Monday, July 8, 2013

Shelter.


Dulu, sebulan dua sebelum diijabkabul, kebetulan ada new house development di Kajang, kami disaran untuk beli rumah tu. of course kami excited, yelah orang nak/dah kahwin ni soalan selain 'bila nak ada anak' mesti ada soalan 'dah beli rumah? Rugi menyewa ni'

So dengan sedikit kenaifan kami pun commit untuk beli rumah. Yelah, loan boleh dapat 90%, boleh keluar duit epf etc. apa lah susahnya nak beli rumah ni, tak susah.. Semudah org bertanya 'bila nak beli rumah' Jadi, booking fee dah bayar so proceed dgn loan application, submitted to many banks including MBSB. Dan yg paling cepat prosess dan approved was MBSB, developer pun semua nak cepat kami accept the offer - walhal MBSB tidak absorb legal fee dan perlukan 4 months advancement payment for loan disbursement. Kebanyakkan bank yang lain tidak macamtu. Well, mmg kenaifan kami sendiri - sudah tau paling tidak perlu ada 20-30K jugak for depo and other initial payments - tapi masih confident boleh cari duitnya. Sedangkan duit yg tidak sampai sekangkang kera itu sudah pasti habis untuk wedding. 

Semuanya berlaku dgn agak pantas, dah kahwin.. dah pregnant pun.. Tapi masih ada balance yang perlu dibayar kpd developer and legal firm dan juga MBSB. Dok bayar pd developer and legal firm dah takda apa nak bayar ke MBSB to reimburse duit kpd developer. Banyak yang kami dah sacrifice untuk menjayalan projek beli rumah ni, sampailah akhirnya loan yg dioffer oleh MBSB dah expire. Maksudnya kalau still nak beli terpaksalah apply loan lain - pada masatu my name dah blacklist sbb kereta yang hilang 2 minggu sebelum wedding, tak dpt nak bayar lump sum outstanding balance selepas insurance cover. Allahuakbar, banyak betul hal masatu. So kami decided untuk tidak teruskan pembelian, walaupun ada tentangan, terpaksa pula argue atas keputusan kami, duit dah bayar pun burnt, pada masatu itulah yang terbaik. And i have no regret until now. The most common statement 'rumah makin lama makin mahal' Yes, rumah makin lama makin mahal tapi sekarang je rumah dah memang terlalu mahal. 

Lepas pada cancel beli rumah tu, kami menyewa di middle cost apartment. Kecil, tidak mewah, orang nak datang ada masalah parking tapi cukup selesa buat kami bertiga masa tu. Kami takda rasa sedikit malu pun duduk di kawasan ni, tapi kalau orang 'tak dapat datang' sebab tak selesa atau apa2 alasan, kami tak dapat berbuat apa2. Sekurang-kurangnya kami selesa berdiri di atas kaki sendiri.


Dah hampir 3 tahun tinggal di sini, sejak Amir berumur 3-4 bulan. Sepanjang masatu masih lagi dihantui soalan bertanyakan bila nak beli rumah, kalau lah beli rumah macam beli ikan di pasar.. Why not tommorrow? Lesson learned. We knew what it takes to buy a house, really. All we need is time, so that we can be well prepared. Since then kami takde rush to buy a house, kalau org tanya pun, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Kami lebih tau dan faham keadaan kami. Kalau orang selalu kata 'we start from zero' tapi kami.. We start from negative!

Until one day, iaitu masa pantang lepas bersalinkan Umar, salah satu rumah kat sini Ground floor, blh parking depan rumah, yang penting tak perlu panjat tangga.. Owner rumah tu nak jual dan harga within budget kami. Jadi Ami cepat-cepat submit loan bank and we were excited about buying the house. Malangnya, bank evaluate harga rumah tu jauh lebih murah berbanding harga owner letak, dan kami kena tambah dalam 60K. Memang terpaksa lupakan lah. Kami percaya ada rezeki lain. Since masa tu in the mood nak cari/beli rumah, so kami survey new house development.

Then kami jumpa kondo - basically bajet kami tu mcm boleh dapat rumah bertingkat aje, since kami pun tak willing untuk beli di kawasan yang sedikit lebih jauh. Tapi kena masuk waiting list sebab semua rumah dah di booked, tak tidur malam tunggu agent call kata ada owner tak jadi beli. Almost sebulan masih takda berita until developer call kata ada project baru, kondo juga di kawasan yang sama. Bersyukur kami, nampak gaya macam dah jadi lah nak beli rumah ni. Malangnya family pula kurang setuju kami beli kondo. Sedih dan berbelah bahagi. Kita sedar kelemahan duduk dirumah multi-storey tapi pada masatu itu sahaja option yabg ada. To tell the truth, kami dah merata cari new development di kawasan Kajang juga Semenyih. Yang ada rumah yang berharga 600K ke atas (landed house). Bila ada yang tak bersetuju, kami pun rasa berat aje lah.. Satu malam tu I and Ami stay up sampai pukul 3-4 pagi cari lagi info pasal property on the internet. Esoknya dengan bawa Umar yang belum 2 bulan lagi pergi survey pasal rumah. Dari pagi sampai ke petang. Pergi Tesco, Carrefour, Metro Kajang - tempat yang selalu ada orang bukak booth jual rumah.

Dah hampir 4 petang, last sekali Ami kata nak singgah office Metro Kajang Holdings (MKH). Sebenarnya kami ada terjumpa sales rep MKH kat tempat lain hari yang sama, dia kata tak ada landed house yg ikut bajet kami tu. Just nak puaskan hati, pergi jugak office. I waited in the car with kids, dua-dua dah tidur kepenatan.

After awhile I saw Ami s walking towards our car with a brochure in his hands. Ami kata, sales person MKH kat office tu kata 'You're lucky' diorang memang baru start jual rumah yg dah siap and within our budget - built and sell concept. Walhal kami dah tau kawasan tu, our assumption mesti orang dah habis beli sebab rumah semua dah siap. Pernah ada agent datang bawak ke situ tapi harganya tinggi dari bajet kami. So tempat tu kami dah blacklist he he he Rupanya, masih ada lagi dan harga mampu milik bagi kami. Memang ada rezeki Allah spare kan untuk kami.
Eventually we able to make our family happy with our choice/decision. Of course we are happy too. Memang kalau boleh nak landed house tapi perlu lah relevant dengan kemampuan kami. Kami tidak pula ditaja atau ada biasiswa dari family mahupun mana-mana badan berkanun. 

Dah hampir 4 bulan dari hari pertama kami berangan untuk beli rumah. Now dah almost confirm, loan dah approved now tengah tunggu loan disbursement. Syukur, Allah mudahkan usaha nak mengadakan tempat berteduh anak-anak  kami. Dah few times bawak Amir tengok new house, kata mommy n baba. Tapi Amir kata 'Amir tak shuke new house, Amir nak old house' Tehehehe


In shaa allah, patutnya takde la yang bertanya bila nak beli rumah kan. Tapi ada jugak tanya bila nak tukar kereta? Sejak bila wajib tukar kereta yang masih lagi boleh berfungsi? Buat-buat tak dengar.

Tapi jangan risau kita tak kan pernah sunyi dari soalan bila..

Bila nak tambah lagi..
Bila nak habis PhD.. Hahahaha huh!
Bila tu ....
Bila ni ....

Janji kita tidak jadi sebahagian daripada mereka yang suka tanya 'bila', tolong doa adalah lebih baik.

Fear and Hope (Ami, 2013)



Thank you, Ami.

12 comments on "Shelter."

Unknown on July 8, 2013 at 8:58 AM said...

congrates...best dah dpt beli landed...jiha beli apartment aje dulu...penang island nak beli landed mang tersedak tersangat hehe

Unknown on July 8, 2013 at 8:58 AM said...

congrates...best dah dpt beli landed...jiha beli apartment aje dulu...penang island nak beli landed mang tersedak tersangat hehe

Zach's Momma on July 8, 2013 at 9:04 AM said...

Congratulations! Hope evrything run smoothly. Kalau dah memang ditakdirkan untuk kita, mesti cepat aje dapat kan.. :)

Unknown on July 8, 2013 at 8:09 PM said...

Best ny. im happy for u :)

MyRule on July 9, 2013 at 1:41 AM said...

Cantik..kat mana ni :b

Ibu Najla on July 9, 2013 at 3:13 AM said...

Nur ni kat hillpark kajang ke? Btw...Congrats... Seronokkan bila akhirnye dpt beli rumah sendiri

wardah @ fie shah on July 9, 2013 at 7:42 PM said...

Dear, soalan2 mcm tu takkan pernah habis kan. Lepas ni kang tanya pulak bila nak tambah no 3. Org kita mmg sgt concern. Hahah, congrats you.

ayzaqaysukashah... on July 10, 2013 at 6:13 PM said...

cantik kawasan ni baha...bape harga die

Nur on July 14, 2013 at 6:31 PM said...

Wow, i'm sure not only us overwhelmed with the 'bila' questions.. kan..

Jiha, as long as ada rumah dah ok. I personally tidak ada apa2 judgement beli landed atau multi-storey, semua kena bergantung pada keadaan kita..

Zach's momma, thanks babe! insha allah ada rezeki Amir and Umar :)

Syuhaila, thank u so much! sama2 doakan yg baik2 for all of us..

myRule & ibu Najla; ya, ini di Hillpark kajang.

wardah, thanks babe!


ayu, kat Kajang ni.

Ibu Najla on July 17, 2013 at 11:16 PM said...

Wah!! Rumah sana cantik. Last time tny.. Sales person dia ckp yg tgl umah corner lot. Yg intermediate pun dh dekat 400k. Corner lot nangis laa...

MOMMYLIN on August 1, 2013 at 11:55 PM said...

wah.. cntik rumah u.. =)

CIK NANA on October 9, 2013 at 5:17 PM said...

Salam bakal jiran setaman. :)

Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates