Sunday, May 30, 2010

Cita-cita

5 comments


Cita-cita paling awal yang saya boleh ingat ialah masa darjah 2..

Cita-cita default: Cikgu; dah kerja itu yang kita tengok saban hari apabila ke sekolah. Masa tu selain murid-murid, 'cikgu' tu kita tau ialah satu pekerjaan. Takkan nak jadi mak cik kantin, lagipun bukan senang nak dapat kontrak kantin kat sekolah, nak kene pegi jumpe bomoh biar org lain tak dapat... (JGN TIRU AKSI INI DI RUMAH! Jangan cakap aku tak bagitau eh..)

Setiap tahun pun cikgu nak tanye apa cita-cita.. susah woo nak pilih.. dah la masa tu kita tak tau ada pekerjaan seperti Network Administrator, Pegawai Pemasaran, Unit Trust Consultant, Personal Assistant, Photographer, Makeup Artist. Balik-balik.. polis, bomba, cikgu, askar.. Dah la limited, bila dah pilih.. sama pulak dengan kawan sebelah, kene tukar lagi.. perah otak lagi. Yang lagi tensyen bila cikgu cakap 'Sila nyatakan tiga(3) cita-cita kamu' Ahhhh.. tak bace ke kat atas tu pilihan pun ada 4 pekerjaan je..

Maka apabila meningkat dewasa iaitu darjah 3, pengetahuan lebih luas.. Masa darjah 2 tadi, saya dah mention pasal polis kan... Haa.. masa darjah 3 cita-cita saya ialah Polis Trafik. Kira more specific la ni.. Sebab? Terpengaruh dengan cerita Roda-roda Kotaraya kat TV1 ulangan 5 petang setiap hari Selasa. Best gile diorang bawak motor besar, aku rasa pernah terbaca kat majalah Ujang - dalam salah satu perbualan watak kartun tu - Cagiva Mito RM20 ribu... Memang dari kecil dah sedar diri mana nak cari duit banyak tu bila dah kerja nanti, teruslah terfikir jadi polis trafik la... motor besar disediakan.

Naik darjah 5 pulak, kawan-kawan perempuan semua pilih cita-cita yang lebih feminin... Malu la nak mengaku nak jadi polis trafik bawak motor besar kan.. Teruslah pilih nak jadi Pramugari - budget TINGGI la bila dah besar. Masa tu dah berangan nanti nak pakai lipstik, kasut tinggi and bawak handbag panjang macam stewardess tu.. Sementelah itulah cita-cita buat tahun 1995.

Darjah 6 lain pulak cerita, lebih matang mungkin. Saya bercita-cita menjadi Architect. Masa tu terbaca artikel pasal Menara TM or bangunan rebung tu kat paper. Rasa macam best je design bangunan ni. And konon2 la suka melukis masa tu.. So cita-cita ni lama jugak bertahan, sampai form 3.

Masa form 3 dah plan nak amek jurusan Lukisan Kejuruteraan, ala yang bawak pembaris putih macam pedang tu. Gila smart simpan 'pedang' tu dalam beg.. -itukah motif???
Sekali form 4 dapat masuk MRSM, takde subjek tu. Al-kisah bermulalah percintaan saya dengan subjek Biologi. Cuma saya takut darah n bedah2 ni maka tak payah lah susah-susah nak jadi doktor, saya mau jadi Saintis or any post kat dalam lab, buat ujikaji... Ish memang inilah ultimate cita-cita saya ni.. Confirm nak kerja kat lab, pakai lab coat putih tu.. Budget nak keluar paper Mingguan bahagian Sains tu kan.. Tak pun keluar Buletin Utama - penemuan penawar penyakit AIDS ke.. Subjek Bio score pulak tu masa SPM. Ish memang inilah hala tuju saya ni. My destiny......

Sehinggalah dapat surat tawaran sambung degree. Kejuruteraan Perisian. ????????? Fainted.

Dipendekkan cerita, dan bermulalah empayar karier saya dalam jurusan IT. 4 years in industry, switched line to academic jadi Lecturer. Ha kan dah kata masa kecik... jadi Cikgu.

Hakikatnya, berapa banyak pun cita-cita since kita kecik.. especially perempuan ni, bila dah bekerja beberapa tahun and we realised macam rasa nak dok kat umah jugak.. As in, jaga anak... taking care of family.. tunggu husband balik.. Ah, heaven! (provided duit masuk gak dalam account every month)
Masa kecik tak terfikir pun huhu.. susah-susah fikir nak jadi polis hutan bagai, padahal bila dah besar rasa nak jadi Surirumah jek.

Adik-adik, lain kali kalau cikgu tanye nak jadi ape.. cuba selambe je tulis Surirumah. Confirm cikgu adik tu tak marah, sebab kalau dia perempuan dia pun mempunyai cita-cita yang sama.

Kenapa kakak beremosi post entry sebegini.... Monday blues has just began!

Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates