Sunday, November 28, 2010

Amir’s first & second month KPI

6 comments
Nota kepala : Bersedia ye Amir, mommy nak review kamu ni. Sekiranya tidak skor maka tidak ada toys untuk bulan ini walaupun ada sale.

Amir memang dari azali; kalau menangis tu.. menangis la sekuat-kuat hati. Sampaikan ada remark dari nurse dalam buku kesihatan amir, nurse tulis ‘high pitch cries’. Ada yang kata menangis itu bagus for baby’s lung. But not good for the heart. Bukan heart baby, heart mommy. Sedih and risau tengok anak nangis kuat macam sakit sangat je rupanya. Tengok anak orang lain pulak, nangis comel-comel je. Mula-mula memang risau; asalkan bukak baju nak mandi je dah start engine nak nangis.. mandi apetah lagi. Atok and uwan pun sibuk tengok kat bilik air kalau Amir nangis, entah kan kena mandi ke kena dera agaknya.
Tapi bila dah siap pakai baju balik, terus berhenti nangis. Haish.

Masa lepas bersalin, Ami ada belikan buku Baby’s first year. Sangat membantu. Dari zero knowledge, bolehla tau sikit-sikit pasal baby ni. That was when I realized Amir is suffering from colic. Colic ni is a situation dimana babies ada rasa uncomfortable with some sensations in their body. Mainly it’s due to immature digestive system that has never processed food. The gastrointestinal system is literally just learning to function. Muscles that support digestion have not developed the proper rhythm for moving food efficiently thought the digestive tract. It’s normal for a baby. From my reading, the first 3 months after birth is like 4th semester, masa pregnant kan up to 3 trimester, because masa ni baby baru je nak adjust to outside womb environment. So bila ada sensation yg dia baru rasa je, dia nangis. Dah la memang menangis itu satu-satu nya cara nak bagitau apa dia nak and rasa. Cuma kes Amir ni, dia menangis la sekuat hati..padahal nak susu je. Hmmm.

Ada baby, nak kentut pun dia nangis ;p

Walaupun hakikatnya, stress jugak kan kalau anak asyik nangis, tapi buku kata, baby yang kuat nangis sebab dia rasa any new sensation tu is a smart newborn baby, because they are able to feel understand the sensation. So bolehlah ibu2 agar tidak susah hati sangat.

Back to colic, it usually attacks during witching hour. Memang kalau dah dekat senja tu la Amir selalu reach the peak of his crankiness. As long as he’s being cuddled and handled, he seems fine. Masalahnya dari bangun tido sampai ke senja nak kena pegang je, mommy nye pulak kang menangis sekuat hati kan. And due to colic, Amir always spit up from time to time. But still he has good appetite and gain weight. Senang hati. I think, masa Amir sebulan setengah to 2 months, ni masa colic on the peak. Almost everyday dia cranky and fussy bila nak malam. Tak sabar nak tunggu 3 bulan, colic will disappear bila baby dah 3 bulan. Now at 2.5 months, Amir dah Nampak ok. Dah tak nangis kuat2 lagi, merengek2 manja je ;p
Bila menangis, kita pujuk2 dia dah boleh stop menangis. Dulu, jangan harap le. Now dah pandai tersengih2 bila kita bercakap dengan dia. What a moment. Selama 2 bulan emaknya risau je tengok Amir asyik nangis, kuat pulak tu.. takut nanti tinggalkan dengan babysitter, Amir asyik nangis. Tapi memang betul, hari ke-2 Amir tinggal dengan babysitter – suara dia serak! Alahai sedih dengar suara serak-serak basah beliau. Tapi…. Lepas pada tu la kami perasan Amir tak menangis menggunakan suara soprano lagi. Yeay!!
Now he’s reaching 3 months, hope memang dah takde isu colic ni. Kalau baby asyik nangis pun tak bagus, nanti tak banyak yang dia dapat belajar mula2 ni dok habiskan masa menangis je kan.

For those mothers yang experience the same thing as mine, don't worry. Colic is just temporary. You'll enjoy the bonding time with ur baby soon..


Amir dah more calm sekarang.. Oleh itu, pada weekend yang lepas emak dan bapak beliau sibuk la buli Amir bergambar!

Amir in action..



I promise to behave and be a good boy!





Mana ade saye kuat nangis, mommy tipu..

Thursday, November 25, 2010

Malaysia Baby, Children & Parents Expo 2010

6 comments
At Mid Valley Exhibition Centre



From 26th to 28th Nov 2010



*malas nak cerita banyak sebab TENSYEN terlepas beli pampers Mamypoko yang sangat murah SEBAB bankcard line buat hal tak dapat nak withdraw duit dari different ATM machine. Bila dah dapat withdraw, semua pampers dah habis!


Welcome...


to Malaysia baby, children & parent expo!





Ada contest..


diaper changing contest by Mamypoko

Baby photogenic contest

Baju murah-murah...






Kasut pun murah..





Ini menarik, ambil gambar studio baby.








Early education for our children






Rasa nak pergi je esok bawak Amir, boleh ambil gambar.. and mana tau ade stok baru for Mamypoko pampers tu (available size newborn and S sahaja). Tapi.........
Sila jangkakan crowd yang sebegini:

since 10AM!!!!

Hey, weekend is on its way!

1 comments
Saya tidak sabar mahu menggomol budak kecil seperti yang berikut:





Watch out, Amir! Mommy is going to be wild.

Monday, November 22, 2010

Petua melebatkan rambut bayi

5 comments
Minta maap le kalau anda click pada entry kali ini dengan menyangkakan saya ada petua itu tapi sebenarnya tidak ada. Huhu. Saya yang sebenarnya nak mintak petua ni..


Alahai Amir, mengenan William Shakespear kah?

Rambut En Amir sudahlah jarang2, yang bahagian atas tu pulak tak panjang2. Apa petua nak lebatkan rambut Amir ni?

Wednesday, November 17, 2010

Do you know?

4 comments
Menurut kajian saya, waktu paling selalu si suami akan membantu isteri menjaga bayi ialah ketika bayi sedang .....





















TIDUR!





*Priceless precious father-son moments*
It is not about how many breaths you take..
but how many moments take your breath away

Kerana skop kerja menjaga bayi ketika itu ialah tidur bersama bayi.
Thank you husband! At least tolong kan daripada tak tolong langsung.. *wink*




Sunday, November 14, 2010

Mommy's 1st day at work

3 comments
9 am - 10 am : Berbual / bertanya khabar dengan officemate. Ingat Amir. Ingat Amir.

10 am - 12 pm : Update kerja and settling down. Ingat Amir. Ingat Amir. Ingat Amir.

12 pm - 1 pm : Ingat Amir. Lunch. Ingat Amir. Ingat Amir.

1 pm - 2 pm : Buat keje sikit. Internet browsing. Ingat Amir.Ingat Amir.

2 pm - 3 pm : Pam mengepam. Solat. Ingat Amir. Ingat Amir. Ingat Amir. Ingat Amir. Ingat Amir. Ingat Amir.

3 pm - 4 pm : Ingat Amir. Ingat Amir. Ingat Amir. Ingat Amir. Ingat Amir. Ingat Amir. Ingat Amir. Ingat Amir. Ingat Amir. Ingat Amir. Ingat Amir.

4 pm : Update blog. Ingat Amir. Ingat Amir. Ingat Amir. Ingat Amir. Ingat Amir. Ingat Amir. Ingat Amir. Ingat Amir. Ingat Amir. Ingat Amir. Ingat Amir. Ingat Amir.

4.30 pm : Balik cepat2 nak jumpa Amir :)



Should I change the title to Mommy's 1st day at school?


Rasa macam my first day at school, teringat kat rumah.. teringat kat mak.. and cerita katun kat TV. Haish, makin tua makin mengade.

Tuesday, November 9, 2010

A letter of love

10 comments
*Surat buat Amir*

Mode : Mommy emosi gile cuti maternity dah habis, next week dah nak keje

Kalau nanti Amir tengok filem, yang mana emak tulis surat untuk anaknya; tulis atas kertas, sebelum lipat, mak die pakai lipstik merah, cium atas kertas tu, lepas tu simpan dalam kotak. Nanti anak dia jumpa kotak tu dan berasa terkejut lalu membaca surat si ibu -- Bukan mommy sengaja tak nak buat macam tu, tapi dah lama mommy tak tulis panjang2, last sekali masa exam PTD 2 tahun lepas. Mungkin sebab tulisan tangan mommy tu diorang tak panggil2 interview sampai sekarang. Lagipun bila taip macam ni senang sikit mommy nak buat bold ke italic ke, nak attach gambar ke.. Cuma mommy harap server blogger ni tak down la masa Amir nak baca nanti.. Hmm, lagi satu mommy nak bagitau.. format surat ni camour-campur tau format surat rasmi dengan tidak rasmi.


PER: 60 hari bersama Amir dan flashback

23rd Jan 2010
Masa ni mommy and baba kat Bali. Honeymoon! Ingatkan pergi honeymoon berdua, rupanya bertiga. Bila di Bali, mommy and baba dapat tau Amir dah ada dalam perut mommy. Disebabkan adanya Amir mommy tak dapat la melenjan, meloncat ke sana ke mari. Balik-balik aktiviti mommy makan bakso kat tepi pantai Kuta. Dan disebabkan itulah berat mommy naik 4kg masa Amir baru je sebulan dalam perut mommy.

Tujuan mommy cerita ni sebab.. kalau nanti Amir rasa macam tak pernah naik kapal terbang, sebernarnya pernah tau.. Kot la nanti Amir mengaruk dengan mommy suruh bawak naik kapal terbang, mommy pulak belum dapat bonus lagi, Amir kenang-kenanglah kembali rasa naik kapal terbang masa kita pergi Bali tu.

Nah, buat tatapan Amir, kenangan kita bertiga di Bali..


Yang pakai baju pink tu bukan Amir tau, itu untuk membuktikan bahawa memang Amir pernah ke Bali. Memang lah Amir tak nampak gambar Amir sebab dok dalam perut mommy lagi..


10 Feb 2010
Hari ni kali pertama mommy tengok Amir dalam perut mommy. Amir kecik lagi, baru 0.57cm. Masa ni pun mommy tak tau baby ni Amir ke Amira ;p



Doctor kata Amir mungkin akan dilahirkan 3.10.2010. Punyalah tak sabar nak tunggu bulan 10, mommy can't imagine of how blissful I am if I were to have you around by that time.

Minggu berganti minggu, Amir pun semakin membesar dalam perut mommy..


Masa 9 minggu, Amir dah formed tangan and kaki. Tengok tu tangan terangkat, probably say Hi to mommy and baba.


Amir membesar lagi! See, kaki Amir dah panjang. Ready to kick a ball... or a doll? Masa ni mommy masih tak tau lagi Amir rupanya dalam perut mommy until...


19 weeks

Doctor has confirmed... IT'S A BOY!!
Amir ingat ni; Baba sangat-sangat gembira masa tu. It made him broke into tears. Ingat ye sonny.

Amir dah sangat besar sampai kalau scan tu dah tak boleh nak tengok the whole body. Nampak muka je, itupun dah terpenyek kena dekat perut mommy..


Owh, jangan ingat Amir sorang je membesar.. Mommy used to be in this figure:



Akibat daripada Amir yang healthily growing in mommy's tummy, mommy turut membesar



Tidak cukup dengan itu, dan membesar lagi!



..dan besar lagi



Hari terakhir besar sebelum Amir menendang-pecah air ketuban dalam perut mommy, it was hari raya pertama 1431H.



Dah puas mommy beraya di hari raya pertama, hari raya kedua Amir dah bagi hint nak keluar. Walaubagaimanapun, raya ketiga baru Amir Hidayat Syah dilahirkan.

12 Sept 2010 / 3 Syawal 1431H

Hari kelahiran Amir! Bila doktor letak Amir atas badan mommy, mommy bersyukur sangat, Allah permudahkan urusan nak melahirkan Amir and now that you are here. Dengar tangisan Amir yang pertama tersangatlah menyentuh hati. Tapi sekarang Amir janganlah nangis selalu sangat eh.. kadang2 mommy dah penat, rase nak join menangis sekali pun ada.

Saat Amir diazankan..



Maka bermulalah episod membesarkan Amir.. Dah 60 hari Amir ada dalam hidup mommy and baba. Dari Amir lahir, mommy belum miss lagi mandikan Amir. Tapi tak lama lagi mommy dah kena pergi kerja, Amir tinggal dengan ibu. Mommy harap Amir behave dan tak susahkan orang yang jaga Amir. Mommy realized lepas ni kita dah tak dapat nak spend masa macam 60 hari yang lepas. 24 jam Amir ada depan mata mommy. Agaknya Amir suka sangat tengok muka mommy ni sampai nak tidur pun susah. Mommy lagi lah susah nak tidur huhu

2 bulan pertama ni belum banyak keletah Amir yang dapat mommy saksikan, how I wish to watch you grow in the first year. Mula-mula Amir senyum masa tidur je.. Terkejar2 mommy nak capture.



Kadang2 Amir giggle masa tengah tidur. Sweet. Tak sabar nak tunggu Amir ketawa bila diagah nanti.

Tadi mommy bising2 dekat Amir because you don't to sleep, mommy was so tired and haven't eat anything -- sekali Amir looked at mommy and smile. Mommy's melted.

Banyaknya yang mommy akan miss to see nanti :(
But we have no option left. Mommy will come home as soon as I can to see you.


Mommy will surely miss the moment we've spent together...


Masa kita lepak2 dekat sofa.. macam-macam style mommy cuba nak tidurkan Amir waktu siang. Paling kuat pun Amir menguap je.... Tsk.Tsk.

Luckily Amir tidur lena waktu malam.


Masa kita golek2 bila bangun pagi, mata Amir dah buka besar.. mata mommy yang masih kuyu, rasa nak tido lagi. Hmm mata baba takyah cakap la, masih tertutup rapat *wink*


Oh Amir buah hati pengarang jantung..



Sampai di sini dulu lah mommy tulis ye.. dari pagi start draft, pukul 12 malam ni baru siap. Gara-gara mommy tak habis taip lagi Amir dok sibuk nak baca. Dah la nak baca lambat, kena belajar mengeja pulak dulu. Kalau mommy emosi-emosi lagi, mommy tulis la surat lagi k.

Amir jangan risau nak balas surat ni, Amir balas jasa mommy and baba nanti sudah memadai.

Be a good boy!!



Mommy loves u.


p/s: Sorry mommy takde lipstick merah, color nude je yang ada.

Saturday, November 6, 2010

Keeping up with the Baharians Eps 7

0 comments
Outing with Amir's cousin

Last Friday, dalam kemeriahan rakyat Malaysia berbangsa India meraikan Deepavali, kami sekeluarga pergi ke KLCC, bapaknye kene setelkan kerja kat office. So sementara tunggu Ami siapkan keje, emak dan Amir melepak kat Burger King. Before I know it, anak-anak buah saya from Pak Ngah n Co dah berlari2 ke arah kami. Nice meeting u girlsss!

Pak Ngah n Co - tahniah kerana anda telah contribute cucu paling ramai untuk Tok Janggut ;p


Mak Ngah n Amir - thanks Mak Ngah banyak tlg advise mommy saya before and after bersalin =)


All the single ladies, baby! Kamu semua ni lah yang memeriahkan lagi rumah Tok Janggut bila balik kampung eh..


Hi Zara! Masa Cik Nor kawen, awak baru je lepas hari.. sebaik sempat ek. Sekarang sudah besar, dia sangat geram tengok baby nak dicapai-capainya.. Padahal dia tak sedar yang dia tu pun baby n orang geram tengok dia!


The first batch of cucu Tok Janggut


Hmm kami lepak sekejap je, Amir pun tak biasa lagi keluar lama-lama, nnt dia restless and cranky. Tak sabarnye nak tggu Amir besar lagi.. Mommy kamu ni memang suka melepak dengan family n friend!!

Amir and Mommy moment - this is consider as my first time 'photoshooting' with Amir, before this asyik ambik gamba die n bapak die jek.. bukan main banyak ye gamba dgn bapak kamu.






owh when can the fat turns to muscle?sigh,

... tang mana yang kamu ikut muka mommy ni Amir? huhu

Mommies Commitee

 

Motherhood journey Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates