Sunday, October 13, 2013

Our new crib: Pindah Part 1

3 comments
Last weekend dah start pindah barang. Basically floor atas dah ready sepenuhnya, maka barang-barang yang tak berapa nak pakai kat rumah sekarang, kami pindahkan dulu.. contohnya katil Amir. Ini pun kami hire sekali dengan service buka-pasang katil dan lori.

Alang-alang dah ada lori, kami angkut sekali semua barang yang dah siap pack. Hampir 50% barang dah selamat pindah.



Amir room is ready!!



Our guest room.


At the same day, I panggil tukang langsir pasang terus langsir. Now baru nampak rupa sebuah rumah.. Heuheuheu




Orang kitchen cabinet pun dah selesai tugasannya memasang top for my play area. Wee.. Happy!







Living Hall




Dining Hall




Thanks to my adik, Hafiz and Ita who had helped us a lot!! Angkat barang, lap tingkap, mop lantai and banyak lagi. Allah sahaja lah membalas jasa kalian.




I was so excited to show Amir his new room. So, hari Ahad we brought kiddos to our new crib. I can't wait to see Amir's reaction, he can be a drama-queen at times Hahaha

Dan ye! Masa nak naik, baru je sampai kat tangga, he saw the room has been set up and he was like.. "Haaa..." buka mulut besar-besar, mata bulat sambil senyum. Terus melompat atas katil "New bed Amir.. New bed Amir... "


Now he has more space to play ;) Umar pun share the excitement, selalu tak nampak sangat dia sibuk nak merangkak, yesterday bukan main lagi dia merangkak nak ambil macam-macam toy. And he started to stand! Yeeehaaa..





Amir's working table.


That's it. Sekarang tengah consider kalau diri sendiri dah ready nak pindah this coming weekend hehe.. Much earlier than expected date. Memang excited, cuma fikir am I ready nak drive pergi kerja dengan budak dua orang ni.. Selama ni hantar Amir one floor up aje. Hah, you can do it Mommy! ;p




Sunday, October 6, 2013

Our new crib Part 1

2 comments
Insha Allah lagi sebulan kami akan berpindah ke rumah baru. Ada satu malam, masa nak tidurkan Amir and Umar, rasa sentimental pulak nak tinggalkan rumah kami sekarang ni. Dulu masa pindah masuk masa umur Amir 4 bulan, rumah di mana kami sama-sama membesar.

Well, hidup perlu diteruskan di rumah baru! Hehe

Persiapan nak ke rumah baru telah bermula sejak bulan 3, iaitu selepas kami bayar deposit and submit loan. Tuuuu diaaaa... An efficient planner katanya. Basically survey contractor untuk pasang benda2 basic kat rumah. Yang untungnya, dikawasan tu memang dah ramai yang start buat renovation, jadi mudah untuk kami filter down contractor mana yang okay.

Akhirnya i-Concept menjadi pilihan, based on many owners at our fb community page, ramai yang opt for i-Concept. 


Bukanlah sebab murah tapi bersesuaian lah harga dan kerjanya. Dengan i-concept ni kami hire untuk pasang grill, wiring, extend kitchen unt buat wet kitchen and utility, touchup rumah i.e plaster and paint, pasang bathroom accesories etc.

So far kami tak ada masalah and happy with their service. Dari mata kasar nampak kerja diorang kemas and on time, janji ditepati.


Our backyard before extend, thanks kat neighbour sebelah dah extend satu dinding hehe


Wet kitchen in the making, pending for plugs and pintu kabinet.


View of our wet and dry kitchen.

Half grill supaya kami boleh sidai baju dalam rumah. Plan untuk letak blind, risau ada yang baa-chak mommy masa tengah masak ;p

Actually, our dry kitchen kami buat dengan Chan Kitchen Furniture.

Alhamdulillah, pun berpuas hati dan tidak ada masalah dengan hasil kerja. Kami ambil package kitchen cabinet and 2 built-in wardrobe.

L-shape kitchen cabinet.

Amir and Umar's room

Our room


Alarm system kami ambil ADT. Boleh tengok package mereka di website atau call customer line. Masalah dengan mereka, andai kata kita pilih untuk hack so wiring dalam dinding dan bukan piping, mereka hanya akan hack sahaja, plaster dan paint semula dinding tu terpaksa lah cari pak sanggup yang lain. Jadi for our case, main contractor, i-Concept yang akan bersihkan kerja ADT.



Since dapat kunci, weekend kami penuh dengan activity beli barang, jumpa contractor, so tiring.. Kadang-kadang Umar kami tinggalkan di nursery cuma tak sedap kadang-kadang ambil lambat, cikgu pun nak berweekend jugak kan. Amir kami bawak sebab dia dah pandai nak spend masa dengan mommy and baba, tapi kesian jugak tidur dalam kereta tak dapat nak main sangat. Tak sabarnya nak selesaikan semua urusan tapi mungkin ada 3 minggu lagi before kami boleh setel down.

Kami tak banyak beli furniture, yang ada sekarang masih boleh diguna pakai. Cuma beli barang-barang untuk study room - rak buku, meja kerja file storage - , tv cabinet beli dari Ikea.


Thanks Kak Fara yang sanggup mengoffer vehicle-nya untuk bawak barang-barang kami. Walapun Ikea ada service untuk delivery dan pemasangan tapi sedikit mahal berbanding kami outsource kerja-kerja tu pada orang lain .


Lighting pulak; dah banyak jugak tempat kami survey lagipun kami tak la beli chandelier, jadi on our opinion Cyma Lighting (ada banyak branch) dan Houses Lighting di Puchong, harga mereka adalah Okay. Ramai yang review pasal Houses Lighting, boleh google. I pun rasa harga diorang jauh lebih murah, option banyak cuma kadang-kadang walaupun banyak gile pilihan still takde yang paling berkenan.


Houses Lighting Enterprise, Puchong


Address
  • No.33, 35 Jalan BPU 6, Bandar Puchong Utama
  • 47100 Puchong

Doakan uruskan kami nak mengadakan shelter buat Amir dan Umar. Amin.

Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates