Sunday, August 12, 2018

Nura Suraya

0 comments
Post terdahulu adalah pada 4 september 2015.

Ingat nak genapkan 3 tahun baru post semula.. ;p

Esok (13/8) birthday Iman yang ke-3. Bila baca semula entry pasal bersalinkan dia, seronok rasa. Sebaik rajin post masa tu. Iman pun dah ada adik yang lagi sebulan akan menginjak ke usia 1 tahun. Satu entry pasal dia pun takdak ;p

Sebelum mommy lebih lupa, baik cepat2 tulis pasal hari lahir Nura Suraya. Yup, anak mommy yang no 4, yg akhirnya girl.. namanya Nura Suraya.

Amir dulu lahir masa 37w, Umar 36w and Iman pun 36w. Mommy suspect Nura pun akan keluar 36w. Rupanya delay 2 minggu. Masa checkup 37w, mommy dah start MC. Apatah lagi memang selalu contraction, plus was suffering from hemorrhoids too. First time kena masa pregnant. Masa Nura ni 2 kali ke emergency due to bleeding and contraction.  Tapi masa belum tiba.

Sampailah hari ke 37w 6d.. mcm biasa bila malam memang extra sakit.. tapi dah jadi perkara biasa. Jam 2 pagi, bila ke tandas dah start bleeding. Tapi sebab masih boleh tahan sakit, plan untuk tunggu sehingga pagi aje. Pukul 2-3 pagi nak hantar abang2 Nura ke rumah babysitter ni kesian jugak kat babysitter. Dapat jugak lelap sekejap2 nak tunggu Subuh.

Menjelang Subuh, memang ada regular contraction but then again bearable jadi sempatlah bersiap-siap nak hantar abang2. Alhamdulillah dipermudahkan semua, sampai di emergency jam lebih kurang 7.30 pagi. Contraction masih boleh tahan. Suspend jugak kalau kena balik semula.

Lepas CTG, tak pasti memang detect contraction atau tak.. malas nak tanya nurse.. Doc di emergency (which doc yg sama masa dtg ke emergency 2-3 mggu lepas) buat VE dan mengesahkan saya in labor. Alamak! Biasa gitu, sebelum confirm in labor kemain tak sabar.. bila dah confirm cuak tak memasal ;p So, doc called and inform Prof yang baru je parking kereta (time Iman pun sama haha, timing baik punya) and Prof advise hantar ke labor room. Doc di emergency pecahkan air ketuban.

Dalam pukul 8 lebih sampai di labor room. Unlike masa Iman, sampai je di labor room, dah tak menahan nak teran. Drip pun tak sempat pasang. Kalini lebih tenang cuma kemudian nurse realized heartbeat baby tak cantik, drop. Prof suruh tambah lagi pitocin nak cepatkan dilation. Tapi kalau x silap lepas tu Prof. pun ada tolong cepatkan bukaan (dah dekat setahun tak ingat details, mungkin jugak confuse dengan yang lain2 ;p ) Susah jugak nak teran kalini. Lama macam masa Umar. Maybe gesa macam masa Iman tu tak ada. Tak rasa sangat ada yang nak keluar. Tapi heartbeat still dropping. Prof kata ada kemungkinan emergency c-zer. 

Akhirnya Prof guna vacuum untuk keluarkan baby. Keluar aje baby, Prof and nurse serentak kata.. “Patutlah...” okeh apa cite? Rupanya tali pusat si kecik ni pendek, bila ada contraction maybe menyebabkan baby stress so heartbeat pun tak cantik. 8.56am pagi Nura selamat dilahirkan :) lebih kurang 1/2 jam dalam labor room.. Walaupun cukup bulan 38w, tetap kecil.. 2.4kg. Bang Mar and Bang Man pun berat yang sama tapi diorang lahir masa 36w.

Masa mula mengandungkan Nura memang rasa lain berbanding yang lepas. Masa mengandungkan Amir ada juga morning sickness, maybe first timer. Masa Umar and Iman hampir takde sickness. Masa Nura ni bukan sahaja sickness, laziness pun boleh tahan. Dan lama jugak sampai 5 bulan kot, pening and terbaring aje keje. Bila asyik loya dan takda selera, bab makan memilih jugaklah. Nasi dah tak lalu, makan western kebanyakkan masa. Memang costly sikit mengandung girl ni, shopping pun banyak 😅 Yang bagusnya banyak makan buah dan salad.

Masa kandungan 4 bulan, Prof kata mungkin XX (girl). Happynya! Tapi Prof pesan tak 💯 pasti. Masa abang2 dulu sebelum 4 bulan dah 💯 XY (boy). Tapi kalini mommy tak nampak la apa yang girlnya masa tengok kat screen ultrasound. Masa Bang Man (no. 3) mommy yang cakap “boy kan Prof?”.. Prof kata awak pun dah pandai tengok dulu 🤣

Bila fikir pengalaman bersalinkan keempat-empat anak ni, Alhamdulillah dipermudahkan semuanya, takada traumatic experience. Yang paling lama dalam labor room masa Bang Mir (10am - 3.27pm), jalan lambat buka walaupun air ketuban dah pecah semalam dan dah induced. Jadi, bila 7cm Prof suruh teran sebab tak nak melepasi 24 jam selepas air ketuban pecah. First time tak pandai teran, Prof assist dengan vacuum. Bang Mar pulak ke-2 lama.. dari 2.30pm sehingga 6 lebih petang. Bang Mar susah nak keluar sebab tangan sangkut di muka, vacuum juga. Bang Man pegang rekod paling pantas keluar hahaha maybe around 15min je dan tak perlu vacuum. Wuhu! Yang ke-4, heartbeat drop jadi kena keluarkan baby cepat, vacuum juga. Bila Nurse datang check kat rumah.. “Oh, vacuum semua ya?” (Mungkin macam tulah bunyinya) Mommy sengeh je la. 

Orang-orang kita ni kadang-kadang sinis pasal ambil epidural, kenapa c-zer, atau apa-apa yang berkaitan dengan ‘tidak beranak secara normal tanpa apa2 medical intervention’. Circumstances setiap individu tu kan berbeza-beza.

Dan, no tear for the last three deliveries. Ada yang beranggapan sebab baby kecil etc. Mungkin itu salah satu faktor. My gynae deserves some credit, masa anak ke-2, saya kasi tau Prof tak nak gunting. Masa dalam labor room banyak kali saya ingatkan tak nak gunting. Sampai Nurse sindir, awak ni contraction tahan.. gunting tu tak sakit. Gulp. Teringat masa Amir, memang masa gunting tak rasa tapi bila luka, nak recover tu masyaAllah. Dah la Amir jaundice, masuk hospital and kerap ke klinik check.. rasa swollen and ambil masa sebulan nak recover.

Back to cerita tak nak gunting, Prof pun pesan kalau tak gunting, koyak sendiri lagi susah. Uwaaa saya tak nak Prof! 😅 So Prof bagi instruction masa pushing supaya tak laju sangat baby keluar. Alhamdulillah, no tear dan sehari dua je rasa swollen, kemudian okay. Walaupun masa Iman, terlaju jugaklah teran.. habis kepala dah keluar, bahu belum.. Prof kata selow.. selow.. adoi, sesak nafas mak kalau nak tahan tahan.. 😂 Pengalaman. 

Selain tu memang ada lah amalan masa pregnant untuk memudahkan delivery, specically tak nak episiotomy. Punyalah determine. Squat, perineal massage (dulu ada jual gel di Mothercare) dan virgin coconut oil. Ikhtiar.

Wow berjaya tulis satu entry. Maka, jadilah tu. Kita cuba lain masa.. harap bukan 3 tahun akan datang.

Nah, Nura masa 5-7 hari.. gambar lepas delivery dah transfer  ke drive lain. 






Lagi sebulan je Nura nak setahun..








Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates