Friday, March 27, 2015

REVIEW: 9th Maternity & Children Expo, 27-29 March 2015 at Mid Valley Exhibition Centre


Awal pagi tadi dah terpacak di Midvalley nak shopping barang-barang baby and abang baby.


Pagi bagi saya, pagi lagi mereka ini sampai dan menunggu depan entrance ....


Sampai kat sana dalam pukul 9.45 (since kata start pukul 10) tapi entah pukul berapa la diorang ni sampai. Syabas!


Exhibition details


Nak lagi details boleh pergi ke website atau facebook event ni atau facebook page maternity and children expo.


List of exhibitor

Maybe kedai-kedai online ada yang tidak ada dalam list ni. So sebenarnya lebih banyak la exhibitor yang participate event ni.


Kebanyakkan maybe almost all products memang murah dan ada diskaun berbanding harga biasa. So worth to go! Especially kalau nak beli diapers, kebanyakkan brand ada and having  promotion. Take note, sila expect Q  yang panjang kalau nak beli Petpet, Drypers, Mamypoko. Tadi saya beli Diapex, tak perlu Q.

Kalini tak banyak pun shopping barang. Sedikit barang newborn seperti baju. Brand yang ada tadi Pureen and Tollyjoy, sepasang baju RM12-RM13. Time ni lah menyesal tak beli baju masa Pureen warehouse sale, RM6 je sepasang. Grrrrrrrrr!


Selain tu, beli barut. Tak ingat nama kedai tapi salah satu tu sebaris dengan booth Spectra. Kedai ni dia jual RM5 sehelai kalau beli 5 helai. Dan perlulah beli dalam kiraan 5, 10, 15 .... kalau 7 helai, yang lagi 2 kira harga normal. Ceit.

Dan lagi satu kedai jual RM7 sehelai, beli 5 free 2. Still sehelai RM5. Ini dari kedai Mydreams Concept.



Ada jenis tali atau strap. I prefer tali sebab kebiasaannya baby saya keluar awal, saiz kecil so kalau tali mudah nak adjust size.


Alright, itu sahaja report untuk kali ini. Pesanan penaja adalah, silalah bawak trolley, luggage atau ada jugak yang ambil trolley dari Aeon hehehe.. Tapi fikir2 kan lah nak bawak trolley Aeon tu sebab kat dalam nanti laluan tak berapa nak beso, dapat pulak lalu kat tepi booth diapers yang mana orang beratur panjang mungkin akan menyebabkan kesesakan lalu lintas.





HAVE FUN SHOPPING!!!!




1 comments on "REVIEW: 9th Maternity & Children Expo, 27-29 March 2015 at Mid Valley Exhibition Centre"

AyuArjuna BiGoshh on March 27, 2015 at 7:37 PM said...

mmg berbaloi klu dpt pg...tapi hassle nya dgn rmi org yang berlumba2 nak membeli, huhu

Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates