Bila kedua-dua Hidayat Syah selamat tidur, when I look at them, bahagia je rasa... Dah ada sepasang buat jadikan teman kalau mommy and baba dah tak ada nanti. Masing- masing buat angelic face bila tidur... Ala comel-comel rasa nak kiss and hug aje..
Tapi bila hari SIANG... Dan mommy tinggal SORANG!!!!!! Eeeerrghhhh...
The first 40 days, Umar memang tidur aja. Now dah pandai nak berjaga, walaupun Umar menangis tak se'loud' Amir dan selalunya mommy blh biarkan sekejap tapi xsampai hati nak biarkan lebih lama. Tambahan lagi abang Umar akan jerit lebih kuat daripada suara Umar "mommy baby nangis! Cepatla! Ambil baby now!" Haa kan abang dia dah marah. Walaupun ibu (babysitter) Amir offer untuk jaga Amir masa mommy dalam pantang, but I insist untuk jaga both of them, one of the reasons, biarlah mereka adik beradik bonding dan keduanya bila lagi nak dapat cuti 2 bulan, baik mommy spend time dengan Amir.
Nak handle Amir bukanlah susah sangat, bukak je channel 613 atau CD dia maka bersilang kaki lah dia menontonnya. Cuma masa kritikal seperti Amir nak minum susu (walaupun susu botol tp still kene tidur kat mommy sambil main belly button mcm masa bf dulu), Umar pun nak minum susu TAPI mommy sakit perut nak ke toilet! Maka, menangislah kami bertiga. Hahaha jadi, walaupun bercuti but i still hate weekdays sebab husband kerja. So much easy kalau Ami ada :(
Dan juga masalah yg mommy turut contribute, bila dok rumah mata ni nampak aja kerja mengemas yang tak berapa urgent untuk dibuat tp kalau dapat kemas ni puas hati, lagi lah terkejar-kejar bila hidayat syahs memanggil.
Amir pun dah boleh tolong ambilkan barang, kecuali masa cerita kegemaran dia on air, dia tak dapat nak tolong mommy sebab nanti cerita tu habis. Walaupun cerita tu baru je start... Bila dah ada adik, nampak Amir dah beso sangat. Well all this while mommy la melayan Amir macam baby kan, he can do a lot of things on his own actually. Amir tidaklah mengacau Umar on purpose, cuma bila dia nak kiss, tangan dia dok press perut or kepala baby so that dia tak lost balance. Bila syok main, dia kick ball or throw ball syyyyhhhh.. Lalu kat atas Umar yang tengah sleep dlm rocker. Amir makin becok, bertanya itu ini yang pada mulanya sangat kelakar, sweet dan menghiburkan tp bila mommy and baba dalam keadaan terlalu sibuk secara tak sedar kami buat tak acuh pada Amir. Huhu our bad. Kadang mommy respond 'hmmm' aje. Nanti Amir kata "Jangan hmmm aje!" Atau mommy anggukkan kepala aja, Amir kata "jangan up and down.. Up and down" hahaha kepala ke atas ke bawah (mengangguk) tu up and down katanya. Dulu bila sibuk bekerja, itu alasan kenapa tak dapat berkemas. Rupanya dok rumah hari-hari pun xdapat berkemas daaa... Pagi sebelum Amir bangun, mommy berkemas.. Tengah hari dah bersepah sampai ke pagi esoknya.! Kalau kemas nanti kena sound pula dek Amir. Dia belum habis main lagi katanya.
Umar. Alhamdulillah, Umar is a calm baby. Walaupun berpantang sendiri, handling both of my son at the same time, syukur semua dipermudahkan-Nya. Badan pun sihat dapatlah uruskan rumah macam biasa. The only thing yg membuatkan mommy stress ialah ... Orang yg sibuk bertanya "eh kenapa buat tu.. Kenapa tak pakai itu ini... Eh x boleh sapu bleh bleh bleh" demi Allah tidak pernah berniat nak mempersendakn orang yg mungkin concern, tapi respect lah pada kepercayaan, keputusan, keadaan orang lain. Takkan lah saya saja-saja buat kerja supaya memudaratkan diri sendiri. Kalau tak kerana badan rasa larat dan sihat takkanlah buat kerja kan. Dan takkan semua nak suruh suami buat, dia pun penat lepas balik kerja. Kalau org yg bertanya berada di tempat yg sama for sure dia akan rasa annoying nya soalan-soalan tu. Tidak bolehla compare cara berpantang orang yg ada orang lain jaga dengan yang pantang sendiri. Orang yg banyak bertanya tu, tak pulak banyak membantu. Jadilah open minded dan lebih relevant.
Eh apa ni entry sedih pulak hehe okay memang malas nak ingat pasal masa berpantang. Mungkin cara berpantang saya salah mengikut buku peraturan berpantang orang lain.
Okay, patutnya tajuk perenggan ini ialah Umar. Bila Umar tak banyak ragam, dapatlah mommy melayan kerja-kerja lain. Cuma sekarang Umar mungkin dah kenal mommy, kalau tengah elok baba pangku, bila mommy lalu dan bersuara mula lah dia gelisah. Kadang-kadang baba tolong bottle feed Umar, so that dapatlah mommy mandi, rehat-rehat, tapi sekarang dah pandai demand, kalau nak tidur cari mommy jugak. Masa lahir, berat Umar cuma 2.4kg. Haluuss sangat-sangat. Mommy is so happy watching you grow everyday. Walaupun masih recuperating from delivery, i don't mind uruskan semua hal Umar; dari mandikan, susu kan, bersihkan poo-poo umar, dukung Umar ke sana ke mari masa Umar jaundice. Ada ramai lagi mothers yang cara 'berpantang' macam mommy but we couldn't be bothered. priority ialah anak-anak. For sure my late mother pun tak duduk diam masa pantang dengan 6 orang anak kena handle. Day by day, tengok Umar makin membesar, badan and pipi dah berisi, you look so much like Amir masa baby. Now at one and a half month, Umar has gained 2.1kg, his weight increased to 4.5kg. He's catching up!
Dan buat Ami, walaupun takda nama dia kat atas hehe.. Kalau tulis panjang nanti orang muntah ;p Thank you for being such a helpful husband. I'm one lucky wife. Walaupun kadang-kadang I merajuk sebab kejut Ami tak bangun-bangun pada masa kritikal, but it doesn't mean tak cukup apa Ami dah buat. You've been so wonderful to me dan kekal lah begitu. I mean.. Kekalkan yg wonderful tu tapi kalau boleh kalau i kejut tu Ami senanglah bangun ye... Tehehehehe
My blessing No 3
10 years ago
6 comments on "Amir & Umar"
comelnya Umar.. Amir juga..
lain orang lain cara pantang..
:)
alaaa sweeet sangat tengok abang adik! congrats babe. n take care yeh! u r 1 super woman!!!
congrats babe!
ow waiting for my turn. huhuhu. :)
Bestnyer tgk umar. Tetiba rindu baby kecit muahaha.
ok. I pernah rasa 2 baby dalam pantang. Abang ammar n akid. Cuma beza, i kat kg ngan mom, hubby weekend baru balik. Bestkan.
But, pasal ada amir kawan kalau u n husband takde tu pun, both of us pun pernah terpk. At least diorang ada each other kan
rinah - right, yg penting jgn interfere sangat hal orang kan, mengingatkan sesama sendiri takpela..
ederq - tak berapa super babe..ada masa breakdown jugak hehe
misha - thanks babe! sama-sama doakan for u :)
mummy ammar - u pun 2-2 hero kan.. how is it? skrg sure dah bergasak berdua..
comelnya umar..
sama je rupa umar dan amir...
Post a Comment