Saturday, April 13, 2013

Products Review

1 comments
Nak review some of products yang digunakan during and post pregnancy


1. Kordel's supplement for women (multi vitamin)

2. Palmer's cocoa butter formula
I constantly used this for my 2nd pregnancy, no appearance of stretch marks at all.

3. Earth Mana Bottom Spray
Kadang-kadang masa pregnant ada rasa sore at mommy's bottom so boleh spart this after urinate. Or for normal use after sexual intercourse.

4. Mothercare perineal gel
Yang ni I nak highlight lebih sikit ;p
Masa pregnant with Amir, tak tau lagi pasal ni. Bila ingat balik kena epi dan jahit, then Amir warded sbb jaundice menyebabkan mommy terpaksa berjalan banyak, setiap kali berjalan akan caused swollen and it took a month for the stiches to heal.

So I declare epi is scary! Huhu

2nd pregnancy i tried perineal gel, alhamdulillah no tear. Tapi dalam labor room i kept reminding Prof not to 'cut' me hehehe but still ada kemungkinan unt tear sendiri, kata Prof pulak mengingatkan I hehe

5. Sebamed diaper cream
This cream works wonder for my both babies. Bila notice ada melecet, merah-merah terus letak, the next day dah kurang.

6. Mothercare liquid talc
Sama ja function macam powder talc but I love it simply because bau wangi nya than lama and xperlu kepuh-kepuhkan muk. Sebab liquid so akan di absorb oleh akin.

7. Shaklee breastfeeding set - ESP and alfafa
I believe consuming these really help my milk production. Compare to masa Amir dulu especially masa newborn, susu lebih banyak dan cepat di produce and pekat.

Other than these, kalau nak banyakkan ill i minum milkmaid tea brand Earth Mama and horlicks. Horlicks paling best dah tidak sabar untuk minum ;p



Sharing is caring!













Thursday, April 4, 2013

Amir & Umar

6 comments
Bila kedua-dua Hidayat Syah selamat tidur, when I look at them, bahagia je rasa... Dah ada sepasang buat jadikan teman kalau mommy and baba dah tak ada nanti. Masing- masing buat angelic face bila tidur... Ala comel-comel rasa nak kiss and hug aje..

Tapi bila hari SIANG... Dan mommy tinggal SORANG!!!!!! Eeeerrghhhh...


The first 40 days, Umar memang tidur aja. Now dah pandai nak berjaga, walaupun Umar menangis tak se'loud' Amir dan selalunya mommy blh biarkan sekejap tapi xsampai hati nak biarkan lebih lama. Tambahan lagi abang Umar akan jerit lebih kuat daripada suara Umar "mommy baby nangis! Cepatla! Ambil baby now!" Haa kan abang dia dah marah. Walaupun ibu (babysitter) Amir offer untuk jaga Amir masa mommy dalam pantang, but I insist untuk jaga both of them, one of the reasons, biarlah mereka adik beradik bonding dan keduanya bila lagi nak dapat cuti 2 bulan, baik mommy spend time dengan Amir.

Nak handle Amir bukanlah susah sangat, bukak je channel 613 atau CD dia maka bersilang kaki lah dia menontonnya. Cuma masa kritikal seperti Amir nak minum susu (walaupun susu botol tp still kene tidur kat mommy sambil main belly button mcm masa bf dulu), Umar pun nak minum susu TAPI mommy sakit perut nak ke toilet! Maka, menangislah kami bertiga. Hahaha jadi, walaupun bercuti but i still hate weekdays sebab husband kerja. So much easy kalau Ami ada :(

Dan juga masalah yg mommy turut contribute, bila dok rumah mata ni nampak aja kerja mengemas yang tak berapa urgent untuk dibuat tp kalau dapat kemas ni puas hati, lagi lah terkejar-kejar bila hidayat syahs memanggil.

Amir pun dah boleh tolong ambilkan barang, kecuali masa cerita kegemaran dia on air, dia tak dapat nak tolong mommy sebab nanti cerita tu habis. Walaupun cerita tu baru je start... Bila dah ada adik, nampak Amir dah beso sangat. Well all this while mommy la melayan Amir macam baby kan, he can do a lot of things on his own actually. Amir tidaklah mengacau Umar on purpose, cuma bila dia nak kiss, tangan dia dok press perut or kepala baby so that dia tak lost balance. Bila syok main, dia kick ball or throw ball syyyyhhhh.. Lalu kat atas Umar yang tengah sleep dlm rocker. Amir makin becok, bertanya itu ini yang pada mulanya sangat kelakar, sweet dan menghiburkan tp bila mommy and baba dalam keadaan terlalu sibuk secara tak sedar kami buat tak acuh pada Amir. Huhu our bad. Kadang mommy respond 'hmmm' aje. Nanti Amir kata "Jangan hmmm aje!" Atau mommy anggukkan kepala aja, Amir kata "jangan up and down.. Up and down" hahaha kepala ke atas ke bawah (mengangguk) tu up and down katanya. Dulu bila sibuk bekerja, itu alasan kenapa tak dapat berkemas. Rupanya dok rumah hari-hari pun xdapat berkemas daaa... Pagi sebelum Amir bangun, mommy berkemas.. Tengah hari dah bersepah sampai ke pagi esoknya.! Kalau kemas nanti kena sound pula dek Amir. Dia belum habis main lagi katanya.

Umar. Alhamdulillah, Umar is a calm baby. Walaupun berpantang sendiri, handling both of my son at the same time, syukur semua dipermudahkan-Nya. Badan pun sihat dapatlah uruskan rumah macam biasa. The only thing yg membuatkan mommy stress ialah ... Orang yg sibuk bertanya "eh kenapa buat tu.. Kenapa tak pakai itu ini... Eh x boleh sapu bleh bleh bleh" demi Allah tidak pernah berniat nak mempersendakn orang yg mungkin concern, tapi respect lah pada kepercayaan, keputusan, keadaan orang lain. Takkan lah saya saja-saja buat kerja supaya memudaratkan diri sendiri. Kalau tak kerana badan rasa larat dan sihat takkanlah buat kerja kan. Dan takkan semua nak suruh suami buat, dia pun penat lepas balik kerja. Kalau org yg bertanya berada di tempat yg sama for sure dia akan rasa annoying nya soalan-soalan tu. Tidak bolehla compare cara berpantang orang yg ada orang lain jaga dengan yang pantang sendiri. Orang yg banyak bertanya tu, tak pulak banyak membantu. Jadilah open minded dan lebih relevant.

Eh apa ni entry sedih pulak hehe okay memang malas nak ingat pasal masa berpantang. Mungkin cara berpantang saya salah mengikut buku peraturan berpantang orang lain.

Okay, patutnya tajuk perenggan ini ialah Umar. Bila Umar tak banyak ragam, dapatlah mommy melayan kerja-kerja lain. Cuma sekarang Umar mungkin dah kenal mommy, kalau tengah elok baba pangku, bila mommy lalu dan bersuara mula lah dia gelisah. Kadang-kadang baba tolong bottle feed Umar, so that dapatlah mommy mandi, rehat-rehat, tapi sekarang dah pandai demand, kalau nak tidur cari mommy jugak. Masa lahir, berat Umar cuma 2.4kg. Haluuss sangat-sangat. Mommy is so happy watching you grow everyday. Walaupun masih recuperating from delivery, i don't mind uruskan semua hal Umar; dari mandikan, susu kan, bersihkan poo-poo umar, dukung Umar ke sana ke mari masa Umar jaundice. Ada ramai lagi mothers yang cara 'berpantang' macam mommy but we couldn't be bothered. priority ialah anak-anak. For sure my late mother pun tak duduk diam masa pantang dengan 6 orang anak kena handle. Day by day, tengok Umar makin membesar, badan and pipi dah berisi, you look so much like Amir masa baby. Now at one and a half month, Umar has gained 2.1kg, his weight increased to 4.5kg. He's catching up!

Dan buat Ami, walaupun takda nama dia kat atas hehe.. Kalau tulis panjang nanti orang muntah ;p Thank you for being such a helpful husband. I'm one lucky wife. Walaupun kadang-kadang I merajuk sebab kejut Ami tak bangun-bangun pada masa kritikal, but it doesn't mean tak cukup apa Ami dah buat. You've been so wonderful to me dan kekal lah begitu. I mean.. Kekalkan yg wonderful tu tapi kalau boleh kalau i kejut tu Ami senanglah bangun ye... Tehehehehe






















Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates