I opt for EnfaMama sebab ia sesuai for both materna and lacta, untuk baby di dalam tummy juga baby 2 tahun di luar tummy yang masih menyusu. Kalini I'm more concerned about supplement and what not, membayangkan 2 orang si kecil yang mengambil nutrisi daripada ibunya. Lagi satu kelebihannya, ada vanilla flavor berbanding Anmum ada plain atau chocolate. Perisa chocolate tu boleh tahan juga sumbangannya terhadap nauseas.

I did not start with antenatal checkup just yet. Masa Amir, 6 weeks dah officially start. Last week just jumpa doctor di GP untuk dapatkan letter mengesahkan pregnancy sebab nak dapatkan reserve parking ;p Bila lagi kan? Harus utilize privilege ni seawal mungkin. I had discussed pertaining to antenatal checkup here. I think I still agree to it hehehe
Tapi dah set appointment with my previous gynae, Prof Hashim dari UKMSC, will only see him at week 10. Bila baca review pasal Prof Hashim dari blog-blog lain, nampak gaya Prof Hasim memang antara yang bagus dan sempoi. Both medic students and his patients really gave a him an impressive review.

Beside food intakes, soul intakes pun penting. I just repeat practices yang selalu buat masa mengandungkan Amir except for... exercise! ;p Dan my pregnancy symptoms kalini memang berbeza, masih kekal sihat tanpa morning sickness. My previous pregnancy symptoms here.


I have lotsa planning in mind for this pregnancy, can't wait to execute 'em all. Will share if I think it can benefit others.

Thursday, July 12, 2012

Committing to New Commitments

16 comments
PhD

Ni tak lah berapa new commitment. Tapi selagi tak habis, akan ada aje lah commitment-commitment baru. Pejam celik, pejam celik dah hampir setahun sambung belajar. Now, tengah semester break barulah rasa kehidupan seperti orang normal. Start bulan 9, kehidupan akan jadi abnormal semula. Mujur ada 1 subject sahaja next semester. Tapi, dah kena bersedia untuk proposal defence end of next semester. Dan juga submit proposal for MOSTI grant. Ah, cakap pasal dia ni memang takkan habis.


Job Promotion: A New Position

InsyaAllah, setelah setahun di tempat kerja ni, starting from August akan hold profile baru. Here comes greater responsibility. Walaupun ada sedikit rasa ragu, study lagi.. family lagi.. current workload lagi.. But I take this as an opportunity. Selain study, career development pun penting juga. So ya, I'm planning to take up this role - walaupun lepas ni tak taulah berapa haywirenya life lepas ni.


A Special Project

Memandangkan life sudah cukup gila dengan adanya commitments di atas, bila orang bertanya 'Bila nak tambah lagi?' membuatkan kami fikir 2-3 kali. Siapa tak nak anak lagikan, tapi kita kena lah ukur baju di badan sendiri. Bukan tak nak, tapi mungkin later - itulah yang kami fikir-fikirkan. Tambahan lagi, kami berdua fulltime bekerja dan belajar! Fulltime parent too.. Especially me, bila tengok Amir dah besar.. rasa nak sangat-sangat baby. Tapi yang sedihnya, saya rasa saya tidak mampu. Bayangkan dengan sickness, sakit pingang, kaki dan seluruh badan, mengeheret diri ke tempat kerja.. kelas.. meeting supervisor.. seminar. Ah! Tak mampu rasanya.

Pernah sekali buat UPT, sebab period overdue. Hati ni berdebar-debar rasa nak menangis, berharap 'belum ada' lagi sebab memang saya takkan mampu handle. Mujur, negative.


Both my husband's supervisor dan supervisor saya kata - SUSAH SUAMI ISTERI BUAT PhD.

Ada contoh diberi - suami isteri bercerai sebab PhD. I actually appreciate mereka sangat concern dengan situasi kami, dan cuba memberi gambaran sebenar PhD journey. Tapi itu bukan kata-kata semangat yang kami perlukan. Dan kami tidak buat keputusan untuk sambung belajar sebab kami rasa ia adalah FUN macam pergi jalan-jalan di Sabah atau Langkawi.

Dan once pernah bertanya pada supervisor 'Do you have kids while doing your PhD?'

He replied 'Yes, but I don't add'

Seriously, risau jugak kalau pregnant apalah perception dia nanti towards my work.


Ayah pun pesan, kalau boleh planning dulu. Again, ayah obviously concern pasal anaknya. Tapi buat PhD bukan macam degree, in terms of, ia lebih flexible dan bukan wajib. Perhaps maksud ayah tunggu later-later la baru fikir pasal second child. Okay, noted.

Ni lagi buat saya risau, kalau pregnant ni macamanalah nak convince ayah yang I akan boleh cope with all the commitments. Sebab I pun tak mampu nak convince myself hehehe.. Tapi itu lah ayah saya, suka buat rule yang sangat susah buat saya. Macam dulu, ayah buat rule tak boleh pakai seluar jeans, nanti jadi mcm setan ;p Hahahaha  Indeed, lawak gila bila ingat.


But deep down, honestly, I want a baby. When? I don't know. Mahu atau tidak mahu baby, adalah keputusan bersama. Saya perlu respect keputusan Ami jua. Ada masa we'are certain that we still have to continue planning, ada masa hey I want a baby now! I mean now! Now! <--- ini bukan 'we' kot, it's just me!  Hehehe


All this while we don't really have to worry much about planning, since still bf, period pun tak betul lagi. If x period, buat UPT ----> mesti negative (Phew!).


So dah jadi monthly routine, setiap hujung bulan sekiranya period tak datang visit, buat UPT just nak be certain. Last weekend, perform monthly routine .... Tapi kalini macam berharap something yang contra berbanding bulan-bulan yang lepas.... Sangat berharap.


Photobucket

"Ya Allah, Owner of all sovereignty, Thou gives domination to whomsoever Thou like and snatch it away from whomsoever Thou wills, exalts anyone Thou pleases and degrades anyone Thou likes, all good is on Thou hands and surely Thou has power over all things."


I was so speechless, sujud dan bersyukur. Mungkin bukan ini pekara yang terlalu diinginkan dalam masa terdekat ni. Tapi bila ini yang dikurniakan-Nya... Tak sangka kegembiraannya seolah-olah inilah yang dihajati setelah sekian lama. Tidak kurang langsung rasa happy tu. Sedikit risau pun tidak ada, walhal selama ni risau akan apa ayah pesan dan of course my supervisor. Sangat tenang dan tidak berhenti bersyukur.


Rasa begitu rendah diri, kita pun tahu berapa ramai yang masih belum ada satu pun, dan terus berdoa dan menunggu dikurniakan -- but, we are now expecting our second child. InsyaAllah.

Kalau dulu masa mengandungkan Amir, sickness started as early as before confirm I was pregnant. Alhamdulillah, kali ni.. dah nak masuk minggu ke-5 masih sihat macam biasa. Mungkin masih awal, tapi tetap bersyukur sekurang-kurangnya boleh skip sickness 5 minggu ;p

It's my hope boleh bekerja macam biasa, ada kudrat untuk carry out tanggungjawab yang lain. Doa kan kami selamat semuanya! Yes, no doubt I really want this baby. As much as I want Amir. As much as I love Ami. Thank you, Allah!



Before you were conceived I wanted you.
Before you were born I loved you.
Before you were here an hour I would die for you.
This is the miracle of life.


Maureen Hawkins

Tuesday, July 10, 2012

[60% off] Little Bean High Chair for RM160 instead of RM399 (SOLD)

3 comments

SOLD



Discount : 60%


You save : RM239



Brand New!!!



Lowest price in town!


