Wednesday, September 1, 2010

Shopping raya version mak buyong tak sedar diri


Now everyone is talking about shopping raya..

Menyedari keadaan fizikal saya raya kali ini, tak banyak benda boleh beli.. List saya untuk tahun ni pendek sahaja:

- Baju raya
- Foundation
- Kasut yang cantik sikit dari sandal flat untuk wanita mengandung

Setelah mensurvey-survey barangan dalam list...

- Baju raya
Terpaksa dilupakan bila jubah pun terjongket di bahagian depan apabila dipakai. Kat belakang pulak panjang menjela ko ingat baju kawen, kain nak panjang kat belakang. Jubah pun boleh tahan mahal, lepas ni mak tak tau nak pakai bila lagi.. kaya sangatkah nak beli baju untuk dipakai sekali semata?

- Foundation
Alasan nak beli masa raya; foundation dah habis. Satu lagi barang terpaksa dilupakan, haritu dah masuk hospital bagai.. sian nak paw Ami lagi hehe. Lagipun memang tak penting! (Ayat sedapkan hati isk isk)

- Kasut yang cantik sikit dari sandal flat untuk wanita mengandung
Yeay! Ini saja yang dapat.. itupun sebab hanya kaki aje yang tak bengkak dan masih kekal saiz sebenar, bahagian yang lain bengkak belaka.

Tapi.....




Kasut ini sebenarnya tak sesuai pun pakai masa mengandung... Hihi
Hello kasi can la saya nak rasa aura raya dengan membeli sesuatu yang kononnya untuk raya!


Si suami menjeling sinis. Saya pakai masa amek gamba je ok.. *wink*wink

3 comments on "Shopping raya version mak buyong tak sedar diri"

marinahunny on September 1, 2010 at 5:30 AM said...

take care dear. dh dekat nak deliver. semoga baik2 saje dan dimudahkan bersalin, insyaallah..sandal tu blh pkai pas abis pantang nt..hehehe

Ainul Mustafa on September 1, 2010 at 6:15 PM said...

sedih kan bila pk baju raya.nk beli jubah nanti lps bersalin mcm la rajin pakai sgt.nk tempah kaftan dah terlewat.nk beli yg siap, mahal giler.ainul igt nk terjah hajaba je la.kot2 ada yg berkenan :)
kasut berangan la nk pakai high heels.huhuhu

Dina Zakaria on September 3, 2010 at 5:50 PM said...

i kasik2 hint kat hubby nak beli kasut raya. dia cakap, kalo nak beli 3 PASANG PUN BOLEH tapi mesti FLAT SHOES!!!hampehsss..=(

Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates