Thursday, 14th Feb 2013
Cuba untuk sampai di office awal supaya boleh selesaikan kerja yang perlu diselesaikan sebelum mula bercuti minggu hadapannya. Since masih ada 6 hari brought forward leave yang akan expire by end of April, kalau tak ambil awal burn sebab maternity leave, so I planned to take leave prior to my maternity leave.
Dalam pukul 9.30am, terasa macam period cramp and quite painful especially bila jalan. Hampir pukul 11 masih lagi rasa sakit so I texted Ami, kalau boleh datang lunch time boleh pergi check di emergency. Jam 12.30 Ami sampai, sakit terus hilang. Daripada pergi ke hospital, dan bila tiada contraction detected, terpaksa pulak mengadap muka nurse yang poyo kata 'Normal la tu' (if any) lebih baik tak perlu pergi. I decided to go back early and rest. Bukan itu sahaja, I changed my mind, ambil cuti seawal keesokkan hari (Jumaat) instead of next week.
After had my lunch, balik rumah and cuba untuk tidur, contraction kept coming. Langsung tak dapat tidur sampai ke Asar. I think good decision bercuti seawal mungkin.
Friday, 15th Feb 2013
"Oh yeah I'm officially on leave! Clearing brought forward leaves prior to my maternity leave. A long-awaited 'holiday' after years of struggling with life commitments, study and work. Now I just wanna spend time with my family."
Itulah status gembira saya di FB pada hari itu. Walaupun bercuti, I didn't plan untuk duduk berehat sahaja. On that day, my pregnancy turned 36 weeks, kalau ikutkan masa Amir, 37 weeks I dah deliver. So I plan untuk siapkan kerja office from home, kemas rumah nanti orang nak datang visit newborn baby (eceh!), spend time dengan Amir lepas ni nanti dia kena share mommy dengan baby, kerja PhD dan bermacam-macam lagi.
Bangun pagi sempat sapu rumah dan kemas sikit-sikit aja. Pukul 9 lebih, contraction datang lagi. Perut betul2 mengeras dan setiap 3-4 minit. Tapi sakit masih bearable. Pukul 10 masih ada contraction, again I texted Ami... Kesian jugak, semalam dia dah rushing datang and balik office for meeting. I siap cakap, hope this contraction won't reduced or in other words I hope this is a true labor contractions! Haha dah tak sabar kan.
Tapi still bangun dan siap-siapkan barang untuk ke hospital sementara tunggu Ami sampai. Sekali sekala buat exercise ketuk ketampi - Prof Hashim kata bagus untuk kasi baby turun and bukaan jalan. Yelah, malas nak pergi hospital and detect contraction TAPI... takde dilation maka anda boleh balik dulu -> confident sangat dah boleh deliver nih!
Hampir pukul 1, Ami sampai rumah kami terus shoot ke hospital so that I tidak berubah fikiran. Rasa macam malas pergi pun ada sebab masih boleh tahan contraction tu, tapi contraction memang kerap dan sudah berjam-jam.
1.30pm sampai di emergency, after 15-20 mins baru start buat CTG monitoring. Dalam hati, jangan lah contraction ni hilang pulak masa dah pasang CTG, bukannya tak pernah jadi macam tu. Masa tengah monitor contraction from the CTG machine, I yang sibuk terdongak-dongak nak baca reading dari machine. Memang setiap kali perut mengeras, reading naik dan ada spike di kertas graf. Fuh, sebaik ada contraction ;p Selesai 20 minit buat CTG, nurse datang untuk ambil result. Bila ditanya nurse ada contraction tak, she said 'Ada, tapi sikit je ni' Tak sedap hati dengar. Mungkin kena balik la ni.
After awhile doctor datang untuk buat further checkup, since ada contraction most likely doctor akan buat VE. Masa doctor tengah siap-siap untuk check I mentioned pasal first pregnancy I deliver at 37 week, and pada masa tu I dah rasa sakit pada va-jay-jay. Doctor kata maybe awak dah in labor kot. Wah, ada harapan. Bila doctor buat VE, he found out I dah dilated 3cm.
Erkkk.. I didn't really expect this. Dan dia kata, I dah kena masuk labor room. Uh oh, serius cuak. Haha tadi nak sangat. Terus hilang rasa contraction. Ami was away masa I buat CTG so i texted him cakap dah bukak 3cm. Dia kata 'Wow', mungkin dia happy I dah nak deliver hahaha Tapi sekarang saya sangat cuak. Sementara nak tunggu nurse ambil wheelchair dan bawak ke labor room, rasa macam -- agak-agak kalau saya kata nak balik dulu, doctor bagi tak? Serius, anxious. Terfikir ni bila lah bersalin kalau sekarang dah masuk labor room, malam nanti ke.. pagi esok ke.. Heuheuheu
Sampai di labor room 3.30pm, I minta untuk pergi solat dulu. Nurse serba salah, mungkin dia risau kalau ada apa-apa berlaku nanti. Tapi masatu tak rasa sakit lagi, cuma menggigil takut nak bersalin ;p
Selesai solat, hampir jam 4 dah nak ready tukar baju dan lain-lain.. Contraction makin terasa. Nurse pun memulakan kerja beliau seperti yang telah diarahkan oleh Prof Hashim. Dalam pukul 4.15, Prof muncul di hadapan mata. Okay, ini lebih menyeramkan. Prof kata, 5.30 awak beranak la ni. Ayooo serius? Haha. Prof check jalan lagi sekali, masatu dah dilated 4-5cm. Prof pecahkan air ketuban nak cepatkan contraction and dilation. Cuak cuak cuak. Dulu air ketuban pecah sendiri. Tapi tak rasa apa-apa pun melainkan rasa sesuatu dimasukkan kat bawah tu.
Dalam 5.15 Prof check semula, baru 6-7cm. Nurse offer gas, memang kita sapu lah kan! Hehehe Reading contraction dah mencapai 120-130 masa tu. Alhamdulillah dapat bertahan. Bila takde contraction, boleh borak-borak dengan Ami dan nurse. Hampir ke pukul 6, nurse suruh practice teran. Nurse tu sangat-sangat lah helpful. Dia kata 'Pandai puan teran'. Tu baru practice kot.. Tengah-tengah practice, Prof muncul lagi. Alamak. Terus dia pakai sarung tangan dan check lagi sekali. Dah 8-9 cm. Prof suruh teran. Ada yang jadi, ada yang tak jadi. Haish, tak tau la nak cakap.
Daripada practice, terus jadi betul-betul kena teran... Pengalaman meneran kali ni jauh berbeza dengan masa Amir, 15 minit cubaan meneran, Amir selamat dilahirkan. Ada few issues kalini, 1) contraction yang maximum itu pendek sangat, jadi tengah-tengah meneran then hilang gesa, 2) position kepala baby yang mungkin tidak berada tepat di laluan. Prof kata macam turtle, bila teran dia keluar sikit lepas tu tertarik ke dalam. So, pengalaman meneran kali ni berlangsung hampir 1 jam 10 minit. Walaupun bukanlah setiap saat meneran, tapi dah hujung-hujung tu I was so tired and no energy. I almost cried because I felt like I can't do it. Prof bagi masa sampai pukul 8, kalau tak dapat jugak bersalin normal maybe kena emergency caesar (atau dia cuba blackmail saya ;p ) Nurse pun dah bertukar-tukar tangan untuk assist. Apetah lagi Ami, dah macam-macam kata-kata motivasi keluar. Sampaikan masa takde contraction I cakap dengan Ami, 'Okay cuba Ami duduk sini' Hehehe
To cut a long story short, akhirnya berjaya jugak melahirkan adik Amir secara normal. Bila keluar aje, dia dah menangis. Senang hati mommy. Ada nurse kata 'Kecik je baby awak' Eh eh dia ni.. kecik tak bermakna boleh menggelungsur aje keluarnya kan. But yes, adik Amir memang very tiny, berat 2.4 kg, tapi bersesuaian lah dengan usia dia dalam kandungan kan. Dan mungkin jugak ada hikmah saiznya kecil, Alhamdulillah tidak digunting dan tidak ada tear.
Tapi lepas aja adik Amir keluar, I memang flat habis. Nurse tanya boy ke girl, I pun tak sure dia dengar tak suara I jawab soalan. Lepas tu dia suruh check 2 tag yang dia tulis for mommy and baby. I angguk-angguk aja.
Selesai semua urusan, Prof kata akan jumpa saya esok. Hampir pukul 8.30 barulah nurse dari private wing datang untuk jemput naik ke bilik. Berjanggut mak cik tunggu tau.
Syukur, akhirnya selesai semua urusan. Tadi masa kat labor room bukan main penat, sampai je bilik especially bila ada family dan kawan datang melawat, I jadi bertenaga pulak.. And I didn't sleep that night samada terlalu excited atau tak boleh tidur sebab Amir takde. Amir tidur dengan babysitter, first time tak tidur dengan Amir :(
Saturday, 16th Feb 2013
Around pukul 9 Prof datang. Dia kata kalau xde apa-apa boleh discharge haritu. Yeay, memang tak sabar nak balik dan setel down di rumah sendiri. Prof ada discussed pasal incident susah nak keluarkan baby semalam. Salah satu sebab, mungkin, tangan baby ada kat muka atau tepi bahu. Prof pun kurang pasti kenapa susah nak keluar, dia pun risau untuk tarik takut ada body part yang affected nanti atau mommy sendiri yang tercedera. Kalau ikutkan, pass way lebih besar dari kepala baby. Prof kata itu pun dia dah brutal, extend lagi 'pass way' supaya baby senang keluar. Realllyyyyy?? Kataku di dalam hati. Kalau gue tau semalam sure dah pengsan ;p So Prof pesan suruh buat Kegel exercise.
Fuh, itu dia pengalaman bersalin kali ni. Ada orang kata contraction tu amat sakit, so meneran tu dah macam takde apa-apa, macam berak keras je. For me pulak, alhamdulillah contraction tu boleh ditahan sakitnya, tapi nak teran keluar tu..... Okay, mungkin saya tak pernah ada masalah berak keras. I don't know hehe pengalaman masing-masing.
So now kami berempat sedang menyesuaikan diri terutamanya Amir dan adik Amir. Memang nampak dia sayang tapi at the same time dia jeles. Masa kat hospital dia happy je jumpa baby, then bila sampai rumah - mungkin dia tak expect baby ikut dan tinggal di rumah yang sama - dia macam hiba aja. Salah sikit je menangis kehibaan. Sian dia. Mommy loves you too, u know. Bila baby nen kat mommy, nanti dia kata 'Amir dulu la..' Atau kalau I cakap baik-baik boleh tak nak nen kan baby kejap, sebab dia tengah duduk berhimpit dengan mommy, nanti dia jauhkan sikit badan dia and say 'Pergi nen kan baby, now!' Hah, gitu.....
My blessing No 3
10 years ago
8 comments on "2nd Delivery Story : Adik Amir Hidayat Syah"
Alhamdulillah semuanya selamat...i pulak cuak ni...now also feel like contraction..tapi dok senyap2 dulu kat rumah...hehe..ambik confinement lady x babe?
Ala.cian amir.tetbe ajt. lak yg touching ble amir sdh cm2.xpe nant dia ok and bley jd abg yg sgt brtggungjwb.anyway tahniah babe.jap je kn dh dpt 2nd bb
Aawww! Congratulations to you! He is a beautiful baby. Selamat berpantang.
Congrats nur n family..amir dah jd abang long yer... ;)
woww! congrats babe! debar2 i baca ni heheeh. amir be a good abang ok!!!
Congratz. Amir dah big boy. Dah faham kot kn. Slmt berpantang :)
Congratz nur...i awal sehari je dr u..hehehe...mencabar kan nk handle si abg dr merajuk...hadi kene tegur skit terus tergolek merajuk...huhu...nnt share tips byk2 camne u handle amir...leh i try...
ouchieeee... i pulak jadi cuak ni....tgh menunggu hari aje
i read ur entry and tergelak2 ni....ayoyo takleh imagine my time mcm mana pulak nanti
Post a Comment