Maka kami adik beradik plan untuk celebrate birthday Tok Janggut sabtu malam.
Tersipu-sipu pulak dia bila restaurant pasang lagu Happy Birthday dan kami nyanyi ramai-ramai.
Dulu masa Feera and Athira baby, Ciknor tolong jaga, sekarang diorang pulak jagakan baby Ciknor. Susah-susah ajew...
Ayah saya seperti kebanyakkan bapa pada era 80-90 an, merupakan ayah yang garang dan mementingkan pendidikan. Cuti sekolah pun kena baca buku, ada kenduri saudara ramai balik pun still kena baca buku. Ayah kata dia tak nak anak2 kerja kecil macam dia.
Kena marah itu biasa, kena lempang dan rotan pun pernah juga. Jujurnya, terkesan juga di hati walaupun memang kita yang buat silap. Dalam keadaan emak pun dah takde, takde tempat nak mengadu, tersimpan lama juga rasa sedih dan dendam.
Bila dapat masuk asrama, sampai masuk Universiti dan duduk di luar. Rasa FREE! Takde siapa nak membebel dan paksa baca buku lagi!
Tapi bila mula bekerja (mungkin sedikit dewasa), terngiang-ngiang pesanan mak malam sebelum mak meninggal.
"Nanti jaga ayah."
Masatu darjah 6, apelah aku faham pesanan tu kan. Ayah lah kena jaga kita kan, dia kan dah besar.
Rupanya bila ayah dah tua, kita pulak dah besar, kita lah kena jaga ayah.
Tapi belum sempurna lagi jaga ayah. So far memang dia boleh jaga diri sendiri hehe Tak pernah susahkan anak-anak. Pergi Haji duit sendiri, beli kereta duit sendiri. Cuma mintak duit sekali sekala nak buat spek baru, tukar tayar baru, cabut gigi hehehe walhal dia confirm mampu bayar sendiri.
Semoga ayah panjang umur dan diberikan kesihatan. Ayah orang yang beriya-iya suruh sambung PhD, kalau boleh masih mahu ayah ada masa majlis konvo nanti. Insha allah.
First thing first, kena lah siapkan research yang progressing but extremely slow ni, barula cite konvo. Ugh! Pressure!
1 comments on "Hari Keputeraan Tok Janggut Ke-68"
Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini, jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sis kat sini, kalau sudi follow la saya blk yer... ;)
Post a Comment