  Photobucket

Highlights


Easy to assemble

User friendly

Durable construction material

5-point harness

Easy fold

Comfortable PVC padded seat

Removable double tray

Adjustable Backrest Recline

Adjustable Height




Email to hidayah_bahar@yahoo.com for inquiry.




p/s: ONE unit left. BLUE color.


Delivery - Klang Valley ONLY.



Scroll for new entry.

Tuesday, July 3, 2012

9th Anniversary: Special Entry for Ami

6 comments
*Sorry Amir, you're not in the limelight today.


A good friend

Pertama kali bersua muka di padang KUSTEM. Ami main basketball, saya main netball. Walaupun sudah perasan, ada sorang mamat ni sedang usya tapi haruslah saya jual mahal. Mana la tak perasan, bila tiba-tiba mamat yang tak dikenali sokong team netball kita. Siap mention 'Center Hijau! Center Hijau!' He's cute. LOL.

Malamnya, saya dan kawan-kawan pergi minum di kedai depan asrama. Mungkin sebab saya tahu mamat tu kerja part-time jadi waiter kat kedai Cik Ani ;p Lepas dia mintak order, dan hantar minuman. Dia datang balik, untuk mintak no telefon. Tapi dia kata 'Kawan saya mintak no telefon semua orang' Adekah termasuk no phone Daoh (Firdaus) sekali, since dia pun duduk kat table tu?

Sejak malam itu, kami pun jadi kawan hehe Kawan je? Sebab masatu kami berdua dah ada gf/bf la konnonye. Cinta tiga segi.


A drive-me-crazy boyfriend!

Mula-mula bercinta semuanya indah, apa yang tak indah kan waktu mula-mula. Lepas beberapa bulan, bukan tak indah tapi thrill.. Baru terasa now u know love requires patience and commitment. But we enjoy the learning process. Baru saya tahu, boyfriend saya ni susah nak bangun. Banyak kali merajuk sebab dia lambat hehehehe So funny! Sampaikan pergi depan rumah dia, call phone.. kita yang kat luar pun dengar bunyi handphone Nokia banana dia, dia tetap tak bangun. After so many times kena melalui proses ni, bila ada appointment pagi dengan girlfriend dia, Ami pun stay up sampai ke pagi. Dia takut kalau dia tidur dia tak bangun, u know.. it's beyond his control ;p

Walaupun Ami tak lambat, tapi he physically nampak penat sgt sebab tak tido kan.. kadang2 kalau teman saya pergi cari barang, sambil berdiri pun dia boleh tido  :) Kalau naik bus, tak sempat borak dia dah tertido.

Dan Ami ialah seorang boyfriend yang suka bawak buku pergi dating. Kita ingatkan perempuan lain aja boleh buat kita jeles, buka tebal dia tu annoying jugak rupanya. Pantang kita senyap beberapa saat, dia dah selak buku. Sebab tu bila dating, I have to make sure I have enough topics to talk about.

Selain tu, Ami jenis tak banyak cakap. Very secretive. Kadang-kadang tak tau apa yang dia fikir. Selalu bergaduh sebab kami tak communicate effectively. Obviously, kalau bergaduh tu disebabkan salah faham semata. Oleh itu, Ami belikan 'buku biru' - a blue diary. He's damn good in writing. Which I rasa tak aci lah, sebab selalu cair bila baca apa dia tulis. Sedangkan kalau 'gaduh mulut', saya ada chance untuk menang. So buku biru tu adalah medium untuk kami communicate things yang susah kita nak express masa face-to-face. It really helped. Bila gaduh je, baca buku biru it reminds me, hey he loves u much!

Another book yang Ami suggest untuk baca, Men are from Mars, Women are from Venus. Tulah ingat umur 20 tahun dah cukup besar nak bercinta kan  ;p Then barulah faham lelaki ni macamana. Lagi satu bahan bacaan masa bergaduh, kalau tidak Ami lah jadi mangsa baca sms yang tak henti-henti ;p

Masa bercinta itulah antara issue yang tak tau la macamana nak cope masa tu hehehe.. selalu lambat, susah bangun, susah bercakap.. ;p But that's what made him unique for me. Walaupun tak romantic but he's different. Entahla memang tak tau nak describe macamana in words. Kalau saya banyak membaca mesti terjumpa perkataan yang sesuai.


Understanding Husband

Character Ami yang ini merupakan faktor utama yang menjadikan kami seperti kami hari ini. Ami tidak bossy, tidak mendominasi relationship. Ami sangat open towards my opinions and decisions. Contrary, character isteri Amir is totally opposite - well bukan saya nak mendominasi (Tak nak mengaku jugak!) cuma I'm type of person yang firm about my decision and what I know best for me and loved ones. Dan susah nak ubah fikiran. Hmmphh. Ami memang suka beralah. Masa bercinta dulu I'm like the queen, bila dah kahwin Ami lebih strict he he he padan muka I!  Tapi saya juga prefer begitu. Pernah jugak kena marah oleh Ami hu hu hu  :)


Loving Father

U know what, Ami ni rasanya jarang main-main dengan kids. Masa kitaorg kahwin, dia baru ada seorang anak buah. Itupun jarang jumpa. So tak dapat nak bayangkan macamana lah agaknya dia melayan anak dia nanti. Walaupun mungkin tak pernah dukung baby, tapi bila dukung anak sendiri for the first time tu okay aje. Cuma, kalau nak pass Amir kat dia, dia kena get ready tangan dulu.. buat gaya mendukung, then baru lah letak Amir atas tangan yang dah ready tu.

Bila depan kita, Ami tak banyak pun mengagah Amir. Tapi kadang-kadang I curi-curi dengar dari dalam bilik air, bila Ami jaga Amir sorang-sorang, hi hi hi kelakar jugak. Masa Amir baby dulu kan susah nak gelak, the only thing yang boleh buat dia gelak ialah sneezing. So itu aje la modal dari awal I mandi sampai ke sudah   ;p

Ami sangat concern pasal brain and physical development Amir. Itu cara dia manjakan Amir. Dari Amir baby, he bought Baby Einstein CDs. Walaupun masa tu I doubt jugak boleh ke baby ni focus tengok TV and absorb apa yang dia nampak on the screen. Well, memang betul iye. Kalau Amir tengok his CDs sekarang sangatlah fokus, panggil berapa kali pun tak pandang. Atau sekurang-kurangnya dia jeling aje. His father's trait.

Ami yang selalunya habiskan masa baca semua description educational toys kat Toysrus atau ELC. Emak Amir grab mana yang comel aje. Kose mak fikir lama-lama sangat, kalau dia jual tu mesti dah bagus lah tu ;p Ami selalu spend masa main flash card la, ajar main iPad's apps, download segala apps yang boleh benefit Amir, nanti adalah justification kenapa apps tu bagus - mak iyekan aje, kalau dia yang buat tu memang iye bagus lah he he he

Kadang-kadang bila main dengan Amir, noticed dia ada vocab baru ke skill baru ke.. bila tanya Ami, ha ah dia yang ngajor. Thanks sayang!



Alhamdulillah kami masih bersama sehingga ke hari ini. Suatu masa dulu, hampir setahun kami tidak ada 'special relationship' gara-gara distance and distrust. I could not ever imagine if I were or he was with someone else. But we both make up after break up.

Now, boleh lah kami terus merealisasikan bual-bual kosong kami masa bercinta 9 tahun yang dulu....

Sambung PhD....

Berapa orang anak kami mahu ....

Ami nak ajar anak kami main football, basketball, swimming ...

Travel bersama-sama .......

And of course, to grow old together.




Photobucket
2006




Photobucket
2012



[8th Anniversary story, here]




Much love,
Yaya

Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates