Tuesday, June 26, 2012

Playgroup Survey for Amir

4 comments
Bulan lepas survey kindy, now survey playgroup pulak.

Main objective masih sama, nak hantar Amir ke playschool biar dia socialize and learning through play.  Well, we both dah some sort made up our mind untuk hantar ke BBIM tapi ada a few issues if nak hantar dalam tahun ni. 1) Kalau nak hantar half-day, nanti takde orang nak fetch Amir from school and perlu jugak babysitter untuk jaga Amir after school. 2) If we go for fullday programme - which memang option yang ini kami akan opt, masalahnya kami masih ade kelas malam at least sampai awal tahun depan. Still akan ada masalah nak fetch Amir and hantar ke rumah babysitter. And still perlukan babysitter.

I'm more concerned about his social skills memandangkan kat rumah yang ada; mommy and baba. And I rasa pentingnya dia ada exposure about how school looks like and friends. Maka, terfikir pasal playgroup. Basically playgroup ni, kita nak arange sendiri pun boleh dengan kawan-kawan yang ada anak. Tapi somehow, I'm a bit particular about content. Amir pun ada 11 cousins sebelah mommy + 3 cousins belah baba hehee kalau balik kampung, itu playgroup yang terbaik.


Anyway, hasil survey pasal playgroup tak banyak. Especially yang ada content and flexible. Most of playschool programme adalah yang daily basis from any kindy. Tapi kadang-kadang kindy pun ada buat playgroup once in a while perhaps marketing strategy lah, tapi tak tetap masanya.


So yang ada offer playgroup session adalah Gymboree, Kid's e World and Ibu Family Resource Group.


Actually I'm more interested with Gymboree because the contents seem good. For Amir (21-22 months), ada program tersendiri which are - Music, play, Art

They have package:

RM1980  + RM180 (membership) - RM2160
Play class – 45 minutes  X 24 sessions
Music class – 45 minutes X 12 sessions
Art class – 1 hour X 12 sessions

Total 48 weeks


So maksudnya 1 session costs us RM45. Classes sangat flexible, kita boleh pilih masa and hari yang kita boleh pergi according to their timetable. Weekend pun boleh tapi selalunya ramai sangat. Katakan this week kita absent, boleh replace the following week. So 48 weeks tu tak semestinya habis dalam masa 48 minggu.

We can go for trial class, normally diorang akan advise enter Play class - RM65 for 45 minutes. If kita sign up for their package, the trial class is free. Here's a review for Gymboree. But this quite old, somewhere in 2009. Harga pun lain.



Location:

Bangsar Village
1 Lot F 2B, First Floor B
(603) 22845602

Tropicana City Mall
Tropicana City Mall L2-38/39
Level 2 No. 3
(603) 77101832



Next, Kid's e World. Tapi untuk umur macam Amir, diorang hanya offer 1 class sahaja - Kindermusik.

45 minutes per session costs RM45.

Package diorang adalah: RM525 for one semester (15 weeks) +RM210 (material) = RM745

As of today, takde ramai pun yang nak enroll program ni so kemungkinan besar diorang tak dapat nak offer kalau quantity student sikit.


The Gardens Mall:
FF-202, Fourth Floor, The Gardens Mall Mid Valley City
03-2202 1232 / 012-389 7677


Dan yang terakhir yg I rasa appropriate untuk share kat sini ialah  Ibu Family Resource Group. So far their playgroup is scheduled every Wednesday, 10-12pm. Murah pun murah, RM20 per child/session. Kalau jadi member, RM200 per year, rate for playgroup jadi RM10. Tapi yang ni pun macam takde content. When I asked, representative tu kata just main dekat play area yang ada kat situ with other kids. Kalau macamtu baik I pergi Sogo, kat children department tu play area Free atau kat Starz Garden, RM6 per hour.




So kalau nak consider content yang bagus, nampak gaya Gymboree yang attractive. Tapi kene bincang lebih mendalam lagi berkenaan fee dengan Finance Manager, Mr Zamil Syah Mustaffa.






Fuh, lagi sikit je lagi Amir nak masuk 2 tahun. Makin lama makin seronok melayan karenah dia. Walaupun tak berapa petah bercakap lagi, now dia dah start bertanya.. 'tu apa?' Pastu dia jawab sendiri. Atau purposely tanya benda yang dia dah tau. Hope Amir dah banyak belajar vocab especially from his CD. Tapi untuk construct ayat tu masih lagi struggle. Ayat paling panjang consists of 3 perkataan aje ;p 'Abang wash car'
'My (mi) dok kang (belakang)' halau mak dia dari front seat in the car.




Sebulan dua yang lepas, Ami dok mengajar Amir 'big' and 'small'. So sekarang dia dah boleh differentiate between those two words. Kalau kat atas jalan 'big lorry' 'big bus'. Dia lebih kerap guna 'big' maybe sebab small tu common la kan hehehe Everytime pun nak 'big ball'.






Cuma yang tak mahu di dengar, especially di luar... ataupun dengan adanya orang lain dalam keadaan itu... ialah.. 




Bila Amir differentiate... big nen... small nen.... LOL!





Oh no I'm missing you!

Photobucket

Sunday, June 24, 2012

Update on my second baby

2 comments
Sedang terhegeh-hegeh study

Friday, June 8, 2012

Evolusi Rambut Amir

6 comments
Bersempena dengan hari jadi Amir ke-21 bulan yang bakal menjelma 3 hari lagi, rasa terpanggil untuk post satu entry khas buat Amir mengenai satu isu yang sangat sensitif suatu masa dahulu, iaitu  ...

Rambut.


Memang dari sejak lahir, rambut Amir haluuus sangat. Jangan kata rambut, bulu kening and bulu mata pun takde. In fact bulu kening tak berapa nak ada sampai sekarang.


Photobucket

Newborn.

Mungkin normal la baby baru lahir, rambutnya tak lebat kan.. jadi kami pun tunggu la, tunggu punya tunggu.. Rambut yang di sebelah tepi nampak makin memanjang...


Photobucket

Ni masa Amir sebulan.


Tetapi, rambut sebelah atas yang semakin berkurang. Ah, sudah...


Photobucket

Dah macam Professor.



Masa Amir 2 bulan, ibu (babysitter Amir) volunteer nak cukur rambut Amir. Kata orang, kalau cukur lebih lebat rambut tu nanti.


Photobucket

Amir dah get ready nak bercukur rambut.



Dan hasilnya ......


Photobucket

Licin dan flawless macam pakai SK-II.


So, dengan penuh harapan mommy tunggu rambut yang lebat akan tumbuh...


Photobucket


3 bulan: Sengeh, sengeh jugak... rambut mana?


Disebabkan, tak berapa nak tumbuh rambut si Amir.. kalau tumbuh pun macam malu-malu aje.. Kami cukur lagi sekali.


Photobucket

4 months: I'm back and bald!

Ada yang sarankan lebih afdal cukur 3 kali.. Maka kami ikutkan.


Photobucket

Dah jadi identiti Amir dikenali sebagai si botak. Selain botak, ada jugak gelar Amir Lex Luthor.. Hehe



Photobucket

5 bulan: Heh, Amir dah ada rambut! Atau 'bulu roma' di atas kepala.


Selepas kali ke-3 cukur, mommy pun dah tak rela kepala Amir dicukurkan lagi ;p Kita tunggu aje lah rambut Amir tumbuh bila-bila dia suka.


Sementara itu, kita pakai kan Amir topi.


Photobucket

Eh, marah nampak?!


Penantian kami hampir berakhir, semasa umur Amir menjangkau satu tahun ...



Photobucket


Ha, nampak tak? nampak tak? Weehuu!



Photobucket

Eleh, kita pun ada rambut tau..


Bila dah setahun lebih, rambut pun makin panjang.. walaupun halus-halus.. kerinting kat hujung pulak tu.. Mommy sangat happy.........


Lunch http://instagr.am/p/lWlEe/


Sama? Tak Sama! http://instagr.am/p/ih8Gr/

Sebab Amir ikut rambut mommy!! Saje-je letak gambar ni, kasi clear sikit perbezaan dgn baba dia ... ;p



The most recent ...


Photobucket



Cuma, mommy pening sikit je tengok rambut Amir bila baru bangun tidur. Gaya macam ada masalah negara.



p/s: 3 months away before Amir turns 2 years old.

Wednesday, June 6, 2012

Litt Tak Branded Toys Warehouse Clearance 7-10 June 2012.

2 comments

Check out Litt Tak Branded Toys Warehouse Clearance now!


I memang dah pergi cekidout dah, pukul 9 dah terpacak. Sebab, sejengkal aja location kedai ni dengan office. Maka wajib pergi.



Photobucket

Details:

When: 7 June 2012 (Thursday) - 10 June 2012 (Sunday) .
Time: 9am - 6pm .


Thomas & Friends Started set series NOW RM30 only. Limited quantity.

Products offered during Litt Tak Branded Toys Warehouse Clearance:
  • Takara Tomy
  • Ban Dai
  • Mask Rider
  • Power Ranger
  • Ben 10
  • Ultraman
  • Gundam
  • Pla Rail
  • Thomas
Catch Litt Tak Branded Toys Warehouse Clearance at
No 6, Jalan 4/118B,
Desa Tun Razak,
Cheras, Kuala Lumpur.
Tel: 03-9172 1108


So apa yang I berjaya catch:


All of these worth RM85 at Litt Tak warehouse sale


Super Trailblazer driving range - RM12, satu untuk Amir satu untuk Abang Hazim

Brick - Lego / Block ada train - RM13

Football goal post & Basketball hoop - RM14

Lorry tanker (brick/lego) - RM14

Police station (tower) , patrol cars etc - RM20

Thomas & Friends starter set - RM30 (N/P RM59.90)


Photobucket



For girls pun ada, contohnya rumah permainan, quiet big and ada macam-macam aksesorinya worth RM28. Untuk baby pun ada tapi tidak sebanyak toys untuk kids 3 years old and above. Tapi still harga yang di offer memang murah and kualiti barang pun acceptable, worth the money.


Tuesday, May 29, 2012

The Weekenders & MWW Photoshoot

6 comments
Last weekend was quiet hectic. Hari sabtu kami ke Bentong, majlis pertunangan sepupu.

Setelah sekian lama tidak me'makeup'kan pengantin / semi-pengantin, pada majlis pertunangan ni.. Munira request untuk saya makeupkan dia. Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.


Cousin's engagement http://instagr.am/p/LE1lmRwPAq/


Makeup artist - baha ;p http://instagr.am/p/LE118KwPAw/

Alhamdulillah, she likes the makeup.


Hari Ahad pula, sebelah pagi kami ke Shah Alam untuk ambil cake. Alang-alang sampai sana, dapatlah jumpa dengan family my late brother.


Anyone looking for model? http://instagr.am/p/LHwB_WQPH0/


Photobucket

Photobucket


Could not ever imagine if I have to handle my kids all alone without Ami...  :(


Photobucket

Semoga Allah lanjutkan usia kami. 



Next, kami ke birthday Wafiy di Putrajaya


Photobucket

Geram je Amir tengok car tu kan..


Photobucket

Syakir, jangan ikut peel Amir tu sangat okey.


Photobucket



HAPPY FAMILY


Photobucket



Photobucket

Happy Birthday to Yien, Mizi and Wafiy.




Malaysian Women's Weekly Photoshoot


So seminggu lepas, MWW called untuk photoshoot. Ingatkan dah sudah yang haritu. I did informed them yang saya dah berhijab, kalau rasa tak berapa sesuai.. I don't mind to be excluded. Eceh.
Sekali dia kata tak apa, sambung rasa teruja.

Since baru je bertudung kan, kita pakai tudung ekspress aja. So untuk photoshoot ni, konon nak cari tudung different sikit. But I don't have much idea. Last minute pergi Shah Alam, nak tengok-tengok tudung kat Radiusite. Tapi macam tak kena je aku pakai, model dia pakai cantik aje huhu

So cuba mencari di Sugarscraf. Adalah satu menarik perhatian, tapi jenis tudung Syria. Pengalaman beli tudung Syria, kat kedai rasa macam okey ditambah lagi dengan salesgirl nya kata 'eh cantik' 'sesuai je awak pakai' (cess), bila dah beli.. and pakai... rasa macam... huhu kenapa muka ko bulat.


Malam sebelum photoshoot siap google cara memakai anak tudung syria. Rupanya kena potong, pakai sampai ke kening. Kan, mana mak nak tau..


Tapi bila esoknya... still rasa macam.. hemm.. mungkin saya tak sesuai pakai syria huhu. Tapi okey lah, itu jugak lah rupanya kan.. :) Ingatkan kalau pakai syria, terus rupa macam Yatt  ;p


Photobucket


Photobucket


Takpelah, pelan-pelan kayuh.. Sooner or later, berjaya lah kot identify tudung macam mana yang sesuai.

Sementara, kita pakai tudung awning ja dulu ;)


Photobucket

Monday, May 21, 2012

Penang trip & Cousin's Wedding & KPJ!

3 comments
Last weekend, kami ke Pulau Pinang. Lama dah tak menjejakkan kaki di Penang, last sekali mungkin 2008. Itupun sebab selalu kena outstation kat Penang.

Hari Jumaat, lepas kerja kami bertolak ke Penang, selain kami, mak cik, pak cik dan cousins pun ada. Selepas berhenti makan di Tapah, kemudian ambil adik di UTP, Gopeng, tak banyak pekara yang dapat direkod... mungkin sebab banyak kali terlelap, tapi buat-buat macam 'eh manada saya tidur, tengah teman Ami drive ni' Ngantuk gel!

Photobucket



Sampai di Batu Feringghi pukul 12mlm. Amir yang dah elok2 tidur dari dalam kereta, sampai aja kat bilik terus terjaga. Sampai pukul 4.30am kot. Mommy and baba dah landing atas katil, dia sibuk kumbah bag la.. 'susun semula' barang-barang yang mommy dah susun dekat rak, main baling2 bedak kena muka mommy dan lain-lain.

Pagi esoknya, selepas sarapan kami bersiap-siap untuk ke majlis persandingan Joey dan isteri (bukan Wati Elite tau).

Photobucket

Photobucket

Paw Cik Ngah beli bola di Tapah.


Berpusing-pusing jugak nak cari lokasi persandingan di Restoran Nelayan, Batu Maung Bayan Lepas.

Photobucket


Keluarga belah lelaki.


Photobucket


Pengantin baru

Photobucket


Pengantin lama

Photobucket


Familia..


Photobucket

Photobucket

Photobucket


Amir dan dua-pupunya. Satu-satunya kumbang diantara bunga-bunga.

Photobucket


Tapi sekuntum bunga ini juga menjadi pilihan hati Amir... Always!  ;p

Photobucket



Untuk malam ke-2 di Penang, kami checked-in di Rainbow Paradise Batu Feringghi. Selepas selesai majlis, bergegas kami ke hotel.. satu pekara selesai, now cuti-cuti time!!


Photobucket

The view from our room


Photobucket
Photobucket


Rainbow paradise http://instagr.am/p/KhSQLbwPDp/



Petangnya pula, bermandi-manda di swimming pool dan bercanda di tepi pantai. Masa ni, Amir dah start cranky and batuk makin menjadi-jadi. Sigh. Kesian dia (dan mommy) tak dapat enjoy cuti.


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Me and my cousins. Actually masa time sekolah, kitaorang selalu pergi bercuti sama-sama. After many years, ini lah baru dapat berkumpul and bercuti sama-sama again.


Malamnya kami makan di Padang Kota Lama. Then ke Hard Rock, menambah collection baju. Amir got his first HR t-shirt. It was already midnight, rushing sampai tak ambil gambar langsung. Apekah? Kene pergi lagi sekali ni.. Hehe baba, pls take note.


Keesokkan harinya, kesihatan Amir lebih merisaukan huhu Badan dia kejap2 panas, batuk dia dan mommy berlawan-lawan.


Photobucket Sian.. budak tak sihat

Muka pun cembeng manjang...


Selepas check-out, sebelum berangkat pulang.. kami pekena nasi kandaq sat. Then kami bawak kereta naik ferry.. Weeee..



Photobucket

Photobucket


Love.

Penang I'm in love!


The eldest, but the shortest


Photobucket


Bye Penang, nanti cheq mai lagi noh!!



Sampai je KL, Ahad petang, terus ke GP buat ke-3 kalinya untuk dapatkan reference letter nak bawak Amir pergi KPJ. Doctor yang check Amir hari itu (not our favorite doctor), dia kata lungs Amir ok, clear, takde bunyi apa-apa. Mungkin tak perlu warded, katanya.


The next day, Isnin. Kami bawak jumpa paed di KPJ, Dr Asmuni. Dia kata memang tak dengar bunyi apa2 dari lungs Amir, tapi kena challenge dengan nebulizer (neb) untuk tahu samada takde bunyi itu disebabkan mmg tak ada apa2 atau lungs dah penuh / blocked by phlegm. Maka, kami turun ke emergency untuk bagi neb. Bila naik atas dan check semula lepas ambil neb, doc dapat dengar bunyi tapi tersekat-sekat. Oleh itu, yang takde bunyi tadi disebabkan, berkemungkinan phlegm has blocked his airways. So paed minta Amir warded untuk regular neb, physio and phlegm suction (ugh!)

Kalau dengar Amir batuk pun kita tau ada phlegm, doc di GP sangat confident ye.


Another 'trip' after Penang, 3 hari 2 malam di KPJ Kajang. (Happy Mother's Day, Mommy!)



Dua orang geng batuk http://instagr.am/p/KoPAcRQPF1/

Mula-mula sampai kat ward, kemain happy.. ada abang kat bed sebelah rajin melayan dia.


Because he didn't know what it takes to stay at hospital... Regular neb, makan ubat.. tengah tidur pun kena kejut untuk ubat dan gas.. physio and phlegm suction..

I wanna go homeb http://instagr.am/p/KnzapCwPJp/

Ini hasil dia... Muka stress hi hi hi




Peaceful. http://instagr.am/p/KpCuCsQPDW/


Kesian Amir anak bujang mommy sorang.. Tapi sebab lama sangat dengan mommy, dari Jumaat sampai Rabu mommy jaga Amir, langsung tak berenggang.. minggu ni bukan main susah nak tinggalkan dengan babysitter.

Pagi tadi je, Amir bersungguh-sungguh menangis, baba pujuk pun tak nak. Berlari cari mommy dalam bilik.

Malam tadi, baba ambil Amir dari rumah babysitter, one floor up. Mommy saja tunggu kat rumah. Masa tengah turun tangga sampai lah dah dalam rumah Amir sibuk panggil 'my.. my.. my.. my..'

Aduhai. Manjanya.



Off to cousin's wedding http://instagr.am/p/Kg74xVQPNs/


Mungkinkan Mommy yang belum ready dan akan menangis bila Amir ke sekolah nanti?



Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates