Tuesday, January 26, 2010

Balimoon Day 5

0 comments
Repetitive activity. Makan bakso... jalan-jalan kat Legian Street... lepak tepi pantai.. amek gamba
Hari ni nak rehat-rehat since semalam dah berjalan sakan.

Maka, sepanjang hari ini kami bersantai di tepi pantai.. Lama. Dan sesuatu yang menarik kami telah belajar hasil daripada pertapaan kami di tepi pantai pada hari ini.

Sekiranya suatu hari nanti... anda ditakdirkan pergi ke pantai bersama teman-teman.. jangan lupa... memakai... baju yang sama!

Seperti ini...

Ini...


dan ini...



Terima Kasih. Itu sahaja update untuk hari ke-5.

Sunday, January 24, 2010

Balimoon Day 4

5 comments
Unforgettable day! Hari ni kitaorg jalan-jalan a few places in Bali. Memang seronok..
Sewa kereta di sini biasanya 200-300 ribu rupiah sehari and harus sewa lebih dari sehari. Package yang kami ambil ni dari hotel, kereta dan supir (driver) sekali - IDR500 ribu.

Bersedia untuk berlepas..


Tempat pertama yang dituju, Barong and Kris Dance. This is cultural dance performance. Sebaik lah ade bg note, bagitau performance tu berkenaan ape.. kalau tidak mampus tak faham.



Seterusnya kami ke Art Shop Galuh. Kedai jual barang2 batik dengan harga yang murah..


Perut pun dah lapar, singgah makan nasi padang dulu


Sambung lagi jalan2.. Ke kawasan perusahaan emas di Celok. Dapat tengok camane diorang buat emas n perak.


Legi menarik tengok kawasan perusahaan Art. Dasyat sungguh mereka melukis.. Tapi harga mahal sedikit cuma lebih murah dari beli di kedai biasa


Ubud


Pasar Sukawati
Low-end market, mungkin tak banyak pilihan tapi harga confirm murah berbanding market lain.


Next kami ke Uluwatu. Ingat ni: ANDA PERLU PERGI KE SINI! Salah satu spot for sunset view. Bukan di tepi pantai tapi dari kawasan atas bukit which a temple located. Best G..





Dan... final destination.. every woman's dream untuk dipropose di sini...
Dinner by the beach sambil nonton sunset.. aaaaaa... di Pantai Jimbaran. Sepanjang-panjang pantai ni ialah restaurant.






Love.

Saturday, January 23, 2010

Balimoon Day 3

2 comments
Live from Bali

Sedutan aktiviti di malam hari hari ke-2

Pitstop wajib di setiap vacation - Hard Rock Shop. Siap ade sale on selected item, that was the cheapest t-shirt gotten from Hard Rock. Hard Rock you're rock!!
Selain Hard Rock Shop, ada juga shop for Hard Rock Hotel. Cool jugak t-shirt kat sana.


Makan.. makan.. makan.. Layan jugak makan kat food court area opposite Pantai Kuta. Makanannya lumayan dong..

*Avocado juice minuman rasmi di Bali

Day 3
Maka harini aktivitinya mengelilingi pekan Kuta sekali lagi. Bangun pagi terus ke pantai nak cari Bakso. Ah, we're craving for it almost everyday. So kalau nak cari Bakso di pantai Kuta, cari stall H.M Slamet (Haji Mohamed Slamet) opposite Hard Rock Shop. Layannn..


Selesai makan dok lepak2 tepi pantai sambil menikmati teh botol. Ah we're gonna miss the moment! Last2 Ami tewas juga kepada abg pembuat tattoo sementara.


Petangnya pula kami ke pantai di Jalan Seminyak. Sebab tak sure jalan then kami pun amek taxi. Belakang kalu sampai itu pantai, jalan turus..... rupanya2 sampai pantai Kuta balik. Cet! Tapi pantai di Jalan Seminyak lebih clean and tak ramai sangat penjual2 yang tidak diingini.



'Till then.

Friday, January 22, 2010

Balimoon Day 2

0 comments
Live from Bali
Agenda hari ini.. Shopppiiing...(baca sambil gerakkan tangan macam cite White Chick) So kami ke Denpasar, kat sana ada Pasar Kumbar Sari. Pasar ni macam Pekan Rabu di Kedah, 1 floor untuk bahan2 makanan.. floor seterusnya untuk kain and macam2 lagi.


PERINGATAN:
Sekiranya anda berda di sekitar kawasan ini, pasti ada ‘gait’ maksudnya local people yang akan ikut dan konon2 nak suggest kedai yang bagus dan murah. Memang susah nak lari dari diorang ni and diorang akan ikut je, tensyen betul. Bila sampai kat kedai yang di suggest tu I don’t think harga nya murah. Lagi2 la gue tidak budget untuk shopping mbok… Bagi melepaskan diri kami beli la satu kain batik dengan harga IDR 1035000 = RM30. Disebabkan tensyen gile maka kami keluar dari pasar tu dan jalan2 di toko2 di luar pasar. Dan… harganya jauh lebih murah! Aaaaa..kain yang kami beli tu sebenarnya worth IDR35,000 = RM10 je okeh kat kedai2 lain!

$ &^%h)(*&&##!@ (konon2 menyumpah la ni)

Toko-toko yang kami kunjungi located at Jalan Sulawesi, Denpasar. Banyak kedai2 kain kat situ - kain batik, bahan kebaya Indonesia. Kalau nak cari busana muslim atau telekung boleh cari di kedai di Jalan Kalimantan. Telekung Bali memang cantik, coraknya seperti painting dan timbul.


Jadi, jangan terpedaya dengan gait itu! Rasanya kalo beli barang kedai dalam pasar tu macam beli kat Petaling Street, once u tanya harga memang dia paksa beli. Di kedai-kedai luar ok, in fact ada tanda harga dan still boleh bargain.
Berikut ialah barang-barang yang dibeli. Ahli keluarga, sila tersenyum sehingga telinga =)

*Contoh corak di Telekung Bali

'Till then.

Balimoon Day 1

1 comments
Live from Bali



Akhirnya kami ke Bali juga untuk honeymoon. Pada mulanya nak cancel je trip ni since si isteri baru sahaja mula bekerja di tempat baru and in case ada difficulty untuk cuti, maka kami pun ke Langkawi sebagai menggantikan plan percutian ke Bali. Sekali si isteri dapat cuti daaaa.. Yihaaaa!

Terbang bersama AirAsia. We bought the ticket September last year, during promotion and it costs us RM316 in total. AirAsia, sila buat lagi.


Kami sampai di airport Denpasar kira-kira pukul 8.30 malam. Malam pertama kami stay di Simpang Inn, Legian Street di Kuta. Since ini ialah honeymoon budget maka kami walk-in and tanya mana2 hotel yang room rate nya within budget. Basically kat Legian street ni memang banyak hotel ekonomi, boleh pilih yang ada air-cond (IDR 250,000-300,000) atau bilik yang fan sahaja (IDR 150,000-200,000). Kat sini tak panas pun especially malam, memang sejuk so bilik fan pun ok. Pantai yang hampir dengan Legian street ialah Pantai Kuta so jalan kaki pun boleh, about 5-10 minutes walk.
Kami di Simpang Inn satu malam sahaja kerana ada hotel yang lebih murah tapi condition similar, Hotel Maha Bharata, bilik air-cond ada TV (IDR 200,000) bersamaan RM54, kalau bilik fan even cheaper (IDR150,000). Agak-agak dah terlebih bajet nanti kami pindah la bilik fan.. hehe. Tapi surrounding di Simpang Inn lebih cantik dari Maha Bharata, ada swimming pool and green scenery. Bilik fan di Maha Bharata better that the one that we stayed in Simpang Inn.

At Simpang Inn


Basically hari pertama, kami jalan2 di area Kuta sahaja. Get to know the place better. One of our experience, ada yang jenis bagi kad gores then konon2 u menang something from the hotel. So adelah sorang cowok ni approached us and bagi 2 kad. Bila bukak kad, Ami menang 2 t-shirts and I menang grand prize, antara hadiah yg boleh dimenangi a)video cam b)accommodation free for a week c)USD500. So kene pergi hotel untuk redeem. Walaupun dah agak ni trick aje sbb die bawak ke hotel free and balik free, apelagi jalan2 la.. So seperti dijangka mestila grand prize yang dimenangi ialah B, confirm2 tak dapat duit tu kan. Tapi dapat jalan2 free.. hmmm


Tengah hari nye kami berjalan ke pantai Kuta. Layan Bakso… 3 mangkuk okeh kitaorang telan. Dah kenyang mesti ngantuk kan, balik hotel.. tido then petang keluar lagi ke pantai. Sekali lagi layan Bakso. Baikkkkk punya… So melepak la di pantai tengok sunset. Kat pantai ramaila local people akan approach buat temporary tattoo, tocang rambut, manicure n pedicure. Tapi yang paling best ialah melayan the botol Sosro.




Yang kelakarnya since tengah hari gi pantai, petang pergi lagi.. the same people approach kitaorang. Which we declined to accept their offers then diorang kata ‘Eh yang ini lagi’ Haha sapa suruh ko datang banyak kali.
Dan setiap kali kata orang Malaysia, diorang akan respond ‘Manohara’ daaa.. bukan dah lama ke since kitaorang pergi Jakarta dulu pun sibukkan Manohara ataupun ‘Upin Ipin’ ha.. yang ini barulah kebanggan Malaysia.

Malamnya pula, lepas melantak nasi padang sambung jalan-jalan di Legian street. Penat sehari berjalan, kami pun pergi foot refleksology. One hour for IDR50,000 = RM15

Di tugu peringatan mangsa kejadian ledakan bom Bali 2002


'Till then.

Tuesday, January 19, 2010

Honeymoon @ Langkawi

0 comments
Maka bersempena dengan kejayaan kami mengendalikan majlis perkahwinan kami, kami reward diri sendiri dengan pergi vacation ke langkawi selama 3 hari 2 malam. Jadinya celebrate New Year di sana jugak la - daripada tengok bunga api kat The Curve bersebelahan dengan mamat Nepal, so kami rate New Year celebration kami tahun ini 4 and half stars.

Rabu malam (30/11/09) kami bertolak dati KL. Perjalanan malam itu sangat lah ..... ZZZzzzzzzz - Serius tak sedar ape, I slept all the way to Kuala Kedah. What a great journey!

Pukul 9.30 dah bersedia nak naik feri


Ami dan surat khabar Hari Ini (today's date)

Konon2 la pakai sunglass boleh mengelakkan peminat berteriak dan meminta autograf.

Sampai je kat jeti Langkawi, terus cari kereta sewa. Tak payah risau, memang ramai je nanti tunggu and bagi pelbagai brochure - kereta/motor sewa, island hopping and mcm2 tourist package

*Abang baju hitam di belakang watak utama dalam cerita ini; sila berterima kasih saya sedang mempromosikan abang. Ye, abang ini boleh didapati di jeti Langkawi yang berdekatan.

Maka terus la kami menghala ke Pantai Chenang, kerana kami akan menetap di Best Resort. Bila sampai, bilik tak siap lagi so kami pun makan la dulu


Underwater world along Chenang Beach

On the first day, pi jalan-jalan kat Porto Malai - Awana. Disebabkan tak duduk di situ so amek gamba je la konon2 macam dok di situ

Owh ya, what did I said just now? Best Resort? Oh my mistake, we stayed in Awana Resort la..

Hari pertama lagi, menunggu sunset di tepian pantai. Tak tau nak buat ape maka kami melompat2 mengambil gamba..


Penat melompat, baring2 pulak..


Malamnya, sementara menunggu new year celebration kami pun makan kat kedai nama dia hmmm.. tak ingat la, maybe sebab kenyang sangat pastu. Tapi makanan die sedap G!




Dan terus ke pantai tunggu ape2 yang patut, bunga api ke ape ke.. Sebaik ade. Siap ade unggun api lagi. Bagus2

**Cet, internet slow nak upload gamba pun asyik error.


To be continued...

Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates