Macam biasa, every pregnancy, bila cecah 31w aja akan bermula la contraction. Bezanya kalini sekali aje mommy pergy emergency in case memang in labor. Disebabkan sekali itu bukanlah in labor, lain kali bila contraction attack I just duduk diam-diam kat rumah. Tapi bila 35w dah takde contractions yg kuat - which berharap jugak ada so that dilation boleh bermula. Cuma selepas 35w, rasa extra fatigue.. Sakit dekat lower abdomen, difficult to sleep - sepatutnya common and is expected masa 3rd trimester but I found out it was so difficult to deal with. Until yesterday (12/8), memandangkan harini (13/8) ada checkup dengan Prof, so nak mintak cuti seminggu. Tak boleh tahan.
13/8 Thursday, 28 Syawal.
My pregnancy turned 36w. Umar was born at 36 while amir lahir masa 37w. From the beginning i suspected memang akan deliver awal. Tapi memandangkan takde pun contraction lately, i was looking forward 37w onwards. Rasa nak nangis memikirkan lagi 2 mggu nak jalan macam penguin.
Ceritanya, terjaga pukul 4 sebab perut mengeras - selalunya sebab bladder penuh. Sangat mengantuk sebab tadi tidur pun lewat, susah nak lelap mata sebab memikirkan bila nak bersalin hehe tapi tiba-tiba rasa ada air keluar which I thought i peed. So quickly masuk toilet. I thought semacam je banyaknya. Mula rasa cemas dan bulu roma naik. Keluar dari bilik air rasa ada nak keluar lagi. About 5 minutes after that baru lah rasa sure that was air ketuban. So kejutkan Ami yang baru 2 jam tidur. Since air keluar sikit-sikit I did not panick much. Jadi sempat kemas barang and amir n umar pun sibuk bangun jugak. But it was good i can see and talk to them sebelum ke hospital :)
Lepas tinggalkan Amir and Umar kat rumah ibu dia. We went straight to Emergency, by 7 sampai. By the time dah habis buat CTG, contraction makin kuat. Lama jugak nak tunggu doc sampai check dilation. At that time, dah dilate 5-6cm so akan dibawa naik ke labor room. Sangat cemas. He he he tak sangka pula ini harinya.
Memandangkan patient katil sebelah di Emergency tu dah dilated 9cm and kena tolak naik katil terus, saya yang baru 5-6 duduk kat wheelchair ni ditinggalkan sementara waktu ;p lama jugak tunggu, sempat la merasa contraction yang sangat kuat, setiap 5 minit masa duduk kat wheelchair. Waaa nak nangis (sebab takut)
Mungkin around 8 baru sampai labor room. Masa ni contraction dah buat rasa nak meneran. But in my mind, baru 6 mana boleh teran. Kurang sikit cemas.
Kemudian nurse check jalan, 7cm. Tidak syak lagi kenapa contraction sakit rasa nak teran. Lepas lebih kurang 5 min masuk labor room, Prof datang. Dia kata 'teran teran' maybe berlawak. Lawak cemas namanya. Nurse pun masih lagi pasang drip. Tapi rupanya memang iye dah boleh teran especially mmg rasa nak teran. Alhamdulillah, proses meneran kalini jauh lebih baik dari 2 yang lepas dan jauh lebih singkat. 8.37am adik Amir Umar selamat dilahirkan. Contraction kalini memang lebih sakit and only this time ada rasa nak meneran, so I guess that helps a lot untuk senang teran.
Lebih bersyukur sebab semua dipermudahkan, dari air ketuban pecahnya, sehinggalah ke labor room. Everything s in control. And now (3.23pm) dah boleh rileks2 :)
Again no cut or tear this time,harapnya dipermudahkan lagi untuk berpantang.
So here u go, our hero (again! X2)
0 comments on "Another Hidayat Syah - Adik Amir & Umar"
Post a Comment