Well, hidup perlu diteruskan di rumah baru! Hehe
Persiapan nak ke rumah baru telah bermula sejak bulan 3, iaitu selepas kami bayar deposit and submit loan. Tuuuu diaaaa... An efficient planner katanya. Basically survey contractor untuk pasang benda2 basic kat rumah. Yang untungnya, dikawasan tu memang dah ramai yang start buat renovation, jadi mudah untuk kami filter down contractor mana yang okay.
Akhirnya i-Concept menjadi pilihan, based on many owners at our fb community page, ramai yang opt for i-Concept.
Bukanlah sebab murah tapi bersesuaian lah harga dan kerjanya. Dengan i-concept ni kami hire untuk pasang grill, wiring, extend kitchen unt buat wet kitchen and utility, touchup rumah i.e plaster and paint, pasang bathroom accesories etc.
So far kami tak ada masalah and happy with their service. Dari mata kasar nampak kerja diorang kemas and on time, janji ditepati.
Our backyard before extend, thanks kat neighbour sebelah dah extend satu dinding hehe
Wet kitchen in the making, pending for plugs and pintu kabinet.
Half grill supaya kami boleh sidai baju dalam rumah. Plan untuk letak blind, risau ada yang baa-chak mommy masa tengah masak ;p
Actually, our dry kitchen kami buat dengan Chan Kitchen Furniture.
Alhamdulillah, pun berpuas hati dan tidak ada masalah dengan hasil kerja. Kami ambil package kitchen cabinet and 2 built-in wardrobe.
Amir and Umar's room
Our room
Alarm system kami ambil ADT. Boleh tengok package mereka di website atau call customer line. Masalah dengan mereka, andai kata kita pilih untuk hack so wiring dalam dinding dan bukan piping, mereka hanya akan hack sahaja, plaster dan paint semula dinding tu terpaksa lah cari pak sanggup yang lain. Jadi for our case, main contractor, i-Concept yang akan bersihkan kerja ADT.
Alarm system kami ambil ADT. Boleh tengok package mereka di website atau call customer line. Masalah dengan mereka, andai kata kita pilih untuk hack so wiring dalam dinding dan bukan piping, mereka hanya akan hack sahaja, plaster dan paint semula dinding tu terpaksa lah cari pak sanggup yang lain. Jadi for our case, main contractor, i-Concept yang akan bersihkan kerja ADT.
Since dapat kunci, weekend kami penuh dengan activity beli barang, jumpa contractor, so tiring.. Kadang-kadang Umar kami tinggalkan di nursery cuma tak sedap kadang-kadang ambil lambat, cikgu pun nak berweekend jugak kan. Amir kami bawak sebab dia dah pandai nak spend masa dengan mommy and baba, tapi kesian jugak tidur dalam kereta tak dapat nak main sangat. Tak sabarnya nak selesaikan semua urusan tapi mungkin ada 3 minggu lagi before kami boleh setel down.
Kami tak banyak beli furniture, yang ada sekarang masih boleh diguna pakai. Cuma beli barang-barang untuk study room - rak buku, meja kerja file storage - , tv cabinet beli dari Ikea.
Thanks Kak Fara yang sanggup mengoffer vehicle-nya untuk bawak barang-barang kami. Walapun Ikea ada service untuk delivery dan pemasangan tapi sedikit mahal berbanding kami outsource kerja-kerja tu pada orang lain.
Thanks Kak Fara yang sanggup mengoffer vehicle-nya untuk bawak barang-barang kami. Walapun Ikea ada service untuk delivery dan pemasangan tapi sedikit mahal berbanding kami outsource kerja-kerja tu pada orang lain
Lighting pulak; dah banyak jugak tempat kami survey lagipun kami tak la beli chandelier, jadi on our opinion Cyma Lighting (ada banyak branch) dan Houses Lighting di Puchong, harga mereka adalah Okay. Ramai yang review pasal Houses Lighting, boleh google. I pun rasa harga diorang jauh lebih murah, option banyak cuma kadang-kadang walaupun banyak gile pilihan still takde yang paling berkenan.
Houses Lighting Enterprise, Puchong
|
Doakan uruskan kami nak mengadakan shelter buat Amir dan Umar. Amin.
1 comments on "Our new crib Part 1"
wah.. bnyk da progress... mesti tak sabar nak masuk rumah baru kan...
Post a Comment